You are on page 1of 39

PENGENALAN PROJEK

Pasukan Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja (TKRS) telah mula


diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama
(perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala
Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan
Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh Wan Mohd.
Ariffin bin Wan Hussin, khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti
mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan
pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS
merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat
dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja
Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet
Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama
Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah
secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB
Dato Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman
pada 26 Mac 2006.
Setelah hampir 5 tahun ianya dirasmikan dan hampir 12 tahun dari mula
ianya diasaskan adakah pasukan ini telah berjaya mencapai matlamat
asalnya dalam melahirkan murid-murid yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan
Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
Penumpuan kepada Pasukan Badan Beruniform diperhatikan amatlah
kurang di sekolah rendah walaupun memang tidak dinafikan ada sekolahsekolah yang aktif dengan Pasukan Badan Beruniform. Di sekolah rendah

tumpuan lebih kepada akademik untuk mencapai keputusan yang cemerlang


dalam UPSR.
Dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang murid-murid
adalah satu aset yang amat berharga. Kegiatan kokurikulum seperti Tunas
Kadet

Remaja

membangunkan

Sekolah

merupakan

potensi

murid-murid

satu

program

secara

penting

menyeluruh.

dalam

Kegiatan

kokurikulum secara umumnya telah berjaya membina disiplin pelajar dan


meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Walaupun demikian
dalam mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar masih banyak
ruang yang perlu dipenuhi.

Kita sebagai pendidik

perlu menyediakan golongan yang dinamik dan

berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi


jasmani , emosi, rohani dan intelek (JERI) bagi mengisi tuntutan ke arah
negara maju. Menyedari hakikat ini Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
ditubuhkan di sekolah rendah kerajaan sebagai salah satu pasukan Badan
Beruniform. Kewujudan Tunas Kadet Remaja Sekolah sekaligus diharap
dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan minat dan bakat muridmurid. (Bahagian Sukan, Seni, Kokurikulum-KPM, 2009)

Menyedari hakikat ini bahawa masih ada beberapa kelemahan dalam


pelaksanaan penubuhan pasukan ini, kursus kepimpinan amat penting dalam
mewar-warkan akan pasukan. Diharap melalui kursus ini, sekolah, Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri akan mendorong ke arah
pemantanpan pasukan ini di masa depan. Secara tidak langsung kursus ini
diharapkan akan menjadi wadah baru ke arah yang lebih baik dalam
penubuhan pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah di seluruh Malaysia.

Kursus Kepimpinan ini buat julung kalinya diadakan peringkat pada


perancangan awal akan dilaksanakan di lima zon, tetapi oleh kerana
peruntukan kewangan dan beberapa masalah lain ia dilaksanakan di 3 zon,
iaitu zon utara yang melibatkan negeri Perlis selaku tuan ruamah, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak. Zon selatan pula Johor
adalah tuan rumah dan negeri-negeri lain adalah Melaka, Pahang, Negeri
Sembilan, WP Kuala Lumpur . Zon Borneo pula tuanrumahnya adalah
Sarawak, negeri-negeri yang menyertai kursus di zon ini pula adalah Sabah,
WP Labuan dan WP Putrajaya.

LATAR BELAKANG INTITUSI PENDIDIKAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian pada masa kini diterajui oleh


Pengarahnya Tuan Haji Muhamat Roli Bin Haji Hassan.

Visi Bahagian ini ialah memacu kecemerlangan kokurikulum dan seni


dalam pelbagai peringkat menjelang 2013, sementara misinya pula adalah
melaksanakan

program

kokurikulum

dan

pendidikan

seni ke

arah

memperkembang potensi dan bakat murid selaras dengan Dasar Pendidikan


Negara.

Objektif Bahagian :
i.

Merancang dan melaksana dasar berkaitan kokurikulum, seni dan bu


daya dalam pelbagai peringkat.

ii.

Merancang dan melaksana dasar pengoperasian, dasar Sekolah


Seni Malaysia(SSeM) dan Pusat Kokurikulum

(PKK)

dalam

pelbagai peringkat

iii.

Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti


kokurikulum dan seni

murid pada peringkat antarabangsa,

kebangsaan dan negeri


iv.

Merancang, melaksana,

memantau dan menilai

pelaksanaan

pengurusan dan pengoperasian Sekolah Seni Malaysia.


v.

Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan


pengurusan dan pengoperasian Pusat Kokurikulum.

vi.

Merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak


dalam pelaksanaan program kokurikulum dan seni.

Piagam Pelanggan Bahagian :


i.

Memastikan

semua

murid

berpeluang

mengikuti

aktiviti

kokurikulum dalam pelbagai peringkat.


ii.

Mengenalpasti dan menyediakan peluang dan kemudahan kepada


murid sekolah rendah yang

berpotensi untuk memperkembang

bakat dalam bidang seni di SSeM.


iii.

Memastikan tawaran kemasukan ke (SseM) diselesaikan dalam


tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.

iv.

Memastikan semua aduan, rayuan dan maklum balas diambil


tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

v.

Memastikan (PKK) menyediakan kemudahan dan peralatan yang


selamat, jurulatih bertauliah serta persekitaran yang kondusif.

vi.

Memastikan pelanggan dan stakeholders menerima layanan yang


mesra dan saksama sewajarnya.

vii.

Memastikan SSeM menyediakan kemudahan dan peralatan yang


lengkap serta tenaga pengajar yang mahir dan pakar dalam bidang
kesenian.

viii.

Meningkatkan profesionalisme guru dan jurulatih dalam bidang


kokurikulum dan seni secara berterusan.

Bahagian ini dibahagikan kepada 2 sektor iaitu Sektor Pengurusan dan


Operasi Dasar dan Sektor Aktiviti Murid. Setiap sektor diterajui oleh Ketua
Penolong Pengarah Kanan . Dibawah Sektor Pengurusan dan Operasi Dasar
terdapat 3 unit dan 4 sub unit iaitu :
i.

Unit Pengurusan Sekolah Seni


-

Sub Unit Akademik dan Kesenian Sekolah Seni Malaysia

Sub Unit Sub Unit Hem & Personel Sekolah Seni Malaysia

ii. Unit Khidmat Pengurusan


iii. Unit Dasar, Pusat Kokurikulum dan Kejurulatihan
-

Sub Unit Dasar dan Program Khas

Sub Unit Pusat Kokurikulum dan Kejurulatihan

Sektor Aktiviti Murid pula terdiri daripada 3 Unit dan 7 Sub Unit iaitu :
i.

Unit Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Pendidikan


Luar
-

Sub Unit Pasukan Badan Beruniform

Sub Unit Persatuan/Kelab dan Pendidikan Luar

ii. Unit Sokongan Akademik


-

Sub Unit Bahasa

Sub Unit Sains, Matematik dan Teknologi

Sub Unit Sains Sosial dan Lawatan Murid

iii. Unit Bakat Seni


-

Sub Unit Pembangunan Bakat Seni

Sub Unit Pembangunan Kebudayaan

Sub Unit yang berkaitan dengan saya adalah Sub Unit Pasukan Badan
Beruniform.

Unit

ini

mengendalikan,

mengurus,

memantau

dan

melaksanakan aktiviti-aktiviti Pasukan Badan Uniform di peringkat


kebangsaan. Pasukan Badan Beruniform yang ada di sekolah-sekolah di
Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pasukan Badan
Beruniform Agensi Kerajaan, Pasukan Badan Beruniform Agensi Bukan
Kerajaan, Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia.

IDENTIFIKASI PROJEK
A. KENALPASTI MASALAH (ANALISIS SWOT)

Kekuatan

Pengasas Tunas Kadet Remaja Sekolah

Mempunyai Jurulatih@ guru yang mempunyai kepakaran

Kurikulum @ aktiviti yang menarik dan pelbagai

Murid-Murid yang berminat

Guru-guru yang komited

Kelemahan

Kekangan masa untuk latihan@aktiviti

Sumber Kewangan yang tidak mencukupi

Kurang program/kursus peringkat kebangsaan untuk memantapkan


pasukan

Tidak menggunakan kepakaran yang ada

Promosi dan hebahan yang kurang dalam memperagakan pasukan ini

Sekolah lebih menumpukan kepada akademik

Latihan untuk guru baru dan kursus peningkatan untuk murid kurang
dijalankan

Struktur organisasi @sekretariat TKRS yang tidak mantap dan


kurang berkesan

Peluang

Mendapat sokongan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian


Pelajaran Malaysia

Kepakaran daripada guru-guru Kadet Remaja Sekolah

Peluang mendapat latihan untuk guru melalui BPG

Dasar KPM

Kemudahan tempat untuk kelola aktiviti

Ancaman

Ibubapa dan sekolah kurang memberi penekanan kepada aktiviti


kokurikulum kerana mereka lebih pentingkan kecemerlangan
akademik.

Tiada peruntukan khas untuk pasukan ini.

Keselamatan murid

Faktor cuaca yang tidak menentu ( kurang latihan dan aktiviti )

B. MASALAH/KELEMAHAN YANG INGIN DIBUAT


PENAMBAHBAIKAN
Kurang Program/Kursus Peringkat Kebangsaan Untuk Memantapkan
Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan untuk memastikan keberkesanan
Penubuhannya.

C. TENTUKAN PUNCA MASALAH YANG TELAH DIKENALPASTI


RAJAH TULANG IKAN ISHIKAWA (ANALISIS SEBAB AKIBAT)
PERALATAN

MANUSIA
Kepakaran guru@ jurulatih sedia
ada tidak digunakan secara
optimum

Kekurangan Peruntukan
kewangan

Struktur organisasi @sekretariat


TKRS yang tidak mantap dan kurang
berkesan

Penyelengaraan

MESIN

Kurang
Program/Kursus
Peringkat
Kebangsaan Untuk
Memantapkan
Pasukan Tunas
Kadet Remaja
Sekolah dan untuk
memastikan
keberkesanan
penubuhannya

KAEDAH

D. MEMILIH SATU PUNCA MASALAH

Kewangan merupakan nadi sesebuah organisasi, setiap program dan


pelaksanaannya akan berjalan dengan lancar jika ada peruntukan kewangan.
Keberkesanan penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah sudah pasti akan
lebih baik jika ada peruntukan khas untuk pasukan ini.

E. SENARAIKAN PROJEK-PROJEK YANG MUNGKIN


DILAKSANAKAN
1.

Kursus kejurulatihan Tunas Kadet Remaja Sekolah

2.

Kursus Kepimpinan

3.

Perkhemahan

4.

Kursus kenaikan pangkat

5.

Kembara

6.

Program pengantarabangsaan

F. PROJEK YANG DILAKSANAKAN

Projek yang dilaksanakan adalah Kursus Kepimpinan Tunas Kadet Remaja


Sekolah yang melibatkan tiga buah tempat (zon) dan akan melibatkan
semua negeri.

PELAKSANAAN PROJEK

Kursus Kepimpinan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan di


kelolakan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementeriuan
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri, Tiga negeri
telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kursus ini iaitu Perlis (Zon Utara),
Johor (Zon Selatan) dan Sarawak (Zon Borneo). Di Perlis kursus ini
dijalankan pada 27 hingga 31 November 2011 di Kem Tasuh, Pusat
Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, di Sarawak, kursus ini
dilaksanakan di SK Menuang, Limbang Sarawak pada 09-13 November
2011, sementara di Johor ia dijalankan di Kem Tasek Utara, Pusat
Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 13 hingga 17 November
2011.

Matlamat kursus kepimpinan ini antara lain mewujudkan integrasi,


kesepaduan dan keakraban antara ahli-ahli kadet menerusi aktiviti bersama
kearah membantu perkembangan dan pembangunan pasukan Badan
Beruniform di Malaysia secara khususnya dan mewujudkan integrasi antara
kaum di Malaysia secara amnya.

Objektifnya pula adalah adalah seperti berikut:


i. Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi
individu, pelajar dan pemimipin yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
ii. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta
orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif.

10

iii. Memberi

pengalaman,

pengetahuan

dan

kemahiran

untuk

mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai


kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi dan rohani.
iv. Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang
tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik, realistik,
mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan
berkebolehan

menghadapi

sebarang

masalah

serta

mampu

mengendalikannya.
v. Mendedah dan melatih ahli-ahli kadet kepada kualiti kepimpinan.
vi. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan
serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga,
agama, masyarakat dan negara.

Sasaran peserta kursus adalah ahli-ahli tunas kadet remaja sekolah yang
berpangkat sekurang-kurangnya Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah
dari seluruh Malaysia. Tempoh kursus adalah selama 5 hari 4 malam.

11

Penyertaan mengikut zon dan jumlah penyertaan keseluruhan kursus ini


adalah seperti di Jadual 1, 2, 3 dan 4.

UTARA

Jadual 1:
Penyertaan Guru dan Murid untuk kursus TKRS di Zon Utara
ZON
NEGERI
KADET
KADET
JURULATIH/
PUTERA
PUTERI
GURU
PENGIRING/
URUSETIA
PERLIS
18
18
24
( tuanrumah)
KEDAH
18
18
4
PULAU PINANG

18

18

PERAK

18

18

WP KUALA
LUMPUR

18

18

KELANTAN

18

18

SELATAN

Jadual 2:
Penyertaan Guru dan Murid untuk kursus TKRS di Zon Selatan
ZON NEGERI
KADET
KADET
JURULATIH/
PUTERA
PUTERI
GURU
PENGIRING/
URUSETIA
JOHOR
18
18
24
( tuanrumah)
MELAKA

18

18

N. SEMBILAN

18

18

SELANGOR

18

18

PAHANG

18

18

TERENGGANU

18

18

12

BORNEO

Jadual 3:
Penyertaan Guru dan Murid untuk kursus TKRS di Zon Borneo
ZON NEGERI
KADET
KADET
JURULATIH/
PUTERA
PUTERI
GURU
PENGIRING/
URUSETIA
SARAWAK
18
18
24
(tuanrumah)
SABAH

18

18

WP
PUTRAJAYA

10

10

WP LABUAN

10

10

Jadual 4:
Jumlah Besar Penyertaan Guru dan Murid untuk kursus TKRS
KADET
KADET
JURULATIH/
PUTERA
PUTERI
GURU PENGIRING/
URUSETIA
272
272
124

13

Senarai Jawatankuasa bagi kursus ini adalah seperti di bawah dan bagi
setiap zon adalah sama.
JAWATANKUASA INDUK KURSUS KEPIMPINAN TUNAS KRS
Penaung

Menteri Pelajaran Malaysia

Penasihat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengerusi

Pengarah Bhg Kokurikulum dan Kesenian

Timbalan Pengerusi :

KPP Kanan Kokurikulum


Pengarah Pelajaran JPN yang berkenaan

Setiausaha

Ketua Penolong Pengarah


Unit Pasukan Badan Beruniform Dan
Persatuan/Kelab
Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pen. Setiausaha

Ketua Sub Unit Badan Beruniform


Penolong Pengarah (Badan Beruniform)
Pengelola Kanan (Badan Beruniform)

Ahli Jawatankuasa

Pengarah Pelajaran Perlis


Pengarah Pelajaran Kedah
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang
Pengarah Pelajaran Perak
Pengarah Pelajaran Selangor
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
Pengarah Pelajaran Melaka
Pengarah Pelajaran Johor
Pengarah Pelajaran Pahang
Pengarah Pelajaran Terengganu
Pengarah Pelajaran Kelantan
Pengarah Pelajaran Sarawak
Pengarah Pelajaran Sabah
Pengarah Pelajaran WP Kuala Lumpur
Pengarah Pelajaran WP Labuan

14

JAWATANKUASA PENGELOLA KURSUS KEPIMPINAN TUNAS


KRS
Pengerusi

Pengarah Pelajaran JPN

Timbalan Pengerusi :

Ketua Sektor Pengurusan


Pembangunan Kemanusiaan

Setiausaha

Ketua Unit Kokurikulum

Pen. Setiausaha

Penyelia Kokurikulum

AJK

Unit Kokurikulum JPN


Lantikan JPN

Ex-Officio

Jawatankuasa Penginapan

En. Mohd. Rashid Mean (Pen. Pengarah)


En. Nazar b. Mamat (Pen. Pengarah)
En. Wan Mohd. Ariffin b Wan Hussin
( Pengelola Kanan)
:

Guru Besar sekolah yang dilantik

Jawatankuasa Dokumentasi :

Guru Besar sekolah yang dilantik

Jawatankuasa Kecemasan & :


Keselamatan

Guru Besar sekolah yang dilantik

& Makanan

Jawatankuasa Majlis Penutup,


Sijil & Cenderamata
:

Guru Besar sekolah yang dilantik

Jawatankuasa Pendaftaran

Guru Besar sekolah yang dilantik

Statistik Dan Data

Jurulatih Tunas KRS Negeri

Jawatankuasa Aktiviti

Jurulatih Tunas KRS Negeri

15

Kem Komandan

Pegawai Tadbir Tunas KRS Negeri

Urusetia

Unit Kokurikulum JPN


( Di bantu oleh Jurulatih-Jurulatih
Tunas KRS Negeri. )

PENGANGKUTAN
i)

Disediakan oleh negeri masing-masing.

ii)

Pihak Pengelola akan menyediakan pengangkutan/bas untuk aktiviti


dan lawatan sahaja jika berkenaan.

MAKAN MINUM
Pihak Pengelola akan menyediakan makan dan minum sepanjang kursus.

PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PESERTA DAN JURULATIH


Peserta (Murid)
i)

Pakaian Lengkap TKRS dan T-Shirt Hijau TKRS berlengan panjang

ii )

Pakaian Aktiviti : Tshirt Hijau TKRS sahaja

iii)

Tudung : ( Peserta Perempuan ) Sekiranya memakai tudungtudung berwarna hijau sahaja

iv)

Rambut peserta ( Lelaki ) : no. 2 - pendek

Pegawai / Jurulatih
i)

Pakaian No. 2 / No. 3 / No. 4

ii )

T-shirt Maroon KRS

16

PENYERTAAN PESERTA ( INTEGRASI )


Setiap negeri dikehendaki menghantar 36 orang peserta (18 lelaki dan 18
perempuan serta 4 orang jurulatih -2 lelaki dan 2 perempuan) yang terdiri
dari pelbagai kaum

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN


Lampiran 1 ( TKRS/01-11) :
Setiap negeri perlu mengisi borang pengesahan penyertaan dengan lengkap
dan dikembalikan ke Unit Kokurikulum JPN ( tuanrumah )

BORANG BIODATA PESERTA Lampiran 2 ( TKRS/02-04) DAN


BORANG KEBENARAN IBUBAPA Lampiran 3 (TKRS/03-11) :
Borang Biodata Peserta dan Borang kebenaran ibubapa hendaklah
dilengkapkan dan dibawa bersama dan serahkan kepada urusetia semasa
pendaftaran

AKTIVITI -AKTIVITI DAN UJIAN


Semua aktiviti yang akan dijalankan adalah berdasarkan kurikulum Tunas
Kadet Remaja Sekolah yang telah diluluskan jawatankuasa. Aktiviti atau
ujian yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
i.

Alam Sekitar Mengendalikan satu projek kitar semula

ii.

Bantu Mula Teori dan amali usungan

iii.

Kerohanian Menghafaz Ayat Kursi dan doa selepas solat, Kisah


Nabi

iv.

Kawad Arahan dan Perintah Kawad Statik dan Dinamik

17

Kebudayaan Mempersembahkan satu kebudayaan negeri masing-

v.

masing
vi.

Kemahiran dan Kecergasan Rempuh halangan

vii.

Ketatanegaraan Lagu Patriotik dan Mengenal Pemimpin Negara

viii.

Keusahawanan Menghasilkan kraftangan dari bahan terbuang.

ix.

KHIDMAS Wawancara pemimpin/tokoh tempatan

x.

Moral Lagu Nasihat, Nilai Murni, Perayaan Kaum di Malaysia

xi.

Orienteering

xii.

Suaikenal

xiii.

Ikatan Membina satu gejet mudah.

xiv.

Lawatan

xv.

Aktiviti Utama Berdasarkan keadaan persekitaran tuanrumah


kursus

TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA KURSUS KEPIMPINAN


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN
JAWATANKUASA PENGINAPAN & MAKANAN
o Menyediakan jamuan-jamuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola
o Mengatur dan mengelolakan makan-minum rasmi untuk pegawai
dan peserta
o Menyediakan minuman bagi peserta-peserta dan pegawai yang
terlibat
o Memberi penerangan tentang peraturan penginapan semasa taklimat
kepada peserta, jurulatih dan pegawai.
o Menyusun penempatan bilik-bilik peserta, jurulatih dan pegawai

18

o Berkerjasama dengan

Jawatankuasa Urusetia bagi

membuat

penyelarasan tentang bilangan peserta dan pegawai yang lengkap


bagi susunan bilik-bilik.

JAWATANKUASA DOKUMENTASI
o Mendapatkan kain rentang dan menetapkan tempat yang perlu
diletakkan di tempat kursus.
o Menyediakan jurugambar / jurukamera sepanjang program/aktiviti.
o Mengumpulkan

semua

bahan

bertulis

(yang

sesuai)

untuk

dokumentasi .
o Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti / atucara sepanjang
program
o Membuat pelaporan dokumentasi yang lengkap (2 salinan)

JAWATANKUASA KECEMASAN & KESELAMATAN


o Memastikan keselamatan peserta-peserta di tempat penginapan dan
tempat aktiviti.
o Mendapatkan kerjasama pihak polis.
o Menentukan hanya pegawai-pegawai bertugas dibenarkan tempat
penginapan.
o Mengadakan bilik kecemasan dan perubatan di tempat penginapan
o Mengadakan keperluan perubatan di tempat akiviti.
o Mengadakan kemudahan untuk peserta-peserta dan pegawai ke
hospital bila diperlukan.
o Memaklumkan kepada Unit Kecemasan Hospital yang berdekatan
mengenai tarikh kursus untuk mendapatkan layanan istimewa
o Membuat perhubungan dengan pihak polis trafik bagi melicinkan
perjalanan ke sesuatu destinasi.

19

JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP SIJIL & CENDERAMATA


o Menentukan aturcara majlis penutup mengikut protokol Kadet
Remaja Sekolah.
o Memastikan susun atur acara berjalan dengan sempurna.
o Menyediakan aturcara majlis penutup.
o Bekerjasama dengan Jawatankuasa Urusetia supaya aturcara dapat
diselaraskan dan menguruskan kedudukan dan bilangan kerusi VIP .
o Menyediakan juruacara.
o Menyambut tetamu utama dan mengiringinya ke tempat duduk.
o Mendapatkan sijil /cenderamata daripada urusetia aturcara.
o Mengenalpasti penyampai sijil & cenderamata

JAWATANKUASA PENDAFTARAN STATISTIK DAN DATA


o Menguruskan pendaftaran peserta, jurulatih dan pegawai.
o Bekerjasama dengan Jawatankuasa Penginapan dan Makanan dalam
menentukan jumlah sebenar peserta, jurulatih dan pegawai.
o Merekodkan penilaian/markah yang diberikan kepada peserta
sepanjang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
o Merumuskan

markah

yang

diperolehi

oleh

peserta

dalam

menentukan mereka yang lulus kursus.

20

JAWATANKUASA AKTIVITI
o Bekerjasama dengan Jawatankuasa Urusetia untuk menyediakan
jadual kursus.
o Menentukan aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan
kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah ( Sarjan Tunas KRS )
o Bekerjasama dengan Jurulatih Negeri KRS dalam menjalankan
aktiviti.
o Menyusun atur jadual bertugas jurulatih serta memastikan ada
jurulatih/pegawai bertugas sepanjang masa ( mengikut masa/giliran).
o Memberi taklimat kepada jurulatih, peserta dan pegawai akan
perjalanan aktiviti dan program.
o Memastikan disiplin peserta ditahap yang amat memuaskan sepanjang
kursus.
o Menentukan peralatan dan tempat aktiviti dalam keadaan selamat/
sesuai untuk aktiviti dijalankan.
o Memaklumkan ( melalui surat ) kepada pihak yang berkenaan tempat
aktiviti akan dijalankan.
o Menentukan individu yang akan ditemuramah dalam salahsatu
program yang akan dijalankan.

21

JAWATANKUASA URUSETIA
o

Menyediakan surat mesyuarat dan menguruskan mesyuaratmesyuarat berkenaan kursus.

Menyediakan bilik tempat urusetia yang mudah dihubungi sepanjang


kursus jika perlu.

Menyediakan dan mengedar sijil penyertaan dan penghargaan


kepada semua peserta, jurulatih dan pegawai.

Menyediakan tag nama, fail, dan lain-lain untuk semua pegawai dan
pembantu (jika perlu)

Membantu menjalankan tugas-tugas lain jika perlu (yang gagal


disempurnakan oleh Jawatankuasa yang dilantik)

Menguruskan tempat dan kemudahan untuk mesyuarat

Mengenalpasti tempat penginapan dan aktiviti.

Menentukan sijil-sijil yang perlu disediakan.

Menyiapkan kata-kata alu-aluan untuk buku cenderamata

Mengumpulkan senarai lengkap AJK

Merancang dan menguruskan percetakan buku program mengikut


jadual
Mendapatkan maklumat ketibaan pasukan negeri-negeri.

o
o

Memastikan pengangkutan ke sesuatu destinasi sampai pada masa


yang ditentukan.

22

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK

MATLAMAT
Mewujudkan integrasi,kesepaduan dan keakraban antara ahli-ahli kadet
menerusi aktiviti bersama kearah memambantu perkembangan dan
pembangunan pasukan pakaian seragam di Malaysia secara khususnya dan
mewujudkan integrasi antara kaum di Malaysia secara amnya.

OBJEKTIF
1. Memperagakan pasukan ini di kacamata masyarakat dan pihak
pengurusan tertinggi KPM agar diberi peruntukan khas dalam
mencapai keberkesanan penubuhannya.

2. Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi


individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

3. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta


orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif
4. Memberi

pengalaman,

pengetahuan

dan

kemahiran

untuk

mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai


kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi dan rohani.
5. Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang
tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik, realistik,
mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan
berkebolehan

menghadapi

sebarang

masalah

serta

mampu

mengenadilkannya.

23

6. Mendedah dan melatih ahli-ahli kadet kepada kualiti kepimpinan.


7. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan
serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga,
agama,masyarakatdannegara.

24

STRATEGI PELAKSANAAN - A. STRUKTUR PECAHAN KERJA( SPK/WBS)


Kursus Kepimpinan
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Kebangsaan 2011

Mesyuara BKK
KPM bersama
Ketua Unit
Kokurikulum
JPN

Surat
Panggilan
Mesyuarat

Minit
Mesyuarat

Menentukan
tempat kursus
akan
dijalankan
(
5 zon )

Penentuan JPN
yang akan
kendalikan
kursus

Agihan negeri
secara rawak
berkursus di
negeri mana

Mesyuarat
Jkuasa
Pengelola

Mesyuarat
Jkuasa
Kerja/Teknikal

Surat
Panggilan
Mesyuarat

Surat
Panggilan
Mesyuarat

Agenda
Mesyuarat

Agihan tugas

Penentuan
Tarikh Kursus

Pelantikan
Jkuasa dan
Jurulatih

Agihan Tugas

Melaksanakan
tugas

Lapor
perkembangan
tugas

Edaran surat
dan kertas
kerja kepada
negeri oleh
tuanrumah

Pemilihan
murid@pesert
a

JPN tuanrumah
mengedarkan
surat jemputan
menyertai
kursus kepada
JPN yang
terlibat

JPN hantar
surat kepada
PPD untuk
memaklumkan
akan kursus ini

Menerima
maklumbalas
penyertaan
( senarai
peserta)

oleh JPN

PPD hantar
surat kepada
sekolah untuk
mencalonkan
peserta@muri
d

Setelah terima
pencalonan PPD
menyenarai
pendek
pesert@murid
yang terpilih dan
dihantar ke JPN

Persediaan
tempat,
peralatan,
hadiah dan sijil

Peruntukan
Kewangan

Pelaksanaan
Progam

Pemantauan
dan Penilaian

Jkuasa terlibat
menentukan
peruntukan
yang
diperlukan

Peruntukan
dipohon

Peserta tiba
pada tarikh
yang
ditetapkan

Pemantauan
Program dan
keberkesanan
program

Pendaftaran

Isu dan
penambah
baikan

Jumlah
Peruntukan
yang diperlukan
di hantar ke
Jkuasa
Pengelola

Peruntukan
diagihkan
berdasarkan
peruntukan
yang diterima
dari BKK -KPM

Melaksanakan
tugasan

JPN kumpul
senarai dan
hantar ke JPN
tuanrumah

Waran
Peruntukan
diturunkan
kepada JPN
yang menjadi
tuanrumah

Perbelanjaan
dan Laporan

Taklimat
kepada Ketua
Kontinjen @
Pengurus
Pasukan

Kursus
dijalankan

Penilaian
peserta untuk
kenaikan
pangkat

Majlis Penutup dan


Penyampaian Sijil
Penyertaan/Pencap
aian/ Penghargaan

25

Laporan
bertulis @
Dokumentasi

JADUAL 5 : AKTIVITI PROJEK (CARTA GANTT)


MEI
BIL

JUN

JUL

OGOS

SEPT

OKT

NOV

AKTIVITI/ PROGRAM
1

Mesyuarat BKK KPM


bersama Ketua Unit
Kokurikulum JPN

Menentukan tempat kursus dan


agihan negeri mengikut zon

Memohon Peruntukan
Kewangan

Mesyuarat Jkuasa Pengelola I

Mesyuarat Jkuasa kerja @


Teknikal I

Waran Peruntukan diagihkan


kepada JPN ( tuanrumah )

Mesyuarat Jkuasa Pengelola II

Mesyuarat Jkuasa Kerja II

Mesyuarat Jkuasa Pengelola III

10

Pelaksanaan Program mengikut


tuanrumah ( JPN )

11

Laporan @ Dokumentasi di
hantar ke BKK-KPM

26

PERBELANJAAN :
Jadual 6 : Implikasi Kewangan Zon Utara
1. Zon Utara
i. Makan-Minum
Murid
Guru
Urusetia/
Jurulatih

36 orang

6 negeri

4 hari X

RM10.00 =

RM8,640.00

4 orang

6 negeri

4 hari X

RM25.00 =

RM2,400.00

20 orang

1 negeri

4 hari X

RM25.00 =

RM2,000.00

ii. Pengurusan

=
JUMLAH :

RM6,960.00
RM20,000.00

Jadual 7 : Implikasi Kewangan Zon Selatan


i. Makan-Minum
Murid
Guru
Urusetia/
Jurulatih

36 orang

6 negeri

4 hari X

RM10.00 =

RM8,640.00

4 orang

6 negeri

4 hari X

RM25.00 =

RM2,400.00

20 orang

1 negeri

4 hari X

RM25.00 =

RM2,000.00

ii. Pengurusan

=
JUMLAH :

RM6,960.00
RM20,000.00

Jadual 8 : Implikasi Kewangan - Zon Borneo


i. Makan-Minum
Murid
Guru
Urusetia/
Jurulatih

36 orang

4 negeri

4 hari X

RM15.00 =

RM8,640.00

4 orang

4 negeri

4 hari X

RM30.00 =

RM1,920.00

20 orang

1 negeri

4 hari X

RM30.00 =

RM2,400.00

ii. Pengurusan

=
JUMLAH :

RM12,040.00
RM25,000.00

27

INDIKATOR PRESTASI (KPI)


Jadual 9 : Indikator Prestasi Projek
Indikator
Indikator Prestasi
Penubuhan Jawatankuasa

Senarai jawatankuasa

Mesyuarat Jawatankuasa

Minit Mesyuarat dan spesifikasi


tugas

Mengenalpasti Jurulatih

Agihan Tugasa Jurulatih mengikut


kepakaran

Mengenalpasti/Pemilihan Peserta/Murid

Senarai nama murid

Persediaan Tempat, Peralatan, Hadiah dan

Senarai semak

Sijil
Arahan Pentadbiran Kursus

Senarai semak

Peruntukan Kewangan

Waran Peruntukan

Memperagakan Pasukan Tunas Kadet

Kehadiran

Remaja Sekolah
Keberkesanaan Kursus

Peratus

28

PENGAWALAN DAN PENILAIAN PROJEK


Pengawalan dan penilaian projek dikawal dengan menggunakan Carta Gant
( Jadual 5) dan menggunakan senarai semak seperti dalam Jadual 10
dibawah:
Jadual 10 : Senarai Semak Pengawalan Projek
Tindakan
Bil

Aktiviti

1.

Mesyuarat BKK KPM bersama Ketua Unit


Kokurikulum JPN

Menentukan tempat kursus dan agihan negeri


mengikut zon

Memohon Peruntukan Kewangan

Mesyuarat Jkuasa Pengelola

Mesyuarat Jkuasa Kerja/Teknikal

Waran Peruntukan diagihkan kepada JPN


( tuanrumah- Perlis, Johor dan Sarawak )

Menyediakan Jadual Pelaksanaan

Menyediakan Modul Kursus

Pelaksanaan Program mengikut tarikh

10

Kehadiran

11

Peratus lulus ujian kursus

12

Laporan/ Dokumentasi di hantar ke BKK-KPM

Ya

Tidak

29

REFLEKSI PROJEK
Kursus telah berjaya dilaksanakan di ketiga-tiga zon mengikut tarikh yang
ditetapkan. Penyertaan murid dalam kursus ini amat menggalakkan. 100%
kehadiran peserta kursus dalam ketiga-tiga zon dimana kursus ini
dijalankan. Kursus ini dijalankan dengan mengadakan ujian mengikut
modul (Lampiran 4) yang telah ditetapkan dan diberikan kepada setiap
tuanrumah yang mengendalikan kursus ini. Jadual 11 di bawah pula
menunjukkan peratus murid yang berjaya mendapat pangkat dalam kursus
yang dilaksanakan.
Jadual 11 :
Peratus kelulusan kenaikan Pangkat dalam Kursus Kepimpinan di
ketiga-tiga zon
Sijil
Lulus dengan Lulus dengan Lulus dengan
ZON
Kehadiran
mendapat
mendapat
mendapat
sahaja
pangkat Lans pangkat
pangkat
Koperal
Koperal
Sarjan TKRS
TKRS
TKRS
UTARA
10 %
20%
30%
40%
SELATAN

10%

10%

30%

50%

BORNEO

20%

10%

40%

30%

30

Hasil dapatan pelaksanaan kursus dapat melihat sejauh mana keberkesanan


penubuhan pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah dalam
memenuhi JERI dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai
matlamat penubuhannya dan apakah faktor-faktor penyumbang kearah
keberkesanan pelaksanaannya. Dalam pada itu melalui pelaksanaan kursus
iniu jugadapat mengetahui samada terdapat korelasi antara pengurusan,
pentadbiran

dan

peruntukan

kewangan

dengan

pencapaian

atau

keberkesanaan pelaksanaannya.
Untuk mencapai matlamat dan keberkesanan penubuhan pasukan
badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah dalam
memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan -JERI serta mencapai
matlamat penubuhannya iaitu; mengenal pasti faktor-faktor penyumbang
kepada keberkesanan pelaksanaan, mengenal pasti sama ada terdapat
perbezaan dari segi komposisi kaum berdasarkan jantina dan mengenal pasti
sama ada terdapat korelasi antara pengurusan, pentadbiran dan peruntukan
kewangan dengan pencapaian atau keberkesanaan pelaksanaannya.

Tujuan

kursus

ini

adalah

untuk

mengenal

pasti

tahap

pencapaian/keberkesanan penubuhan pasukan badan beruniform tunas kadet


remaja sekolah di sekolah rendah dalam memenuhi falsafah pendidikan
kebangsaan -JERI serta mencapai matlamat penubuhannya. Selain dari
itu, kursus ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kolerasi
dari segi pengurusan, pentadbiran dan peruntukan kewangan dengan
pencapaian atau keberkesanaan pelaksanaannya. Kursus ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara penyertaan
mengikut jantina dan komposisi kaum. Di samping itu, kursus ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti

pembolehubah yang menjadi faktor

31

penyumbang kepada penglibatan murid dalam pasukan Tunas Kadet Remaja


Sekolah.
Dapatan

daripada

kursus

ini

dengan

jelas

menunjukkan

bahawa

keberkesanan penubuhan pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja


banyak bergantung kepada program-program yang dijalankan, ini secara
tidak langsung menunjukkan peruntukan kewangan untuk pelaksaanaan
program-program amat penting.

Kadet Remaja Sekolah atau KRS telah diluluskan penubuhannya di sekolahsekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran
penubuhannya pula telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Najib bin Tun
Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Jun 1995.
Manakala arahan pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah ini di semua sekolah
telah dibuat oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1995.
Pasukan Tunas KRS ini ditubuhkan bertujuan memberi peluang kepada
semua murid yang tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform
yang sedia ada di sekolah untuk menyertai pasukan Tunas KRS. Dengan itu
semua murid berpeluang menyertai pasukan pasukan badan beruniform di
sekolah. Semenjak ditubuhkan lebih sedekad yang lalu, penglibatan murid
dalam pasukan ini telah meningkat dari tahun ke tahun. Jumlahnya adalah
melebihi bilangan penglibatan murid dalam mana-mana pasukan badan
beruniform yang lain.
Berdasarkan perkembangan ini, pelaksanaan aktiviti pasukan KRS turut
dikembangkan ke peringkat sekolah rendah dengan nama Pasukan Tunas
Kadet Remaja Sekolah atau TKRS. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah

32

ini telah diasaskan pada 15 Mac 1999 dan penubuhan rasminya telah
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato Noh
b. Omar pada 26 Mac 2006.
Dari aspek kepegawaian, kedua-dua pasukan ini menggunakan sepenuhnya
kepakaran dan tenaga guru-guru sekolah sebagai pengurus dan jurulatih
pasukan. Oleh itu berbagai-bagai latihan telah dijalankan kepada guru-guru
tesebut bagi memantapkan lagi pengurusan pasukan ini di seluruh
negara.Pelaksanaan aktiviti Tunas KRS adalah berdasarkan kurikulum yang
berteraskan aspek Disiplin dan Kerohanian disamping 4 elemen utama iaitu
Ketahanan Diri dan Kebudayaan, Keusahawanan, Khidmat Masyarakat dan
Alam Sekitar.
Sepanjang tempoh pelaksanaan aktiviti Tunas KRS, tiada sebarang
peruntukan khas diberikan kepada pasukan ini. Pembiayaan aktiviti
hanyalah melalui peruntukan aktiviti Menengah dan Rendah (kokurikulum
OS42000) yang amat terhad dan rendah jumlahnya. Oleh itu segala
perancangan untuk membangunkan pasukan ini tidak dapat dilaksanakan
secara menyeluruh dan berkesan melalui peruntukan yang terhad tersebut.
Oleh itu beberapa permasalahan dapat dikesan seperti berikut;
i.

Pembangunan aspek kejurulatihan pasukan.kurang berkesan.

Memandangkan semua jurulatih pasukan TKRS ini adalah terdiri daripada


kalangan guru, maka latihan atau kursus-kursus yang berkaitan dengan
kurikulum dan pengurusan pasukan yang cekap dan sistematik perlu
diadakan. Tetapi disebabkan tiadanya peruntukan khas, maka program ini
gagal dilaksanakan secara berkesan dan objektif di sebalik penubuhan

33

pasukan ini di semua sekolah seluruh negara tidak akan tercapai


sepenuhnya.
ii.

Pembangunan fizikal pasukan kurang mantap.

Disebabkan tiadanya peruntukan khas tersebut, menyebabkan aktiviti


pembangunan fizikal

pasukan seperti ketiadaan pusat latihan khas,

kekurangan peralatan dan logistik pasukan itu sendiri di peringkat


kebangsaan dan negeri merencatkan program yang dirancang sepanjang
tahun.
iii.

Salah tanggapan terhadap kualiti pasukan KRS.

Disebabkan tiada peruntukan yang khas diberikan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia kepada pihak pengurusan pasukan ini, segala urusan
perbelanjaan

pasukan

ditanggung

oleh

ahli-ahli

dan

guru-guru

pemimpinnya sendiri di peringkat negeri dan sekolah. Oleh itu timbul salah
tanggapan oleh sesetengah pihak bahawa menyertai pasukan ini perlu
mengeluarkan perbelanjaan yang besar khususnya untuk pembelian pakaian
dan segala kelengkapan yang lain.
Pada setiap tahun pasukan TKRS terlibat dalam pelbagai aktiviti
sama ada diperingkat kebangsaan, negeri mahupun daerah seperti
perkhemahan tahunan, pertandingan kawad kaki, kursus kenaikan pangkat
dan kursus-kursus kejurulatihan pegawai. Tanpa sebarang peruntukan khas
tersebut, semua aktiviti ini masih dapat dilaksanakan, namun kejayaannya
tidak begitu memberangsangkan. Demi pembangunan yang lebih mantap,
sokongan dari segi kewangan khas amat diperlukan oleh pasukan ini.
Dicadangkan

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

mewujudkan

peruntukan khas yang akan diberikan kepada pasukan TKRS agar dapat

34

merealisasikan semua aktiviti yang dirancang dengan berkesan melalui


pelaksanaan program dan kursus kejurulatihan kepada pegawai-pegawainya,
penyediaan peralatan dan logistik yang mencukupi serta pengurusan dan
perancangan aktiviti yang mantap. Dengan adanya semua peruntukan ini,
usaha membentuk generasi muda yang yakin diri, berdaya saing, cekap dan
bersatupadu bagi melahirkan insan kamil sesuai dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan tercapai.
Selain daripada peruntukan kewangan berdasarkan hasil dapatan
kajian, dicadangkan diwujudkan jawatan Pegawai Tadbir KRS secara hakiki
di semua Jabatan Pelajaran Negeri. Disamping memastikan pasukan badan
beruniform Tunas KRS di semua negeri mempunyai sumber logistiknya
tersendiri

yang

lengkap.

Kursus-kursus

pemantapan

kejurulatihan

dilaksananakan dengan efektif dan berkesan di peringkat negeri dan


kebangsaan. Dan akhir sekali mewujudkan pusat latihan bagi pasukan Tunas
KRS di setiap negeri. Belanja Mengurus pasukan Tunas Kadet Remaja
Sekolah dan penstrukturan semula perjawatan jika diluluskan sudah pasti
menjadikan pasukan lebih mantap di setiap negeri dan setanding dengan
pasukan badan beruniform yang lain selaras dengan matlamat dan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Langkah-langkah dan strategi untuk memantapkan kokurikulum sebagai
suatu komponen pendidikan yang penting demi kegemilangan bidang
pendidikan negara pada masa hadapan, dalam hal ini salah satunya melalui
pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Melalui pasukan
ini boleh membantu proses pembinaan insan,

membantu proses

pembelajaran murid. Pelaksanaan pasukan ini pada masa kini telah


berjalan dengan lancar, landasan untuk pembangunannya sudah terbina.

35

Penglibatan murid dan guru dan pegawai-pegawai pelajaran di peringkat


daerah,

bahagian

dan

negeri

semakin

memberangsangkan.

Walaubagaimana pun masih ada lagi aspek pelaksanaan dan pengurusan


yang boleh dipertingkatkan dan dipermantapkan dalam memastikan
keberkesanan Penubuhan Pasukan Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja
Sekolah

36

RUJUKAN :
Alimuddin 2006, Outstanding Leaders: Membina Sekolah Cemerlang:
Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran Malaysia
Brian Fidler, 1995, Strategic Planning for School Improvement. Terj. Abd.
Aziz Abd. Rahman, 2010, Kuala Lumpur : Institut Terjemahan
Negara Malaysia
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2009, Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jean McNiff dan Jack Whitehead, 2002, Action Research: Principles and
Practice 2nd Edition: Routledge Palmer/Taylor & Francis e-Library,
http:// books. google. co.id/books
Misi dan Visi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laman web Kementerian
Pelajaran Malaysia, http://www.moe.gov.my
Memorandum Pelaksanaan Kokurikulum, 2005, Kabinet Persekutuan
Sekretariat Penulisan KRS MUSLEH, 2010, Buku Rujukan Tunas Kadet
Remaja Sekolah Tahun 4: MUSLEH Berhad, Al-Ameen Serve
Holdings Sdn. Bhd.
Sekretariat Penulisan KRS MUSLEH, 2010, Buku Rujukan Tunas Kadet
Remaja Sekolah Tahun 5: MUSLEH Berhad, Al-Ameen Serve
Holdings Sdn. Bhd.
Sekretariat Penulisan KRS MUSLEH, 2010, Buku Rujukan Tunas Kadet
RemajaSekolah Tahun 6: MUSLEH Berhad, Al-Ameem Serve
Holdings Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), Kementerian Pengajian Tinggi

37

Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,


2009, Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia
Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2004, Pengurusan Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2004, Kurikulum Pusat Kokurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia
Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2004, Panduan Pengurusan Pusat Kokurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia
Sidang Pengarang Jawatankuasa Penggubal Jabatan Bomba & Penyelamat
dan Jawatankuasa Penggubal Kementerian Pelajaran Malaysia,
Panduan Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia :
Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Pelajaran Malaysia
Sidang Pengarang Jabatan Penjara Malaysia, Modul Latihan Kadet
Koreksional: Jabatan Penjara Malaysia
Sidang Pengarang Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia, 1989, Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Pasukan
Kadet Polis Sekolah
Sidang Pengarang Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pertahanan
Awam, Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kadet Pertahanan
Awam (KAPA) Malaysia: Bahagian Pengurusan Angkatan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1995. Kementerian Pelajaran Malaysia

38

LAMPIRAN :
1.

BORANG BIODATA PESERTA ( TKRS/01-11)

2.

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN ( TKRS/02-11 )

3.

BORANG KEBENARAN IBUBAPA ( TKRS/03-11 )

4.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH

5.

JADUAL KURSUS

6.

IKRAR PESERTA

7.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

39

You might also like