You are on page 1of 3

DERIA SENTUHAN

Organ Deria: Kulit


Rangsangan : Sejuk, Haba, Sakit, Sentuhan, Tekanan
# Kulit merupakan organ terbesar pada badan manusia

DERIA BAU
Organ Deria : Hidung
Rangsangan : Bahan Kimia dalam udara

DERIA RASA
Organ Deria : Lidah
Rangsangan : Bahan Kimia dalam makanan

DERIA PENDENGARAN
Organ Deria : Telinga
Rangsangan : Bunyi

DERIA PENGLIHATAN
Organ Deria : Mata
Rangsangan : Cahaya

1. Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh
objek yang tertentu.
2. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin)

Struktur kulit manusia:


Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
1. Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
2. Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar
karbon dioksida.
3. Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos
(lemak).
4. Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
5. Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh
bahagian kulit.

Epidermis:
1. Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
2. Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
3. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk
menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit


1. Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.
2. Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih
sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
1. Ketebalan epidermis
2. Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
Bilangan reseptor
1. Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia


Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor
yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada
rangsangan sejuk dan panas.
Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia
mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana
bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa
kesakitan apabila disuntik.
Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca
Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta
banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.

You might also like