You are on page 1of 15

Ulasan Jurnal

Jurnal Pertama
Sumber Jurnal:
Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2001. Teknologi Instruksi dan Pendidikan Bestari
:Persediaan dan Cabaran Alaf Baru
Tajuk: Penilaian Penggunaan Perisian Kursus Di Sekolah Bestari:
Satu Kajian di Negeri Terengganu
Penulis: Hee Jee Mee, Norashidah Mamat @ Abdul Rashid
Universiti Teknologi Malaysia..
PENGENALAN:
Jurnal ini menghuraikan kajian penilaian penggunaan perisian kursus untuk sekolah bestari di
negeri Terengganu. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar
matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tingkatan satu dan
tingkatan empat. Kajian dijalankan di tiga buah sekolah sekolah bestari. Kajian lebih ditumpukan
dari aspek mutu perisian kursus, kesesuian perisian dan kemudahan komputer yang disediakan
serta pendedahan yang secukupnya guru-guru dalam kemahiran komputer. Pengkaji
menggunakan kaedah SPSS untuk menganalisa data bagi mendapatkan peratus, frekuensi dan
min. Kajian rintis juga telah dijalankan. Hasil dari kajian, pengkaji telah mengemukakan
beberapa cadangan bagi mengoptimakan penggunaan perisian kursus dan komputer di sekolah
bestari.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tersebut adalah:
1. Mengenalpasti jenis-jenis perisian kursus yang digunakan di tiga buah sekolah bestari di
negeri Terengganu.
2. Mengenalpasti kesediaan guru dalam penggunaan PBK dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti kemudahan komputer yang disediakan untuk Pengajaran Perbantukan
Komputer oleh guru.
4. Mengenalpasti mutu perisian kursus yang disediakan di sekolah bestari.
5. Mengenalpasti kesesuaian perisian kursus oleh para guru di sekolah bestari.
6. Mengenalpasti masalah masalah yang dihadapai para guru dalam pelaksanaan PBK.
METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH
Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soalselidik .
Kajian dijalankan di tiga buah sekolah di Terengganu dengan 52 guru telah dijadikan sampel .
Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soalselidik yang mengandungi tiga bahagian
iaitu bahagian A mengandungi 8 item soalan yang berkaitan maklumat diri guru, bahagian B
terdiri 53 item berkaitan persoalan yang hendak dikaji manakala pada bahagian C terdapat satu
item subjektif yang memerlukan responden menyatakan masalah-masalah lain dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang

diperolehi dianalisis menggunakan kaedah SPSS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan
min bagi setiap item serta persoalan kajian. Kebolehpercayaan soalselidik telah diuji
menggunakan Alha Cronbach iaitu pengkali kebolehpercayaan yang menunjukkan bahawa itemitem kajian adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Melalui penganalisaan data dan nilai
min yang diperolehi pengkaji merumuskan bahawa guru-guru secara majoritinya mampu
mengusai penggunaan komputer dan memberikan respon yang positif terhadap perkembangan
pendidikan dan dan teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Pengkaji juga mendapati bahawa tahap kemudahan komputer yang disediakan adalah mencukupi
. Namun begitu pihak sekolah masih lagi memainkan peranan yang penting dalam usaha
memantau keperluan komputer agar bersesuaian dengan keperluan. Daripada dapatan kajian,
secara keseluruhannya didapati majoriti responden memperakukan bahawa perisian kursus
disekolah bestari adalah bermutu tetapi masih terdapat kelemahan tertertentu yang perlu diberi
perhatian. Perisian kursus yang disediakan juga didapati menepati tahap serta kebolehan para
pelajar.Oleh itu pengkaji menyimpulkan bahawa penggunaan perisian kursus akan dapat
membantu dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran, di samping meningkatkan motivasi
para pelajar.
CADANGAN KAJIAN:
Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji diantaranya iaitu mengharapkan agar
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia lebih komited di dalam melaksanakan atau
mengendalikan Latihan guru Sekolah Bestari agar peranan guru sebagai seorang pemudahcara,
pembimbing dan pencetus inovasi para pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih bekesan.
Manakala pihak sekolah pula perlu menyediakan kemudahan peralatan komputer yang
mencukupi untuk guru dan pelajar serta mewujudkan suasana yang lebih selesa dalam bilik
komputer dari segi pencayaan, susun atur dan sebagainya.
Pengkaji juga mencadangkan mutu perisian kursus dipertingkatkan agar bersesuaian dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dihadapi adalah perisian kursus yang
bermutu tinggi sukar dihasilkan kerana kurangnya tenaga mahir dalam bidang tersebut.
Kesimpulan
Sekolah Bestari merupakan salah satu aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia yang
menekankan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk perisian kursus. Bagi menjamin
keberkesanan penggunaan peisian kursus di sekolah bestari, penghasilan perisian kursus yang
berkesan adalah penting . Penggunaan perisian kursus yang berkesan akan membimbing dan
membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka lebih bersifat kreatif melalui
gambaran yang lebih realistik. Di samping sifat keanjalan yang terkandung di sesuatu perisian
kursus akan memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut tahap keupayaan
mereka.
______________________________________________________________________________
______
Jurnal Kedua:
TAJUK:
Sistem Pendidikan Berasaskan Web ( Web-Based Education WBE)

Penulis Jurnal:
Salimah Mokhtar, Maizatul Akhmar Ismail & Ali Fauzi Ahmad Khan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sumber Jurnal:
Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2002. Intruksi Dan Pembelajaran Berasaskan
Teknologi: Satu Penilaian Semula.
PENDAHULUAN:
Jurnal ini membincangkan penggunaan sistem berasaskan web dalam bidang pendidikan. Web
sebagai satu fenomena baru yang kini kian rancak digunakan oleh para akademik bagi
menyokong pengajaran sesuatu kursus yang dijalankan secara nyata ataupun secara maya.
Penulis juga menyatakan contoh pelbagai perisian yang dihasilkan secara komersial seperti
Blackboard, e-College.com, IntraLearn, LearningSpace (Lotus Corporation,1998) WebCT
(Goldberg,1997), Virtual-U (Harasim & Calvert,1997) dan sebagainya. Perbandingan terhadap
perisian perisian tersebut boleh didapati daripada laman web
http://www.marshall.edu/it/cit/webct/compare/comparison.html. Bagi universiti pula
dibangunkan perisian kursus persendirian untuk membolehkan pelajar dan pensyarah
menempatkan nota kuliah dan mencapainya melalui laman web berkenaan. Contohnya Sistem
laman Web Universiti Malaya dikenali dengan Kursus On-Line (KOL).
PENYATAAN MASALAH
Mengikut pengkaji terdapat banyak sistem berasaskan web yang dibangunkan samada secara
persendirian atau pun yang dikormesialkan. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah
mengapa terdapat pertindihan usaha dalam membangunkan sistem yang sama. Hasil pemerhatian
dan pengalaman, pengkaji menyimpulkan bahawa sistem yang digunapakai sekarang ini
mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dari segi kefungsian, tidak fleksibel, serta jarang
beroperasi selama 24-7-365.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN
Mengikut jurnal ini, WBE merujuk kepada satu sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan
Web yang bermatlamat untuk melancarkan pengendalian kursus dengan menyajikan secara
sistematik bagi menambah kecekapan tenaga pengajar serta meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran ketahap yang tertinggi.
Sistem WBE juga bertujuan sebagai pelengkap berguna pengajar sebagai arena interaksi pelajar
dengan ilmu diluar waktu kelas untuk mengulangkaji dan sebagainya. Bagi pelajar yang tidak
mahir IT, capaian ke WBE akan menjadi wadah atau peluang untuk menjinakkan mereka dengan
teknologimaklumat dan komunikasi.Di samping itu unsure-unsur yang tidak berkesempatan
untuk ditampilkan oleh pengajar dalam kelas dapat digarapkan dalam WBE.
METODOLOGI KAJIAN
Mengikut pengkaji, pembangunan sistem WBE perlu berasaskan model konsepsual yang ideal
dan mempertimbangkan beberapa criteria tertentu. Kajian yang meluas dan mendalam berkaitan
proses pendidikan , aspek pedagogi dan andragogi, aspek teknologi maklumat dan komunikasi,
pendekatan baru pengajaran serta perancangan rapi adalah pra-syarat dalammemodelkan suatu
sistem WBE yang ideal.
Model konseptual WBE yang dihuraikan dalam jurnal ini adalah bersandarkan kepada dua entiti

yang utama iaitu modul pengajar dan modul pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Modul pengajar mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan tugas-tugas
perancangan, persediaan, penyampaian dan pengurusan kursus. Bagi tujuan perancangan WBE
menyediakan alatan kelendar dan templat yang boleh disesuaikan dengan mudah mengikut
keperluan pengguna. Untuk tujuan penyediaan pula WBE menyediakan kemudahan untuk
pengajar menyusun bahan-bahan pengajaran secara sistematik dan logikal, kemudahan simulasi
serta satu templet yang mudah disesuaikan. Dalam penyampaian pengajaran WBE dapat
menyediakan kuliah maya sebagai gantikepada kuliah yang tidak dapat dijalankan dan juga
kemudahan kemudahan untuk berkongsi maklumat dan idea. Penilaian melalui WBE dibuat
berdasarkan hasil pembelajaran, dimana kuiz, latihan dan ujian dijalankan secara dalam
talian.WBE juga menyediakan kemudahan komunikasi, emel dan perbincangan e-kumpulan serta
templet pemarkahan. Dalam modul pelajar pula terdiri dari hal-hal yang , melibatkan
pendorongan, belajar serta ulangkaji, mendapat maklumbalas dan mencerna pengetahuan yang
difahami bagi pembelajaran mendalam (deep learning).
CABARAN KAJIAN:
Mengikut pengkaji , penggunaan WBE bukan sekadar untuk menempatkan silibus dan
melambakkan nota kuliah serta rujukan dilikasi web yang mudah dicapai oleh pelajar tetapi
fungsinya adalah lebih meluas. Pengkaji merujuk kepada Daniel (1998) dalam tesisnya,
menyatakan bahawa sistem WEB yang ideal mesti meraih sepenuhnya faedah-faedah yang
terdapat pada WEB, dan pada masa yang sama mengelakkan kekurangannya. Sistem yang
sempurna pastinya lengkap, informatif, sediaada (operasi 24-27-365), fleksibel, dijamin
selamat,interaktif, umum,telus, senang digunakan dan adaptif. Pengkaji merumuskan bahawa
matlamat utama sistem WBE ini adalah untuk mengadakan persekitaran tambahan (pertemuan
siber) yang bermakna bagi menampung pesekitaran pembelajaran normal. Sistem WBE yang
ideal mestilah memenuhi semua kriteria dan matlamat tersebut.
KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan sistem WBE yang ideal akan memberikan impak
dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Namun demikian dalam
usaha membangunkan sistem WBE yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam
serta meluas untuk memahami keperluan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi.
Model konseptual dan kriteria pembangunan yang disarankan oleh pengkaji dalam jurnal ini
boleh dijadikan panduan dalam mewujudkan sistem tersebut. Di tambah pula dengan pendekatan
rekayasa ulang (Business Process Reengineering BPR) digabungkan dengan pemprototaipan
sesuai untuk digunakan sebagai metadologi pembangunan sistem ini. Pelbagai cabaran dalam
pembangunan sistem WBE nanti haruslah ditangani dengan bijak dan terbuka. Pembangunan
WBE diharapkan mencapai kejayaan sebagaimana matalamat dan objektif yang dicadangkan
seterusnya dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan, berkemahiran dan
berkualiti.
Sumber Jurnal:
http://ww.acm.org.(12 Februari 2004)
Tajuk:
Using a Theoritical Multimedia Taxonomy Framework
Penulis:

Rachelle S. Heller, C. Dianne Martin, Nuzi Haneef, and Sonja Gievska-Krliu


The George Washington University
PENGENALAN:
Taxonomy multimedia adalah untuk menghasilkan satu pengurusan yang baik dan teratur untuk
menghasilkan satu persembahan multimedia yang baik. Taxonomy ini membantu untuk
mengklasifikasikan ruang untuk membangunkan multimedia dan mengatasi masalah yang rumit
dalam pembangunan dan persembahan multimedia. Isu penting yang ditekankan ialah untuk
interaktiviti asas kepada persembahan maklumat. Kajian telah dilakukan ke atas projek akhir
pelajar-pelajar tahun akhir yang membangunkan projek sains komputer berasaskan multimedia.
MASALAH KAJIAN
Masalah dalam menghasilkan antara muka yang berasaskan konsep yang dinyatakan sebagai
contoh apabila ia mengenai pendidikan maka fokus utama perlulah berkisarkan kepada
pendidikan dan keefektifan persembahan multimedia akan diukur pada sejauh mana
keberkesanan penyampaian maklumat melalui persembahannya.
Sistem yang berkualiti sukar dibangunkan kerana masalah untuk menghasilkan frame rate yang
sesuai, refresh dan untuk menghasilkan perwarnaan yang baik. Seterusnya menggabungkan
elemen-elemen multimedia dengan maklumat untuk menghasilkan sistem serta menghidupkan
persekitaran agar meklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami
METODOLOGY DAN PENYELESAIAN:
Model taxonomy
Jenis pengurusan kandungan:
Sequential/linear; hierarchical (i.e., tree structured); and Web structured (i.e.,
nonlinear,associatively structured information). Sistem boleh statik dan juga dinamik bagi
kandungan variable.
Taxonomy multimedia yang dicadangkan.adalah:
a) Artistik- dianggap penting adakalanya terlampau difokus sehingga melebihkan fokus terhadap
fungsi. b) Penonton/pengguna-bagaimana pengguna berinteraksi dengan media yang
dibangunkan. Adakah persembahan memerlukan pengguna lebih membaca ataupun banyak
animasi, grafik, videoklip dll untuk menghuraikan maklumat. c) disiplin -Adakah multimedia
dibina mengikut keperluan dan kehendak pengguna berdasarkan urutan elemen yang telah
dipilih.d) kualiti - bergantung kepada teknik, aspek reproduktif dan soalan yang disoal oleh
pelajar sewaktu proses evolusi. e) kebolehgunaan merupakan nilai material yang
dipersembahkan dan sejauh mana ia membantu pengguna.
KESIMPULAN:
Taxonomy multimedia merupakan satu pengurusan yang penting untuk menghasilkan satu
perisian/sistem multimedia yang baik. Penulis percaya masih ada banyak ruang lagi untuk
membaiki taxonomy yang dicadangkan. Taxonomy ini memudahkan pembangun sistem untuk
memahami reka bentuk dan jugak kandungan teks. Diharapkan usaha ini berjaya menyediakan
satu kerangka teori yang praktikal dan mudah bagi menghasilkan suatu bentuk perisian yang

interaktif seiring dengan perkembangan penggunaan multimedia yang semakin pesat.


______________________________________________________________________________
Jurnal Ke lima:
Sumber Jurnal:
http:// www.acm.org. ( 15 Januari 2004).
Tajuk:
Cooperative Inquiry: Developing New Technologies for Children with Chidren
Penulis:
Allison Druin
Human Computer Interaction Lab University of Maryland
1.0 PENGENALAN:
Dalam rumah dan sekolah kini kanak-kanak merupakan pengguna yang kerap dan
berpengalaman dalam menggunakan teknologi. Oleh kerana perkara ini semakin berterusan
maka menjadi semakin penting untuk mengetahui samaada kanak-kanak ini berasa puas hati
dengan teknologi yang mereka gunakan. Satu kumpulan pembangunan kajian telah dibina bagi
mengatasi serta memenuhi keperluan dan suara kanak-kanak dalam proses pembangunan sesuatu
teknologi.
2.0 MASALAH KAJIAN:
Teknologi mula digunakan secara rutin oleh kanak-kanak bermula dari aktiviti sekolah sehingga
aktiviti selepas waktu sekolah iaitu untuk aktiviti bermain. Kini teknologi telah mengubah cara
kanak-kanak bermain dan belajar. Malah kanak-kanak merupakan satu kumpulan pengguna yang
baru dan besar dalam teknologi.
Sejak beberapa tahun yang lepas metodologi pembangunan sesuatu perisian pasti akan
melibatkan para pengguna dalam proses pembangunannya. Pengguna dikenalpasti sebagai rakan
kongsi yang penting, inspektor dalam pengujian atau pengkaji yang terlibat dalam kajian untuk
memerhati dan ditemu bual oleh pengkaji sebenar kajian. Input daripada pengguna sangat
penting dalam pembangunan sesuatu program. Meskipun peranan pengguna diakui oleh para
pengkaji dan pembangun sistem, penguna kanak-kanak terlibat secara tidak aktif dalam proses
pembangunan berbanding dengan pengguna dewasa.
Sejak kebelakangan ini, kajian yang dilakukan oleh penulis ini melibatkan kanak-kanak sebagai
pembantu atau rakan pengkaji dalam kajian yang dilakukan. Namun ramai meragui kredibiliti
kanak-kanak dalam menyampaikan pandangan terhadap kajian dan proses pembangunan. Perlu
diketahui bahawa saintis komputer dan pendidik juga kurang pengalaman sama seperti kanakkanak. Tetapi tidak dapat dinafikan peranan masing-masing dalam menyumbang kepakaran
masing-masing.
3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH KAJIAN:
Teori rangka kerja :
Cooperative inquiry sangat unik dalam banyak aspek hasil daripada keterlibatan kanak-kanak ia
juga menjadi dasar kepada teori kerjasama dalam rekabentuk, penglibatan dalam reka bentuk,
teori aktiviti, contextual inquiry dan situasi tindakan. Cooperative merupakan kajian terhadap
tiga aspek utama iaitu multidisciplinary partnership dengan kanak-kanak, kajian yang akan

mengetahui, memahami dan peka terhadap isi kandungan, aktiviti dan artifak yang ketiga pula
ialah interaktiviti terhadap low-tech dan high-tech prototaip.
Kajian multidisciplinary partnership dengan pengguna.
Coorperative inquiry berasaskan kepercayaan bahawa perkongsian dengan pengguna adalah
sangat penting bagi memahami keperluan dan kehendak pengguna dalam membangunkan
teknologi baru.
Kajian terhadap aktiviti, isi kandungan dan artifak.
Maklumat yang berguna akan diperolehi melalui aktiviti dan artifak pengguna yang merupakan
sebahagian daripada isi kandungan pengguna. Dengan ini satu kumpulan pengkaji melakukan
kajian dan pemerhatian untuk menganalisis persekitaran pengguna untuk aktiviti yang berbeza,
komunikasi, artifak dan budaya perhubungan.
Interaktiviti low tech dan high tech prototyping
Adalah untuk mengintegrasikan kumpulan reka bentuk untuk menggambarkan dan
mempamerkan idea mereka melalui teknik prototaip. Ini kerana kanak-kanak mempunyai
masalah dalam menyampaikan maksud dan idea mereka kepada orang dewasa maka teknik
prototaip ini dapat mengatasi masalah ini.
4.0 KESIMPULAN:
Cooperative inquiry telah dibangunkan untuk menyokong integrasi kumpulan pereka dalam
membangunkan teknologi baru untuk kanak-kanak. Ini bagi mendapatkan hasil yang baik
kerjasama daripada kanak-kanak diperlukan bukan hanya setelah teknologi hampir selesai tetapi
sewaktu proses pembangunan teknologi. Usaha untuk membolehkan kanak-kanak terlibat secara
aktif dalam proses pembangunan perlu diteruskan.
______________________________________________________________________________
_____
Jurnal Ke enam
Sumber Jurnal:
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. 2000. Penggunaan Proses dan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran.
Tajuk:
Merekabentuk perisian multimedia mengenai pecahan: Kea rah pembelajaran bestari.
Penulis:
Zaleha Ismail. Universiti Teknologi Malaysia
1.0 PENGENALAN:
Pengkaji merujuk kepada analisis 1996 ke atas pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah
menunjukkan puratu prestasi pencapaian matematik bagi pelajar-pelajar sekolah rendah masih
jauh daripada tahap kecemerlangan. Hanya 32.2% pelajar yang menjawab dengan betul soalansoalan yang melibatkan pecahan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengusai konsep pecahan supaya
mereka berkemampuan memahami konsep lanjutan daripadanya. Beberapa perisian berbantukan
computer telah menguatkan pendekatan pembelajaran pecahan yang mengaplikasi kemampuan

computer seperti grafik,audio, animasi dan video. Banyak kajian barat telah menunjukkan
pembelajaran berasaskan komputer menggunakan perisian berbantukkan komputer berpotensi
dalam membantu meningkatkan kefahaman konsep dan kemampuan dalam menyelesaikan
masalah matematik. Kementerian juga peka kepada perkembangan teknologi komputer dalam
pendidikan dan justeru itu telah menyusun rancangan untuk melaksanakan program sekolah
bestari yang menekankan aplikasi komputer.
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN:
Berdasarkan kajian-kajian yang lepas pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar peringkar
rendah hingga ke menengah menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik terutamanya
pecahan. Satu usaha membantu pembelajaran ialah dengan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan perisian komputer yang dibina berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dijalankan menumpukan perhatian kepada : bagaimana menerapkan teori P&P
dalam rekabentuk perisian totarial mengenai pecahan?, apakah aktiviti pembelajaran yang sesuai
untuk dimuatkan ke dalam perisian supaya dapat memotivasikan pembelajaran serta
meningkatkan penguasaan ke atas topik pecahan?, apakah soalan dianostik yang sesuai untuk
mengukur penguasaan keatas pecahan?, adakah perisian yang dihasilkan berkualiti dan sesuai
dilancarkan penggunaannya di sekolah?
Bagi memecah persoalan tersebut, kajian dilaksanakan bagi menghasil dan menguji
keberkesanan satu pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik
sekolah rendah khususnya pembinaan dan penggunaan perisian pecahan. Objektif kajian yang
dijalainkan adalah: menkaji jenis-jenis kesilapan yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran
pecahan, merekabentuk dan membina satu perisian P&P berbantukkan komputer bagi mengatasi
jenis-jenis kesilapan yang telah dikesan, menganalisis proses pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar ketika menggunakan perisian dan meneliti pencapaian pelajar dalam penguasaan topik
pecahan.
3.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA
Sebelum perisian dibangunkan pengkaji menumpukan perhatian kepada usaha merekabentuk
perisian dengan menggunakan model sistem pengajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan
Trollip(1991) bercirikan teori pemprosesan maklumat. Rekabentuk yang dikemukakan
disesuaikan dengan peranan perisian yang hendak dibina sebagai alat diagnostik untuk mengesan
jenis-jenis kesilapan yang dialami oleh pelajar dan seterusnya menyediakan aktiviti pemulihan.
Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada semua pelajar tahun enam di dua buah sekolah
rendah. Kajian ditumpukan kepada jenis kesilapan yang dilakukan pelajar dengan pelbagai tahap
pencapaian yang diukur mengikut gred.
4.0 KESIMPULAN:
Pengkaji menumpukan perhatian ke arah menghasilkan perisian pendidikan yang memuatkan
unsur-unsur yang dikemukakan dalam teori P & P. Dengan cara ini, perisian tidaklah sematamata berfungsi sebagai sebuah buku elektronik atau sistem latih tubi, tetapi berperanan sebagai
alat yang membantu pelajar membina pengetahuan. Kajian ini merupakan satu usaha untuk
menerapkan teori psikologi kognitif dalam pembinaan perisian yang bertujuan untuk membantu
pelajar dalam pemahaman konsep matematik pecahan.

______________________________________________________________________________
_____
Jurnal Ke Tujuh
Sumber Jurnal:
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. September 2000. m.s 17-32.
Tajuk:
Reka Bentuk Perisian Multimedia berasaskan Teori Pembelajaran, Pendapat
Tenaga Pengajar dan pelajar serta Prinsip Reka Bentuk.
Penulis:
Zaidatun Tasir & Yap Sao Wen. Universiti Teknologi Malaysia
PENGENALAN:
Pengkaji berpendapat bahawa perisian-perisian pembelajaran yang sesuai dan menepati
kehendak guru dan pelajar adalah amat berkurangan. Seharusnya sesuatu perisian yang
dibangunkan mestilah bertepatan dengan kehendak pengguna iaitu pelajar dan pengajar. Justeru
itu, kajian projek ini dibuat untuk menghasilkan satu rekabentuk perisian yang mengambil kira
pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk yang terbahagi
kepada rekabentuk berinformasi, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi.
PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN:
Pengkaji berpendapat proses pembinaan perisian perlulah mengambilkira pendapat pelajar yang
merupakan pengguna perisian yang telah siap dibangunkan. Isu pelajar sebagai perekabentuk
perisian ditekankan oleh David H. Jonassen dalam artikelnya yang bertajuk Technology as
Cognitive Tools:Learners as Designers. Dalam artikelnya, beliau menyatakan bahawa dalam
proses merekabentuk perisian , perekabentuk akan dapat menguasai perisian dengan lebih
mendalam jika dibandingkan dengan pelajar. Dengan itu, untuk menjadikan pelajar lebih faham
tentang isi kandungan yang akan diajar, mereka seharusnya mengambil bahagian dalam proses
mereka bentuk perisian. Ekoran daripada itu kajian dilakukan untuk menghasilkan satu reka
bentuk perisian yang berasaskan kepada pendapat pelajar. Selain daripada itu, kajian ini dibuat
adalah untuk menghasilkan satu pendekatan baru dalam mereka bentuk perisian yang berkualiti.
METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA
Pengkaji menumpukkan kajian bagi mereka bentuk satu perisian yang berasaskan kepada
pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip reka bentuk. Soal selidik
dijalankan untuk mengumpul maklumat yang berbentuk pengumpulan pendapat. Ia bertujuan
bagi mendapat pandangan daripada responden mengenai unsur-unsur perisian yang diharapkan
oleh mereka.
Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 50 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi
Pendidikan Kemahiran Hidup, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu pengkaji juga
mendapatkan maklumat yang pendapat dan pengalaman dan pensyarah yang mengajar mata
pelajaran berkenaan. Instrumen kajian yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu soal selidik
dan temubual. Statistik yang digunakan adalah deskriptif. Semua data yang diperolehi dianalisa
secara manual.
Hasil daripada maklumbalas responden pengkaji telah mereka bentuk projek perisian . Projek
yang dihasilkan dibahagikan kepada 2 bahagian besar iaitu carta aliran struktur dan reka bentuk

skrip.Mereka bentuk skrip merupakan satu proses yang penting bagi pengkaji kerana ia
mengambilkira permintaan pengguna, ciri dalam rekabentuk dan teori pembelajaran.tiga faktor
yang dititik beratkan oleh pengkaji iaitu reka bentuk strategi, reka bentuk antaramuka dan reka
bentuk interaktif.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN:
Pengkaji berharap pada masa akan datang, kajian ini dapat diteruskan kepada topik-topik bagi
matapelajaran yang lain untuk melihat keberkesanan kaedah mereka bentuk PBK berasaskan
pendapat pengguna , tenaga pengajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk.
KESIMPULAN:
Mereka bentuk perisian merupakan satu proses yang memerlukan masa panjang kerana pereka
perlu memastikan isi kandungan yang dibina itu adalah lengkap dan mempunyai maklumat
tambahan untuk mereka yang ingin dan berminat untuk mengetahui perkembangan selanjutnya
ataupun mengingat kembali pengetahuan yang sudah dilupai. Pembangunan perisian bukanlah
suatu perkara yang boleh dianggap remeh kerana ianya memerlukan pemerhatian kepada
beberapa faktor yang penting iaitu citarasa dan permintaan pengguna, teori-teori pembelajaran,
ciri-ciri multimedia, dan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam reka bentuk perisian. Jika
faktor ini diikuti dengan teliti, perisian yang dibangunkan kemudian akan merupakan sebuah
perisian yang baik sahaja dari segi kekuatan perisian itu tetapi akan memudahkan proses
pembelajaran para pengguna seterusnya mendapat yang baik
______________________________________________________________________________
____
Jurnal Ke Lapan
Sumber Jurnal:
Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000.
Tajuk:
Pembangunan Perisian Kursus Bermultimedia Perlakuan Haiwan: Satu Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Di Alam Siber.
Penulis:
Norhayati Abdul Mukti, Idris Abd. Ghani & Siew Pei Hwa.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
PENGENALAN:
Mengikut pengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dijangkakan
lebih berkesan daripada atau setanding dengan kaedah tradisional seperi buku teks, carta kad dan
sebagainya. Strategi menggunakan komputer dan teknologi multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran semakin berleluasan dalam bidang pendidikan . Melalui teknologi multimedia,
pelbagai perisian kursus multimedia dapat dibangunkan dengan menyepadukan pelbagai elemen
multimedia bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan perisian kursus
bermultimedia dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran bukan sahaja lebih menarik minat
pelajar dan menyeronokan, malah berkeupayaan untuk menangani masalah pelbagaian pelajar
seperti latar belakang pendidikan asas, tahap kefahaman, daya pemikiran dan perkembangan

kognitif, umur, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya.


OBJEKTIF KAJIAN:
Jurnal ini memberi tumpuan kepada pembangunan perisian kursus bermultimedia yang direka
bentuk khas untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Perisian kursus ini
dibangunakan dalam Bahasa Melayu adalah bertujuan menjadi alat tutoran yang berkesan kepada
pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan kursus memandangkan kebanyakan bahan
rujukan di perpustakaan adalah berbahasa Inggeris. Pembangunan perisian ini juga bertujuan
untuk membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan
pelajar untuk mengingati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus.
METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN.
Pembinaan model konsepsi yang teratur dan lengkap merupakan salah satu langkah yang penting
dalam proses pembangunan perisian kursus multimedia. Model konsepsi yang ditonjolkan
terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu objektif, media pengajaran dan pembelajaran serta
kaedah pembangunan perisian yang kursus. Elemen-elemen yang dimasukkan dal perisian ini
adalah hyperteks,hypermedia dan teori pembelajaran. Tiga teori pembelajaran yang digabungkan
iaitu pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran kognitif. Dalam perisian kursus ini
pelajar disajikan dengan maklumat tentang topik-topik khusus untuk mengukuhkan kefahaman
mereka .
Perisian kursus multimedia ini berpengataraan Bahasa Melayu. Ciri ini dapat menafaat prasiswazah universiti yang mengikuti kursus ini dijangka boleh dijadikan alat totoran yang
berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan mata pelajaran KH
memandangkan kebanyakan buku rujukan buku diperpustakaaan dan perisian kursus di pasaran
adalah dalam bahasa Inggeris.
Antaramuka perisian ini adalah ramah pengguna. Butang navigasi, suara latar dan antaramuka
lain digunakan untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada pengguna untuk memudahkan
mereka menggunakan perisian kursus KH ini. Ciri ini menimbulkan suasana pembelajaran yang
mesra, menarik dan menyeronokan serta menambahkan kekratifan dan pemelajaran KH. Perisian
kursus ini mudah diikuti, walaupun tahap literasi komputer pelajar adalah rendah kerana arahan
pengguna disertakan dengan panduan pengguna.
Jalinan maklumat dalam talian, membolehkan pengguna memilih URL laman web yang terdapat
dalam perisian kursus ini dan pengguna akan memperolehi maklumat tambahan dalam laman
web berkenaan.
KESIMPULAN:
Perisian kursus memainakan peranan yang penting dalam sebagai alat bantu mengajar yang
menarik dan berkesan dengan adanya gabunganelemen multimedia. Perisian kursus ini
merupakan satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang penuh dengan maklumat dan
pengetahuan KH. Pembangunan perisian kursus bermultimedia ini juga di harapkan dapat
membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar
meningati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus.
______________________________________________________________________________
___

Jurnal Sembilan
Sumber Jurnal:
Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, September 2001. ms 115 -125
Tajuk:
Penggunaan Multimedia Dalam Pelajaran Geografi: Fokus Terhadap Pendidikan
Khas.
Penulis:
Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Chia Ti Boey.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.0 PENGENALAN:
Pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak
yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang murid terutamanya murid-murid
berkeperluan khas seperti murid-murid bermasalah pendengaran. Ini kerana murid-murid
bermasalah pendengaran memerlukan kombinasi kesan alat pandang dengar dengan gabungan
visual yang bergerak , animasi, teks, muzik dan grafik yang menarik untuk meningkatkan proses
pembelajaran.Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi, I hear and I forgot, see and I
remember, I do and I understand. (Hizamnuddin Awang, 1997 dalam Fadzilah,1998)
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
Mengikut jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian untuk melihat persepsi murid-murid
bermasalah pendengaran terhadap penyampaian subjek Geografi melalui penggunaan kaedah
PBK dan membantu mempertingkatkan kemahiran kognitif mereka secara individu. Perisian
kursus yang dibina dalam kajian juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang berkesan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran Geografi bukan sahaja untuk golongan warga khas
tetapi juga untuk mereka yang normal. Kaedah PBK ini membolehkan murid-murid bersesuaian
dengan diri masing-masing.
Objektif kajian Geografi ini adalah untuk: a) meninjau pesepsi murid-murid bermasalah
pendengaran tahap Menengah Bawah terhadap subjek dengan menggunakan kaedah PBK b)
mengenalpasti keberkesanan kaedah PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke atas
murid-murid bermasalah pendengaran dan c) membangkitkan minat murid-murid bermasalah
pendengaran terhadap pembelajaran subjek Geografi.
3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN:
Penyelidik menggunakan pendekatan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklum balas
daripada pelajar bermasalah pendengaran terhadap implementasi penggunaan kaedah PBK dalam
subjek Geografi. Perisian kursus dibangunkan dengan menggunakan perisian Director 7.0
sebagai bahan kajian. Kaedah tinjauan yang digunakan dapat menilai persepsi murid-murid
bermasalah pendengaran terhadap kaedah penggunaan PBK tanpa membandingkannya dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Seramai 30 orang pelajar bermasalah pendengaran dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad,
Petaling Jaya Dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperolehi adalah berdasarkan

sepenuhnya kepada maklumbalas yang diberikan murid-murid bermasalah melaui borang soal
selidik. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan statistik
diskriptif. Dapatan kajian ditabulasi dengan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa persepsi pejar-pelajar bermasalah pendengaran bersifat positif terhadap kaedah
pembelajaran berbantukan komputer. Penggunaan multimedia ini bukan sekadar dapat
mempelbagaikan kaedah pembelajaran tetapi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan.
KESIMPULAN:
Kajian ini telah menjawab ketiga-tiga persoalan yang telah ditimbulkan oleh penyelidik. Tidak
dapat disangkal lagi penggunaan teknologi dalam bentuk komputer memang dapat
memperkayakan kehidupan dan produktiviti pelajar bukan sahaja permasalah pendengaran malah
mereka berkeperluan khas yang lain. Ini dapat dibuktikan dengan pesepsi terhadap kaedah
penggunan PBK dalam pengajran dan pembelajaran Geografi yang positif dan
memberangsangkan. Perkembangan teknologi ini dapat memberi pengaruh kepada pengalaman
pendidikan dan perkembangan seorang pelajar yang bekeperluan khas (Hagen 1984)
Guru merupakan golongan profesional yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan.
Jusreru itu, strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru amat penting dalam menpengaruhi setiap
insan yang dididik. Apabila guru mengaplikasikan kaedah PBK sebagai mod penyampaian
pengajaran, ini tidak bermakna kaedah penyampaian lain tidak lagi berfungsi sebagai mod
penyampaian isi pengajaran. Pada hakikatnya kaedah PBK merupakan salah satu pelengkap
kepada kaedah pengajran di bilik darjah. Aspirasi negara akan menjadi kenyataan jika semua
pelajar di Malaysia tanpa mengira kecacatannya telah diberipendedahan, tunjuk ajar dan latihan
dengan kaedah PBK dalam proses pembelajaranya.
______________________________________________________________________________
_____
Jurnal Sepuluh
Sumber Jurnal:
Jurnal Proceedings of ICEFA 2002. Volune 1., Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk:
Pengajaran Menggunakan Perisian Kursus Matematik Interaktif :Kajian Terhadap
Kurikulum Pengajaran Berbantukan Komputer.
Penulis:
Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Nor Aleywati Muhamad.
1.0 PENGENALAN:
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji menyatakan berlakunya anjakan paradigma
dalam masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya teknologi komputer dalam
pendidikan. Kemunculan teknologi komputer dalam pendidikan khususnya makro komputer atau
alat pamer grafik warna yang berelaian tinggi mampu memberi kesan yang lebih efektif dalam
proses pembelajaran. Menurut Gan Chia Leng (1998) tiga aspek penting ini dapat dilihat sebagai

alat, pembimbing, dan pelajar yang merupakan peranan komputer dalam bidang pendidikan.
Aspek peranan komputer sebagai pembimbing mengfokuskan kepada penggunaan perisian yang
telah disediakan.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Pengkaji mendapati bahawa perisian pendidikan atau segala bentuk perisian yang kurang
bermutu menyebabkan penggunaan PBK adalah rendah dan ini telah disahkan sendiri daripada
perakuan laporan yang dibuat oleh SEAMEO (South-East Asian Miniter of Education
Organisation) yang menyatakan PBK adalah rendah jika perisian yang digunakan adalah yang
kurang bermutu. Maka penumpuan seharusnya diberi atas menghasilkan perisian PBK yang
berkualiti (Yu sup Hashim, 1998)
Namun begitu mengikut penulis perisian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dan mengandungi
beberapa kekurangan yang perlu dibaiki lagi. Kebanyakan pakej perisian yang ada dipasaran
tidak dibina dan direka mengikut sukatan pelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar.
Kebanyakan perekanya lazimnya seorang pakar dalam bidang komputer tetapi tidak mempunyai
latar belakang sebagai seorang pendidik. Kekurangan pengalaman dalam bidang pengajaran
menyebabkan mereka tidak dapat membina suatu perisian yang bertepatan dengan keperluan
pembelajaran. Faktor ini mendorong pengkaji menjalankan kajian ke atas penghasialan perisian
pembelajaran dan pembelajaran. Manakala pemilihan topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik
untuk Tingkatan 4 adalah disebabkan segelintir pelajar didapati cuai.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN:
Pengkaji menampilkan beberapa objektik bagi kajiannya:
Mengenalpasti tahap keberkesanan perisian kursus yang dihasilkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Mengetahi tahap kefahaman pelajar menggunakan perisian yang dihasilkan.
Mengetahui sejauh mana penggunaan perisian kursus ini dapat meningkatkan minat pelajar
terutama sekali bagi matapelajaran matematik
3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN:
Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 30
orang pelajar Tingkatan Empat di SMK Jalan Dua, bandar baru Bangi , Selangor Darul Ehsan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan perisian kursus dalam bentuk compact
disc yang dianalisis dengan menggunakan program SPSS version 10. Data-data diperolehi dan
dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan statistik deskriptif. Purata min
bagi setiap item yang diperolehi dalam persembahan perisian adalah 4.33. Nilai min ini
menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan berada pada tahap yang baik.
Namun demikian perisian itu patut diperbaiki untuk menghasilkan perisian yang benar-benar
bermutu dan mantap. Paparan pengguna yang baik membolehkan pelajar mempelajari subtopiksubtopik yang dikemukakan dengan mudah. Pengkaji mengharapkan penggunaan perisian PBK
bagi tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik ini dapat memberi manafaaat kepada guru dan
pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping menjadi bahan
pembelajaran kendiri di rumah.
KESIMPULAN:
Keberkesanan penggunaan perisian kursus dalam kaedah PBK sebenarnya banyak bergantung

kepada kesedaran guru untuk cuba mnegubah corak pendidikan yang telah mereka amalkan
sebelum ini. Namun peranan guru sebagai fasilitator tidak boleh dipertikaikan. Perisian kursus
perlulah dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang boleh memangkin proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

You might also like