You are on page 1of 2

1.

2 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan

Kesejahteraan (Wellness)
Merupakan cara hidupke arah mencapai tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental
dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan
yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers, Sweeney and
Wittmer, 2005, p. 252). Tujuh dimensi kesejahteraan seperti
yang digariskan oleh Anspaugh danrakan (2004) and Hales
(2005) merangkumi emosi, kerjaya, sosial, fizikal, intelektual,
spiritual, persekitaran dan kerjaya.

Kesejahteraan Emosi
Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan
kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan
realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran
dalam mengawal perasaan.

Kesejahteraan Kerjaya
Merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan
nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi
kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi sikap
terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan
pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi serta
bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan
untuk menyumbang kepada masyarakat.

Kesejahteraan Sosial
Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain,
komuniti, dan persekitaran.

Kesejahteraan Fizikal
Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan
tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan
kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kesejahteraan Intelektual
Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam
aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada
untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi
dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Kesejahteraan persekitaran
Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan
perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam
komuniti.

Kesejahteraan Spiritual
Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang
holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilainilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual.

You might also like