You are on page 1of 16

PEMILIHAN KABEL

Disediakan oleh:
Helmy bin Razali
IKM Kota Kinabalu

Faktor Pemilihan Kabel.


1.
* Kabel yang dipilih berupaya membawa arus
elektrik tanpa memanaskan kabel tersebut.
* Susut voltan tidak melebihi 4 % voltan
bekalan sebagai mana di nyatakan dalam
Peraturan IEE 525 -01-02 .

2.
* Kabel mestilah selamat di gunakan pada
tempatnya.
* Penebat yang dipilih bersesuaian dengan
tempat penggunaan.
* Penebat mempunyai suhu maksimum
contohnya:
Setiap penebat mempunyai suhu
maksimum, contoh kabel PVK sesuai untuk
suhu 0c hingga 65c.

3.
* Kabel mempunyai kecekapan dan
kemampuan yang hampir sama, untuk
mengurangkan belanja eloklah pilih yang
murah.

FAKTOR PEMILIHAN KABEL

Faktor-faktor yang berikut hendaklah


diambil perhatian semasa memilih kabel
supaya memenuhi kehendak PERATURAN
IEE yang telah ditetapkan dalam
pemasangan kabel pendawaian.

1. Jenis Kabel

Bergantung sepenuhnya kepada jenis


pendawaian atau jenis pemasangan
peralatan yang hendak di gunakan.

2. Arus yang di perlukan.

Nilai arus tentukan dahulu berdasarkan


formula I = W/V.
I = arus yang di perlukan
W = kuasa yang di keluarkan
V = Voltan bekalan
Pemasangan beban atau alat yang hendak
dipasang yang mempunyai pengiraan faktor
kepelbagaian hendaklah diambil kira.

* Contoh:

Litar akhir lampu 4 x 5 amp


Sebagaimana dibenarkan dalam
PERATURAN IEE dalam pengiraan arus
selepas faktor kepelbagaian.

Jawapan

Pengiraan arus sebelum faktor


kepelbagaian
Litar akhir lampu = 5 amp x 4 buah lampu
= 20 amp

Pengiraan arus selepas faktor kepelbagaian


Litar akhir lampu = 20 amp x 66%
= 13.2 amp

3. Susut voltan .

Apabila voltan diberikan kepada sesuatu


beban, susut voltan akan berlaku. Perkara
yang sama juga berlaku dalam kabel kerana
kabel mempunyai rintangan.

Susut voltan yang dibenarkan dalam


PERATURAN IEE hendaklah tidak melebihi
4% dari voltan bekalan.

$ Contoh:
Voltan bekalan 240 v
Susut voltan maksimum di benarkan
240 x 4% = 9.6 v
Voltan bekalan 415 v
Susut voltan maksimum di benarkan
415 x 4% = 16.6 v

# Peringatan

Kadaran susut voltan pada kabel hendaklah


diambil kira kerana apabila voltan jatuh arus
akan meningkat dan kuasa (watt) juga akan
meningkat.

Kuasa meningkat akan menyebabkan kabel


menjadi panas dan keadaan ini akan
menyebabkan kerosakan pada penebat
kabel dan mendatangkan bahaya pada
pepasangan.

PERKARA YANG BOLEH


MENYEBABKAN SUSUT VOLTAN
1. Luas keratan rentas pengalir.
Saiz kabel yang kecil akan menyebabkan
susut voltan yang banyak berbanding kabel
bersaiz besar.

2. Jenis bahan pengalir.


Disebabkan faktor kerintangan bahan
pengalir, kuprum memberikan susut voltan
lebih rendah dari aluminium.

3. Panjang pengalir.
Apabila pengalir di panjangkan susut voltan
meningkat di sebabkan penambahan
rintangan.
Dalam buku PERATURAN IEE (Lampiran 4)
menunjukkan susut voltan setiap jenis kabel
bagi setiap meter panjang kabel itu .

4. Arus yang dibekalkan / arus biasa.


Arus yang besar akan menyebabkan susut
voltan yang besar.
Contoh :
Kabel yang mempunyai rintangan 10
dibekalkan arus 5amp, susut voltannya 50 v.
Tetapi jika arus di tambahkan kepada 10
amp susut voltannya menjadi 100 v .

You might also like