You are on page 1of 1

2) ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

PUSAT PERDAGANGAN
Zaman Parameswara
Parameswara telah meletakkan Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang
strategik di mana mengikut sejarah, lebih kurang dua ribu kapal terdapat di
pelabuhan Melaka dalam satu masa.
Zaman kesultanan melayu melaka
Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal serta pusat
perdagangan rempah yang utama di Asia Tenggara.
Kedudukan Melaka yang strategik dan terkenal di kalangan pedagangpedagang timur barat telah menyebabkan perkembangan ekonomi.

PENYEBARAN ISLAM
Zaman Parameswara
Pada tahun 1414, Parameswara telah memeluk agama islam setelah baginda
berkahwin dengan puteri Raja Parsi dan menggelarkan dirinya sebagai sultan.
Agama islam telah berkembang setelah kehadiran pedagang-pedagang yang
bukan sekadar datang berdagang, tetapi juga untuk mengembangkan agama
islam di Melaka setelah mengetahui bahawa pemerintahan Melaka adalah
beragama islam.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Pada zaman keagungan Melaka di abad yang ke-15 dan awal abad yang ke16, Melaka telah menjadi pusat penyebaran islam.
Sultan Muzaffar Shah telah mengislamkan semua rakyat di tanah jajahan
Melaka di mana pendakwah islam telah dihantar ke jajahan berkenaan untuk
menyebarkan syiar islam.
(Melaka Di sini Segala-galanya BermulaPenerbit UTHM : m/s 3-15)

You might also like