You are on page 1of 6

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

3.5 Penjanaan dan penghantaran elektrik


Tenaga elektrik dijana di stesen-stesen janakuasa elektrik dan dihantar melalui
rangkaian kabel yang panjang ke seluruh negara untuk diagihkan kepada pengguna
akhir.
Penjanaan
tenaga elektrik
Stesen janakuasa
Kabel penghantaran
Transformer
injak naik

Transformer
injak turun

Penghantaran
tenaga elektrik

Pengagihan
tenaga elektrik

Sumber tenaga yang digunakan untuk menjana elektrik


Sumber tenaga yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik ialah seperti:
Sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui

Sumber tenaga yang boleh


diperbaharui

Kepentingan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.


Bahan api fosil seperti minyak petroleum mentah, arang batu, gas asli masih
merupakan sumber tenaga utama dalam proses penjanaan elektrik.
Bahan api fosil tidak kekal selamanya. Apabila habis digunakan, bahan api fosil
tidak dapat digantikan atau diperbaharui.
Bahan api nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Walau bagaimanapun, bahan api nuklear dapat kekal lebih lama berbanding bahan
api fosil.
Untuk mengelak krisis tenaga, sumber tenaga yang boleh diperbaharui perlu
dieksplotasi sebaik mungkin dengan menjalankan proses penyelidikan dan
pembangunan (R&D) seterusnya dikomesialkan.
Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang kini digunakan ialah kuasa
hidro, tenaga solar, kuasa geoterma, kuasa angin dan biojisim.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

32

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Penjanaan tenaga elektrik


Tenaga elektrik dijana dengan menggunakan penjana elektrik atau dinamo yang
besar.
Rotor dinamo (magnet) diputarkan oleh turbin stim atau turbin air yang disambung
kepadanya.
Apabila magnet besar berputar dalam kawasan gegelung dawai pada sebuah
penjana, maka terhasil aruhan elektromagnet.
Loji-loji penjanaan tenaga elektrik di Malaysia ialah loji kuasa stim dan logi kuasa
hidro (air).

Loji kuasa stim


Dalam loji kuasa stim, bahan api seperti diesel, arang batu, gas asli atau biojisim
dibakar untuk mendidihkan air yang seterusnya menghasilkan stim bertekanan
tinggi.
Stim bertekanan tinggi itu kemudiannya digunakan untuk memutarkan turbin
yang disambung kepada rotor sebuah penjana.
Contoh-contoh sumber tenaga yang digunakan dalam logi kuasa stim:
Sumber tenaga arang batu

Saluran
stim

Turbin
Penjana

Arang
batu

Kabel penghantaran

Dandang
Transformer injak naik

Sumber tenaga geoterma


Kondenser

Turbin

Penjana

Kabel penghantaran

Stim

Air
Geoterma bumi

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

33

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Logi kuasa hidro


Empangan yang dibina bagi menakung air dalam kuantiti yang banyak.
Air yang mengalir dengan kelajuan yang sangat tinggi pada aras yang rendah
digunakan untuk memutarkan turbin air yang disambung kepada sebuah penjana.
Apabila magnet dalam penjana berputar dalam kawasan gegelung, maka aruhan
elektromagnet terhasil.
Sumber tenaga hidro
Empangan
Penjana

Transformer

Turbin

Logi kuasa nuklear


Dalam logi kuasa nuklear, tenaga haba yang dihasilkan daripada proses
pembelahan nukleus uranium digunakan untuk memanaskan air supaya dapat
menghasilkan stim pada tekanan yang amat tinggi.
Stim bertekanan tinggi itu digunakan untuk memutarkan turbin yang disambung
dengan sebuah penjana.
Apabila magnet dalam penjana berputar dalam kawasan gegelung dawai, maka
aruhan elektromagnet terhasil.
Sumber tenaga nuklear
Saluran stim

Turbin

Penjana

Sumber
uranium

Reaktor nuklear

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

Air

34

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Penghantaran tenaga elektrik


Kabel penghantaran
Transformer
injak naik

Transformer
injak turun

Bekalan kuasa a.u

Model penghantaran tenaga elektrik

Apabila bekalan kuasa dihidupkan, lampu pada stesen kuasa akan menyala
dengan terang manakala lampu pada pengguna menyala dengan malap.

Pemerhatian dari model ini menunjukkan wujud kehilangan tenaga dalam kuantiti
yang kecil dalam bentuk tenaga haba semasa proses penghantaran.

Kehilangan tenaga semasa penghantaran adalah disebabkan oleh rintangan


elektrik dalam kabel penghantaran. Jika arus, I mengalir melalui kabel berintangan
R semasa t saat, kehilangan tenaga, E yang disebabkan rintangan dalam kabel
diukur dengan menggunakan formula berikut:

Tenaga hilang, E I Rt
2

Pengukuran kehilangan kuasa, P diukur menggunakan formula :

Kuasa hilang, P I R
2

Persamaan E I Rt menunjukkan bahawa tenaga elektrik yang hilang semasa


penghantaran adalah:
(a) Berkadar langsung dengan kuasa dua arus yang mengalir melalui kabel.
(b) Berkadar terus dengan rintangan kabel.
(c) Berkadar terus dengan tempoh pengaliran arus melalui kabel.

Kehilangan tenaga semasa penghantaran tenaga elektrik dapat dikurangkan


dengan:
(a) Mengurangkan arus yang mengalir melalui kabel.
(b) Menggunakan kabel berintangan rendah seperti aluminium dan kuprum.
(c) Menghantar tenaga elektrik pada voltan yang tinggi bagi mengurangkan nilai
arus mengalir melalui kabel.

Peningkatan nilai voltan di stesen janakuasa elektrik dilakukan dengan


menggunakan transformer injak naik dan penurunan voltan pada proses
pengagihan tenaga elektrik dilakukan dengan menggunakan transformer injak
turun.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

35

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Contoh 1: Kuasa elektrik dari sebuah stesen kuasa dihantar ke sebuah bandar melalui
kabel kuasa berintangan 50 . Jika stesen kuasa itu menjanakan 8 MW kuasa,
hitungkan kehilangan kuasa dalam kabel jika kuasa dihantar dengan
(b) Voltan 400 kV

(a) Voltan 80 kV

Contoh 2: Cari nilai kehilangan kuasa dalam suatu kabel penghantaran apabila 20 kW
kuasa elektrik dihantar melalui kabel berintangan 1.5 apabila
(a) 200 V
(b) 10 kV

Rumah

Rangkaian Grid Nasional


Pejabat/
bangunan
Taman
komersial
perumahan

Industri ringan

11 kV
240 V

450 V
Industri
berat

Stesen kuasa
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

33 kV
36

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Rangkaian grid nasional ialah satu sistem kabel elektrik yang menyambungkan
stesen-stesen kuasa di seluruh negara untuk membekalkan tenaga elektrik
kepada pengguna di seluruh negara.
SISTEM GRID NASIONAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Di Malaysia, tenaga elektrik dijanakan pada voltan 11 kV hingga 33 kV. Voltan


tenaga elektrik yang dijanakan itu kemudiannya dinaikkan dengan menggunakan
transformer injak naik sehingga 132 kV sebelum ia dihantar melalui kabel grid.
Voltan yang amat tinggi dari kabel grid akan diturunkan secara berperingkatperingkat di substesen-substesen transformer injak turun untuk pengagihan
tenaga elektrik ke kawasan-kawasan tertentu.

Kepentingan rangkaian grid nasional


(a) Menjamin bekalan kuasa elektrik yang berterusan dan mencukupi.
Rangkaian grid nasional menjamin bekalan kuasa elektrik berterusan dan
mencukupi apabila penjana elektrik atau kabel penghantaran sesuatu kawasan
mengalami kerosakan. Kawasan yang mengalami kerosakan penjana atau kabel
penghantaran mampu ditanggung oleh penjana lain melalui kabel penghantaran
lain dalam sistem grid.
(b) Kos penghasilan kuasa elektrik dapat dioptimumkan.
Penjanaan kuasa elektrik dapat dikawal dan diselaraskan mengikut keperluan
pada waktu-waktu tertentu. Semasa waktu keperluan rendah, misalnya pada
waktu tengah malam, sesetengah penjana boleh dihentikan untuk menjimatkan
kos bahan api dan dengan itu ia dapat mengurangkan kos penjanaan secara
keseluruhannya.
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

37

You might also like