You are on page 1of 61

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 1

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.0 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciri-ciri penting
pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian serta
tujuan penilaian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN


Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang:
1. konsep pengujian.
2. konsep pengukuran.
3. ciri-ciri penting pengukuran.
4. konsep penilaian.
5. tujuan penilaian.
6. perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP

PENGUJIAN
1.3

PENGUKURAN

PENILAIAN

Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum
anda dianugerahi Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.
Kita sebagai guru juga sentiasa menanya soalan-soalan seperti :: Sejauh manakah pelajar
kita bersedia untuk pelajaran berikut? Sejauh manakah pelajar mencapai kehendak-

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

kehendak minima kursus tersebut? Apakah jenis-jenis kesukaran pembelajaran yang


dihadapi oleh pelajar?
Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, kita harus mengumpul maklumat sesuai tentang
pelajar. Akan tetapi pernahkah anda bertanya bagaimana ini boleh dilakukan? Pengukuran,
pengujian dan penilaian amat berbeza dan ramai di antara kita kurang dapat menghuraikan
perbezaannya. Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan perbezaan antara pengukuran,
pengujian dan penilaian.
1.4

Pengujian

Pengujian adalah satu alat atau prosedur bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ia terdiri
daripada satu set terpiawai soalan-soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid
memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu
masalah seperti mendefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al-Quran,
menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat
pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam
bentuk markah. Pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu.
Maksud terpiawai ialah semua prosedur telah dinyatakan awal dan semua pelajar dalam
sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang
sama di samping mendapat arahan yang sama. Skor atau markah yang diperolehi hasil
daripada jawapan kepada sesuatu ujian adalah sebagai indikator numerik tentang prestasi
pelajar. Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya selain analisis boleh
dilaksanakan dan ini akan membantu dalam membuat sesuatu keputusan.
Berikut adalah antara tujuan pengujian:
a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.
b) Mengesan

kemajuan

yang

telah

dicapai

tentang

pencapaian

hasil-hasil

pembelajaran yang lain.


c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.
Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian
peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah
dipelajari.
Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para
guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana
sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting
dalam konteks pembelajaran.

1.5

Pengukuran

Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik untuk


menentukan setakat manakah individu mempunyai ciri-ciri tertentu yang disukat dengan
menggunakan alat. Dalam pendidikan, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat
atau tahap pencapaian pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Pada
lazimnya, guru menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian, soal
selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada
huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Ia tidak
bersifat mutlak, bergantung kepada keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur.
Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :
a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.
b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran
yang lain.
d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid
e) Bagi mendapatkan maklumat untuk :
i.

Bimbingan.

ii.

Kecekapan guru.

iii.

Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada
murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-tahap
ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10


orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan
menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk
pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan
Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan
Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid
lain. Skala yang digunakan di tahap ini ialah skala urutan sahaja (skala ordinal).
b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. Pengukuran jenis
ini menggunakan skala selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit
markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat
nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi
pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.
1.5.1

Ciri-ciri Penting Pengukuran

Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran:


a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap
baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid
contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak
mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid
tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik,
lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses
penilaian.
b) Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skala atau
dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau
psikologi, skala atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan
kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian
semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skala atau standard yang
mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam
pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan
memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua
rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986).

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1.6

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul,


menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses

menentu, mendapat dan memberikan

maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.


Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktivitiaktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan
cara yang lebih berkesan.
Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:
a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan
dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas:
a) Peringkat persediaan ujian.
b) Peringkat pentadbiran ujian.
c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
d) Peringkat analisis.
e) Peringkat interpretasi dan tindakan.
Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya
boleh dilihat seperti rajah berikut:

Pengujian

Pengukuran

Pengukuran

Penilaia
n

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran dan pengujian

Penilaian

Penilaian

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1.6.1

Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran


murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
Melalui penilaian, guru dapat :
a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa;
c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah
menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan
guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
1.6.2 Ciri-Ciri Utama Ujian
Sebagai pelajar, pernahkah anda merungut bahawa anda dinilai secara tidak adil? Jika ya,
bagaimana? Adakah guru berkenaan menilai respon anda secara tidak konsisten? Adakah
terdapat pelajar dinilai di bawah keadaan yang sesuai berbandingkan yang lain? Adakah
penilaian terlalu memakan masa sehingga pada suatu ketika anda tidak mengambil berat
tentang prestasi anda?
Dalam pengalaman anda, apakah ciri-ciri yang anda fikir perlu untuk satu alat penilaian
bilik darjah yang baik? Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami ciriciri penting suatu ujian yang baik. Ciri ciri ini termasuk:

Kesahan

Kebolehpercayaan

Objektiviti

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Kemudahtadbiran

Kemudahtafsiran

Adakah anda biasa dengan ciri- ciri tersebut? Sekarang, kita akan bincang satu per satu
ciri tersebut.
(a)

Kesahan

Apakah yang anda faham dengan istilah kesahan? Kesahan merujuk kepada takat mana
suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu, takat mana ujian itu memenuhi
objektifnya. Kita akan tanya soalan, Adakah ujian itu mengukur apa yang ia sepatutnya
diukur?
Apakah sebenarnya kesahan?

Pertama, ia merujuk kepada kesesuaian

interpretasi

keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian untuk satu-satu kumpulan individu, bukan alat
itu sendiri. Kedua, ia merupakan suatu anggaran darjah. Ia paling sesuai dianggap dalam
bentuk kategori-kategori yang menentukan darjah, seperti
sederhana dan kesahan rendah. Ketiga, ia

kesahan tinggi, kesahan

spesifik terhadap kegunaan tertentu atau

interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua tujuan. Sebagai contoh, keputusankeputusan suatu ujian matematik mungkin mempunyai darjah kesahan yang tinggi dalam
menentukan kemahiran komputer, satu darjah kesahan yang rendah untuk penaakulan
matematik dan darjah kesahan yang sederhana untuk meramalkan kejayaan dalam seni
atau muzik.
Jenis Jenis Kesahan Ujian
Pada asasnya, terdapat lima jenis kesahan ujian. Antara berikut adalah:
(i)

Kesahan muka

(ii)

Kesahan kandungan

(iii) Kesahan ramalan


(iv) Kesahan serentak
(v)

Kesahan konstruk

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Bolehkah anda membezakan antara setiap jenis kesahan ujian? Ia

penting untuk

mengetahui apakah jenis kesahan dan cara-cara yang boleh digunakan untuk mempastikan
setiap jenis kesahan.
(i)

Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada apa yang kerap diperlihatkan atau digunakan sebagai
bentuk pengujian. Untuk mempastikan kesahan muka, item-item ujian harus disemak oleh
pakar dalam bidang yang diuji. Satu format ujian yang biasa dan bentuk serupa digunakan.
(ii)

Kesahan Kandungan

Ini adalah proses menentukan setakat mana satu set tugasan ujian menyediakan sampel
relevan dan mewakili sampel domin tugasan yang mana interpretasi skor ujian dibuat.
Bagaimana ini boleh dilakukan?
Dalam ujian bilik darjah, domin pencapaian tugasan-tugasan ditentukan oleh pengajaran
dan pembentukan ujian melibatkan (a) menentukan dengan jelas domin item/tugasantugasan yang relevan untuk diuji dan (b) membina atau memilih satu set yang mewakili
item/ tugasan ujian. Oleh itu, untuk memperoleh satu ukuran hasil pembelajaran yang sah,
kita beralih dari pengajaran (apa yang telah diajar) kepada domin pencapaian (apa yang
patut diuji) dan akhirnya ujian itu sendiri ( satu sampel mewakili item/tugasan relevan).
Justeru, kesahan kandungan berlaku semasa pembentukan ujian. Ia dapat dicapai dengan
penyediaan

spesifikasi ujian yang terperinci dan kemudian membina satu ujian yang

menepati spesifikasi tersebut. Adakah anda setuju?


(ii)

Kesahan Ramalan

Apakah kesahan ramalan? Bolehkah anda mengingat kembali jika skor ssuatu ujian yang
dibina oleh anda dapat meramal pencapaian atau prestasi pelajar pada masa hadapan?
Satu ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal

watak atau perubahan

seseorang pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang pelajar matrikulasi yang berjaya
dalam peperiksaan SPM/STPM akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasinya nanti.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Dalam cara ini, ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh digunakan untuk memilih
calon untuk sesuatu jawatan dan meramal prestasi akademik pelajar masa hadapan atau
kejayaan dalam kerjaya mereka. Untuk memperoleh kesahan ramalan yang tinggi dalam
suatu ujian, item-item

harus benar-benar menguji kebolehan-kebolehan yang relevan

kepada kemampuan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam sesuatu bidang
kerja masa hadapan.
(iv)

Kesahan Serentak

Apakah kesahan serentak? Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda membina
item-item ujian yang merangkumi

aspek-aspek tertentu

seperti terdapat dalam latihan

harian pelajar, dan anda kemudian dapati bahawa pencapaian ujian mereka hampir serupa
dengan

latihan-latihan harian?

Jika keadaan sebegini, ujian tersebut boleh dikatakan

sebagai mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Mengapa? Ini kerana item-item ujian
dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran.
Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk ujian Matematiks dan Sains
tetapi kesahan serentak yang rendah untuk ujian Matematiks dan Bahasa Inggeris.
(v)

Kesahan Konstruk

Untuk memahami kesahan konstruk, anda harus


konstruk. Satu

terlebih dahulu

memahami maksud

konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologi yang

menerangkan

beberapa aspek tingkah laku. Contoh-contoh konstruk termasuklah kreativiti, kecerdasan,


motivasi, keikhlasan, ketabahan, keresahan, kebolehan penaakulan, pemahaman membaca
dan watak.
Kesahan konstruk didefinisikan sebagai proses menentukan takat mana prestasi ujian
seseorang pelajar boleh diinterpretasi berdasarkan satu atau lebih konstruk psikologikal. Ia
merupakan suatu darjah di mana seseorang boleh membuat inferens beberapa konstruk
dalam suatu teori psikologikal daripada skor ujian.
Bilakah kesahan konstruk penting? Kesahan konstruk penting untuk ujian-ujian yang
mengukur ciri-ciri (Konstruk) seperti kecerdasan, motivasi,

keasertifan dan sebagainya.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sebagai contoh, seorang guru ingin membina satu ujian kertas dan pensil untuk mengukur
kreativiti. Apabila dibina, ujian akan dianggap sebagai mempunyai kesahan konstruk jika
skor ujian adalah berhubungkait dengan

penghakiman yang dibuat

berasaskan

pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti sebagai kreatif. oleh teori psikologi.
Jika keputusan ujian tidak mencerminkan konstruk yang diperlukan, maka ia bukan alat
yang sah. Sebagai contoh, satu ujian yang dibina untuk mengukur motivasi intrinsik di
kalangan pelajar-pelajar tidak dapat diterima sebagai sah jika item-item didapati

tidak

mengukur motivasi ektrinsik juga.


Bolehkah anda beza

kesemua jenis kesahan ujian? Ia penting untuk kita mengetahui

bahawa setiap jenis kesahan mempunyai tujian tertentu dan terdapat faktor-faktor yang
mempengaruhi kesahan ujian. Apakah faktor-faktor ini? Bolehkah anda menyenaraikan
beberapa daripada faktor-faktor tersebut?
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian
Antara beberapa faktor- faktor, termasuklah yang berikut:

Arahan yang kurang jelas;

Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami;

Ambiguiti;

Masa yang diberikan tidak mencukupi;

Aras kesukaran item ujian tidak sesuai;

Item-item ujian tidak dibina dengan baik;

Bilangan item yang tidak mencukupi;

Susunan jawapan (item objektif) boleh diramalkan

Kekaburan pernyataan dalam item ujian menyumbang kepada salahtafsiran dan


kekeliruan.

Adakah anda tahu tentang implikasi-implikasi kesahan ujian?


menyediakan bukti konkrit untuk mempastikan

Kesahan ujian boleh

takat di mana ujian-ujian boleh

membekalkan data relevan untuk membuat keputusan masa hadapan berkait dengan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

tingkah laku-tingkah laku tertentu. Jika kesahan ujian rendah, ujian adalah tidak bermakna
dan keputusan tidak mencerminkan kebolehan yang diuji.

Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan berikut:


Bincang tiga cara yang digunakan untuk meningkatkan kesahan ujian.

(b)

Kebolehpercayaan

Apakah yang anda faham dengan kebolehpercayaan ujian? Untuk mendefinisikan


kebolehpercayaan, kita harus tanya soalan ini - Adakah ujian

mengukur apa yang ia

sepatutnya mengukur dengan tepat dan tekal? Ketekalan pengukuran adalah penting, iaitu
bagaimana konsisten skor-skor ujian atau keputusan-keputusan penilaian antara satu
pengukuran dengan yang lain.
Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam
dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang
calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah
yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian
dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Mari kita memberi perhatian kepada sifat kebolehpercayaan. Pertama, kebolehpercayaan
merujuk kepada keputusan yang diperolehi dengan satu instrumen penilaian, bukan kepada
instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan bahawa kebolehpercayaan skor ujian atau
pengukuran daripada ujian atau instrumen Kedua, satu anggaran kebolehpercayaan
sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu. Skor-skor ujian

boleh dipercayai

pada

tempoh-tempoh masa yang berlainan terhadap sampel soalan yang berlainan, pelbagai
pemeriksa dan sebagainya. Ketiga, kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan
satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak
konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu
pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu
yang salah atau digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan
ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar,
kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Kaedah-Kaedah menentukan kebolehpercayaan


Secara umumnya, terdapat empat cara, iaitu,

Uji- Ulang uji (test-retest)

Cara bentuk setara (equivalent forms method)

Cara bahagi dua (split half)

Cara Kuder-Richardson

Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca bahan bacaan
yang

relevan.

Mari

kita

menyiasat

beberapa

factor

yang

mempengaruhi

kebolehpercayaan.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan
Beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

Panjang ujian. Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini
kerana ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel

soalan yang

mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang
diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka. Tambahan pula, ujian yang
lebih panjang cenderong untuk mengurangkan pengaruh tekaan. Dalam membina
ujian, adalah penting untuk mengingati

tentang pengaruh penjang ujian. Maka,

ingat, jika ujian pendek diperlukan disebabkan had masa atau umur pelajar, anda
harus adakah ujian yang lebih kerap.

Sebaran skor. Semakin tersebar skor, semakin tinggi anggaran kebolehpercayaan.


Apakah pandangan anda?

Kesukaran ujian. Ujian rujukan norma yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk
kumpulan ahli yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

Ini kerana kedua-dua

ujian yang

menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan
berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar,

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan


individu adalah kecil dan

tidak boleh dipercayai.

Ujian bilik darjah yang

direkabentuk untuk mengukur perbezaan di kalangan pelajar harus dibina agar skor
purata

adalah 50% betul dan bezantara skor

dari hampir sifir kepada markah

penuh. Bolehkah anda cuba dan ingatkan ini?

Keobjektifan ujian. Merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi
keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang dperolehi
tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Untuk ujian bilik
darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan memainkan peranan penting. Dalam
pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa yang tidak
konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

Sekarang berhenti seketika dan membuat refleksi soalan berikut:


Dengan bantuan gambarajah, tunjukkan perhubungan antara kesahan dan
kebolehpercayaan dengan menggunakan permainan dart.

(c)

Keobjektifan

Bolehkah anda menerangkan kefahaman anda tentang keobjektifan? Satu ujian yang
mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana pemeriksa memberi
markah yang sama kepada kertas

jawapan

ujian yang berlainan dengan jawapan

jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika keadaan sebegini,
ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang tinggi.
Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan tidak
dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian subjektif
mempunyai keobjektifan yang rendah kerana

skor yang diberi mungkin akan berbeza

daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan
yang sama.
Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan dalam ujian
subjektif? Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan peraturan memberi

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

markah untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan. Tambahan
pula,

pemeriksa

boleh

dilatih

dan

moderasi

pemarkahan

dilaksanakan

untuk

mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

Berhenti sejenak dan membuat refleksi soalan berikut;


Bincangkan lima cara yang boleh digunakan untuk
keobjektifan ujian.

(d)

meningkatkan

Kebolehtadbiran

Apakah

yang dimaksudkan dengan

kebolehtadbiran sesuatu ujian?

Ia sebenarnya

merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan
dengan lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan
keperluan untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus
dengan mudah. Adakah anda setuju?
Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran
Apakah antara beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran? Ia merangkumi
perkara-perkara berikut:

Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud

arahan yang jelas dan mudah serta

tempoh masa ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan


peperiksaan secara sistematik dan berkesan,

dewan

pengagihan kertas peperiksaan,

pengawasan dan pengumpulan kertas peperiksaan serta kertas jawapan

Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran yang
boleh dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa pengujian
kerana kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan panjangnya ujian.

(e)

Kos pengujian
Kemudahtafsiran

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Adakah anda mempunyai idea tentang maksud kemudahtafsiran? Kemudahtafsiran ujian


merujuk kepada takat mana keputusan ujian diinterpretasikan agar ia memberi maklumat
yang jelas berdasarkan objektif penilaian. Ini bermaksud bahawa keputusan ujian harus
boleh dikumpul dengan mudah dan diinterpretasikan untuk memberi satu gambaran yang
jelas tentang perkara-perkara berikut:

Pencapaian pelajar dalam kelas

Kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang


digunakan

Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara mudahnya, ini bermaksud markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data
statistik seperti min, sisihan piawai dan skor piawai dengan mudah. Barulah ujian dianggap
sebagai mempunyai kebolehtafsiran yang tinggi atau kemudahtafsiran. Kejayaan atau
kegagalan suatu program pengujian ditentukan oleh kegunaan pentafsiran daripada
keputusan ujian. Jika ia ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan, ia akan
menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan yang bijak. Manakala, jika
keputusan ujian ditafsir secara tidak tepat, ia kurang bernilai dan mungkin menjejas
individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.
Perbincangan:
1. Senaraikan lima langkah yang anda akan ambil untuk mempastikan
kemudahtadbiran suatu ujian.
2. Berikan dua sebab mengapa satu ujian harus mempunyai kemudatahfsiran
yang tinggi.

1.7

Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari pelbagai aspek
seperti berikut:
a) Takrif.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran pula
ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran
individu. Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkah laku
berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
b) Fungsi.
Pengujian berfungsi mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh. Pengukuran juga
mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan. Penilaian
berfungsi membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan
atau peggredan.
c) Masa diberi.
Kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran.
d) Cara.
Pengujian dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian. Pengukuran dijalankan
melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif. Penilaian dijalankan melalui ujian
dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod anekdot dan senarai semak.
e) Fokus.
Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau
beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula adalah berdasarkan kepada maklumat
pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak.
f)

Hasil.
Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit
pembelajaran. Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran
yang diukur. Manakala Penilaian menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid
secara keseluruhan.

Latihan
Nyatakan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian dalam
bentuk grafik yang mudah difahami.

Sekarang berhenti sejenak dan buat refleksi tentang soalan di bawah:


Buat refleksi tentang pengalaman mengajar anda dalam bilik darjah. Bilakah
anda menjalankan pengukuran,pengujian dan penilaian? Mengapa ia begitu
penting?

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF

TAJUK 2
2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep penilaian formatif, penilaian sumatif
diikuti dengan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:
1. konsep penilaian formatif
2. konsep penilaian sumatif
3. perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.2

KERANGKA TAJUK

PENILAIAN

FORMATIF

2.3

SUMATIF

Jenis Penilaian

Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian yang biasa dijalankan di sekolah iaitu
penilaian formatif dan penilaian sumatif:
2.4

Penilaian Formatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid


setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang
terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang
diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan
dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh
disediakan.

Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit

pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan.
Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu
guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya

jika

perlu.
Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.
Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru
mengedar soalan-soalan seperti berikut:
a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5:
i.

Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa.

ii.

Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.

iii.

Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

2.5 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan
seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh
guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat
tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian
berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.
Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang
tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut:
a) Soalan 1

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

i.

Jelaskan pengertian Islam.

ii.

Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam.

b) Soalan 2
i.

Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.

ii.

Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan.

c) Soalan 3

2.6

i.

Terangkan maksud poligami dalam Islam.

ii.

Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek
seperti berikut:
a) Fungsi.
Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan
dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau
penggredan murid di akhir kursus.
b) Masa diberi.
Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi pada akhir
satu-satu unit atau kursus.
c) Tekanan dalam penilaian.
Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif, psikomotor dan
afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja.
d) Fokus pengukuran.
Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif difokuskan
kepada objektif kursus.
e) Sifat sampelan.
Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah mengikut
segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.
f)

Kesukaran item.
Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif kesukarannya terdapat
pada semua peringkat, ada yang sangat senang dan ada pula yang sangat susah.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

g) Jenis alat.
Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif adalah pada
peperiksaan akhir tahun.
h) Jenis-jenis skor.
Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya merupakan ujian
rujikan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian rujukan kriteria.
i)

Cara melapor skor.


Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian sumatif,
jumlah skor diambil kira.

j)

Contoh.
Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh ujian sumatif
termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan seumpamanya.

Kita telah sampai ke penghujung perbincangan tentang ujian formatif dan


sumatif, terangkan konsep penilaian formatif dan sumatif berserta dengan
contoh. Fikirkan tentang kesan-kesan kedua-dua jenis ujian terhadap pelajar
sekolah.
Pada pendapat anda, ujian manakah lebih penting? Bincang dan terangkan
mengapa ia sedemikian.

Tugasan tutorial:
Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Rujukan Norma dan Ujian
Rujukan Kriteria. Jelaskan perbandingan antara ciri-ciri rujukan norma dengan
ciri-ciri rujukan kriteria dalam bentuk jadual.

Tahniah, kerana anda telah


dengan jayanya!

berjaya menamatkan

pembelajaran unit ini

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 3
3.0

BENTUK PENILAIAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang bentuk penilaian yang terdiri daripada penilaian
secara pemerhatian, penilaian secara lisan, instrumen penilaian lisan, penilaian secara
penulisan, instrumen penilaian penulisan dan akhir sekali contoh perkataan atau frasa untuk
membuat penilaian.

3.1

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:


1. Konsep penilaian secara pemerhatian.
2. Konsep penilaian secara lisan.
3. Instrumen penilaian lisan.
4. Konsep penilaian secara penulisan.
5. Instrumen penilaian penulisan
6. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK PENILAIAN

TULISAN

LISAN

PEMERHATIAN

3.3 Pendahuluan
Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan
menggunakan kaedah:
a) Pemerhatian.
b) Lisan.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

c) Penulisan.
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk
mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
a) Mengesan serta-merta.
b) mengesan

penguasaan

hasil

pembelajaran

dengan

serta-merta

dalam

pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.


c) Mengesan kemajuan.
d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran.
e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan.
f)

menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian


bertulis.

g) Mengesan pencapaian.
h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program.
i)

perlu dirancang secara individu.

j)

dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan
ujian lisan.

3.4

Penilaian Secara Pemerhatian

Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan
melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:
a) sikap.
b) perlakuan/amalan.
c) Amali.
d) kemahiran manipulatif.
e) kemahiran bersosial.
f)

kemahiran belajar.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

g) kemahiran kinestetik.
h) kemahiran literasi komputer.
i)

kemahiran mereka cipta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja
kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan
penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar.

3.5 Penilaian Secara Lisan


Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi
antara:
a) murid dengan guru.
b) murid dengan murid.
c) murid dengan bahan pembelajaran.
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
a) kefahaman konsep.
b) pengetahuan fakta.
c) kecekapan mendengar.
d) penggunaan bahasa yang tepat.
e) kefasihan menghafaz.
f)

sebutan dalam berbahasa.

g) kecekapan mencongak.
h) gaya persembahan.
i)

pertuturan dan sikap.

3.5.1 Instrumen Penilaian Lisan


Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
a) bacaan kuat.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

b) Syarahan.
c) Perbahasan.
d) Bercerita.
e) Perbincangan.
f)

Hafazan.

g) temu bual.
h) soal jawab.
i)

Nyanyian.

j)

deklamasi sajak.

k) mendengar dan memberi respon secara lisan


Penilaian lisan membolehkan guru :
a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
d) mengesan kelancaran dalam sebutan.
e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru
perlu memastikan:
a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

3.6

Penilaian Secara Penulisan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil
penulisan murid seperti yang berikut:
a) karangan.
b) laporan projek/kerja kursus/folio.
c) latihan dan ujian bertulis.
d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
3.6.1 Instrumen Penilaian Penulisan
Instrumen Penilaian Penulisan seperti set soalan bertulis, digunakan untuk mengesan
kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut:
a) kemahiran menulis.
b) menyusun idea.
c) penggunaan tanda baca.
d) perbendaharaan kata.
e) Mengaplikasi.
f)

Mentafsir.

g) Menilai.
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.
b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
e) skema pemarkahan disediakan.
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
a) soalan subjektif.
b) soalan objektif.
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan
peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran
murid.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan


asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk
memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

3.6.2 Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian


Aras Kemahiran Domain
Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk


objektif perlakuan yang boleh diukur

Pengetahuan

Berikan
Takrifkan
Perihalkan
Kenal pasti
Labelkan
Senaraikan
Lakarkan
Padankan
Namakan
Nyatakan
Lukiskan
Tuliskan
Lorekkan / gariskan

Kefahaman

Menguji kebolehan calon


untuk memahami,
menterjemah dan
menginterpretasi fakta,
konsep dan prinsip.

Terjemahkan bahan atau idea


daripada satu bentuk ke bentuk lain;
Tafsirkan bahan atau idea;
Rangkakan trend masa depan
Gubahkan
Anggarkan
Terangkan
Berikan contoh
Ukur
Sukat
Tentukan
Tukarkan
Banding dan bezakan
menambah
Ramalkan
membuat inferens
Menghubungkait
Berikan ciri
Kelaskan
Terangkan kembali menggunakan
ayat sendiri

Menguji kebolehan calon


mengingat kembali faktafakta khusus, istilah, kaedah
atau prosedur, konsep asas
dan prinsip

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Aplikasi

Menguji kebolehan calon


menggunakan konsep,
prinsip, hukum atau fakta
asas kepada situasi baru,
teori kepada praktikal,
menyelesaikan masalah.
Analisis

Menguji kebolehan calon


untuk mencerakinkan ideaidea besar kepada
bahagian-bahagian kecil,
membuat perbandingan dan
menghuraikan perhubungan.

menggunakan bahan atau idea dalam


situasi yang baru dan konkrit:
Hitungkan
Demonstrasikan
mengubahsuai
meramalkan
menjana idea
menjelaskan dengan contoh
mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya
untuk
memahami struktur organisasinya
dan perhubungan antara komponen.
Mencerakin gna peta konsep
menjelaskan melalui contoh
membuat ilustrasi
mengasingkan
membuat andaian
menghuraikan
mengawal pembolehubah
membuat urutan
menyusun mengikut keutamaan
menggunakan perhubungan ruang
dan masa
membuat kesimpulan
menyelesaikan masalah

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sintesis
Menguji kebolehan calon
untuk mengabungkan ideaidea kecil, mentafsir dan
membuat suatu rumusan.

Penilaian
Menguji kebolehan calon
untuk membuat
pertimbangan nilai bagi
sesuatu fikiran, tugasan atau
kaedah.

Menggabungkankomponenkomponennya untuk menghasilkan


keseluruhan idea atau struktur yang
baru dan kreatif.
menggabungkan
merancang
meringkaskan
membina
merangkakan
berkomunikasi
mengeksperimen
menganologi
mereka cipta
mengkonsepsikan
membuat gambaran mental
mendefinisikan secara operasi
membuat hipotesis
mereka bentuk
merumus
Menilai idea/bahan maklumat/ kaedah
berdasarkan kriteria yang spesifik
untuk tujuan yang tertentu.
Menaksir
Mengkritik
Mentafsir
Mewajarkan
mengesan kecondongan
membuat keputusan
memberi alasan menyokong atau
menolak
Memberi pendapat pro dan kontra
Mencadangkan

Fikirkan dan buat satu peta minda yang boleh menyatakan perbezaan antara
aras kemahiran domain kognitif (mengetahui, memahami, mengaplikasi.dll)
dan sertakan contoh frasa atau ayat untuk membuat penilaian.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini


dengan jayanya! Tamat.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 4
4.0

BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tiga domain pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas iaitu domain penguasaan ilmu (kognitif), domain penguasaan kemahiran (intelektual
dan psikomotor) dan domain penghayatan dan amalan (afektif).
4.1

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat memahami dan menguasai tentang:
1.
objektif pembelajaran domain kognitif
2.
objektif pembelajaran domain psikomotor
3.
objektif pembelajaran domain afektif
4.2

KERANGKA TAJUK

Bidang P & P

Penguasaan ilmu
(Kognitif)

Penguasaan
Kemahiran

Penghayatan dan Nilai


(Afektif)

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.3

BIDANG PENGUASAAN ILMU (KOGNITIF)

Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif merujuk kepada penguasaan


daya intelek dan pemikiran. Objektif bidang ini memberi penekanan kepada pengembangan
minda seseorang pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas dari aras rendah ke aras
tinggi. Menurut Bloom, Englehart, Hill, Furst dan Krathwohl (1956), taksonomi bidang
kognitif boleh dikelaskan kepada enam aras iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian seperti rajah 4.1.

Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

Rajah 4.1: Aras Domain Kognitif


4.3.1

Aras Pengetahuan

Objektif pembelajaran aras pengetahuan menekankan kepada kebolehan minda mengingat


sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas. Soalan ujian bagi aras pengetahuan
menghendaki pelajar mengingat, mengenal pasti fakta, istilah, prinsip, prosedur dan
konsep. Di antara kata tugas soalan ujian yang sesuai untuk objektif aras pengetahuan
yang dapat diukur dan dilihat ialah:

Takrifkan
Kenal pasti
Senaraikan
Berikan
Pilih
Labelkan
Padankan
Nyatakan
Namakan
Gariskan
Lorekkan

Contoh soalan untuk aras pengetahuan:


a) Hijrah menurut istilah bermaksud
A. Berpindahnya Nabi dan umat Islam dari kampung ke kota
B. Perjalanan Nabi dan umat umat Islam menuju ke kota Madinah
C. Perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

D. Meninggalkan perbuatan maksiat dan dosa kepada perbuatan makruf


b)

Padankan ibu susuan Nabi (A) dengan tempoh penyusuan baginda (B) di

bawah:
(A)

4.3.2

Ibu susuan Nab:i


Aminah binti Wahhab
Halimah As-Saadiah
Thuwaibah al-Aslamiyyah

(B) Tempoh penyusuan:


3 tahun
3 bulan
beberapa hari

Aras Kefahaman

Objektif pembelajaran aras kefahaman memberi penekanan kepada kebolehan pelajar


memahami sesuatu fakta yang diajar, menginterpretasi data atau graf, atau menjelaskan
maksud yang tersirat dalam sesuatu ayat.
Antara kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan hasil pembelajaran yang dapat diukur
dan dilihat ialah:
Terangkan
Bezakan
Ringkaskan
Terangkan
Berikan contoh
Tulis semula
Contoh soalan aras kefahaman:
a)

Berikan 3 contoh perbuatan beradab dengan ibu bapa:


I.
_______________________________________________
II.
_______________________________________________
III.
_______________________________________________

b)

Baca ayat berikut dan jawab soalan di bawah.




Tuliskan lima contoh hukum alif lam qamariah dalam ayat di atas:
I.
II.
III.
IV.
V.
4.3.3

Aras Aplikasi

______________________
______________________
______________________
______________________
______________________

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Objektif pembelajaran aras aplikasi memerlukan pelajar menggunakan maklumat yang telah
diperolehi pada situasi yang berlainan dari situasi asal maklumat itu dipelajari. Masalah
biasanya dalam bentuk gunaan.
Oleh itu pelajar boleh menggunakan maklumat
pembelajaran bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Di antara kata tugas yang
sesuai untuk menguji pengetahuan dan kefahaman ialah:

Tunjukkan cara
Kaitkan
Sediakan
Selesaikan
Gunakan
Kirakan
Rancangkan

Contoh soalan aras aplikasi:


a) Anda ingin menunaikan solat zohor berjamaah di masjid. Sewaktu tiba di pintu
masjid, tiba-tiba anda terpijak tahi kucing dan sedikit najis tersebut telah
terkena pada kaki seluar anda. Apakah yang patut anda lakukan?
b) Tulis semula ayat di bawah dengan menggunakan tulisan khat nasakh.


4.3.4

Aras Analisis

Soalan ujian aras analisis menghendaki pelajar melakarkan hubungan antaran idea-idea
atau membandingkan dan membezakan idea-idea. Di antara kata tugas soalan ujian bagi
mengukur objektif analisis ialah:

Mengesan
Mengenal pasti
Membezakan
Membandingkan
Mengkategorikan
Menganalisis

Contoh soalan aras analisis:


a) Manakah antara berikut perkataan yang dieja berdasarkan kaedah Mekayu?

-
-
-
-

- -
- -
- -
-

A
B
C
D

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.3.5

Aras Sintesis

Soalan ujian aras sintesis memerlukan pelajar menyelesaikan masalah yang terasing
secara unit atau bahagian-bahagian untuk membentuk hasil unit yang sempurna atau
sesuatu yang unik atau asli. Di antara kata tugas soalan ujian untuk mengukur objektif aras
sintesis ialah:

Menyusun
Mengelas
Menyatukan
Membentuk
Membandingkan
Merancang
Merumus

Contoh soalan aras sintesis:


a) Terangkan 5 perbezaan antara kelas Pemulihan Jawi dengan kelas biasa.

4.3.6

Aras Penilaian

Soalan ujian aras penilaian menghendaki pelajar menyatakan asas bagi membuat
pertimbangan terhadap sesuatu isu, nilai, kaedah, idea atau hasil yang mempunyai
matlamat tertentu. Pelajar perlu menjelaskan apakah kriteria luaran atau prinsip yang
digunakan bagi mencapai kesimpulan mengenai sesuatu isu yang dikemukakan.
Antara kata tugas yang sesuai untuk menguji pencapaian objektif penilaian ialah:

Menerangkan
Mengaitkan
Mengkritik
Mentafsirkan
Memberikan pandangan atau hujjah

Contoh soalan aras penilaian ialah:


a)

Umar telah bertayammum untuk menunaikan solat Asar sebelum masuk waktu
Asar kerana ketiadaan air. Sesudah selesai solat tiba-tiba ada air.
Apakah hukum solat Asar yang dilakukan oleh Umar dan terangkan anda
berpendapat sedemikian?

b)

Anak zina tidak akan masuk syurga sehingga tujuh keturunan.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Beri pandangan anda terhadap mafhum dalil (hadis maudhuk) serta hujjah yang
jelas.

4.4

BIDANG PENGUASAAN KEMAHIRAN (INTELEKTUAL DAN PSIKOMOTOR)


Objektif bidang psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan

anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru berusaha untuk
memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan anggota zahir
secara teratur dan betul.
Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan
kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian terhadap tingkah laku
pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan hafazan al-Quran,
tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar terhadap kemahiran tersebut
biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai semak dan borang pemerhatian.
Objektif bidang kemahiran intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar, pertama:
menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi memahami, mengaplikasi, membuat analisis,
mensintesis,

menyelesaikan

masalah

serta

menilai,

dan

kedua:

mengaplikasikan

kemahiran-kemahiran belajar seperti mencatat nota, mengingat, menghafaz dan lain-lain.


4.5

BIDANG PENGHAYATAN DAN AMALAN (AFEKTIF)


Objektif

bidang

penghayatan

dan

amalan

memberi

penekanan

kepada

perkembangan perasaan, emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau pensyarah
akan berusaha menerapkan dan mengembangkan perasaan, emosi,sikap dan nilai positif
dalam kalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu cara
pengelasan objektif aras taksonomi afektif adalah berdasarkan kategori yang dibina oleh
Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di bawah:

Penerimaa
n

Gerakbala
s

Menilai

Menyusun
semula

Rajah 4.5: Aras Taksonomi Afektif Krathwohl.et.al (1964)

Perwatakan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Taksonomi afektif Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana proses
penerimaan bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang terhadap wujudnya
sesuatu rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang
kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. terhadap
makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras penerimaan ini ialah:

Menamakan

Memberitahu

Mengenal

Memilih

menerangkan

Gerakbalas
Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan
bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh: Pelajar dapat membezakan
antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Kata tugas yang sesuai yang sesuai
untuk aras gerak balas antaranya ialah:

menerangkan

membezakan

menyelesaikan

mencadangkan

melaporkan

Menilai
Aras afektif menilai menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu
rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan terhadap sesuatu
aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh: Pelajar dapat menunjukkan
tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Kata tugas yang
sesuai untuk soalan aras penilaian ialah:

menunjukkan

membezakan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

mencadangkan

mengamalkan

menyelesaikan

menggunakan

Penyusunan
Aras objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea, sikap dan
kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai yang sedia ada
pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menyatakan nilai-nilai
murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat madani. Pada peringkat
penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi memastikan ketekalan dan
kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang lain. Di antara soalan ujian yang sesuai
dengan aras penyusunan ialah:

mengenalpasti

mengaitkan

membandingkan

menjelaskan

menusun

mengubah

menyatukan

menyediakan

Perwatakan
Aras tertinggi domain afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem
nilai yang dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat
mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani. Individu yang berada pada peringkat
perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita tidak mengharapkan pendidik merubah
tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang diajar di dalam kelas dalam tempoh kurang
setahun. Namun, taksonomi afektif memberi implikasi yang penting bagi merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pendidik. Antara kata tugas yang sesuai digunakan bagi
soalan ujian yang mengukur aras perwatakan ialah;

membezakan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

mencadangkan

menunjukkan

menggunakan

menyelesaikan

mengamalkan

4.5.1

Cara-cara Mengukur Sikap

a)

Pemerhatian
Pemerhatian boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara berstruktur atau tidak

berstruktur. Pemerhatian berstruktur memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu sebelum


melaksanakan pemerhatian. Perancangan biasanya tertumpu kepada tujuan membuat
pemerhatian, pola perlakuan yang hendak dilihat atau diukur (kerap dilakukan atau tidak
kerap dilakukan), tingkah laku yang telah dikenal pasti dan bagaimana catatan akan
dilakukan sama ada secara membilang kekerapan atau menyatakan kekerapan secara
pangkatan (sangat kerap, kerap, sekali sekala, tiada langsung).
Pemerhatian tidak berstruktur pula tidak memerlukan sebarang perancangan sebaliknya
hanya perlu menetapkan masa, tempat dan tempoh pemerhatian yang akan dibuat. Walau
bagaimanapun masa yang panjang diperlukan bagi menghurai dan mentafsir maklumat
yang telah dikumpul. Daripada maklumat yang diperolehi, guru akan mengkategorikan
perlakuan (aspek sikap - tingkah laku), perbualan dan pergerakan (sikap - afektif), dan
merekod prestasi (kognitif). Seterusnya maklumat itu akan ditafsir bagi menerangkan sikap
terhadap sesuatu konsep itu.
b)

Skala Likert
Cara yang paling popular untuk mengukur sikap adalah menggunakan kaedah Skala

Likert yang telah dikemukakan oleh Rensis Likert pada tahun 1932.

Skala Likert

mengandungi berbilang pernyataan berhubung dengan sikap tentang sesuatu isu, kumpulan
atau individu. Bagi setiap pernyataan, responden perlu menyatakan darjah persetujuan
kepada pernyataan tersebut yang terdiri daripada pilihan sangat setuju, setuju, kurang
setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Bagi setiap respons, pemberat ditetapkan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

sama ada skala 1 (sangat setuju) hingga 5 (sangat tidak setuju) atau sebaliknya dari skala 5
(sangat setuju) hingga 1 (sangat tidak setuju).
4.5.2

Panduan Membina Pernyataan Mengukur Sikap

1.
2.
3.

Nyatakan dengan jelas menggunakan bahasa yang mudah difahami.


Tuliskan pernyataan secara ringkas.
Elakkan menggunakan pernyataan berbentuk fakta kerana anda menguji sikap
bukannya pengetahuan.
Gunakan pernyataan yang merujuk kepada perkara yang sedang atau baru berlaku.
Elakkan merujuk kepada perkara yang telah lama berlalu.
Bina pernyataan yang membaa maksud perlakuan (akan melakukan) iaitu sama ada
melakukannya atau tidak melakukannya.
Bina juga pernyataan yang membawa maksud persetujuan kepada sesuatu isu.
Sebaik-baiknya, setiap pernyataan tidak mengandungi lebih 20 perkataan.
Elak menggunakan pernyataan yang mempunyai pe;bagai makna atau tafsiran.
Setiap pernyataan seharusnya unidimensional iaitu berkait dengan hanya satu
konsep atau perkara.
Elakkan pernyataan yang dikatakan double-barreled. Contohnya: Saya bosan dan
selalu mengantuk semasa dalam kelas. Bosan dan selalu mengantuk dikatakan
double barreled apabila dibentukkan dalam satu pernyataan.
Elakkan pernyataan di mana respons yang dijangkakan adalah sama bagi setiap
responden.
Sebaik-baiknya, bilangan pernyataan positif adalah sama banyak dengan bilangan
pernyataan negatif.
Aturkan pernyataan-pernyataan supaya anda tidak meletakkan lebih daripada empat
atau lima pernyataan yang positif / negatif berturut-turut.
Rancangkan sebanyak-banyak pernyataan yang boleh, kemudian pilih yang relevan.

4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Soal selidik yang dibina perlu disemak dan disahkan oleh panel pengesah yang berautoriti.

Para pelajar..!
Sebelum membaca nota seterusnya..pastikan anda membuat catatan
isi penting

Bandingkan bidang pembelajaran yang diuji berdasarkan tajuk pelajaran dalam


bidang Adab dan Akhlak Islamiyyah. Gunakan contoh jadual di bawah:
TUGASAN TUTORIAL
Bidang yang diuji
Penguasaan ilmu
Tajuk
Adab terhadap ibu bapa

Penghayatan dan amalan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 5
5.1

PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang panduan penulisan item, pembinaan item
ujian objektif, kelebihan dan kelemahan jenis item objektif, pembinaan item ujian subjektif
dan kelebihan dan kelemahan item subjektif.
5.2

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang:
1.
panduan penulisan item
2.
pembinaan item ujian objektif
3.
kelebihan dan kelemahan item ujian objektif
4.
pembinaan item ujian subjektif
5.
kelebihan dan kelemahan item ujian subjektif

5.3

KERANGKA TAJUK

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

PEMBINAAN ITEM UJIAN

UJIAN OBJEKTIF

5.4

PANDUAN PENGGUBALAN ITEM UJIAN

5.4.1

Objektif

UJIAN SUBJEKTIF

Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan selain
memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
soalan yang hendak digubal.
5.4.2

Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:

Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran, format dan JPU bagi mata
pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan mempunyai
keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
5.4.3

Kata kerja

Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.

5.4.4

Bahasa:
a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi kehendak
soalan.
b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
c. Tinggalkan perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan
d.
Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi
keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh
Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.
e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan
penutup kata .:
Contoh: Idgham.

5.4.5

Jenis-jenis soalan:

Penulisan item memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam pelbagai
aspek seperti bentuk item, jenis item, aras item, penyusunan item, kelebihan dan
kelemahan setiap jenis item ujian dan sebagainya. Guru haruslah memahami bagaimana
untuk membentuk ujian yang bermutu tinggi. Ujian bermutu tinggi ialah ujian yang

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

mengandungi semua ciri ujian iaitu kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,


kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Langkah-langkah berikut perlu diambil kira oleh guru
untuk memastikan ujian yang itu bermutu tinggi:
i.
item-item ujian hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) mengikut kepada tujuannya
ii.
bilangan item hendklah diberikan secara berpatutan, mengikut masa ujian
yang diperuntukkan
iii.
proses pengujian hendaklah dijalankan secara teratur dan kemas
iv.
kertas jawapan hendaklah diperiksa secara objektif, mengikut skema
pemarkahan yang baik.
v.
keputusan ujian hendaklah mudah ditafsirkan mengikut suatu sistem
penilaian yang berkesan.
Pemilihan bentuk ujian juga adalah penting. Ujian sama ada objektif atau struktur,
kedua-duanya memerlukan peringkat kebolehan yang sama jika ditadbirkan dengan baik
boleh menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.
5.5

UJIAN OBJEKTIF

Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika
soalan objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif
tinggi.
Jawapan item jenis ini mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan dapat
diperiksa secara mudah dan tepat oleh pemeriksa yang berlainan. Menurut Gronlund
(1993), pelbagai jenis item objektif boleh didapati tetapi setiap satunya mempunyai satu ciri
yang serupa, iaitu ia menghidangkan tugasan (task) yang terkawal dan membataskan
gerakbalas (respon) yang dibuat oleh calon. Oleh itu sistem pemarkahannya adalah tetap.
Tidak ada kebebasan diberikan kepada pemeriksa bagi membuat pertimbangan atau
keputusan sendiri tentang jawapan yang dikemukakan oleh murid.
Ciri penting dalam item ujian objektif ialah setiap item hanya menumpukan satu perkara
dalam pengetahuan atau kemahiran. Jawapannya adalah spesifik dan tidak menguji banyak
perkara sekaligus.
5.5.1

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF

Terdapat dua jenis/kumpulan item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian objektif.
Satu kumpulan item yang memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada calon (item
respons bebas), manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat pilihan daripada
beberapa pilihan jawapannyang disediakan (item respons tetap).
Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas
Jenis item
1. Item jawapan pendek

Contoh
Siapakah nama datuk nabi Muhammad s.a.w.?
_____________________________

2. Item melengkapkan ayat

Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam dari


Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke Sidratul

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Muntaha dinamakan peristiwa


______________________________
3. Item perkaitan

Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan


wanita-wanita berikut:
Ibu Khadijah:...................................................
Suwaibah al-Aslamiyyah:................................
Halimah as-Saadiyyah:..................................

Kumpulan kedua: Jenis item rspons tetap


Jenis item

Contoh

1. Item betul/salah

Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali ganda


daripada sembahyang bersendirian.
( Betul/salah )

2. Item padanan

Suaikan perkara-perkara berikut:


Anjing dan babi
najis mughallazah
Muntah
najis mukhaffafah
Air kencing
najis mutawassitah

3. Item pengelasan

Tuliskan nombor pada ruang jawapan.


A
B
1.Niat
Rukun
2.Masuk waktu
Sunat
3.Mengelap air
Makruh
4.Berkumur-kumur
Batal
5.Bercakap-cakap
Syarat sah

4. Item aneka pilihan


- satu jawapan salah
- satu jawapan betul
- satu jawapan terbaik
- jenis negatif
- ayat KECUALI
- item cantuman

5.5.2

Jawapan
...............
...............
...............
...............
...............

Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke berapa


hijrah?
A
B
C
D

3H
5H
8H
10H

Panduan menulis pokok soalan dan Distraktor (Pengganggu) bagi soalan aneka
pilihan.

a) Pati masalah hendaklah dalam pokok soalan. Calon sepatutnya dapat mengetahui
apa yang dikehendaki oleh soalan tanpa membaca pilihan.
b) Pokok soalan hendaklah khusus boleh menguji kefahaman calon tentang sesuatu
perkara dengan cara menggunakan tugasan.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

c) Pokok soalan hendaklah dinyatakan secara mudah. Buangkan perkataan-perkataan


berlebihan dan kurang berfungsi.
d) Memulakan pokok soalan dengan "mengapa" dan "bagaimana" lebih baik daripada
soalan "siapa" dan "bila". Soalan awal ini lebih mudah diikuti dengan soalan sukar
dan lebih tinggi peringkatnya.
e) Kurangkan pokok soalan yang berbentuk negatif kerana keadaan begini mungkin
menimbulkan kekeliruan.
f) Elakkan mengambil petikan secara langsung daripada buku teks dan nota.
g) Bilangan soalan objektif hendaklah sesuai dengan masa yang diberi.
h) Pastikan tiap-tiap soalan adalah bebas daripada soalan yang lain.
i) Gunakan bentuk soalan objektif yang sesuai. Jika hendak mengukur ketepatan fakta
boleh gunakan bentuk Betul-Salah dan jika hendak mengukur fakta yang homogen
boleh gunakan bentuk padanan.
Panduan menulis distraktor
a) Semua distraktor hendaklah selaras dengan pokok soalan sama ada dari segi
tata bahasa atau perkara
b) Bagi soalan yang berkaitan dengan pengiraan tiap-tiap distraktor hendaklah
dicuba terlebih dahulu.
c) Distraktor hendaklah munasabah dan homogen. Keadaan ini memaksa calon
meneliti dan memikirkan semua distraktor.
d) Gunakan bilangan distraktor yang sesuai.
e) Pastikan hanya terdapat SATU sahaja jawapan yang betul atau yang paling
tepat.
f) Untuk membentuk soalan mengukur proses mental tinggi hendaklah soalan yang
berbeza daripada yang diajar dalam kelas.
g) Pelbagai aras kesukaran soalan.
h) Kurangkan penggunaan pilihan "semua di atas" atau "bukan semua di atas"
sebagai salah satu daripada distraktor. Soalan cantuman boleh mengatasi
masalah ini.

5.5.3

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ITEM OBJEKTIF


Kelebihan item objektif:

1. Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana kertas jawapan mudah diperiksa
dengan tepat dan mdah oleh sesiapa sahaja.
2. Banyak topik, bab atau unit boleh dijadikan soalan untuk diuji. Liputan lebih besar
dan mempunyai kbolehpercayaan yang tinggi.
3. Ia boleh menguji isi kandungan dalam kebanyakan aras kesukaran domain kognitif.
4. Mudah ditadbir.
5. Mudah menyediakan jadual spesifikasi kerana setiap soalan menguji topik, bab atau
unit yang khusus.
Kelemahan item objektif:

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan soalan ujian objektif yang bermutu
tinggi.
2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kesuakran domain kognitif yang lebih tinggi
seperti analisis, sintesis dan penilaian.
3. Naan bahasa.Ia menggalakkan calon meneka jawapan yang sedia ada.
4. Ia tidak sesuai untuk digunakan untuk mengesan kelemahan dalam penggunaan
bahasa.
5. Ia mungkin mempunyai ciri kesahan yang rendah jika ada calon ysng menggunakan
teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa menggunakan sepenuhnya
kemahiran berfikir.
5.6

ITEM SUBJEKTIF

Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang memberi
gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama ada dalam satu
ayat, beberpa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk karangan yang
lengkap dan menyeluruh.
5.6.1

Jenis-jenis soalan subjektif

a)

Soalan jenis gerak balas terhad.

Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Gerak balas
yang dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu frasa atau satu ayat.
Kata lazim yang digunakan ialah:
i. Berikan
ii. Apakah
iii. Bilakah
iv. Nyatakan
v. Senaraikan

Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah.
2. Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.
b)

Soalan jenis gerak balas bebas.

Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab secara bebas
dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam satu atau beberapa
perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur
proses pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal, inferensi, keaslian idea, induksi
dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras analisis, sintesis dan penilaian.
Kata dasar yang digunakan ialah:
i. Terangkan
ii. Bezakan
iii. Bincangkan
iv. Rancangkan
v. Huraikan

Contoh:
1. Bezakan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.
2. Bincangkan kesan-kesan hijrah kepada individu, masyarakat
dan perkembangan agama Islam.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5.6.2

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ITEM SUBJEKTIF


Kelebihan item subjektif:
1. Soalan mudah digubal dan cepat disediakan.
2. Sesuai untuk menguji semua aras kesukaran dalam kognitif.
3. Sesuai untuk menguji kemahiran calon menulis, menyusun dan
mengintegrasikan idea-idea.
4. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa.
5. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan meneka jawapan).
6. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon.
Kelemahan item subjektif:
1. Nilai kebolehpercayaan soalan adalan rendah kerana soalan yang hendak diuji
adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah menyeluruh.
2. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan bilangan soalan
adalah terhad.
3. Soalan subjektif yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk penilaian
sumatif.
4. Ia kurang sesuai digunakan untuk penilai pencaqpaian calon dalam bidang
kognitif terutama calon yang menghadapi penguasaan bahasa.
5. Ciri keobjektifan soalan mungkin rendah kerana kelainan pemeriksa.
6. Memeriksa kertas soalan subjektif memerluka tenaga dan masa yang lebih.
7. Skema pemarkahan adalah sukar ditentulan kerna bukan mudah bagi penggubal
soalan menentukan jumlah skor untuk isi penting dan kurang penting.
8. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks diskriminasi kerana setiap soalan
mempunyai markah yang berbeza-beza dan berkait dengan soalan lain.

5.6.3

SKEMA PEMARKAHAN

Bagi soalan subjektif, adalah penting suatu skema pemarkahan disediakan supaya
pemeriksa boleh memberi markah dengan tepat atau hampir tepat dengan skema
pemarkahan. Dengan adanya skema pemarkahan ini, pengaruh unsur-unsur subjektif dapat
dikurangkan. Hal ini dapat meninggikan ciri keobjektifan serta kebolehpercayaan dalam
ujian subjektif yang akan ditadbirkan.
Cara menyediakan skema pemarkahan
a. Cara analitik
b. Cara holistik
a) Cara analitik:

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Dengan cara ini, contoh jawapan disediakan bagi setiap soalan. Pada umumnya, unsurunsur penting dalam pemarkahan caqra analitik merangkumi nilai tara kandungan,
pengelolaan dan proses. Misalnya, dalam ujian karangan, markah-markah boleh
dicerakinkan seperti berikut:
Isi
: 40
Ejaan
: 10
Bahasa
: 30
Gaya
: 10
Pengolahan : 10
Jumlah :100
Untuk mengelak masalah kebolehpercayaan, semasa penyelarasan dibuat, penerangan
lanjut perlu dilakukan dengan memperincikan apa yang dimaksudkan dengan isi, ejaan,
bahasa, gaya, pengolahan dan sebagainya serta berapakah markah yang diberikan bagi
tiap-tiap perkara yang diperincikan itu. Misalnya jika jika isi penting yang dikehendaki 8
dan markah penuhnya 40, maka markah penuh untuk setiap satu isi ialah 3 dan jika
lengkap dengan contoh setiap satu isi ditambah 2 menjadikan jumlahnya 5.
Bagi mata pelajaran bukan bahasa, unsur-unsur yang penting dalam skema
pemarkahan ialah isi kandungan. Oleh itu, markah-markah akan dicerakin kepada isi-isi
penting.

Contoh
Soalan:
Huraikan 5 keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w.

(10m)

Skema pemarkahan:
i.
Merupakan sirah yang paling sahih mengenai kehidupan Rasulullah
kerana ia diriwayatkan secara ilmiah yang paling kuat lagi tepat
ii.
Kehidupan Nabi begitu jelas dalam setiap peringkat.
iii.
Sirah Nabi merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang
mendapat keistimewaan dan tidak diberi sifat-sifat ketuhanan.
iv. Sirah Nabi meliputi seluruh aspek kemanusiaan
v. Satu-satunya sumber yang tepat dan benar menceritakan bukti kenabian
dan kerasulan menggunakan metod iman dan akal
Satu isi = 2 markah.
5 isi x 2 = 10 markah.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

KESIMPULAN
Dalam mengubal soalan/item ujian, guru haruslah mengambil kira banyak perkara. Selain
kandungan isi pelajaran, pencapaian dan kebolehan pelajar juga perlu diberi perhatian.
Oleh kerana pencapaian dan kebolehan pelajar adalah berbeza-beza, maka para guru perlu
menggunakan satu ujian piawai yang boleh diterima dan diuji untuk semua pelajar.
Tugasan tutorial.
Binakan satu set soalan ujian bagi satu bab atau tajuk pelajaran yang telah
dilaksanakan. Soalan-soalan tersebut mewakili semua bentuk soalan ujian
objektif dan ujian subjektif.
Bentangkan tugasan ini semasa interaksi bersama pensyarah anda.

TAJUK 6
6.0

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan mengenai konsep, kepentingan, komponenkomponen dalam JSU serta langkah-langkah penyediaan JSU.
6.1

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat :


i.
Memahami konsep, kepentingan dan komponen-komponen yang terdapat dalam
JSU
ii.
Menguasai kemahiran merangka dan menyediakan JSU mengikut tahap kebolehan
murid
iii.
Menguasai JSU untuk membina item ujian yang berkualiti
6.2

KERANGKA TAJUK
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
(JSU)

KONSEP
JSU

KEPENTINGAN
JSU

KOMPONENKOMPONEN JSU

LANGKAH
PENYEDIAAN JSU

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

6.3

KONSEP JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test Specification.
JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan
paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan
objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan.
Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus
terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajran
mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata
pelajaran berkenaan.
Senarai semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan
penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah diliputi.
Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:
1. Adakah JSU mengandungi tajuk diajar?
2. Adakah JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif
sukatan pelajaran?
3. Adakah pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang
diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu tajuk?
4. Adakah tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang
lebih?
5. Adakah tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?
6. Adakah

aras

kemahiran

asas

pengetahuan,

kefahaman

dan

penggunaan

diambilkira?
7. Adakah aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
diambilkira?
8. Adakah semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan
pembinaan ujian?
9. Adakah JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

10. Adakah JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?
Dengan membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran
atau kandungan kursus dan objektif tingkahlaku atau kemahiran yang guru inginkan muridmuridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi, taburan bilangan
item (soalan) ujian/peperiksaan mengikut pemberatan.
6.4

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


i.

Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

ii.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

iii.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru


yang mengajar dan menggubal ujian.

iv.

Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan aras-aras


kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).

v.

Menjadi panduan membentuk format ujian.

vi.

Menjadi panduan membentuk soalan.

vii.

Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.

viii.

Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.

ix.

Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.

x.

Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

6.5

KOMPONEN UTAMA DALAM JSU


i.

Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahanbahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti
yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am
yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah,
Ibadah,

Sirah

dan

Akhlak.

Pembahagian

begini

hanya

sesuai

untuk

menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal
soalan.
ii.

Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang
merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan
pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah
taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

iii.

Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada


tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah
didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar
pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya,
pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang
waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan
kepada beberapa peringkat:

Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung


paksi tersebut.

Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau
esei.

iv.

Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan


peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan.
Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian
pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah
50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke
dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh
menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan
yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh
menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras
kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan
soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh menambah sisihan lazim
dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
Tajuk ini agak sukar difahami
Sila hubungi pensyarah/pembimbing anda jika menghadapi masalah

6.6

LANGKAH MENYEDIAKAN JSU

Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah,
objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja
amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam
ujian/peperiksaan.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan,
bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan Format
Mata Pelajaran
Panjang Masa
Bentuk
Markah

:
:
:
:

Pendidikan Islam
2 jam
Objektif dan esei
100

Perkara
Masa
Markah
Bilangan soalan
Markah 1 soalan
Masa bagi setiap soalan

Objektif
1 jam
40
40
1
1.5 minit

Esei
1 jam
60
3
20
20 minit

Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan
bagi setiap tajuk.

Pilih tajuk yang hendak dinilai.


Carta aliran proses menyediakan JPU:
Pilih
tajukHasil
yangPembelajaran.
hendak dinilai.
Tentukan

Tentukan
Pembelajaran.
Tentukan Hasil
bilangan
soalan mengikut aras.

Tentukan bilangan soalan mengikut aras.


Tentukan jenis soalan dan jumlah soalan
sama ada aneka pilihan, struktur atau esei .

Tentukan jenis soalan dan jumlah soalan


sama ada aneka pilihan, struktur atau esei .
Semak jumlah dan peratus semua soalan
dalam lajur menegak dan mendatar.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Semak jumlah dan peratus semua soalan


dalam lajur menegak dan mendatar.

Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam


Tajuk: Solat Lima Waktu
Kandungan
Pengetahuan

Domain Kognitif (Objektif Intelektual)


Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis

Jumlah
Penilaian

Tajuk
Pengertian
Bilangan
Waktu
Rukun
Hikmah
Jumlah
Peratus

Nota:

1
1

1
1
1

2
28.5

1
14.3

1
1
1

1
14.3

14.3

14.3

14.3

4
1
7
100

Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1

Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu
penilaian/ujian. Aras kemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.
Untuk pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom digunakan untuk menggubal item-item
yang berbeza dari segi aras seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
kerja

untuk

setiap

aras

menunjukkan

tugasan-tugasan

yang

Contoh-contoh kata
dilakukan

diillustrasikan.
Penilaian : beri pendapat,
kritik, interpretasi, menilai
Sintesis: kategorikan, organisasi,
ulangkaji, merencana
Analisis: mengasingkan, sediakan,
illustrasi, tugaskan
Aplikasi: Tunjukkan, ramal,
selesai, ubahsuai
Kefahaman: rumuskan, huraikan,
Bandingbeza, berikan contoh
Pengetahuan: senarai, definisi,nyata,

seperti

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM


label, pilih
Rajah 1.1 : Taksonomi Bloom

Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian: item
aras rendah ( menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi
(menguji analisis, sintesis dan penilaian).

Adalah penting untuk mengambil perhatian

bahawa item beraras tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi
berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau
beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang
dipilih dan diuji harus padan dengan objektif

ujian dan perkembangan kognitif pelajar.

Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan

kemahiran berfikir

aras tinggi

digalakkan.

Sekiranya anda masih kurang jelas, sila rujuk semula nota yang
disediakan

TUGASAN TUTORIAL
Selepas membaca nota, selesaikan tugasan di bawah !

1.

Huraikan kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

2.

Berdasarkan langkah-langkah pembinaan jadual spesifikasi ujian di atas, bina satu


JSU untuk mata pelajaran yang anda mengajar.

3.

Bina item soalan objektif dan soalan struktur meliputi bidang al-Quran, Ulum Syariah
dan Akhlak Islamiah.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !

TAJUK 7
7.1

PENILAIAN PAFA SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tujuan, peraturan dan pelaksanaan penilaian Perkara Asas
Fardu Ain sekolah rendah.
7.2

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat:


1.

Menjelaskan tujuan,peraturan dan pelaksanaan Penilaian PAFA Sekolah Rendah


secara berkesan

2.

Memahir dan memperhalusi penggunaan Buku Panduan Perlaksanaan PAFA


dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain.

3.

Mengaplikasi dan mentadbir penilaian PAFA mengikut buku panduan PAFA

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

7.3

KERANGKA TAJUK
Penilaian PAFA Sek.Rendah

Tujuan

7.4

Peraturan

Pelaksanaan

KONSEP PAFA

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang
berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA
hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan
boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang
ditetapkan oleh syarak.
7.5

TUJUAN

7.6

Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara


Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham
dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain.
Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk
menghayati amalan kehidupan sehari-hari.
PERATURAN PAFA

1. Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
2. Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
3. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masingmasing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4.

Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah
ditetapkan.

5.

Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman
web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu
lebih awal.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

6.

Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan
dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan
bertulis dijalankan.

7. Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan
bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki
kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.
8. Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam
Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses
dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
9. Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.
Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
10. Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat
mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING
MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
11. Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain
apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang
ditetapkan.
12. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga
Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.
13. Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam
keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau
menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang
berjalan sekarang.

7.7

PELAKSANAAN PAFA

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut:


1.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :
Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.
Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu Ain
akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi
1994/1995. Perkara Asas Fardu Ain tersebut adalah seperti berikut :

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)

Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Rukun Iman
Rukun Islam
Beristinjak
Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis
Berwuduk
Mandi Wajib
Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas
Azan dan Iqamah
(i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat
(j) Adab terhadap ibu bapa
(k) Ihsan
2.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :
PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH
KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang
sedangdilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 :
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA
Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan
Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.
2. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:
2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain
(PAFA) UPSR;
2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain
(PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan
2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain
(PAFA) PANDUAN GURU.
3. Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya
murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan
menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya.
Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau
cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu set
buku-buku tersebut sebagai rujukan.
4. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid
mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid
bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan
mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.
7.7.1

APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA?

Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah:
1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan
memahami maknanya.
2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.
3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh
badan, pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan
tayammum.
4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan,
iqamah, menjawab azan dan iqamah serta doanya.
5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa.,
6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ihsan dan
bermula dari birru al-walidain.
7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan
ummah yang kuat dan teguh.

7.7.2 STRUKTUR PELAKSANAAN


Sekolah Rendah:
Tahun 1 : Jun Oktober
Tahun 2 5 : Januari Oktober
Tahun 6 (UPSR): Januari Julai
Kemaskini Borang Berkelompok:
Mac
Jun
JADUAL TINDAKAN PELAKSANAAN
UJIAN PAFA (SR)

Memastikan murid memiliki


buku panduan penilaian
PAFA

Penyediaan Fail PAFA


(borang berkelompok)

Pelaksanaan PAFA
3.1 Tahun 1
3.2 Tahun 2-5
3.3 Tahun 6

4
5

OKt

Sept

Catatan

Kemaskini borang
berkelompok

Menghantar keputusan penuh


PAFA/ Disket ke Unit/
Bahagian Peperiksaan (JPN)
Mengemaskini rekod
pencapaian individu murid
yang akan berpindah sekolah
baru (sekiranya ada)

Ogos

Julai

Jun

Mei

Apr

Mac

Tindakan

Feb

Bil

Jan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Penyetaraan daripada
Kementerian/JPN/ Bahagian/
Daerah

Mengikut taqwim pihak berkenaan

AGIHAN KOD PAFA


(SR)
TAHUN

KOD DINILAI

TAJUK

01
02
03
04
05

Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Rukun Islam
Rukun Iman
Beristinjak
Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

06
07
08
09

Cara Berwudhuk
Cara Bertayammum (SM)
Cara Mandi Wajib
Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

10

Solat Fardhu

11
12
13
15
16
17

Solat Jenazah (SM)


Puasa
Adab Terhadap Ibu bapa
Ihsan
Kewajipan Menutup Aurat (SM)
Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)

01
02
03
04
05
06
07
08
09

Mengucap dua kalimah syahadah


Rukun Islam
Rukun Iman
Beristinjak
Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
Cara Berwuduk
Cara Bertayammum (SM)
Cara mandi wajib
Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

10
11
12
13
14
15
16
17
15

Solat Fardhu
Solat Jenazah (SM)
Puasa
Adab terhadap ibu bapa
Perkahwinan (SM)
Ihsan
Kewajipan menutup aurat (SM)
Batas pergaulan dalam Islam (SM)
Ihsan

Sila rujuk buku panduan PAFA untuk maklumat lanjut mengenai


perincian kod di atas.. bersabarlah dalam menuntut ilmu!

RUMUSAN
1.

Penilaian PAFA adalah suatu proses bimbingan dan penilaian yang berterusan
sehingga murid mencapai sekurang-kurangnya tahap minima.

2.

Penilaian PAFA dijalankan secara lisan (L) dan amali (A) mengikut kod-kod yang telah
ditetapkan. Contoh:
i. L1.1 : Ujian secara lisan sahaja
ii. A9.4 : Ujian secara amali sahaja
iii. LA 5.1: Ujian secara lisan dan amali
iv. A/L9.1: Ujian secara amali atau lisan
Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TUTORIAL
1. Nyatakan tujuan utama penilaian PAFA.
2. Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana prosedur penilaian PAFA
dijalankan.

You might also like