You are on page 1of 20

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN

FERUARI 2012 FASA 4(11)


LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS BIG FASA 4
(SEKOLAH CEMERLANG )

Tarikh

: 28 APRIL 2015

Tempat

: SK TELUK KEPAYANG ( SEKOLAH KLUSTER)

Hari

: SELASA

Masa

: 8.00 PAGI 2.00 PETANG

1.0 PENGENALAN

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat Lawatan Penanda Aras atau
Benchmarking ke sebuah sekolah cemerlang yang merupakan tugasan yang wajib
dibuat oleh guru PPG semester 7 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.
Sebelum itu, kami telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan
jawatankuasa kerja untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum
program itu diadakan, pelbagai persiapan telah dilakukan.

Antaranya ialah

pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Teluk Kepayang, Bota
Perak iaitu salah sebuah sekolah kluster untuk dijadikan tempat program BIG
dilaksanakan. Cikgu Harisun selaku AJK perhubungan bagi lawatan penanda aras
ini telah berbincang serta memohon kebenaran untuk membuat lawatan penanda
aras ke sekolah tersebut. Pihak SK Teluk Kepayang Bota telah memberi maklum
balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana.

Setelah sekolah tersebut

bersetuju untuk dilawati Cikgu Nor Intan Narmiz selaku setiausaha telah membuat
kertas kerja untuk diluluskan oleh Pengarah IPG Ipoh.
Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Sekolah

Kebangsaan Teluk Kepayang, Bota merupakan sebuah sekolah klusterr dan

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
menerima baiah selama 4 tahun. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai
sekolah kluster pada tahun 2013. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak
istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah
sekolah yang antara yang terulung diMalaysia. Program lawatan penanda aras ini
bertujuan memdedahkan kami kepada kepimpinan sekolah yang berkesan akan
menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.
Kami telah pergi ke SK Teluk Kepayang, Bota pada 28 April 2015. Sekolah ini
merupakan sekolah kurang murid (SKM). Guru sekolah seramai 14 orang, murid 75
orang dan kakitangan sekolah 2 orang. Apabila sampai di SK Teluk Kepayang Bota,
kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Teluk Kepayang.
Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat daripada Guru
Besar, Encik Kushariry Bin Mohd Rafie. Beliau telah menerangkan tentang sejarah
sekolah, kemudahan yang ada di SK Teluk Kepayang Bota dan pencapaian sekolah
sama ada dalam bidang akademik mahupun Ko-Kurikulum. SK Teluk Kepayang
telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga
antarabangsa.

Ini menunjukkan betapa guru-guru disekolah ini bekerja kuat demi

mengharumkan nama sekolah. Guru-guru disekolah ini telah memberi komitmen


yang tinggi dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Guru Besar di sekolah
ini tidak memberi tekanan kepada guru-gurunya.

Selain daripada itu, kejayaan

sekolah ini juga dibantu oleh PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan yang
kuat dan bekerjasama dengan pihak sekolah. Kami juga difahamkan, kejayaan
sekolah ini bergantung kepada pencapaian murid dalam UPSR.

Dengan

pencapaian ini, sekolah ini telah mendapat Baiah 4 kali berturut-turut dan pihak
nazir telah mengikhtirafkan sekolah ini sebagai sekolah kluster. Sekolah Kluster
dipilih dari segi pencapaian Bahasa Inggeris dan Pengakap yang mana kedua-dua
bidang ini mempunyai skop yang dinilai lebih luas sehingga ke luar negara.
Keceriaan sekolah ini adalah hasil daripada pencapaian Sekolah Kluster yang
diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 100, 000 selepas
menerima Anugerah Sekolah Kluster. Peruntukan telah digunakan dengan sebaik
mungkin oleh pihak sekolah.

Peruntukan yang diterima telah diagihkan kepada

Panitia Bahasa Inggeris dan Pengakap.


program Sifar Ponteng (kehadiran).

Sekolah ini juga telah mengadakan

Guru Penolong Kanan Hem akan pergi ke

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
rumah murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa surat.

Beliau akan

membawa murid itu ke sekolah. Itu adalah langkah untuk menarik murid datang ke
sekolah.
Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami
disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus Ipoh dengan
pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar
kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, bilik
darjah, kawasan Ko-Kurikulum, sudut pembelajaran, dan lain-lain lagi. Sebelum kami
pulang, kami telah disediakan dengan hidangan makan tengahari yang istimewa
mengikut menu ala kampung yang amat menyelerakan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 4.
2.2 Peserta dapat memahami realiti persekitaran dan responsif secara
positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.
2.3 Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat
dalam pengurusan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran
dalam subjek major kami, seterusnya mengaplikasikan pengurusan
sekolah cemerlang kepada semua peserta.
2.4 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan

3.0 LATAR BELAKANG SK TELUK KEPAYANG

PENGENALAN

Sekolah Melayu Teluk Kepayang telah diasaskan pada 01


April 1913 oleh Ketua Kampung Teluk Kepayang pada

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
ketika itu iaitu Allahyarham Tuan Haji Abd Shukur.
Bangunan asal sekolah ini tertetak di atas sebidang tanah
yang diwakafkan oleh Allahyarham Ngah Maidin bin Alang
Majid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai
Perak. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Kulup Ismail.
Jumlah murid seramai 100 orang terdiri dari murid
kampung ini dan yang datang dari 3 buah kampung iaitu
Kampung Ayer Mati, Kampung Sedingka dan Kampung
Parit. Pada tahun 1916 bangunan sekolah telah dldirikan
semula setelah bangunan asal rosak dilanda banjir. Pada
18 Mei 1932 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan
baharu 2 tingkat bersama 2 buah rumah guru di tapak
sedia ada. Pada tahun 1961 sekolah ini ditukar nama
kepada Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang. Guru Besar
pada ketika Itu ialah Cikgu Hamzah bin Mat Asi. Pada
tahun 1988 sekolah ini mendapat bangunan baharu di
tapak yang baharu juga. Bangunan yang serba lengkap ini
terdiri daripada sebuah bangunan 3 tingkat yang
mengandungi 10 buah bilik darjah, 5 buah stor dan sebuah
kantin. la mula beroperasi secara rasmi pada 01 Januari
1990. Guru Besarnya ialah cikgu Osman bin Aziz. Jumlah
muridnya pula seramai 168 orang. Sekolah ini telah
banyak merakamkan kejayaan terutama di dalam
peperiksaan UPSR. Tertinggi sekali Ialah pada tahun 2008,
seramal 09 orang murid telah mendapat 5A. Sekolah ini
telah dianugerahkan Sekolah SKM Luar Bandar terbaik di
peringkat negeri. Dari tahun 1913 hingga tahun 2011
seramai 22 orang guru telah menjadl Guru Besar di
sekolah inl. Guru Besar ke 22nya ialah Cikgu Kushariry bin
Mohd Rafie. Pada tahun 2012, sekolah ini berada di band
1 - NKRA dan telah dianugerahkan Bai'ah bagi tahun 2011,
2012 dan 2013. Pada butan Julai 2014 sekolah ini telah
dianugerahkan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
(SKK) fasa 8. Semoga sekolah ini akan terus cemerlang,
gemilang dan terbilang di masa-masa yang mendatang.

VISI & MISISEKOLAH


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

LAGU SEKOLAH
PENGETAHUAN SULUH HIDUP

Sekolah Teluk Kepayang,


Sekolah yang ku sayangi,
Berbudi, Berbakti nadi kebanggaan kami,
Kami berjanji akan menabur bakti,
Semangat berjuang itulah janji kami.
Harmoni maju dan terus maju,
Bersama wawasan yang satu,
Rasa penyayang kita lahirkan,
Demi menuju wawasan
Demi menuju wawasan

PENCAPAIAN AKADEMIK
TAHUN CALON

5A

4A IB

LULUS

2009

19

02

02

73.7%

2010

15

04

02

80.0%

2011

14

02

03

92.9%

2012

19

01

06

84.2%

2013

16

03

03

93.8%

2014

16

01

03

100%

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

KEJAYAAN YANG DICAPAI


TAHUN

PERKARA

2007

Anugerah Pencapaian Terbaik UPSR

2008

Pencapaian tertinggi 5A - 9 orang : 37.5%

2009

2 orang mendapat 5A UPSR - 73.7%

2010

Pencapaian Cemertang Sekolah Gred B

2010

Anugerah Pencapaian Terbaik Bah Inggeris

2011

Terpilih Sekolah Band 1 - NKRA

2011

Gred Purata Sekolah ( GPS) terbaik 1.53

2011

Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2012

Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2013

Sambutan 100 Tahun sekolah

2013

3 orang mendapat 5A UPSR - 93.8%

2014

Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2014

Anugerah Sekolah (Ouster Kecemertangan

2014

Pencapaian UPSR 100% - Seorang 5A

ENROLMEN MURID
BIL

DARJAH

01

LELAKI P'PUAN JUMLAH

TAHUN 1
BAGUS
02 TAHUN
2 BAIK

05

13

18

08

06

14

03

TAHUN 3
BIJAK 4
TAHUN

05

05

10

03

07

10

BAIDURI5
TAHUN
BESTARI

08

03

11

04
05

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
06

TAHUN 6
BERLIAN

07

06

13

JUMLAH

36

40

76

PROGRAM TAHUN INI


BULAN
JANUARI

AKTIVITI
Perjumpaan Profesiona! Ibu Bapa Tahun 6

FEBRUARI

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 35

MAC

Sukan Tahunan Sekolah kali ke 49

APRIL

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah

MEI

Ujian PKSR / PBS Pertengahan Tahun

JUN

Kem Bestarl Solat dan Kherrtah IPadat

JULAI

Program Ihya' Ramodhan 1436 Hijrah

OGOS

Perkhemahan Pengakap Keris Emas

SEPTEMBER Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR )


OKTOBER

Lawatan Persantai ke Putau Langkawi

NOVEMBER Hari Anugerah Kecemerlangan


DISEMBER

Harl Keluarga Guru dan Kakitangan

LAPORAN BERGAMBAR

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

BANNER SK TELUK KEPAYANG

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

PINTU MASUK KE SK TELUK KEPAYANG

BERGAMBAR KENANG KENANGAN DI PINTU MASUK

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

KETIBAAN EN. RADZI KE SK TELUK KEPAYANG

MENDENGAR TAKLIMAT DARI GURU BESAR SK TELUK KEPAYANG

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

MENDENGAR UCAPAN AKHIR DARI EN. RADZI

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA GURU BESAR


SK TELUK KEPAYANG

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
LAWATAN KE PERSEKITARAN SEKOLAH

SUDUT UNIT KO-KURIKULUM ( PENGAKAP )

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
SUDUT LALUAN ILMU

PUSAT SUMBER SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

SUDUT-SUDUT DALAM PUSAT SUMBER

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)

MAKANAN YANG MENYELERAKAN

Laporan disediakan oleh,

( HARISUN BINTI IBRAHIM )


740510086574
PPG SAINS 2 KOHOT 2 2015

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
Refleksi Lawatan Penanda Aras ke SK Teluk Kepayang

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,


memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang
mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.
Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat
beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti menghadiri program
bina insan guru. Program BIG ini perlu diikuti oleh setiap pelajar Program
Pensiswazahan Guru diseluruh IPG .Kami Pelajar PPG Kohot 2 di IPG Ipoh juga
merasa bertuah mendapat pendedahan sebegini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan
Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Teluk Kepayang, Bota Perak ini
dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada
28 April 2015 iaitu hari Selasa. Tidak dilupakan kepada pensyarah pengiring kami
iaitu Encik Radzi B Haji Johari yang banyak membantu kami menyiapkan rangka
program ini serta rakan sekelas. Pada semester ini, kami telah diwajibkan
menjalankan program BIG Fasa 4 iaitu lawatan penanda aras ini.
Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk
menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan
dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Teluk Kepayang , Bota, Perak iaitu
salah sebuah sekolah kluster dalam Daerah Perak Tengah untuk dijadikan tempat
program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah
berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke
sekolah tersebut. Pihak Sk Teluk Kepayang telah memberi maklum balas yang
positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan
penerimaan itu.

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang merupakan sebuah sekolah kluster.
Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah yang
mendapat Band 1 dalam peperiksaan UPSR. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah
agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran
sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Perak. Program lawatan
penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang
sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah
yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi
pendidikan.
Apabila sampai di SK Teluk Kepayang , kami telah disambut dengan penuh
mesra oleh warga SK Teluk Kepayang. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat
yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Cikgu Kushairyri
Bin Mohd Rafie. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan
yang ada di SK Teluk Kepayang, dan pencapaian SK Teluk Kepayang dalam bidang
akademik mahupun Kokurikulum. SK Teluk Kepayang telah mendapat pelbagai
anugerah di peringkat negeri. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini
bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.
Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami
disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar dan pensyarah pengiring
IPG Kampus Ipoh dengan pihak sekolah. Selepas itu kami dibawa melawat sekitar
kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, , sudut
pembelajaran, makmal dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat lawatan ke sekitar
sekolah saya amat tertarik dengan banner dan moto yang tertulis di sekitar kawasan
sekolah.
Terdapat

beberapa

kekuatan

yang

boleh

saya

dapati

sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguhdalam

melaksanakan

program

ini.

Kami

telah

berganding

bahu

dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini
secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya di

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan
dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru
besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri
dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu
mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa
akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik
dan cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam
mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu
Cikgu Kushairiry B. Mohd Rafie merupakan seorang guru besar yang suka
merendah diri. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpandangan jauh dan
mempunyai hala tuju dalam pentadbirannya. Beliau menyatakan bahawa, sebarang
perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah
sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun,
beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut serta amat menjaga kebajikan
guru-gurunya. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga
tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti
datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang
dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras
kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau
menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa
mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh
bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen
minda masyarakat.Guru-guru disekolah beliau juga perlu mahir sekurang-kurangnya
dalam satu bidang untuk membantu pencapaian sekolah.

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut kerjasama yang amat
erat diantara pihak sekolah dan PIBGnya. Saya dapati setiap program sekolah akan
mendapat bantuan dan sokongan yang penuh dari pihak PIBG. Ini amat membantu
guru serta pentadbiran sekolah tersebut untuk menjayakan segala program yang
telah dirancang.

Di samping itu, kelemahan dan kekangan sepanjang menjayakan program ini.


Kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen . Ini
disebabkan kami terikat dengan komitmen tugas di sekolah dan dalam masa yang
sama bertanggungjawab melaksanakan tugasan sebagai pelajar di IPG. Walau
bagaimanapun semua masalah dapat diatasi dengan adanya komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli kumpulan kami.
Bagi

mengatasi

semua

kekangan

di

atas,

terdapat

beberapa

penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan


segala kertas kerja serta surat menyurat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu,
masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit telah
berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku
pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang
diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan
program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan
dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.
Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa
ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu
secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini
amat penting dijalankan oleh guru seperti saya kerana mampu memberi motivasi
dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN


FERUARI 2012 FASA 4(11)
pengalaman sebanyak mungkin supaya menjadi guru yang lebih bersedia untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain
itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan
sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak
kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini
kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya
terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG
Fasa 4 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat
diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
HARISUN BINTI IBRAHIM
740510086574
PPG SAINS 2 KOHOT 2 2015

You might also like