You are on page 1of 2

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini
adalah perayaan berbeza.
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada Kalendar Cina iaitu pada akhir
bulan Ogos hingga akhir bulan September.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada
adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut
tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan
yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Gambar di atas merujuk kepada pelbagai jenis Kuih Bulan.

Houyi dan Change

Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (Bahasa Cina: ) dibawa ke bulan yang
dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Berlainan dari kebanyakan dewa
bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi
mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja
Yao legenda yang menyusuli zaman Huang DI.

Gambar ini merujuk kepada Houyi dan Change

You might also like