You are on page 1of 2

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan

kimia atau bahan biologi yang boleh menyebabakan mudarat, ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidupan lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera.
:~ Pencemaran udara adalah bahan di udara yang boleh member kesan buruk kepada
manusia dan ekosistem. Pencemaran boleh berlaku secara semulajadi atau dengan
buatan manusia.
Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen oksida.
:>Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara
persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak
penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang
engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi
menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.
:>Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan
adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan
hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang
alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap.
Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan
Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan
asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma.


:> Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam
akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan
Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

You might also like