You are on page 1of 11

Terapi Dalam

Pendidikan
Pemulihan: Terapi
Pergerakan Kreatif
SHANTHINI A/P GUNASEKARAN
LOGESWARI A/P SELVAKUMARAN
EDMOND RAJ A/L MANOGARAN
PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU

Pengenalan Kepada Terapi


Perkataan terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu
Therapeia yang bermaksud perkhidmatan. Hal ini begitu
sejajar dengan konsep pelaksanaan terapi itu sendiri yang
merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.
Secara umum terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati
penyakit atau masalah-masalah tubuh badan dan sebagainya.
Kamus perubatan Mosby mendefinisikan terapi sebagai rawatan
pemulihan ke atas pesakit atau individu yang pernah
menghadapi sebarang penyakit atau masalah perkembangan
dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal.
Dalam konteks pendidikan pula terapi dapat diertikan sebagai
kaedah untuk membantu seseoran individu untuk bergerak
balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu.

Kepentingan Terapi Dalam


Pemulihan
Antara kepentingan terapi dalam pendidikan
pemulihan ialah:
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial
murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta
emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental,
emosi dan kesihatan

Terapi Pergerakan
Kreatif
Terapi pergerakan kreatif merupakan satu kaedah
seseorang kanak-kanak dapat mengintepretasikan
idea, perasaan, serta tanggapan deria yang
dizahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
Elemen-elemen pergerakan tubuh badan, ruang
dan daya memudahkan individu berkomunikasi di
samping meningkatkan potensi diri seperti
kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui
pergerakan.

Aspek Aspek Dalam


Pergerakan Kreatif
Pergerakan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor
Manipulasi alatan

Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor meliputi semua pergerakan
tubuh

yang

boleh

menyebabkan

keseluruhan

tubuh berubah dari satu tempat ke tempat lain.

Contoh aktiviti lokomotor ialah berjalan, berlari,


melompat dan sebagaimya.

Pergerakan Bukan
Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor pula merujuk
pergerakan yang tidak menyebabkan perubahan
kedudukan tubuh badan.
Pergerakan ini juga disebut sebagai pergerakan
dalam keadaan statik.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah
berlari setempat, membuat imbangan badan,
melompat setempat dan sebagainya.

Manipulasi Alatan
Manipulasi alatan pula ialah aktiviti yang
melibatkan penggunaan alatan tertentu untuk
membuat sebarang gerakan.
Kemahiran
ini
sebenarnya
memerlukan
penggunaan anggota badan untuk mengawal dan
mengawasi sesuatu objek.
Dalam hal ini koordinasi mata dan tangan serta
imbangan
badan
amat
diperlukan
untuk
menghasilkan pergerakan yang sempurna.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah
melantun bola sambil berjalan, memusingkan
gelung mengunakan tangan, dan skipping sambil
berjalan.

Kepentingan Terapi Pergerakan


Kreatif
Terapi

pergerakan

kepentingan

mempunyai

khususnya

kepada

pelbagai

kanak-kanak

pemulihan seperti:
meningkatkan kreativiti
mengasah bakat

meredakan

ketegangan

perasaan

tekanan jiwa
meningkatkan kemahiran bertutur
meningkatkan kecerdasan fikiran

dan

dan

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru-guru untuk


melaksanakan terapi ini dan antara aktiviti yang
boleh

dilaklukan

untuk

menjalankan

pergerakan kreatif ialah :


tarian moden
tarian tradisional
gimrama
pergerakan berkumpulan dan berpasangan

terapi

Sekian, terima
kasih

You might also like