You are on page 1of 26

1.

0 Pengenalan
Sejarah negara Malaysia sangat unik dan perlu diketahui serta didalami oleh setiap
warganegara. Secara ringkasnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan
yang merangkumi 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 1Di Semenanjung Malaysia
terdapat 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan manakala dua lagi negeri dan satu
Wilayah Persekutuan yang lain terletak di Pulau Borneo. Sebelum mencapai kemerdekaan,
negara Malaysia pernah melalui zaman-zaman yang gentir iaitu dijajah oleh kuasa Belanda,
British,

Jepun

yang

menjajah

demi

kepentingan

negara

masing-masing

dengan

meggunakan propaganda dan muslihat yang licik.


Penjajahan oleh kuasa luar meninggalkan kesan-kesan buruk penduduk di Tanah
Melayu pada masa tersebut seperti kehilangan kuasa dan kebebasan, rakyat juga mula
menderita, berbagai penyakit merebak, peningkatan pengangguran dan sebagainya.
Walaupun semasa penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu rakyat melalui era kesengsaraan,
penjajahan tersebut juga turut meninggalkan beberapa kesan-kesan positif. Contohnya,
penjajahan kuasa luar menjadi faktorfaktor kepada kemunculan rakyat majmuk di Tanah
Melayu, kewujudan semangat nasionalisme, kelahiran nilai jati diri dan semangat kekitaan,
perpaduan, serta mendorong untuk mencapai kemerdekaan dan sebagainya.
Malaysia mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 dan juga pada 16 September 1965. Malaysia mencatatkan kemerdekaan dua
kali disebabkan oleh beberapa faktor. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu yang terdiri
daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Sela (kecuali Singapura)
digabungkan dan disatukan untuk mencapai kebebasan daripada penjajah British dan
dinamakan sebagai Malaya. Seterusnya, pada 16 September 1965, sekali lagi diisytiharkan
sebagai merdeka apabila empat buah negara iaitu Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah
digabungkan di bawah satu unit pentadbiran serta dinamakan sebagai Malaysia. Setiap
peristiwa sejarah mengenai Malaysia mempunyai makna yang penting dan perlu didalami
oleh setiap warganegara untuk membina negara bangsa.

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_dan_wilayah_persekutuan_di_Malaysia
1

Di samping itu, penjajahan di Tanah Melayu juga membantu rakyat untuk


menubuhkan parti politik yang bersistematik. Sebelum penjajahan, tidak kelibat persatuan
atau parti politik yang bergerak secara aktif bagi menyuarakan pendapat. Tetapi, penjajahan
oleh kuasa luar mengakibatkan kemunculan parti-parti politik untuk menuntut hak dan
bergerak secara berpasukan dengan mendukung matlamat yang sama. Begitu juga, di
Sabah dan Sarawak yang dapat dilihat kemunculan parti-parti politik seperti UNKO, USNO,
PESAKA dan sebagainya. Setiap parti-parti politik mempunyai visi dan misi yang sendiri
mengikut keperluan suku kaum sendiri.
Kemudian, gabungan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Melayu disebabkan
oleh beberapa faktor telah mendorong kepada kemunculan sebuah negara Malaysia yang
unik dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Sabah dan Sarawak bersetuju dengan
Gagasan Malaysia disebabkan beberapa faktor seperti ancaman komunis, ingin
mempercepatkan kemerdekaan dan sebagainya. Negara Malaysia memerlukan rakyat yang
bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan sebagainya untuk hidup secara
aman dan damai serta membantu dalam pembinaan negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum, seperti Malaysia. Pembinaan negara bangsa merupakan
suatu asas yang disandarkan bagi mencapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui
konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan
kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut. Negara bangsa merupakan satu
konsep atau bentuk kenegaraan yang memperolehi pengesahan politik dengan menjadi
sebuah negara yang berdaulat, dan semua rakyat yang berbilang kaum dianggap sebagai
satu bangsa dan satu negara, yang berdiri tegak di atas satu identiti negara yang sama
dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai sosio budaya, lambang dan sentiasa berpegang pada
jiwa manusia dan kerohanian yang tinggi.

2.0 Perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sehingga tahun 2000
Sabah dan Sarawak adalah merupakan dua buah entiti politik yang baru wujud khususnya
selepas kedatangan penjajah British di Asia Tenggara pada abad ke-19.2 Kedua-dua negeri
ini mempunyai kawasan yang paling strategi dimana kedua-dua buah negeri ini terletak di
bahagian utara Pulau Borneo. Pengabungan Sabah dan Sarawak dengan Malaya
membolehkan negara Malaysia meneruskan kegemilangan ekonomi dan kestabilan politik di
rantau ini. Negeri Sabah atau Borneo Utara sebelum ini dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan
di bahagian timur pula dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
Namun begitu, sebuah syarikat British, iaitu North Borneo Chartered Company telah
berjaya memperolehi konsesi dan pajakan daripada kedua-dua pemerintah tersebut dan
menguasai pentadbiran Sabah. Perkara yang sama juga berlaku di Sarawak, dimana
sebelum kedatangan British negeri tersebut dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei.
Kolonial British mula bercampur tangan dalam pentadbiran Sarawak apabila James Brooke
mengunakan peluang untuk mendamaikan pemberontakan antara kaum di Lidah Tanah.
Di Tanah Melayu perkembangan parti-parti politik dapat dilihat sejak penjajahan
British dan mula membara semasa penjajahan Jepun. Tetapi, di Sabah dan Sarawak tidak
wujud sebarang parti politik yang bergiat secara aktif untuk menentang penjajahan kolonial
British. Penduduk Sabah dan Sarawak tidak menentang penjajahan oleh kolonial British
kerana kurang kesadaran dan penduduk mengamalkan kehidupan secara bersuku. Di
samping itu, kolonial British juga mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap
penduduk pelbagai etnik agar dapat memudahkannya menguasai dan mentadbir di Sabah
dan Sarawak.
Kemunculan parti politik dapat dilihat setelah Sabah dan Sarawak telah dimasukkan dalam
Supplementary Agreement, yang meletakkan kedudukan mereka yang sama taraf dengan
negeri lain di Semenjung Tanah Melayu pasa tahun 1941. 3 Keadaan ini telah mengakibatkan
North Borneo Chartered Company (Sabah) dan keluarga James Brooke

(Sarawak)

kehilangan kuasa dan menyerahkan kuasa pemerintahan negeri kepada British. Negeri
Sarawak mula menentang tindakan kolonial British berbanding dengan negeri Sabah.
2 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul
Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 153.
3 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul
Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 156.
3

Walaupun majoriti penduduk Sarawak bersetuju dengan penyerahan kuasa kepada British
tetapi penduduk tempatan khususnya orang Melayu dan Iban telah melancarkan gerakan
anti penyerahan. Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan
Malaysia dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan
parti-masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka
dalam negara baharu Malaysia. Antara parti-parti politik yang wujud di negeri Sarawak
adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak,

Parti Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan

Dayak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti Negara Sarawak,
Barisan Rakyat Jati Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Parti Pesaka Anak
Sarawak (PESAKA). Di Sabah pula, terdapat wujud parti-parti seperti. Parti Kebangsaan
Melayu Labuan, Barisan Pemuda Society,

Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu,

Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu.


2.1 Sarawak
Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik kerana
sifat keetnikan amat ketara dalam penubuhan parti politik dan setiap kumpulan etnik telah
menubuhkan dua buah parti politik bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi kaum
masing-masing.4 Pada awal penubuhan parti-parti di Sarawak tidak ada sekatan atau
keanggotaan kepada sesuatu kaum atau satu suku sahaja. Tetapi lama kelamaan parti-parti
tersebut mula mengubah coraknya dengan mendominasikan kepentingan satu suku kaum
sahaja. Walaupun, di Sarawak terdapat berbagai parti politik yang mewakili satu kumpulan
etnik sahaja namun pemimpin-pemimpin parti tersebut menjalinkan hubungan yang baik
dengan kumpulan etnik yang lain. Cara ini dapat mengekalkan dan memelihara hubungan
politik sesebuah parti dan kepentingan kumpulan etnik di Sarawak. Maka disebabkan inilah
pembentukan, pembubaran, penggabungan, dan penukaran rakan politik memainkan
peranan penting dalam sejarah politik Sarawak.
2.1.1 Parti Kebangsaan Melayu Sarawak
Parti ini yang dikenali sebagai Malay National Union of Sarawak telah ditubuhkan pada
tahun 1936 bertujuan untuk menentang rancangan penyerahan Sarawak kepada British oleh
keluarga Brooke yang telah menjanjikan memberikan kemerdekaan kepada penduduk
Sarawak untuk berkerajaan sendiri. Gerakan antipenyerahan ini juga dijalankan secara
organisasi politik dan bermatlamat mengalakkan kerjasama antara orang melayu dengan
lain-lain

bangsa,

meningkatkan

tahap

pendidikan

di

kalangan

orang

Melayu,

4 Zaid Ahmad, Hubungan Etnik di Malaysia (edisi kedua), Selangor Darul


Ehsan, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010, ms 133.
4

mempertahankan budaya dan maruah bangsa, mengalakkan orang Melayu menceburi


bidang perniagaan dan mengembangkan ajaran agama Islam.

Parti ini memberikan

keutamaan kepada kaum Melayu di Sarawak dan menuntut hak-hak yang sewajarnya
sebagai warga negeri Sarawak.
2.1.2 Persatuan Dayak Sarawak
Parti ini ditubuhkan oleh suku kaum Iban yang bertujuan memelihara kepentingan kaum
Iban. Parti ini dikenali sebagai Dayak Association of Sarawak yang telah ditubuhkan setelah
Perang Dunia Kedua. Objektif utama penubuhan parti politik ini adalah untuk menentang
rancangan British yang ingin menjajah negeri Sarawak. Parti ini aktif dalam menentang
kuasa British walaupun Bill Cession telah diluluskan pada bulan Mei 1946.

Kematian

Gabenor Sarawak yang telah dibunuh oleh Rosly Bin Dhoby dari kumpulan Rukun 13
mengakibatkan British mengharamkan parti-parti politik. Maka, secara tidak langsung parti
ini juga mula tidak bergiat pada tahun 1949.
2.1.3 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Parti ini yang dikenali juga sebagai Sarawak United Peoples Party (SUPP) ditubuhkan pada
12 Jun 1959 oleh Ong Kee Hui dan Stephen Young. Parti ini membuka keahlian kepada
pelbagai kaum tetapi majoritinya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini juga merupakan parti
pertama yang ditubuhkan yang tidak bermatlamatkan antipenjajahan. Di antara objektif di
sebalik penubuhannya adalah untuk menyatupadukan kaum-kaum di Sarawak dan
mewujudkan perpaduan serta menanamkan semangat kesetiaan di kalangan penduduk
Sarawak. Parti ini pada mulanya tidak bersetuju dengan idea Gagasan Malaysia yang telah
diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman. Menjelang Pembentukan Malaysia, parti ini
memainkan peranan penring sebagai parti pembangkang. Parti pembangkang ini
menentang Gagasan Malaysia disebabkan kesedaran politik yang baharu muncul, ada
dalam kalangan pemimpin politik menyuarakan hasrat untuk memperolehi kemerdekaan
secara berasingan dan mereka juga khuatir mereka akan kehilangan kekuatan akibat
dominasi Malaya dan juga bimbang akan bakal didiskriminasikan. Selepas pilihan raya
tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti Perikatan
Sarawak termasuklah SUPP.7 Parti ini mula bekerjasama dengan Barisan Nasional dan
menjadi parti politik komponen yang kukuh dan terbesar di Sarawak.
5 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul
Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 157.
6 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul
Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 157.
5

2.1.4 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)


Parti Kebangsaan Sarawak atau lebih dikenali dengan gelaran SNAP telah ditubuhkan
dengan matlamat untuk membolehkan negeri Sarawak mencapai kemerdekaan dan juga
memperjuangkan hak dan kepentingan orang Iban di Sarawak.

Parti ini telah diasaskan

oleh Stephen Kalong Nikang pada 10 April 1961 dan juga merupakan parti politik tertua
bangsa Dayak. Stephen Kalong Nikang merupakan seorang pembantu Syarikat Shell Brunei
yang kemudiannya menjadi presiden SNAP dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada
tahun 1963. Parti ini memberikan peluang kepada suku kaum Dayak melibatkan diri secara
aktif dalam bidang politik terutamanya kepada individu yang tidak berminat menyertai manamana parti yang lain. Salah satu faktor lagi yang mendorong penubuhan parti ini adalah
kesedaran kaum Dayak yang merasakan sebagai kaum besar di Sarawak perlunya memiliki
satu parti politik yang membolehkan menyuarakan pendapat. Parti ini juga pada awalnya
menentang dan tidak menerima Gagasan Malaysia. Pada 5 Julai 1961, Setiausaha Agung
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Stephen Kalong Ningkan telah mengatakan
bahawa sebarang langkah untuk meletakkan Sarawak ke dalam Persekutuan, oleh
sebarang kuasa luar akan ditentang secara habis-habisan.

Walaupun begitu, pada

22 Oktober 1962 parti ini menyokong Gagasan Malaysia dengan bergabung dalam
pembentukan Parti Perikatan Sarawak.
2.1.5 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Parti Pesaka Anak Sarawak atau PESAKA telah diasaskan oleh Temenggung Jugah pada
bulan Ogos 1962 yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum Dayak di Sarawak dan
member jaminan kepada hak mereka di dalam perlembagaan.

10

Parti ini merupakan parti

7 Zaid Ahmad, Hubungan Etnik di Malaysia (edisi kedua), Selangor Darul


Ehsan, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010, ms 134.
8 Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan
untuk peperiksaan am
kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.

9 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul


Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 177.
10 Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan
untuk peperiksaan am
kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.

politik yang kedua ditubuhkan bagi kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak. Parti ini
diasaskan di Sibu bagi memelihara kepentingan kaum Iban. Antara pemimpin-pemimpin
yang melibatkan diri dalam parti ini adalah seperti Penghulu Anak Radin, Pengarah Banyang
dan sebagainya. Pada tahun 1973, PESAKA telah bergabung dengan parti politik yang lain
seperti PANAS (Melayu) dan BARJASA (Melanau) untuk membentuk Parti Pesaka
Bumiputera (PBB).

2.1.6 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)


Parti ini yang lebih dikenali dengan nama singkatan BARJASA telah diasaskan oleh Datu
Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman pada 4 Disember 1961. Parti ini telah ditubuhkan
disebabkan mempunyai objektif untuk melahirkan masyarakat Sarawak yang aman dan
harmoni. Parti BARJASA ini lebih menumpukan perhatian dalam meningkatkan taraf hidup
kaum bumiputera di Sarawak. Tambahan pula, parti ini turut memperjuangkan hak istimewa
bagi kaum bumiputera Sarawak serta berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Sebagai bahasa kebangsaan. Parti ini merupakan sebuah parti yang didomainkan oleh
masyarakat Melayu (Islam) dan mendapat sambutan daripada suku kaum Melanau dan
orang Melayu. Dalam parti ini anggotanya terdiri daripada golongan yang berpelajaran. Parti
ini juga bekerjasama dan bergabung dalam pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak.
2.1.7 Parti Negara Sarawak (PANAS)
Parti Negara Sarawak ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha pada 9 April
1960. Parti Negara Sarawak atau PANAS telah ditubuhkan dengan matlamat untuk
memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup, kedudukan politik, sosial dan ekonomi kaum
bumiputera di Sarawak.11 Parti ini mempunyai objektif untut mendapatkan pendidikan
percuma bagi sekolah rendah supaya segelintir masyarakatnya akan bakal menimba
pendidikan yang setaraf. Parti ini telah mendapat sokongan daripada Kaum Melayu dan juga
Melanau-Islam terutamanya dari bahagian ketiga Sarawak
2.1.8 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

11 Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan
untuk peperiksaan am
kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.

Parti ini yang dikenali sebagai Sarawak United Bumiputera Heritage Party telah ditubuhkan
pada 30 April 1973 dengan menggabungkan tiga buah parti politik di Sarawak iaitu Parti
Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak
Sarawak (PESAKA). Pertubuhan parti ini bermatlamatkan bagi meningkatkan taraf
kehidupan dan membela nasib kaum bumiputera dalam pelbagai bidang terdiri daripada
politik, ekonomi, dan sosial. Parti ini telah dipelopori oleh idea Pehin Sri Haji Taib Mahmud
merupakan setiausaha agung BARJASA. Kewujudan parti ini yang majoriti terdiri daripada
kaum Melayu telah mengukuhkan Barisan Nasional negeri di Sarawak sehingga hari ini.

2.2 Sabah
Negeri Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malaysia dan juga merupakan
negeri kedua terbesar yang terletak di utara pulau Borneo. Dengan kawasan yang
menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh laut
China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di
bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau
ke-3 terbesar di dunia.12 kemunculan parti-parti politik di Sabah dapat dilihat setelah
cadangan penubuhan Malaysia. Sebelum itu, hanya wujud parti-parti politik yang bergerak
secara tidak aktif dan ada juga parti yang telah dibubarkan.
2.2.1 Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) telah ditubuhkan setelah Perang Dunia Kedua di
Sabah. Pada bulan Jun 1946, setelah beberapa pemimpin mengadakan satu perjumpaan di
Labuan persatuan ini ditubuhkan. Perjumpaan ini telah menjadi pendorongan untuk
kemunculan parti politik yang dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Labuan. Matalamat
utama pertubuhan ini adalah untuk membaiki kedudukan dan taraf kehidupan kaum
bumiputera Islam dan juga meningkatkan ekonomi anak negeri.
2.2.2 Barisan Pemuda Society (BARIP)
Parti ini yang dikenali dengan nama singkatan BARIP juga ditubuhkan pada tahun 1946 di
Sabah. Objektif utama kemunculan parti ini adalah untuk menyatukan anak negeri Sabah
agar bekerjasama dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat bumiputera di
negeri Sabah. Parti ini menumpukan perhatian secara menyeluruh dari segi politik, ekonomi
dan sosial bagi kaum bumiputera.
12 http://www.sabah.gov.my/main/ms-MY/Home/About
8

2.2.3 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)


UNKO telah diasaskan pada bulan Ogos 1961 oleh Donald Stephens dan Kemunculan parti
ini telah didasari oleh pemikiran Orang Kadazan yang bercadangkan agar menyatukan
semua kelompok etnik Kadazan-Dusun daam sebuah parti politik. Tujuan penubuhan parti
ini adalah untuk melindungi dan menjaga hak serta kepentingan kaum Kadazan- Dusun di
Sabah. Tambahan pula, parti ini lebih mementingkan dalam mengukuhkan hubungan baik
dan perhubungan antara kaum Kadazan-Dusun di Sabah agar dapat berjuang sebagai satu
unit pasukan dalam mencapai matlamat dan cita-cita parti tersebut.

2.2.4 Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu (USNO)


Parti USNOlah yang membawa negeri Sabah masuk ke dalam Malaysia 27 tahun yang
lalu.13 Parti politik ini telah ditubuhkan pada Disember 1961 di Sabah dengan
mengutamakan kaum Melayu iaitu masyarakat Islam. USNO terdiri daripada gabungan
beberapa buah persatuan sosial dan agama seperti Persatuan Islam Sabah (PIS),
Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Anak Negeri Sandakan. Pengasas utama
parti ini ialah Datu Mustapha bin Datu Harun merupakan seorang pemimpin bumiputera
Islam. USNO membuka keahlian kepada semua bumiputera terutamanya orang Islam. Parti
ini bermatlamatkan memperjuangkan hak dan kepentingan kaum bumiputera Muslim di
Sabah dan menuntut supaya agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri Sabah.
2.2.5 Barisan Rakyat Sabah Bersekutu
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) atau Federal Sabah Peoples Front atau
Parti Bersekutu merupakan parti politik yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia oleh bekas
Ketua Menteri Sabah, datuk Harris Salleh bersama para penyokongnya pada 1998.

14

Parti

ini ditubuhkan disebabkan oleh Datuk Harris yang mendakwa bahawa rakyat Sabah
inginkan

beliau

memimpin

semula

negeri

Sabah

untuk

menyelesaikan

pelbagai

permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh Barisan Nasional. Pada tahun 1999,
beliau telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Sabah 1999 dengan objektif
menggulingkan kerajaan Barisan Nasional negeri Sabah yang sedia ada. Parti Bersekutu
13 Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan
untuk peperiksaan am
kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 151.

14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Rakyat_Sabah_Bersekutu
9

telah melantik calonnya dalam kesemua 48 kawasan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Tetapi, parti ini tidak dapat memenangi satu kawasan pun, malah calon-calon bersekutu
kehilangan wang pertaruhan mereka. Walaupun begitu, parti ini tidak pernah berputus asa
untuk mengambil bahagian dalam kesemua pilihan raya umum yang berikutnya. Namun,
parti ini tidak dapat mendapat sokongan dan sambutan daripada rakyat negeri Sabah dan
telah dibubarkan oleh presidennya iaitu Berman Angkap pada tahun Disember 2010.

2.2.6 Parti Bersatu Sabah


Parti Bersatu Sabah ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph
Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah. 15Datuk Joseph Pairin Kitingan mula menubuhkan
parti ini setelah dikeluarkan dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah disebabkan beliau
menentang dasar-dasar kerajaan yang tidak sehala dengan matlamat sebenarnya. Setelah
beliau melepaskan jawatan Dewan Undangan Negeri Tambunan disebabkan paksaan beliau
tidak berputus asa. Beliau mula bertanding dalam pilihan raya kecil Tambunan pada
Disember 1984 sebagai calon bebas menentang kerajaan dan beliau Berjaya mengekalkan
kerusinya dengan undi yang majoriti. Kemenangan tersebut menyemarakkan semangat
beliau untuk mengubah struktur politik di negeri Sabah dengan menegakkan demokrasi
serta menentang penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah ketika itu. Satu gerakan baharu
telah muncul dengan kepimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan dan ini telah mengakibatkan
penubuhan Parti Bersatu Sabah pada 5 mac 1985. Parti Bersatu Sabah telah diterima
kejjadi ahli Barisan Nasional pada bulan Jun 1986, tetapi keluar dari BN selepas mencapai
kemenangan dan menjadi parti pembangkang di Sabah. 16
2.2.7 Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan

15 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Bersatu_Sabah
16 Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan
untuk peperiksaan am
kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 150.

10

Parti ini telah ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu (UNKO) dengan Pertubuhan Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN).

17

Kedua-dua buah parti ini dapat disatukan dab bekerjasama kerana mempunyai matlamat
yang sama iaitu memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa Kadazan, Dusun dan juga
Murut. Setelah pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua
parti politik ini terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam piligan
raya.
2.2.8 Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Murut Bersatu
Parti politik ini merupakan sebuah parti yang ditubuhkan di negeri Sabah semula kesan
daripada Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967). Parti ini hanya
mengalami sedikit perubahan dari nama asalnya kepada Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazandusun Murut Bersatu tetapi ia masih mengekalkan singkatan yang sama iaitu
UPKO. Parti ini telah ditubuhkan semula pada 30 Oktober 1999 dengan matlamat untuk
memelihara hak-hak dan memperjuangkan pembangunan kaum Kadazandusun Murut.
2.2.9 Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)
Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1978 di negeri Sabah, Malaysia. Istilah Nunukragang
merujuk kepada Nunuk Ragang yang merupakan tempat lahir tradisional budaya dan
tamadun Kadazan-Dusun.18 PASOK diasaskan oleh Orang Kaya iaitu G.S. Sundang
merupakan ketua suku tempatan dan juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah. Parti ini
ditubuhkan oleh beliau kerana berpendapat perlunya mempunyai satu landasan politik untuk
orang Kadasan, Dusun dan Murut.
Parti ini bersifatkan konsep etnosentrik Kadazan-Dusun, tetapi keahliannya adalah
terbuka kepada semua kaum. Ini dapat dilihat dengan keanggotaan pemimpin-pemimpin
parti ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Pada tahun 1985, PASOK

bergabung dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu merupakan kerajaan campuran setelah
parti tersebut memenangi pilihan raya DUN. Parti ini juga turut memenangi kerusi DUN
apabila presiden PASOK iaitu Ignatius Stephen Melanjum memenangi kawasan Moyog
sehingga hari ini.

17 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bersatu_Pasok-Momogun_Kadazan
18
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Pasok_Nunukragang_Bersat
u
11

3.0 Faktor penubuhan Malaysia


Pembentukan Malaysia bukan sesuatu rancangan yang mudah. Rancangan ini melibatkan
satu perubahan yang besar dan ini akan mengambil masa yang lama disebabkan melalui
pelbagai proses. Di peringkat konsepnya ia kelihatan sebagai satu rancangan yang amat
kompleks. Kebanyakan pihak tidak yakin dengan rancangan pembentukan Malaysia yang
dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Tetapi, disebabkan pada masa tersebut Malaya
telah pun mencapai status berkerajaan sendiri daripada penjajah dan ini dapat merangsang
pemimpin dan rakyat negeri-negeri yang terlibat dalam proses pembentukan Malaysia
bekerjasama denga Malaya. Antara negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan
Malaysia adalah Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Pada mulanya, sultan negara
Brunei telah bersetuju dengan cadangan Gagasan Malaysia. Tetapi pemberontakan yang
dilakukan oleh segelintir masyarakat seperti Ahmad M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat
Brunei telah menggagalkan kemasukan negara Brunei dalam Gagasan Malaysia.
Seterusnya, negara Singapura pula telah bergabung dan mencapai kemerdekaan bersama
pada 16 September 1963. Tetapi pada 9 Ogos 1965, secara rasminya Singapura berpisah
daripada Malaysia untuk membina kerajaan sendiri. Negeri Sarawak dan Sabah sahaja
sehingga hari ini, masih dibawah Persekutuan dan memainkan peranan penting dalam

12

kemajuan ekonomi, politik dan sosial. Antara faktor-faktor yang mendorong negeri Sarawak
dan Sabah menyertai Gagasan Malaysia adalah
2.2.1 Mencepatkan proses kemerdekaan
Di antara lima negeri yang bakal menganggotai Gagasan Malaysia cuma Malaya sahaja
yang bebas daripada kuasa luar setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.19
Penubuhan Malaysia bakal mempercepatkan proses kemerdekaan secara tidak langsung
kepada negeri yang terlibat seperti Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan
kerajaan British tidak berminat memberikan kemerdekaan kepada keempat-keempat negeri
itu secara berasingan.

Tatkala, British telah beberapa kali menunjukkan kesediaannya untuk memberikan


kemerdekaan kepada negara tersebut dengan menyarankan agar negeri-negeri jiran
bergabung dengan Malaya bagi memudahkan proses kemerdekaan. Penubuhan Malaysia
dapat mendorong untuk menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara selaras dengan
usul yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang meminta penjajahan
di seluruh dunia ditamatkan.20 Sehubungan itu, melalui pembentukan Malaysia penjajah
British dapat mengundurkan diri secara terhormat dan dapat memastikan hubungan yang
baik dengan tanah jajahannya.
Maka, jika dianalisis secara terperinci negeri Sabah dan Sarawak menyertai
Gagasan Malaysia kerana mengutamakan kebebasan daripada penjajah. Walaupun, negeri
Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dan berada dibawah pengawasan
Persekutuan tetapi kedua-dua negeri tersebut diberikan hak pengasingan dalam beberapa
aspek. Negeri Sabah dan Sarawak diberikan beberapa keistimewaan dalam memastikan
keharmonian negara Malaysia.
19 Nazaruddin Hj.Mohd Jali, Marof Redzuan & Asnarulkhadi Abu Samah,
Pengajian Malaysia (edisi kedua), Selangor, Precentice Hall, 2001, ms 66
20 Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan
Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 184
13

Sebelum mencapai kemerdekaan pada 16 Sepetember 1963, kedua-dua negeri


tersebut telah mengemukakan 20 perkara yang terdiri daripada hak imigresen, pendidikan,
agama, bahasa, takrif dan kewangan, kewarganegaraan, kedudukan istimewa dan
sebagainya. Perkara-perkara ini dibawah pengawasan dan ditentukan oleh negeri-negeri
tersebut dan persekutuan tidak akan bercampur tangan dalam urusan ini. Maka, negeri
Sabah dan Sarawak menggunakan peluang ini untuk membebaskan negara masing-masing
dari penjajah yang tidak memberi sebarang hak keistimewaan sebelum ini seperti yang
dijanjikan oleh Malaya.
2.2.2 Ancaman komunis
Ancaman komunis menjadi satu isu yang selalu diberi perhatian oleh semua pihak semenjak
penjajahan British di Tanah Melayu. Ancaman komunis selalu menjadi kebimbangan semua
pihak termasuk Britain. Menurut Mohamed Noordin Sopiee (1967) kebanyakkan pengkaji
meletakkan ancaman komunis sebab utama penubuhan Malaysia. 21 Semua negara yang
terlibat dalam rancangan pertubuhan Malaysia terdedah kepada ancaman komunis. Di
Persekutuan Tanah Melayu darurat disytiharkan disebabkan pengaruh komunis yang mula
merebak dan ia mengambil tempoh selama 12 tahun untuk berakhir. Walaupun begitu,
Tanah Melayu masih terdedah dengan ancaman tersebut. Di Singapura pengaruh komunis
semakin meluas dan membimbangkan kerajaan. Pihak komunis mula menyusup masuk ke
dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
di bawah pimpinan Lee Kuan Yew.

22

Keadaan ini telah mengakibatkan beberapa ahli dari

parti PAP yang menyokong komunis dan meninggalkan parti tersebut serta menubuhkan
parti Barisan Sosialis setelah pemerintahan di bawah pimpinan Lee Kuan Yew merosot pada
awal tahun 1960-an. Kekalahan dua kali berturut-turut dalam pilihan raya kecil di Hong Lim
pada awal tahun 1961 dan Anson pada bulan Julai 1961 semakin membimbangkan Lee
Kuan Yew.23 Di samping itu, ancaman komunis di negeri Brunei juga dalam keadaan yang
membimbangkan. Di negeri Sabah dan Sarawak tidak ada sebarang maklumat yang
mengesahkan pengaruh komunis di negeri tersebut. Tetapi, kedua-dua buah negeri ini telah
mengambil langkah was-was dengan bersetuju cadangan Gagasan Malaysia. Langkah awal
21 Ismail Bin Said, Sejarah Malaysia Moden(1945-1969),Selangor,Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd,2012, ms 93
22 Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan
Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 183
23 Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor,
Universiti Teknologi Malaysia,2002, ms 174
14

ini telah diambil untuk menghalang pengaruh komunis merebak di Sarawak dan Sabah.
Walaupun,sebelum ini di negeri Sabah dan Sarawak tidak wujud ancaman komunis tetapi
lama-kelamaan kemungkinan besar bakal wujud pengaruh tersebut. Sebagai langkah awal
Sarawak dan Sabah bersetuju bergabung dengan Malaya untuk merealisasikan Gagasan
Malaysia.
2.2.3 Keseimbangan kaum
Faktor ini diberi perhatian utama oleh pemimpin di Tanah Melayu walaupun di Singapura
perkara ini tidak diutamakan. Ini disebabkan percantuman dengan Singapura boleh
mengakibatkan ketidakseimbangan kaum di Tanah melayu kerana lebih 75 % penduduk di
Singapura ialah kaum Cina.24 Ini melebihi komposisi penduduk yang terdapat di Tanah
Melayu sebanyak 50% kaum Melayu dan 37% kaum Cina. Ini boleh mengancamkan
kedudukan orang Melayu sebagai kaum terbesar di Tanah melayu jika kaum Cina melebihi
penduduk asal. Oleh itu, dengan mengambil kira perkara ini Tunku Abdul Rahman telah
mencadangkan pembentukan Malaysia yang menggabungkan negeri Brunei, Sabah,
Sarawak dan Singapura. Beliau berpendapat melalui cara ini dapat mengimbangi rakyat
yang terdapat dalam pembentukan Malaysia disebabkan di negeri Sabah, Sarawak dan
Brunei terdapat 70 % kaum bumiputera. Maka, kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak
dengan mengambil kira perkara ini telah menyokong Gagasan Malaysia.

2.2.4 Kerjasama dalam kemajuan ekonomi


Melalui penubuhan Malaysia kelima-lima negeri yang terlibat dapat memajukan ekonomi
secara bersama. Melalui cara ini, sumber-sumber yang terdapat di negeri-negeri tersebut
dapat dimajukan dan memberi keuntungan yang banyak. Ini disebabkan Singapura
memainkan peranan sebagai pelabuhan antarabangsa, Brunei dengan hasil minyak, Sabah
dan Sarawak dengan hasil hutannya serta Persekutuan Tanah Melayu dengan bahan
mentah. Apabila kelima-lima negeri digabungkan dengan pembentukan Malaysia maka
secara tidak langsung ekonomi meningkat disebabkan diuruskan secara berpusat.
Walaupun Negeri Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber bumi tetapi tidak ada teknologi
yang baik untuk memproseskannya. Setelah perang dunia kedua, British tidak mengambil
sebarang inisiatif untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. British hanya menumpukan
24 Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan
Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 184
15

perhatian untuk mengeksploitasikan sumber ekonomi yang terdapat di kedua-dua negeri


tersebut. Negeri Sabah dan Sarawak mula menyedari kepentingan menyertai Gagasan
Malaysia untuk memajukan kawasan pedalaman yang masih lagi mundur dan tidak
mempunyai sebarang kemudahan. Kedua-dua negeri ini dengan mengambil kira perkara ini
telah bersetuju dengan cadangan Gagasan Malaysia.
2.2.5 Bersatu dalam hubungan antarabangsa
Tunku Abdul Rahman semasa mencadangkan tentang pembentukan Malaysia di Singapura
beliau pernah menekankan faktor ini. Ini disebabkan apabila kelima-lima buah negara
bersatu di bawah satu pemerintahan dan politik maka dapat memperkuatkan lagi kedudukan
dan ekonomi di arena antarabangsa. Pemimpin di Malaya bekerjasama dengan negerinegeri serantau bukan hanya sekadar untuk kekuatan dalam tetapi juga untuk meningkatkan
hubungan antarabangsa. Pembentukan Malaysia itu sendiri menandakan permulaan
kerjasama erat sesama anggota dengan pencapaian kemerdekaan oleh negeri-negeri
anggota sebagai satu kejayaan bersama.25 Negeri Sabah dan Sarawak juga menyedari
bahawa melalui bergabung dengan Malaya dapat meningkatkan taraf dan nama baik negeri
tersebut. Pada masa tersebut tidak ada peluang kepada negeri Sabah dan Sarawak untuk
membina kerajaan sendiri kerana kurang kesedaran. Maka, negara Malaya menjadi contoh
yang baik yang dapat membina kerajaan sendiri dan mengharungi cabaran serantau dan
antarabangsa. Oleh itu, negara Sabah dan Sarawak merasakan melalui bersatu dengan
Malaya dapat membina hubungan yang baik dengan serantau dan antarabangsa.

4.0 Kepentingan pembinaan negara bangsa


Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini.
Kita juga mempunyai peranan penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk
membawa kita ke arah wawasan yang ingin capai ungkapan ini daripada perdana menteri
yang kelima bagi negara Malaysia iaitu YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. 26 Daripada

25 Nazaruddin Hj.Mohd Jali, Marof Redzuan & Asnarulkhadi Redzuan, Pengajian


Malaysia (edisi kedua), Selangor, Precentice Hall, 2001, ms 68
26 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2006-2010, Putrajaya, Malaysia.

16

ungkapan tersebut amat jelaslah bahawa rakyat memainkan peranan penting kepada
pembangunan dan kemajuan negara.
Negara kita masih belum mencapai status negara maju di seantero dunia jika
dibandingkan dengan negara-negara lain. Negara Malaysia mempunyai azam dan keinginan
untuk berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain yang maju
seperti Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, dan sebagainya. Bagi merealisasikan impian ini
menjadi nyata , Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat, telah
memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, yang mempunyai matlamat bagi
mentransformasikan negara Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dan menghapuskan gelaran negara yang dikenali
sebagai negara yang ketiga di antarabangsa.
Penjajahan British di Tanah Melayu telah memberi banyak kesan yang mendalam. Salah
satu kesannya ialah mengakibatkan kepada kewujudan masyarakat majmuk di negara kita
pada hari ini. J.S. Furnival dalam bukunya Colonial Policy and Practice mendefinisasikan
masyarakat majmuk sebagai sebuah masyarakat yang wujud sebagai satu unit politik tetapi
anggotanya mempunyai budaya yang berbeza. Di seluruh dunia, negara Malaysia dikatakan
sebagai unik dan istimewa disebabkan mempunyai rakyat yang berbilang kaum yang terdiri
daripada kaum Melayu, Kaum India dan kaum Cina dan hidup secara aman dan damai.
Perpaduan dan integrasi merupakan satu isu yang diuar-uarkan oleh kerajaan untuk
membentuk negara bangsa.
Semasa dalam naungan British, perpaduan dan integrasi antara masyarakat majmuk
tidak begitu baik disebabkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British
bagi menjamin kedudukan mereka. Tetapi, semasa di ambang kemerdekaan pemimpinpemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Dato Onn bin Jaafar, Tun Tan Cheng Lok dan Tun
V.T Sambanthan telah menyedari akan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat yang
berbilang kaum dan telah mengambil pelbagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara
kaum bagi mendapatkan kemerdekaan. Walaupun, pada mulanya usaha untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum tidak begitu menyerlah tetapi lama kelamaan
kesannya dapat dilihat.
Seterusnya, Malaysia selama 57 tahun ini mencapai kemerdekaan, telah ditimpah
dengan pelbagai musibah dan dapat tanganinya dengan begitu baik sekali sampai hari ini.
Antara perkara yang dapat dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi yang bakal datang
ialah peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum yang meninggalkan
kesan yang begitu dalam kepada negara dan masyarakat. Peristiwa ini terjadi disebabkan
tiada perpaduan, integrasi, kerjasama dan persefahaman antara rakyat majmuk dan
17

mengugat kepada kedaulatan negara. Perkara ini memberi kesedaran kepada semua warga
Malaysia akan kepentingan perpaduan dan integrasi kaum. Melalui ini, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai dasar yang dapat memberi tumpuan kepada perpaduan di
kalangan rakyat majmuk yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Tambahan pula, bagi memupuk perpaduan dan integrasi serta ketaatan terhadap
negara di kalangan rakyat yang berbilang kaum kerajaan telah mengubal perkara yang
terdapat dalam perlembagaan, memperkenalkan rukun negara, dan telah menggariskan
dasar-dasar dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang berlainan agama, bangsa,
bahasa dan budaya untuk menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara. sementalahan,
nilai saling hormat menghormati, toleransi, kerjasama, ketaatan kepada raja dan negara,
dan semangat patriotisme serta cinta akan negara di kalangan rakyat majmuk dapat
mempertahankan negara Malaysia dari anasir-anasir luar dan membantu kepada
pembinaan negara bangsa.
Perpaduan dan integrasi boleh didefinisasikan sebagai pelaksanaan proses bagi
mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.27 Dengan mengambil kira kepentingan
integrasi dan pembinaan negara bangsa kerajaan telah menubuhkan Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang bertujuan mengalakkan perpaduan
masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasioanal. Negara bangsa ditakrifkan sebagai satu
konsep atau bentuk kenegaraan yang memperolehi pengesahan politik dengan menjadi
sebuah negara yang berdaulat, dan semua rakyat yang berbilang kaum dianggap sebagai
satu bangsa dan satu negara, yang berdiri tegak di atas satu identiti negara yang sama
dimanifestasikan oleh pemikiran,nilai sosio budaya, lambang dan sentiasa berpegang pada
jiwa manusia dan kerohanian yang tinggi.
Negara bangsa juga merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan oleh
sesebuah negara.

Dr.Mahathir Mohamad, perdana menteri yang keempat, telah

mengemukakan pandangannya bahawa perpaduan dalam semua masyarakat amat


signifikan bagi menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan yang lebih maju. Beliau
juga menyatakan hasratnya agar rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dikenali dengan identiti satu bangsa Malaysia oleh seantero dunia tanpa menghapuskan
unsur-unsur budaya kaum yang lain. Dr. Mahathir Mohamad, dalam Wawasan 2020 telah
menekankan agar dapat membentuk sebuah negara bangsa dalam masa yang singkat yang
dapat menyumbangkan kepada pembangunan dan kemajuan negara. Ini disebabkan tanpa
27 Mardiana & Hasnah, Pengajian Malaysia,Selangor Darul Ehsan, Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd, 2000, ms 178.
18

perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan sebagai satu bangsa di kalangan masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia, boleh mengakibatkan huru-hara, perpecahan, pergaduhan
antara masyarakat, ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi.
Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai satu kemuncak dan kejayaan
pentadbiran bagi sesebuah negara. pembinaan negara bangsa adalah teras strategik yang
pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Jika ingin membentuk
sebuah negara bangsa, rakyat mestilah bersatu padu, sejahtera, beringtegrasi

dan

menikmati kehidupan bersama sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, dan
taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Sebagai sebuah masyarakat
yang majmuk, rakyat Malaysia haruslah membantu dan bekerjasama dalam mewujudkan
sebuah negara bangsa yang dapat membawa kemajuan dalam sektor ekonomi bagi negara.
Pada era gloabalisasi ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara menyerap masuk ke dalam negara kita tanpa ada
sekatan. Ini dapat menjadi cabaran kepada negara Malaysia dalam pembinaan negara
bangsa. Keupayaan pembinaan sesebuah negara bangsa bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme serta jati diri yang tinggi terhadap negara di kalangan
rakyat.perpaduan di kalangan rakyat majmuk penting dalam pembangunan negara.
Kemajuan yang kita menikmati hari ini merupakan hasil daripada perpaduan erat di antara
pelbagai kaum di negara kita sejak dari dulu lagi.
Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, bagi menjaga kepentingan mereka,
iaitu bagi menjamin dan meningkatkan dapatan ekonomi negara mereka maka telah
membawa masuk imigran Cina dan imigran India bagi mengusahakan lombong bijih timah
dan perusahan getah. Bagi menjaga penyaluran ekonomi dan bagi mengelakkan perpaduan
terjalin dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut di Tanah Melayu, mereka telah
ditempatkan secara berasingan dan British mengamalkan pentadbiran dasar pecah dan
perintah. Masyarakat Melayu tinggal di kampung dengan mempraktikkan ekonomi
tradisional iaitu sara diri, bangsa Cina ditempatkan di bandar bagi mengusahakan lombong
dan Imigran India pula di estet sebagai penoreh getah.
Ini telah mewujudkan jurang antara rakyat di Tanah Melayu dan masing-masing
terikat dengan suku dan kaum sendiri. Oleh itu, ini telah mengakibatkan wujudnya
perbezaan sosio ekonomi antara masyarakat pada masa tersebut dan mengakibatkan
perselisihan faham. Ini disebabkan orang melayu merupakan penduduk asal di Tanah
Melayu dan mereka mundur dari segi kemajuan ekonomi dan orang Cina pula menikmati
kehidupan yang serba selesa di bandar dengan kemudahan infrastruktur, jalan raya dan
sebagainya. Ini telah mewujudkan perbezaan sosio ekonomi antara rakyat di Tanah Melayu.
19

Semasa Tanah Melayu dalam proses mencapai kemerdekaan, penerapan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Melayu,India dan Cina menjadi syarat utama, dan mengambil tempoh
yang lama dan pelbagai usaha telah diambil bagi memupuk nilai bersatu padu dan
bekerjasama tanpa mengira kaum dalam kalangan masyarakat.
Pemisahan penempatan bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan baik antara
etnik di Malaysia tetapi akan memperkuatkan semangat kekitaan dalam suku atau kaum
masing-masing. Contohnya, pengasingan sistem pendidikan yang terdiri daripada sekolah
vernakular hanya memecah belahkan masyarakat dan tidak membantu kepada pembinaan
negara bangsa. Oleh itu, pembinaan negara bangsa amat penting untuk mengurangkan
jurang perbezaan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa
penting kerana sebelum merdeka tidak wujud sebarang perpaduan di kalangan masyarakat.
Maka, pembinaan negara bangsa perlu untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan
masyarakat majmuk dan menghapuskan jurang perbezaan di kalangan rakyat. Setiap rakyat
perlu melupakan identiti diri mereka mengikut kaum masing-masing. Tetapi, membina identiti
yang sama sebagai satu masyarakat iaitu rakyat Malaysia. Setiap warganegara hendaklah
bangga mengaku dirinya sebagai satu warga dan satu masyarakat dan satu Malaysia di
bawah satu pemerintahan.
Seterusnya, dari segi ekonomi, kewujudan jurang pendapatan antara etnik menjadi
cabaran utama kepada ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia. Ini dapat dibuktikan
melalui peristiwa hitam yang berlaku dalam sejarah Malaysia pada 13 Mei 1969 iaitu
rusuhan kaum yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada negara. Rusuhan ini
berlaku ekoran pilihan raya kebangsaan pada 10 Mei 1969 dan banyak isu perkauman telah
dibahaskan ketika mengadakan kempen. Selain itu, masyarakat Melayu yang merupakan
penduduk asal berasa terpinggir dari segi ekonomi dan terasa ancam disebabkan
masyarakat Cina mula menguasai ekonomi negara.
Aspek ekonomi ini secara tidak langsung telah mewujudkan ketidak puas hati antara
masyarakat Malaysia dan telah menyebabkan perselisihan dan pergaduhan, dan sebagai
langkah mempertahankan kedaulatan negara kerajaan telah mengishtiharkan darurat.
Melalui ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan sosio ekonomi antara rakyat berbilang
kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, tidak dapat membantu dalam
pemupukan perpaduan malahan memudaratkan hubungan yang baik antara rakyat jelata.
Oleh itu, pembinaan negara bangsa dititikberatkan di negara kita agar dapat menjamin
keamanan dan keharmonian negara. Melalui pembinaan negara bangsa rakyat akan belajar
untuk berkongsikan setiap hasilan negara bersama orang lain tanpa mengira kaum dan
agama. Jika, pembinaan negara bangsa luntur, setiap kaum hanya akan bakal
20

mementingkan diri sendiri dan kaum sendiri sahaja. Pembinaan negara bangsa penting
kerana dapat membantu rakyat jelata untuk berkongsikan setiap perkara baik dengan orang
lain dengan pemikiran sebagai satu unit rakyat.
Selain itu, rakyat di negara Malaysia masing-masing mempunyai kepercayaan dan
pegangan agama masing-masing. Mereka mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa
ibunda dan kebudayaan. Contohnya, bagi masyarakat Melayu bahasa ibunda mereka ialah
Bahasa Melayu dan bagi masyarakat India bahasa mereka ialah Bahasa Tamil. Keadaan ini
telah menyukarkan berlakunya komunikasi dan perkongsian maklumat antara rakyat yang
berbilang kaum. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan
kaum sendiri dalam semua aspek. Contohnya, setiap kaum mengutamakan kaum sendiri
dalam pemilihan sahabat, berkongsikan ilmu, mendapatkan pekerjaan dan dalam urusan
seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik. Maka, pembinaan negara bangsa
penting di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum untuk dapat menghapuskan
polariasasi antara etnik iaitu sikap mementingkan kaum sendiri sahaja. Di negara Malaysia,
pembinaan negara bangsa sahaja dapat mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan
masyarakat. Tanpa konsep ini, setiap rakyat tidak dapat bekerjasama dan dapat
memudaratkan

keamanan dan pembangunan negara. Jadi, pembinaan negara bangsa

amat penting untuk mewujudkan identiti sebagai satu rakyat bukan mengikut kaum-kaum.
Kemudian, semasa penjajahan British aspek ini sangat dominan dan penduduk
Tanah Melayu sangat setia kepada kaum sendiri dan negara masing-masing. Contohnya,
masyarakat Cina mencurahkan kesetiaan dan kebaktiaan yang tidak berbelah bahagi
kepada negara asalnya iaitu China dan tidak mempunyai perasaan kekitaan dalam diri
mereka. Oleh itu, bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu
telah mengambil tempoh yang lama dan melalui pelbagai proses. Dari semasa ke semasa,
pemimpin negara memberi perhatian yang ketara terhadap isu ini dan mengambil langkah
efektif bagi membentuk sebuah negara bangsa. Usaha perpaduan kini dijalankan seiring
dengan pembangunan negara. Jika dibandingkan dengan dulu dan sekarang, walaupun
tidak sepenuhnya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk tetapi
kesannya dapat dilihat. Maka, warga pada hari ini perlu berusaha untuk merealisasikan
aspirasi negara iaitumembina negara bangsa yang kukuh yang dapat menjadi benteng
kepada anasir-anasir luar. Negara Malaysia dapat berdiri kukuh dan dapat mengharungi
pelbagai cabaran dan musibah jika rakyat bersatu padu dan berbakti kepada negara. Maka,
pembinaan negara penting bagi mencerminkan imej negara di dunia antarabangsa sebagai
sebuah negara yang aman dan damai dengan rakyat yang berbilang kaum.

21

Di samping itu, dalam hal kebudayaan, disebabkan terdapat masyarakat berbilang


kaum, Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya. Setiap budaya yang
ada di negara ini, masing-masing hanya mewakili identiti sesuatu kaum sahaja. Usaha untuk
melambangkan kepelbagaian budaya di bawa satu identiti seolah-olah sukar dicapai ini
disebabkan masing-masing masih terasa ancam dan takut akan kehilangan identiti budaya
sendiri. Keadaan ini menjadi semakin rumit sampai hari ini disebabkan masih masyarakat
masih terkongkong dengan dasar penjajah (dasar pecah dan perintah) serTA tidak berfikiran
liberal. Bagi membentuk negara bangsa setiap warganegara perlulah rela untuk
memperkongsikan satu budaya dan menghayati sepenuhnya. Ini bermakna setiap warga
mengenali dan memahami pegangan agama setiap kaum di negara ini. Melalui cara ini,
setiap individu akan dapat menghormati agama lain sama seperti pegangan agama
sendirinya. Jadi, pembinaan negara bangsa amat penting bagi membantu rakyat jelata
memperkongsikan dan mengamalkan nilai-nilai baik bersama dan berpadu.
Seterusnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat yang terdapat di negara Malaysia. Idea mewujudkan Dasar
Kebudayaan

Kebangsaan

wujud

hasil

daripada

gagasan

Kongres

Kebudayaan

Kebangsaan, 1971 di Kuala Lumpur. Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup
manusia yang merangkumi berbagai-bagai aspek dan berperanan penting dalam proses
pembangunan negara Malaysia. Kebudayaan juga melambangkan keperibadian sesebuah
bangsa dan negara.
Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi agar dapat membuktikan kepada seluruh dunia bahawa negara yang mempunyai
penduduk yang berbilang kaum dan agama boleh berpegang pada satu fahaman dan
kebudayaan yang sama. Dasar ini menjadi panduan dalam membentuk,mewujudkan, dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Melalui dasar ini, dapat
mencerminkan keperibadian negara yang unik dengan rakyat yang berbilang kaum dengan
identiti budaya yang sama. Pelaksanaan dasar ini telah membawa kejayaan sampai hari
dan menonjolkan sikap rakyat Malaysia yang bertoleransi dalam pembentukan pembinaan
negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa juga dapat meningkatkan semangat patriotik dan jati diri
di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa dapat membantu
setiap warganegera berasa bangga terhadap tahah airnya. Pembinaan negara bangsa juga
akan mendorong setiap individu menyedari akan tanggungjawab masing-masing untuk
membangunkan negara Malaysia secara bersatu padu. Pembinaan negara bangsa penting
22

bagi menjamin kedaulatan sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa memainkan peranan penting di negara kita
supaya dapat menyatukan rakyat membawa kemajuan dalam semua aspek di seluruh
dunia.

5.0 Kesimpulan
Setiap individu perlu mengenali dan memahami sejarah negara masing-masing untuk
menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan amanah yang dapat menyumbang
kepada pembangunan negara. Pelbagai usaha turut dijalankan oleh kerajaan kita untuk
membina negara bangsa yang bersatu padu. Ini kerana untuk mengekalkan kedaulatan
negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui perpaduan kaum, barulah
negara kita dapat membentuk negara yang terdiri daripada rakyat yang bersatu hati dan jiwa
23

bangsa Malaysia. Walaupun, jauh lagi perjalanan negara Malaysia untuk mencapai taraf dan
status negara maju, perpaduan dan kerjasama di kalangan rakyat jelata dapat
mempercepatkan matlamat tersebut. Di samping itu, terdapat pelbagai parti politik yang
muncul di negara kita khususnya di negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakan
ditubuhkan untuk membela kaum hak kaum masing-masing. Jika, setiap parti bergabung
tenaga dapat mempercepatkan proses pembinaan negara bangsa. Setiap warganegara,
perlulah menyediakan diri mereka dari segi pemikiran sebagai warga Malaysia yang dapat
membawa kemajuan kepada negara.

6.0 Refleksi
Saya Jessita Mary A/P Francis dari kelas 2 PISMP Sejarah, terlebih dahulu Ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Dr.Nagamah Marimuthu dan juga
semua pihak yang telah membantu saya untuk melengkapkan kerja kursus ini dengan baik
dan cemerlang. Dalam masa yang ditetapkan saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan
berjaya walaupun saya menghadapi pelbagai rintangan. Semasa melakukan kerja kursus ini
24

saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan membuatkan saya berputus asa. Tetapi
dengan keyakinan diri dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa dan kawan,
saya dapat menghadapi cabaran ini dengan tabah dan dapat menghasilkan tugasan dalam
masa yang ditetapkan.
Saya telah diberikan tugasan bagi matapelajaran Sejarah Sabah dan Sarawak oleh
pensyarah pada tarikh 10 Februari 2015 dan tarikh hantar ditetapkan pada 31 Mac 2015.
Satu taklimat berkaitan kerja tugasan diberikan oleh pensyarah agar dapat memudahkan
kami fahami kehendak soalan tersebut dan menjawab dengan betul. Dalam kerja tugasan
tersebut kami diminta untuk bincangkan tentang parti politik, menganalisis faktor-faktor
penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia serta hujah mengenai kepetingan
pembinaan negara bangsa.
Kerja tugasan ini membantu saya mendapatkan gambaran yang jelas mengenai
penubuhan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sebelum tahun 2000. Sebelum
melaksanakan kerja tugasan ini saya kurang mempunyai ilmu mengenai negeri Sabah dan
Sarawak. Setelah menganalisis secara terperinci maklumat mengenai parti-parti politik di
Sabah dan Sarawak saya mendapati bahawa kedua-dua buah negeri tersebut mula bergiat
dalam penubuhan parti politik setelah pembentukan negara Malaysia. Saya juga mendapati,
di negeri Sabah dan Sarawak kebanyakan parti-parti ditubuhkan untuk memelihara kaum
masing-masing sahaja. Ini disebabkan cara kehidupan penduduk peribumi negeri Sabah
dan Sarawak yang mengamalkan cara kehidupan bersuku-suku.
Saya juga mendapati di negeri Sabah dan Sarawak ada jurang sosial dan tidak
wujud perpaduan menjadi penghalang kepada kemerdekaan negeri-negeri tersebut.
Penjajah juga senang menaung negeri-negeri tersebut kerana tidak ada penentangan oleh
penduduk. Maka, saya mendapati tanpa perpaduan dan kerjasama di antara rakyat akan
memberi peluang kepada anasir luar untuk mengancam keamanan dan kedaulatan negara.
Selain itu, saya juga mendapati parti-parti politik di Sabah dan Sarawak mula menyedari
akan kepentingan kerjasama di kalangan suku kaum. Ini disebabkan parti-parti politik di
negeri-negeri ini mula menggabungkan parti-parti mereka dan bergiat sebagai satu pasukan
dengan mendukung matlamat yang sama.
Seterusnya, saya juga mendapati serba sedikit ilmu mengenai faktor-faktor
kemasukan negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Faktor yang paling utama yang
mendorong negeri tersebut menyertai Gagasan Malaysia adalah disebabkan ingin
mendapatkan kemerdekaan. Negeri Sabah dan Sarawak ingin mendapatkan kemerdekaan
daripada penjajah Inggeris dan sudi berada dibawah pengawasan persekutuan. Tetapi,
negeri Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia telah mengemukakan 20 cadangan
yang memberi keistimewaan dan hak dalam beberapa perkara seperti pendidikan,

25

kewangan, imgresen dan sebagainya. Tambahan pula, terdapat lain-lain faktor juga yang
saya mendapati membawa negeri Sabah dan Sarawak menyertai malaysia.
Seterusnya, saya juga mempelajari mengenai kepentingan pembinaan negara
bangsa. Pembinaan negara bangsa sangat penting bagi sebuah negara yang terdiri
daripada rakyat yang majmuk. Setiap Rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha
mewujudkan perpaduan dalam negara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia dan
seterusnya Wawasan 2020 demi masa depan negara yang maju. Pembinaan negara
bangsa dapat mewujudkan satu identiti kepada rakyat yang terdiri daripada agama, budaya,
nilai yag berbeza. Setiap warganegara akan dikenali dengan satu gelaran iaitu rakyat
Malaysia. Setelah menjadi seorang guru, saya pasti akan menerapkan nilai perpaduan dan
kepentingannya dalam kalangan diri murid-murid.
Akhir kata, penghasilan kerja kursus ini telah banyak mengajarkan saya cara untuk
menghadapi sesuatu rintangan dengan tabah dan juga strategi yang harus dipatuhi oleh
saya sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan
berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, malah
saya merasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa
yang dibagikan. Semasa melakukan tugasan ini saya juga belajar untuk bersabar dan tidak
berputus asa dan mempunyai iltizam yang tinggi.

26

You might also like