You are on page 1of 8

ROSLI DHOBY

Rosli Dhoby merupakan seorang


pejuang kemerdekaan Sarawak daripada
penjajah British. Beliau berketurunan
Melayu, berdasarkan kepada darah
ayahnya berketurunan Palembang.
Manakala ibunya berketurunan Melanau.

DATUK MAHARAJA LELA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam


adalah salah seorang pembesar
delapan Perak. Pandak Lam adalah
keturunan Daeng Salili, anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi.

ABDUL RAHMAN BIN TUANKU


IMAM NUH (DATO' BAHAMAN)

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih


dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang
Besar yang menentang penjajah British di
Semantan, kawasannya di negeri Pahang,
Tanah Melayu.
Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam
Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan
Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok
Setia Perkasa Semantan yang berketurunan
Bugis dari Sulawesi Selatan.

DOL SAID PAHLAWAN


NANING

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun


1773, dari suku Semelenggang dan
menjadi Penghulu Naning menggantikan
Penghulu Anjak serta dilantik sebagai
Penghulu Naning pada tahun 1799
sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said
merupakan pemerintah Naning yang kesembilan yang membantah pengenaan

cukai ke atas daerahnya oleh pihak


British.

MAT KILAU - PEJUANG

PAHANG
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak
hanya berjuang menentang penjajah di negeri
kelahirannya, Pahang malah turut sama
menyemarakkan semangat perjuangan bagi
menebus maruah bangsa dan agama di
negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar,


Jerantut itu adalah anak kepada orang besar
Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali
sebagai Tok Gajah.

DATU TATING

Datu Tating merupakan anak kepada seorang


Saudagar dari Tionghua yang berkahwin
dengan Dayang Meria.
Semenjak kanak-kanak lagi, telah tumbuh
dibahagian umbun-umbun beliau seperti batu
putih (batu granit) yang dikatakan Tanduk
Datu Tating.
Khabarnya, beliau ini kebal dari apa jua jenis
senjata tajam.

Beliau wafat setelah meminta isteri terakhirnya


menarik tanduk atau batu putih tersebut
dengan menggigitnya (ini adalah khabar yang
mahsyur dalam kalangan keluarga Maharaja
Adinda).

PADUKA MAT SALLEH

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan


mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam
penentangan yang hebat terhadap
penjajahan British di Sabah. Beliau pernah
mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai
daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam
sekeluarga empat adik-beradik daripada suku
ajau dan ulu. Ibunya daripada suku Bajau.

You might also like