You are on page 1of 1

Ciri-ciri pakaian bajau lelaki

Pakaian tradisi etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang
dipanggil badu dalam bahasa Bajau. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain
berwarna hijau atau kuning keemasan. Baju ini dihiasi dengan butang betawi
dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan
lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku untuk memperlihatkan baju
bahagian dalam yang berwarna kontra. Baju tradisi ini seperti biasa dipakai pada
majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar
berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis
perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.
Perhiasan bagi pakaian lelaki Bajau ini pula adalah topi yang dipanggil tanjak
untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah
dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda, tanjak
ini yang mereka pakai biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini,
golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat dan
memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan selain memakai puyut
yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).
Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu
ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun.
Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah
pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka telah menggunakan perhiasan
berbentuk keris dan pida untuk disisipkan pada pinggang. Keris, pida dan parang
panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.

You might also like