Professional Documents
Culture Documents
Demam Sawan
Demam Sawan
Pengenalan
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang
biasa.
Insiden
Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun
dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurangkurangnya sekali.
Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau
melebihi umur 3 tahun.
Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk
mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.
Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanakkanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan
sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.
Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih
bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada
satu bahagian badan sahaja.
Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan
melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik
makanan/air liur di dalam mulut.
Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi
melebihi 38.5C
Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau
"sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh
demam).
Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam
Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam
berulang.
Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang
normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain
(yang tidak mengalami sawan demam).
Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi.
Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang
dalam masa 24 jam.
Perkembangan yang lambat.
Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.
Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi
selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).
Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.
Mengawal sawan
Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital.
Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika: