You are on page 1of 11

Topik X Penilaian

Peluang
Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menerangkan enam perangkap (pitfalls) dalam memilih idea


perniagaan baharu;

2.

Menjelaskan lapan faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu;

3.

Menghuraikan tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan


sesebuah perniagaan baharu;

4.

Menganalisis empat kaedah proses penilaian; dan

5.

Menyatakan aktiviti khusus yang termasuk


kebolehlaksanaan (feasibility) yang menyeluruh.

dalam

penilaian

PENGENALAN

Semakin banyak perniagaan baharu telah ditubuhkan sejak kebelakangan ini.


Terdapat beberapa sebab usahawan mendirikan perniagaan baharu. Bila idea
bercambah sehingga menjadi perniagaan, cabaran sebenar adalah agar
perniagaan tersebut mampu bertahan dan berkembang.
Apa yang akan menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya? Pernahkah
anda memikirkan aspek-aspek yang perlu anda ketahui? Untuk menangani
cabaran sebenar dalam dunia keusahawanan, anda memerlukan pengetahuan
dan kefahaman yang mendalam tentang kesulitan yang lazim dihadapi dalam
memilih perniagaan baharu. Topik ini juga akan membantu anda mengenal pasti
faktor kritikal untuk membangunkan perniagaan baharu dan faktor yang
menyumbang kepada kejayaan perniagaan. Kita juga akan membincangkan

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN W

111

proses penilaian yang berkesan untuk perniagaan baharu. Sekarang, mari kita
mulakan!

8.1

KESULITAN DALAM MEMILIH


PERNIAGAAN BAHARU

Peringkat peralihan di mana sebuah idea perniagaan bertukar menjadi realiti boleh
menjadi waktu yang paling penting untuk memahami pembangunan perniagaan
baharu. Di bawah adalah enam kesulitan yang mungkin dihadapi oleh seorang
usahawan dalam memilih sebuah perniagaan baharu (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Enam kesulitan dalam memilih perniagaan baharu

Sekarang, mari kita lihat penjelasan ringkas mengenai setiap kesulitan yang
bahaya ini.
(a)

Kurang Penilaian Objektif


(i)
Ramai usahawan tidak objektif dan tidak menyedari kepentingan
menyelidik secara teliti. Semua idea mesti dikaji dan diselidik terlebih
dahulu untuk mengelakkan ancaman ini daripada berlaku.

(b)

Tiada Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran Yang Berkenaan


(i)
Membangunkan pendekatan pemasaran sebagai asas kepada sebuah
perniagaan baharu kerap diabaikan oleh golongan usahawan.
Mengikut Levitt (1960), mereka seolah-olah mengalami rabun dekat
dari segi pengurusan.

112

TOPIK 8

(ii)

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Mereka juga gagal mempertimbangkan kitar hidup sebuah produk


atau perkhidmatan baharu.

(iii) Usahawan mesti menyedari kepentingan pengaturan masa.


Merancang kitar hidup produk baharu dan memperkenalkannya
pada waktu yang betul adalah mustahak.
(c)

Kurang Kefahaman Tentang Keperluan Teknikal


(i)
Usahawan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan
sebuah perniagaan.
(ii)

(d)

Kurang Kefahaman Kewangan


(i)
Usahawan kerap mengabaikan kos. Mereka juga tidak membuat
perancangan dengan betul.
(ii)

(e)

Kadang-kadang usahawan membuat anggaran kos pembangunan


perniagaan yang sangat rendah berbanding kos sebenar.

Perniagaan Kurang Unik


(i)
Konsep dengan reka bentuk dan ciri-ciri unik akan menarik
pelanggan kepada sesebuah perniagaan. Usahawan tidak akan dapat
menarik perhatian pelanggan jika tiada keunikan dalam perniagaan
mereka.
(ii)

(f)

Masalah teknikal kerap muncul dan ini akan memakan masa selain
mengakibatkan penggunaan wang yang banyak.

Pembezaan produk merupakan cara terbaik untuk memberitahu


pelanggan tentang perbezaan antara keluaran sendiri dengan
keluaran pesaing.

Tidak Mengetahui Isu Perundangan


(i)
Masalah besar akan timbul jika isu perundangan tidak diendahkan.
(ii)

Contoh keperluan perundangan adalah mewujudkan suasana bekerja


yang selamat, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan, serta
mendapatkan hak cipta dan paten untuk melindungi produk dan
ciptaan sendiri.

AKTIVITI 8.1
Namakan dua firma yang dikenali di seluruh dunia yang gagal dalam
perniagaan baharu mereka. Apakah masalah yang mereka mungkin
telah hadapi? Kongsi maklumat ini dengan tutor dan rakan dalam sesi
tutorial.

TOPIK 8

8.2

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN W

113

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL UNTUK


PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHARU

Kita mesti mempertimbangkan faktor kritikal dalam membangunkan sebuah


perniagaan baharu. Vesper (1990) mengatakan bahawa seorang usahawan harus
menggunakan senarai semak untuk perniagaan baharu. Senarai ini meliputi lapan
perkara seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.2 di bawah.

Rajah 8.2: Lapan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam


membangunkan perniagaan baharu

Jadual 8.1 menunjukkan senarai semak yang patut digunakan oleh usahawan
dalam menilai sebuah perniagaan baharu.

114

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.1: Senarai Semak Idea Perniagaan Baharu


Perkara
Kebolehlaksanaan Asas
Perniagaan

Soalan Penilaian
x Bolehkah produk atau perkhidmatan itu
digunakan?
x Adakah ia sah?

Kelebihan Daya Saing


Perniagaan

x Apakah
kelebihan
daya
saing
yang
ditawarkan oleh produk atau perkhidmatan
yang akan dikeluarkan?
x Apakah tindak balas yang mungkin diberi
oleh para pesaing?

Keputusan Pembeli
Dalam Perniagaan

x Siapakah yang mungkin menjadi pelanggan?

Pemasaran Produk dan


Perkhidmatan

x Berapa akan dibelanjakan untuk pengiklanan?

x Berapakah unit yang akan dibeli oleh setiap


pelanggan dan berapa ramai pelanggan yang
ada?
x Berapa besarkah bahagian pasaran yang akan
ditembusi oleh syarikat itu?
x Siapa yang akan melakukan jualan?

Pengeluaran Produk dan


Perkhidmatan

x Adakah syarikat akan mengeluarkan atau


membeli apa yang ia akan jual?
x Adakah wujud sumber bekalan pada harga
yang berpatutan?

Keputusan Pengambilan
Pekerja Untuk
Perniagaan

x Bagaimanakah kecekapan dalam setiap bidang


perniagaan tersebut akan dipastikan?

Penguasaan Perniagaan

x Apakah rekod yang diperlukan? Bila?

x Siapa yang akan mengambil pekerja?


x Adakah apa-apa
diperlukan?

Pembiayaan Perniagaan

kawalan

khas

x Berapa wang yang diperlukan


pembangunan perniagaan itu?

yang
untuk

x Berapa wang yang diperlukan untuk modal


kerja?
x Siapa akan membiayai perniagaan tersebut?
Berapakah kos pembiayaan?

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN W

115

AKTIVITI 8.2
Apakah faktor kritikal yang perlu dipertimbangkan
membangunkan sebuah perniagaan baharu?

8.3

dalam

KENAPA PERNIAGAAN BAHARU GAGAL

Kebanyakan perniagaan baharu lingkup dalam setahun dua dan sebahagian kecil
sahaja yang mencapai kejayaan. Mengikut Bruno et al. (1987) serta Karakaya dan
Kobu (1994), terdapat tiga sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan
perniagaan baharu seperti yang boleh dilihat di dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Tiga faktor utama yang menyumbang kepada


kegagalan perniagaan baharu

116

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.2 di bawah menerangkan faktor-faktor tersebut.


Jadual 8.2: Faktor-faktor yang Membawa kepada Kegagalan
Sebab Kegagalan
Masalah Produk/Pasaran

Masalah Kewangan

Masalah Pengurusan

8.4

Faktor-faktor
x

Pengaturan waktu yang kurang baik

Masalah reka bentuk produk

Strategi pengedaran tidak sesuai

Definisi perniagaan tidak jelas

Terlalu bergantung kepada satu pelanggan

Kekurangan modal pada waktu permulaan


perniagaan

Mula berhutang terlalu awal

Masalah hubungan modal perniagaan

Konsep pendekatan pasukan (contohnya


pengambilan pekerja dan penaikan pangkat
berdasarkan
nepotisme
dan
bukannya
kelayakan; hubungan kurang baik dengan
syarikat induk dan pembiaya perniagaan;
pengasas yang menumpukan perhatian
kepada kekurangan dan bukannya kekuatan;
pekerja sokongan yang kurang mahir).

Masalah sumber manusia (contohnya sogokan


dan selepasnya, pemecatan yang berlaku;
penipuan
oleh
pembiaya
perniagaan;
perjanjian lisan tidak diikuti; kes mahkamah
yang berlarutan).

PROSES PENILAIAN

Mari kita bincangkan proses penilaian pula.


Satu tugas kritikal dalam memulakan sebuah perniagaan baharu adalah
menjalankan penganalisaan yang kukuh dan menilai kebolehlaksanaan produk
atau perkhidmatan yang akan dilancarkan. Usahawan akan mendapati banyak
kekurangan serius dalam cadangan perniagaan mereka jika penganalisaan ini
tidak dilakukan dengan betul.

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN W

117

Rajah 8.4 menunjukkan proses penilaian yang dinyatakan oleh Kuratko dan
Hodgetts (2004).

Rajah 8.4: Proses penilaian

Kuratko dan Hodgetts (2004), menjelaskan proses penilaian seperti berikut:


(a)

Bertanyakan Soalan Yang Betul


Banyak soalan penilaian yang patut ditanya. Antara soalan yang usahawan
harus menanyakan pada diri sendiri adalah seperti berikut:
(i)

Adakah ia idea produk/perkhidmatan yang baharu? Adakah ia


proprietari? Bolehkah ia diberikan paten atau hak cipta?

(ii)

Adakah sebuah prototaip telah diuji oleh penguji bebas dengan cara
cuba merosakkan atau mengoyakkannya? Apakah kelemahannya?
Mampukah ia bertahan?

(iii) Sudahkah produk/perkhidmatan itu dibawa ke pameran


perdagangan? Jika ya, apakah reaksi yang diterima? Adakah
produk/perkhidmatan tersebut berjaya dijual?
(iv) Adakah produk/perkhidmatan tersebut mudah difahami oleh
pelanggan, bank, penyedia modal, akauntan, peguam dan ejen
insuran?
(v)

Apakah pasaran keseluruhan? Apakah segmen pasarannya? Bolehkah


produk tersebut menembusi segmen pasaran ini? Adakah fokus
pasaran (niche) yang boleh dimasuki?

(vi) Adakah kajian pasaran telah dibuat? Siapakah para pesaing


perniagaan tersebut?

118

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

(vii) Apakah kaedah pengedaran dan jualan yang boleh digunakan?


(viii) Bagaimana produk itu boleh dibuat? Berapakah kosnya?
(ix) Adakah konsep perniagaan itu akan dibangunkan dan lesennya
diberikan kepada orang lain atau adakah ia akan dibangunkan dan
dijual?
(b)

Analisis Profail
Satu faktor strategik sahaja tidak boleh menentukan kejayaan sebuah
perniagaan. Dalam kebanyakan kes, hasil sebuah perniagaan ditentukan
oleh gabungan pelbagai faktor. Adalah penting untuk mengenal pasti dan
mengkaji faktor-faktor ini sebelum sesebuah idea baharu itu dilaksanakan.
Hasil analisis profail membolehkan usahawan menilai potensi sesebuah
perniagaan.

(c)

Pendekatan Kriteria Kebolehlaksanaan


Pendekatan ini dibangunkan sebagai sebuah senarai pemilihan kriteria
yang boleh digunakan oleh usahawan untuk mendapat tahu mengenai
daya maju (viability) perniagaan mereka. Mengikut Kuratko dan Hodgetts
(2004), pendekatan ini menanyakan soalan berikut:
(i)

Adakah ia proprietari?

(ii)

Adakah kos pengeluaran permulaan realistik?

(iii) Adakah kos pemasaran permulaan realistik?


(iv) Adakah produk tersebut berpotensi membawa keuntungan besar?
(v)

Adakah masa yang diperlukan untuk sampai ke pasaran dan


mencapai tahap pulang modal (break-even) realistik?

(vi) Adakah pasaran yang bakal ditembusi itu besar?


(vii) Adakah sudah ada pelanggan?
(viii) Adakah kos pembangunan dan jangka masa yang sedia ada realistik?
(ix) Adakah ia sebuah industri yang sedang berkembang?
(x)

(d)

Bolehkah produk itu dan keperluan untuknya difahami oleh komuniti


kewangan?

Pendekatan Kebolehlaksanaan Komprehensif


Ini maksudnya analisis kebolehlaksanaan yang lebih menyeluruh dan
sistematik yang menggabungkan faktor luaran. Terdapat dua faktor utama
yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan komprehensif terhadap
sebuah perniagaan baharu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.3.

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN W

119

Jadual 8.3: Dua Faktor Utama Dalam Kajian Kebolehlaksanaan Komprehensif


Perniagaan Baharu
Kebolehlaksanaan Teknikal

Kebolehpasaran

Ini bermakna mengenal pasti keperluan


teknikal untuk mengeluarkan sebuah
produk atau perkhidmatan yang akan
menepati kehendak bakal pelanggan.

Ini memaksudkan bagaimana sebuah


produk atau perkhidmatan mudah dijual
di pasaran dan permintaan yang ada.

Kriteria penting untuk keperluan ini


adalah seperti berikut:
x Reka bentuk fungsian dan daya
tarikan produk.
x Kefleksibelan, contohnya ciri-ciri
luaran produk boleh diubah suai
untuk
menunaikan
permintaan
pelanggan atau menurut perubahan
teknologi dan persaingan.
x Produk itu dibuat daripada bahan
yang tahan lama.

Tiga perkara utama dalam analisis jenis


ini adalah:
x Mengkaji potensi pasaran yang penuh
dan mengenal pasti pelanggan untuk
produk atau perkhidmatan tersebut.
x Menganalisis sampai tahap mana
perniagaan itu boleh menggunakan
pasaran yang dijangka wujud.
x Menggunakan analisis pasaran untuk
menentukan peluang dan risiko yang
berkaitan dengan perniagaan itu.

x Keutuhan, contohnya memastikan


prestasi seperti yang diharapkan
semasa digunakan dalam keadaan
normal.

Pelbagai sumber maklumat perlu dicari dan digunakan untuk menghadapi


perkara-perkara ini. Untuk analisis kebolehlaksanaan pasaran, sumber am
adalah seperti berikut:
(a)

Trend ekonomi am (pelbagai tanda ekonomi);

(b)

Maklumat pasaran (pelanggan, corak permintaan pelanggan);

(c)

Maklumat harga (lingkungan harga untuk produk sama, produk


pelengkap dan produk pengganti; harga asas dan struktur diskaun); dan

(d)

Maklumat persaingan (pesaing utama dan kekuatan daya saing mereka).

Pemilihan perniagaan baharu mungkin mengalami bahaya seperti kurang


penilaian objektif, kurang pengetahuan tentang pasaran yang bakal
dimasuki, kurang kefahaman tentang keperluan teknikal, kefahaman
kewangan yang rendah, kurang idea unik dan tidak mengetahui isu
perundangan.

120

TOPIK 8

PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Faktor utama yang boleh menyebabkan kegagalan perniagaan baharu adalah


kekurangan pengetahuan tentang pasaran, produk bermasalah, strategi
jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang pengetahuan tentang
tekanan persaingan, masalah pengaturan waktu dan kekurangan modal.

Dengan menanyakan soalan yang betul, membuat analisis profail dan


menjalankan kajian kriteria kebolehlaksanaan, maka kebolehlaksanaan
produk atau perkhidmatan seorang usahawan boleh dinilai.

Analisis profail

Kebolehsediaan produk

Faktor kritikal

Keperluan perundangan

Kebolehlaksanaan teknikal

Keunikan

Kebolehpasaran

Pembezaaan produk

Kebolehsediaan pelanggan

You might also like