You are on page 1of 5

Sukaneka Prasekolah SK Seri Sekamat

Sukaneka Praasekolah Seri Sekamat telah dilaksanakan pada 3 Mei 2015 di


padang SK Seri Sekamat, Sukan Kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini
merupakan 2 kelas prasekolah iaitu Prasekolah Wibawa dan Prasekolah Karisma,
seramai 50 orang dan termasuk ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sukaneka
prasekolah merupakan salah satu program di bawah bidang kokurikulum sekolah. Ia
merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu diadakan pada setiap tengah tahun di
mana aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan guru, kanak-kanak prasekolah dan ibu
bapa mereka. Sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara sukaneka seperti Tarik
tali, sepak raga bulat dan lain-lain yang melibatkan semua murid prasekolah dan ibu
bapa mereka. Sukaneka ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan di kalangan
guru dan ibu bapa mereka.
Kebaikan Sukaneka Prasekolahn SK Seri Sekamat
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Ibu bapa yang bekerja sering kali
terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.
Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal
dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dalam
pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan
meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan
perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan
jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh
badan.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam usaha melahirkan
pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, emosi, jasmani dan intelek,
Sukaneka yang dijalankan dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang
dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002), sukan
merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia
menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa

pembelajaran di bilik darjah. Pengalaman menjalankan aktiviti sukaneka akan


meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal,
intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas terhadap
konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam
kegiatan kokurikulum.

Keberkesanan Sukaneka SK Seri Sekamat


Sukaneka yang dijalankan oleh 2 buah prasekolah ini memberi kesan yang
mendalam kepada ibu bapa yang melibatkan diri dalam aktiviti ini. Sukaneka dapat
melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meriah kemenangan. Sifat bersatu
padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan. Lantaran itu, acara
yang melibatkan ibu bapa dan anak mereka dapat memupuk sikap kerjasama bagi ibu
bapa dan anak mereka semasa bertanding untuk acara sukaneka yang juga dapat
mengeratkan hubungan yang erat antara mereka dan dapat melahirkan sebuah pasukan
yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, hubungan antara guru
dan ibu bapa dapat dirapatkan secara tidak langsung.
Untuk menjalankan sukaneka ini memerlukan tenaga kerja yang banyak. Oleh
itu, terdapat beberapa ibu bapa yang bersukarela untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukaneka seperti menjadi pengadil, membantu guru menyediakan bahan dan
menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Hal ini telah memudahkan dan melancarkan
perjalanan sukaneka tersebut. Dengan ini, Secara tidak langsung ibu bapa dapat
melibatkan diri dalam prasekolah dengan aktif.
Aktiviti gotong-royong Prasekolah Karisma
Program Gotong-royong Prasekolah Karisma 2015 dijalankan bertempat di SK
Seri Sekamat dan melibatkan semua guru-guru, ibu bapa dan murid-murid prasekolah.
Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan
sekolah supayaianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk muridmuridmenjalankan pelbagai aktiviti.

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru


danibubapa selain meluaskan penglibatan ibu bapa dalam kegiatan sekolah.
Melaluinya,guru-guru dan ibu bapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan
peranan masing-masing untuk membantu prasekolah mencapai kecemerlangan. Muridmurid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui peningkatan
kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan lebih prihatin
dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Kebaikan Aktiviti Gotong-royong Prasekolah Karisma


Dengan menjalankan amalan bergotongroyong di kawasan prasekolah, kita
dapat memperindah kawasan prasekolah dan memastikan persekitaran prasekolah
sentiasa dalam keadaan yang bersih. Apabila kawasan prasekolah sentiasa bersih dan
indah, murid-murid akan berselera dan bermotivasi untuk belajar dan lebih berminat
untuk datang ke sekolah. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotongroyong,
kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama.
Aktiviti gotong-royong dapat menanamkan sikap bekerjasama dan mewujudkan
perpaduan di kalangan guru, murid dan ibu bapa. Semasa menjalankan aktiviti, mereka
akan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Melalui kegiatan bergotong-royong,
guru dan ibu bapa akan lebih dapat mempercayai antara satu sama lain dan
menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan pembelajaran murid-murid.
Keberkesanan Aktiviti Gotong-royong Prasekolah Karisma
Selain itu, Aktiviti gotong-royong ini juga memberi peluang kepada ibu bapa
untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak
belajar. Ibu bapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan
pekerja untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta
perasaan seronok untuk hadir ke prasekolah demi menimba ilmu baik. Maka, guru dan
ibu bapa juga boleh berkongsi idea dan pandangan mereka tentang cara menceriakan
kawasan prasekolah. Dalam sesi perbualan dan perkongsian idea ini, hubungan antara

guru dan ibu bapa dapat dijalinkan. sekiranya amalan ini diteruskan akan dapat
melahirkan suasana prasekolah yang mesra dan kondusif.
Amalan gotong-royong merupakan pembelajaran secara tidak formal di
prasekolah. Semasa menjalankan aktiviti gotong-royong, ibu bapa dapat memberi
tunjuk ajar kepada anak-anak mereka tentang cara membersihkan kawasan prasekolah.
Sebagai contoh, cara untuk menyapu sampah, membersihkan longkang atau cara
menanam pokok. Secara tidak langsung, amalan ini boleh melahirkan rasa hormatmenghormati antara satu sama lain.
Hari Terbuka Murid Prasekolah
Hari terbuka murid prasekolah ini dijalankan oleh prasekolah Karisma yang
bertempat di kelas Karisma dan melibatkan semja guru, ibu bapa dan murid-murid
prasekolah. Tujuan terbuka ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada ibu
bapa tentang tahap perkembangan dan pencapaian anak mereka di prasekolah.
Sekiranya terdapat masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah, guru boleh
mengambil kesempatan untuk berbincang dengan ibu bapa untuk memikirkan tindakan
susulan untuk mengatasinya.
Kebaikan Hari terbuka Murid Prasekolah
Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan
kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk
memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri
pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh memanafaatkan saat tersebut untuk meluahkan
rasa, pendapat, harapan dan mengambil tahu keadaan pembelajaraan anak-anak
mereka di sekolah. Mereka boleh berbincang cara yang bersesuaian untuk
perkembangan

dan

pengukuhan

anak-anak

dalam

perjuangan

menimba

ilmu

pengetahuan. Dari sudut murid itu sendiri, hari terbuka sekolah boleh menjadi satu
wadah untuk mereka melangkah lebih maju dalam pelajaran, dengan wujudnya interaksi
antara dua pihak yang akan mencorak perjalanan masa depan mereka.
Keberkesanan Hari terbuka Murid Prasekolah

AKtiviti hari terbuka ini dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang
tahap pembelajaran dan perkembangan anak mereka di prasekolah. Ibu bapa dapat
memahami masalah pembelajaran anak mereka di kelas. Guru dan ibu bapa boleh
berbincang tentang punca masalah tingkah laku yang berlaku di kelas. Mungkin punca
tingkah laku negatif tersebut berpunca dari sikap ibu bapa yang lenggang. Dengan ini,
ibu bapa dan guru akan bersama memikirkan langkah untuk mengatasi masalah tingkah
laku demi kebaikan anak mereka. Melalui perbincangan dan komunikasi antara ibu bapa
dan guru, ini membuktikan bahawa ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam program
yang dilaksanakan oleh prasekolah.
Selain itu, ibu bapa boleh mengluahkan perasaan mereka atau masalah yang
dihadapi oleh keluarga tersebut seperti kekurangan duit, masalah menghantar anak
pergi sekolah dan lain-lain. Dengan ini, guru akan berbincang dengan ibu bapa untuk
mencari cara untuk mengatasi masalah keluarga. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh
ibu bapa lain yang tinggal dekat dengan mereka dan menghantar anak mereka pergi ke
sekolah. Dengan ini, hari terbuka murid prasekolah ini memberikan kesan yang
mendalam kepada ibu bapa untuk menyertai program yang dijalankan dan dapat
meminta bantuan dari sekolah untuk mengatasi masalah keluarga yang menggangu
anak mereka untuk datang ke sekolah.

You might also like