You are on page 1of 2

10.

0 Kesimpulan
Menerusi tugasan amali ini, saya telah didedahkan dengan pengetahuan tentang
sistem pendawaian, terutamanya sistem pendawaian fasa 1. Semester ini, saya belajar
untuk memasang sistem pendawaian yang mempunyai 2 suis dua hala dan 1 suis
antara mengawal satu lampu. Kali ini merupakan kali pertama kami cuba untuk
memasang litar pendawaian dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan dalam
bidang elektik dan elektronik.
Semua perkara yang telah belajar menerusi tugasan ini adalah berkait rapat
dengan kehidupan saya. Jadi, pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam
semester ini memang amat berguna. Menerusi tugasan ini, saya boleh mengenali fungsi
komponen pelindungan arus yang terdapat dalam Kotak Fius Agihan. Terdapat 3 bentuk
pelindungan dalam kotak fius agihan iaitu suis utama (MS) atau dikenali sebagai
isolator, Pemutus litar bocor ke bumi juga dikenali sebagai (ELCB) dan Fius elektrik
(MCB). Ketiga-tiga bentuk pelindungan arus ini adalah memainkan peranan yang
penting dalam melindungi sistem pendawaian daripada arus berlebihan, litar pintas,
kobocoran arus dan kilat. Secara spesifiknya, suis utama adalah berfungsi sebagai
kawalan utama masukan punca tenaga elektrik sesebuah sistem pendawaian.
Komponen ini juga berfungsi sebagai pensuisan dan perlindungan arus yang berlebihan.
Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) juga mempunyai tugasnya iaitu memutuskan litar
jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi. Manakala Fius elektrik (MCB) adalah
digunakan untuk memutuskan litar jika berlaku lebihan arus elektrik. Setelah menyentuh
dan mendalami kursus Teknologi Elektrik dan Elektronik, saya mendapati pengetahuan
asas yang amat berguna.
Pemasangan sistem pendawaian perlu dilaksanakan dengan mengikut peraturan
di bawah seliaan pensyarah. Selain daripada peraturan, aspek keselamatan juga perlu
dititikberatkan. Amalan ini harus dipatuhi sepanjang pelaksanaan pemasangan litar.
Perkara ini adalah amat diambil berat di sekolah, keselamatan murid adalah di bawah
perseliaan guru. Jadi, tanggungjawab guru memang berat dan harus menerangkan
prosedur-prosedur pemasangan dan amalan yang patut dipatuhi dengan lebih terperinci.
Selain daripada itu, pengalaman membuat pengujian pada litar pendawaian yang
telah siap dipasang juga mendedahkan kami tentang cara menjalankan ujian keterusan,
ujian kekutuban dan ujian penebatan. Ujian-ujian ini membolehkan kami mengenal pasti

adakah pemasangan sistem pendawaian dipasang dengan betul. Sekiranya sistem itu
bermasalah, kami masih dapat mengesan kesalahan yang dilakukan sama ada kabel
bersambung dengan terminal yang salah atau dawai yang disambung pada terminal
tertentu tidak dikunci dengan ketat. Dengan itu, kami dapat membuat pembetulan
supaya akhirnya sistem pendawaian yang dipasang dapat berfungsi dengan baik dan
selamat.
Pengalaman yang istimewa ini memang dapat membawa ke sepanjang hayat.
Saya percaya pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi menerusi tugasan ini
dapat diaplikasikan pada kehidupan seharian dan semasa mengajar murid-murid
berkenaan dengan topik ini.

You might also like