You are on page 1of 1

Kesimpulan

Secara tuntasnya, kami telah mempelajari tentang pengangkutan bahan dalam


tumbuhan dan fotosintesis. Tugasan ini telah membantu kami dalam memahami dan
menguasai fungsi xilem dan floem, proses pengangkutan bahan dalam tumbuhan,
tindak balas cahaya, tindak balas gelap dan sebagainya. Kami juga belajar
menghasilkan Bahan Bantu Mengajar berdasarkan pengangkutan bahan dalam
tumbuhan dan fotosintesis.
Tisu vaskular dalam batang, akar, dan daun adalah penting bagi mengangkut
bahan dalam sistem pengangkutan tumbuhan. Tisu vaskular di dalam tumbuhan terdiri
dari tisu xilem dan floem. Tisu ini berfungsi sebagai dua sistem pengangkutan yang
berasingan. Xilem mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian atas
tumbuhan, melawan tarikan gravity. Floem mengangkut bahan organik yang telah
disintesis di dalam daun ke bahagian lain tumbuhan.
Proses fotosintesis menggunakan tenaga cahaya untuk membekalkan oksigen
kepada hidupan dalam bumi ini. Terdapat dua peringkat utama dalam proses
fotosintesis iaitu tindak balas cahaya dan tindak balas gelap. Kedua- dua tindak balas
fotosintesis berlaku pada tapak berlainan dalam kloroplas. Tindak balas cahaya
memerlukan cahaya matahari manakala tindak balas gelap tidak memerlukan cahaya.
Hasil fotosintesis ialah air, glukosa dan oksigen.

You might also like