You are on page 1of 3

Kesan-Kesan

Pembentukan

Persekutuan

1896Kesan-kesan

1.
Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan
keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.
Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan
di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan
seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat
disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang
mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan
seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja
raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen
Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih
merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh
dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti
eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara
kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut
arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan
Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat.
Jabatan
negeri
mengikut
arahan
jabatan
pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen
Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana
semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka
tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa
Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir
Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen
Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya
Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa
Residen
Jeneral
tidak
ditubuhkan
sehingga
tahun
1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan
Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya
dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi
bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi
sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa
meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai
Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis
Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undangundang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah

menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini
menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara
langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah
menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Rajaraja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah
mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan
kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga
mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan.
Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang
dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang
bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja
sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
2.
Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi.
Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran
yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan
dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan
politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur
dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam
kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka
telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun
1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang
menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negerinegeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya
sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun
1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan
ke
Johor
Bahru
pada
tahun
1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan
bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak,
Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun
1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan
persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke
atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orangorang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin
berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat
kepada
200
ribu
ekar
yang
ditanami
getah.
3.
Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan
keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di
sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-

lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan


perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan
pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu,
kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang
Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat
mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan
menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti
Taiping,
Kuala
Lumpur,
Kelang
dan
lain-lain
lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,
kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan
sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di
kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat
52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan
diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang
pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903
terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain
itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh.
Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anakanak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab
teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan
Kerja Raya dan keretapi.

You might also like