You are on page 1of 24

NOTA EDITOR

Email: editor@majalahniaga.com

Mahadi BZ

Jutawan Amanah Saham CWA

ssalamualaikum dan salam kebahagian kepada para


pembaca tegar yang dirahmati Allah. Suatu kesyukuran bagi
kami, warga Majalah Niaga kerana dapat menerbitkan majalah online, Majalah Niaga edisi ke 30 pada kali ini.

PENASIHAT Idris Husin, Hasbul Ariff


CEO Hasbul Aqill Hasan Zaki
EDITOR Insyirah Azhar
PENULIS Aqif Azizan, Rosli Baharuddin,
Hasbul Ariff, Hazlam Anuar,
Zahrul Azua
PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad
PENGURUS WEB Marlia Muhamad
EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul Aqill
EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul Aqill & Hasbul Ariff
DITERBITKAN OLEH INOVATTIC SOLUTION
16-3-2 Jalan Semarak Api 3,
Dimond Square Business Centre,
53000 Setapak Kuala Lumpur.
Tel: +603-4021 3344
Email: majalahniaga.com
www.facebook.com/MajalahNiaga
www.twitter.com/majalahniaga

Hak Cipta Terpelihara:


Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau
mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali
dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu,
anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan
kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

Bagi golongan perunding kewangan dalam bidang amanah saham,


pasti akan rasa teruja untuk mengetahui perkongsian ikon pada kali
ini iaitu daripada Tuan Mahadi Badrul Zaman yang lebih dikenali sebagai Mahadi BZ.
Tuan Mahadi BZ adalah pemilik bisnes Monalisa Private Wealth Advisors yang sudah 10 tahun terlibat dalam bidang amanah saham.
Penglibatan beliau dalam bidang ini ibarat tuah yang mentransformasi hidup beliau berubah 360 darjah.
Peningkatan drastik dalam aspek pendapatan beliau walau sekadar
suka-suka pada permulaan penglibatan, menjadi titik permulaan
bisnes sehingga menjana RM6 angka pada setiap bulan.
Dalam masa 2 bulan sahaja, beliau sudah menjana pendapatan lebih daripada gaji Perdana Menteri iaitu lebih RM26,000 suatu ketika
dulu. Bermula dengan menaiki motor cabuk EX5, dengan dugaan
seperti berjumpa klien dalam keadaan hujan, dan dimarah, beliau
tetap meneruskan perjuangan bersandarkan minat yang menjadi keghairahan.
Mula bertukar kepada kereta mewah dan membeli hartanah apabila
pendapatan mencecah RM6 angka pada setiap bulan dalam masa
8 bulan. Apa yang menarik, antara faktor peningkatan pertumbuhan
Tuan Mahadi BZ dalam bidang ini adalah kerana, beliau ada impian
besar dan mahu menginspirasikan orang lain, bahawa mereka mampu mencapai pendapatan dan kekayaan itu.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para pembaca atas sokongan dan kepercayaan yang selama ini diberikan kepada pihak Majalah Niaga. Kepada seluruh calon usahawan dan usahawan, kami
mendoakan Majalah Niaga dapat dijadikan majalah rujukan untuk
membesarkan pendirian sebagai seorang usahawan dalam diri anda.

SALAM SYUKUR,

Insyirah

INSYIRAH AZHAR
EDITOR MAJALAH NIAGA

1 Majalah Niaga Edisi 30

ISI KANDUNGAN

EDISI 30

ARTIKEL
10 Tip Pengurusan
Kewangan

Ketahui Tip Mudah Elak


Pembelian Yang Tidak Perlu

12 Tip Pemasaran
5 Sebab Facebook Syurga
Para Usahawan

13 Dekorasi Bisnes
Jenis Susun Atur Perabot
Ruangan Menunggu

14 Motivasi Bisnes
Usahawan Sukses
Semakin Takut,
Semakin Lingkup

16 Tip Blogging

Langkah Penting Membina


Kredibiliti Melalui Blog

19 Tip Penjenamaan
Copywriting Adalah
Copyright?

20 Kisah Bisnes

Bilionair Yang Merempat

2 Majalah Niaga Edisi 30

WAWANCARA
EKSKLUSIF

engapakah tuan memilih bidang amanah saham,


antara banyak bidang yang
lain?

Alhamdulillah pada bulan kedua,


pendapatan saya melebihi gaji Perdana
Menteri iaitu lebih daripada RM26,000.
Daripada April hingga Disember 2004,
pendapatan saya meningkat sehingga
mencecah RM6 angka sebulan, iaitu
lebih daripada RM100,000 sebulan.

Saya menyertai bidang amanah saham


ketika berumur 21 tahun, iaitu pada
April 2004. Mula menceburinya selepas
diploma ketika masih ada tempoh 6 bulan sebelum meneruskan pengajian.

Sejak itu, saya mula buat bersungguhsungguh untuk bulan ketiga. Bulan itu,
pendapatan saya meningkat sehingga
mencecah RM50,000. Bulan seterusnya, pendapatan saya semakin meningkat dan meningkat.
Andai saya belajar luar negara, potensi pendapatan saya yang paling tinggi
mungkin sekitar RM10,000 hingga
RM15,000. Tetapi ini lebih daripada
itu. Saya teringat ketika mula-mula saya
ceburi bidang amanah saham, saya
mempunyai impian besar untuk memiliki kereta Jaguar pada umur 21 tahun.
Apabila saya beritahu kepada kawankawan saya, mereka gelakkan saya
dan mensarankan saya memiliki Satria GTI. Pendapatan impian saya pula
adalah melebihi gaji Perdana Menteri.
Saya dapat tahu hasil daripada bacaan
di dalam akhbar tentang gaji Perdana
Menteri adalah sekitar RM26,000.

4 Majalah Niaga Edisi 30

Di awal penglibatan dalam bidang ini,


saya pergi ke pejabat Telekom. Saya
pergi ke cubicle pekerja mereka. Pada
bulan pertama memang rendah. Apatah lagi, penampilan saya juga ketika
itu sangat selekeh dengan motorsikal
EX5. Ibu saya mengajar.
Pada masa dulu, ruang kerja mereka
tidak terlalu tertutup jadi saya mudah
masuk ke tempat pekerja mereka. Nisbah mereka, daripada 5 orang yang
saya dekati, akan ada 2 orang yang
melabur dengan saya.

Pada mulanya, saya menceburi bidang


tersebut secara suka-suka untuk mengisi masa lapang. Niat di hati saya hanya mahu melakukannya secara sambilan sebelum melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Pada bulan pertama, walaupun saya
hanya buat secara suka-suka dan
sambilan, pendapatan saya mencecah
RM1,000 hingga RM2,000. Pada bulan kedua, setelah belajar kemahiran
dan pengetahuan tentang amanah
saham, pendapatan saya mencecah
RM30,000. Ketika itu saya sendiri terkejut dan merasakannya ia sesuatu
yang menarik.

temujanji untuk saya, jabatan sumber


manusia, jabatan strategik dan lainlain jabatan yang menguruskan agensi
saya, Monalisa Private Wealth Advisors.

Pada umur 21 tahun, alhamdulillah


saya dapat capai semua impian saya.
Ketika itu, saya mula tukar kereta,
dapatkan kondominium aras paling
atas.
Saya adalah pelajar cemerlang dengan CGPA 4.00 dalam Diploma Sains
Akuatri (jurusan tentang mempraktikkan matematik dan statistik untuk menilai risiko dalam kewangan, insurans
dan industri lain).
Oleh sebab itu, banyak universiti luar
negara yang tawarkan saya peluang
melanjutkan pelajaran ke universiti
mereka. Faktor saya memilih bidang
amanah saham adalah kerana win-win
situation. Pelanggan dapat pulangan
yang lebih daripada apa yang mereka
bayar, dan saya dapat komisyen daripada syarikat hasil daripada pelaburan
mereka.

Bagaimana tuan mendapatkan


pelanggan pertama?
Saya bermula dengan redah. Kemudian mula telefon pelanggan, seterusnya
referral dengan meminta nombor telefon rakan mereka, dan sekarang saya
ke arah sistem.
Sekarang saya ada orang yang uruskan

Apa yang membuatkan tuan


berbeza berbanding perunding kewangan yang lain?
Antara sebab saya berbeza dengan
orang lain adalah, saya bekerja keras.
Ramai orang ada impian tahunan, impian bulanan. Tetapi mereka tiada impian harian. Itulah yang membezakan
saya dengan orang lain.
Sehingga pada suatu masa, saya tetapkan impian harian iaitu mendapatkan
sekurang-kurangnya satu jualan. Saya
tidak akan balik rumah selagi tidak
dapat satu jualan.
Suatu ketika dulu, sehingga pukul 1
hingga 2 pagi. Bagi orang lain, mungkin mereka akan pulang. Tetapi saya
tidak. Apa yang saya lakukan adalah,
saya berjalan di sekeliling pejabat saya,
redah masuk ke dalam tiap pejabat,
dan jelaskan kepada mereka.
Tiap 5 orang yang saya jumpa, 2 orang
akan melabur dengan saya. Selain itu,
To become rich, you have to become
BIG . Saya mempraktikkan prinsip BIG
yang membawa maksud besar.
Dalam apa-apa yang kita lakukan,
lakukan dengan pemikiran yang besar, dan berjiwa besar. Selain itu, orang
kaya sentiasa lakukan perkara yang dikatakan gila.

Seperti saya, saya suka pakai sesuatu yang berbeza dengan


orang lain. Blazer berkilauan, Lamborghini, ada janggut panjang. Dalam tiap apa yang saya lakukan, saya akan lakukan
dengan cara berbeza.
Kad bisnes saya pun satu setengah muka. Yang mempunyai
quote ibu saya. Ia adalah sesuatu yang jarang orang lakukan,
untuk meletakkan quote ibu di dalam kad bisnes. Nama syarikat saya juga dinamakan Monalisa untuk membezakan saya
dengan orang lain. Yang membuatkan orang tertanya mengapa memilih nama Monalisa.
Dalam saya melakukannya secara berbeza, secara tidak langsung, ia membuatkan orang lain ingat tentang saya. Jadi untuk menjadi seorang yang kaya, penting berani untuk menjadi
yang berbeza. Hatta di rumah saya, ada 4 tv, bukan 2 tv.

Bagaimana menjadi jurujual yang bagus?


Saya mengambil contoh daripada sifat Rasullullah S.A.W
iaitu siddiq (benar / jujur), amanah (boleh dipercayai) dan
fathonah (bijaksana). Pada zaman sekarang, ada orang bijak tetapi menipu. Yang menyebabkan banyak skim cepat
kaya, yang kebanyakkannya disertai oleh orang Melayu.
Ataupun orang yang jujur dan amanah tetapi mereka mudah
kena tipu. Jadi, penting mempunyai 3 sifat tersebut supaya
yang jujur, dan amanah tidak mudah ditipu dan yang bijaksana tidak menipu.

Adakah itu antara teknik posititioning tuan?


Pada mulanya, niat saya untuk menjadi berbeza, tetapi
dengan tidak sengaja ia membuat orang mengingati saya.
Antaranya melalui janggut saya. Pada mulanya saya ingin
simpan sebagai sunnah, tetapi ia telah menjadi sesuatu
yang membuat orang mudah kenal saya.

Cara untuk menjadi bijaksana antaranya adalah melalui ilmu.


Baru-baru ini saya pergi ke San Francisco untuk belajar. Pergi
balik 24 jam dalam penerbangan walau kursus tersebut hanya
48 jam. Dan dalam sehari itu, sekitar 8.30 pagi hingga 2.15
petang. Tidak sampai satu hari. Masa yang pendek tetapi saya
tetap berniat untuk pergi dan belajar. Itu antara sifat tambahan
untuk menjadi jurujual yang bagus. Berterusan untuk belajar.
Saya suka guna analogi tentang kupu-kupu. Biasa kita perlu
kejar rama-rama dengan jaring. Dulu, saya perlu kejar mereka
dengan datang kepada mereka. Sekarang, saya sudah bina
kandang untuk rama-rama tersebut, yakni pelanggan pula
datang kepada saya.

5 Majalah Niaga Edisi 30

..Ini adalah kerana saya ada matlamat yang besar. Saya


temui perkara ini daripada seekor lebah. Lebah ada badan
berat dan besar. Tetapi dia ada kaki yang kecil...
Apakah perancangan jangka masa panjang 3
hingga tahun tuan dan syarikat tuan?

Untuk syarikat pula, saya sasarkan jualan lebih 50%. Seperti


sebelum ini, tahun lepas pendapatan saya capai RM70 juta.
Dan sekarang saya sudah capai lebih RM125 juta.

Pada masa kini, ramai yang tanya kenapa saya masih teruskan
bidang ini. Masih jumpa pelanggan, walau pendapatan saya
sudah lebih daripada mencukupi yang membolehkan saya
berehat di rumah.

Bagaimana tuan menapis apa yang syarikat


perlukan untuk capai matlamat?

Seperti bulan lalu, pendapatan saya RM1 juta. Ini adalah kerana saya ada matlamat yang besar. Saya temui perkara ini daripada seekor lebah. Lebah ada badan yang berat, dan besar.
Tetapi dia ada kaki yang kecil. Jika diikutkan logik, agak berat
untuk dia selalu terbang ke sini sana.
Tetapi dia ada tujuan yang besar. Tugas dia di dunia adalah
pergi dari bunga ke bunga untuk pendebungaan. Saintis mengatakan, tanpa pendebungaan, bumi akan hancur. Ia bermakna, tanpa lebah, bumi akan hancur.
Apa yang saya nak tekankan adalah, perkara kecil memberi
impak yang besar. Dalam bahasa mudah, lebah yang kecil
itu menjaga dunia. Mereka menyebabkan dunia ini berfungsi
kerana perkara kecil, walau hanya pendebungaan.
Jadi, saya ada matlamat yang besar untuk melihat bumiputera
berjaya. Ibu saya sendiri pada tiap hari akan tanya, Berapa
orang saya telah bantu?. Kerana ketika saya pergi ke San
Francisco, menyertai mesyuarat peringkat dunia dalam industri kewangan, hanya saya sahaja wakil dari Malaysia.
Ibu saya juga ada pesan, Sekarang kamu sudah berada di
peringkat dunia, kamu kena tolong ramai orang berjaya. Oleh
sebab itu, saya nak tengok lebih ramai bumiputera yang berjaya. Itulah faktor kenapa saya buat coaching. Saya buat di
rumah saya untuk mereka rasa, inilah rumah yang kamu boleh dapatkan.
Andai saya sekadar ceritakan bagimana perasaan pergi Legoland, orang lain tidak akan dapat merasa. Melainkan mereka
pergi sendiri ke Legoland itu. Oleh sebab itu, saya bersenang
hati bawa peserta coaching untuk datang ke rumah.
Kenapa saya lakukannya? Kerana saya ada matlamat besar.
Saya nak jadi lebah - perkara kecil tetapi membawa impak
besar. Saya mahu mereka rasa, itulah rumah dan kereta yang
mereka mampu dapatkan. Sentuh dan rasa bagimana perasaan berada di dalamnya. Jadi perancangan jangka masa
panjang saya adalah membantu seramai mungkin bumiputera
untuk berjaya.

6 Majalah Niaga Edisi 30

Saya suka belajar. Hasil daripada itu, saya banyak belajar


tentang pengurusan syarikat. Dan pada tiap tahun, oleh
sebab saya mahu jadikan bidang ini membangun sebagai
syarikat, saya akan adakan Annual General Meeting (AGM).
Kami tetapkan matlamat dan sama-sama bincang bagaimana
mencapainya. Kami tulis dan letakkan dalam vision board.
Ramai orang ada impian, tetapi mereka tidak tahu cara mencapainya. Apa yang terjadi, hanya cakap sahaja. Cakap 7%.
Andai kita buat dalam visual ia mencecah 90%. Banyak beza.
Jadi, oleh sebab itu kami buat vision board.

Adakah perlu tengok hari-hari vision board


tersebut?
Ya. Seperti yang saya cakap tadi, saya ada impian harian.
Banyak orang tiap hari dia bangun dengan 101 rungutan
tentang pekerjaan, bos dan lain-lain. Oleh sebab itu saya
ada impian harian untuk memotivasikan saya capai impian
saya.
Saya ada impian tahunan, bulanan dan harian. Harian merupakan tugasan yang saya perlu buat pada tiap hari yang
mendekatkan saya dengan impian saya. Sebagai contoh, hari
ini saya perlu adakan 5 appointment.

Jadi, saya akan dapatkan temujanji


daripada pembantu saya. Apabila ada
temujanji, insya-Allah pasti ada jualan.
Banyak orang tak buat jualan kerana
tak jumpa pelanggan.Seperti sekarang,
saya ada pakar korporat, pakar strategik.
Mereka yang akan dapatkan pelanggan
dan aturkan temujanji untuk saya.

Bagaimana tuan memastikan


pelanggan tuan tetap setia
dengan tuan?
Apa yang saya lakukan untuk pelanggan sedia ada, saya akan beri merek
kemaskini harian. Dalam syarikat saya,
ada jabatan bernama Customer For Life.
Mereka yang akan kemaskini kepada
pelanggan sedia ada.
Pada setiap bulan, kita akan mendekati
pelanggan sedia ada seperti memberi
kad hari lahir, ucapkan selamat hari
raya, ucapan tahun baru, dan kemaskini
pasaran.
Bagi korporat, dan jaringan golongan
elit, kami akan beri mereka kemaskini
harian. Ramai orang yang terlibat dalam
bidang amanah saham, kemaskini secara tahunan.
Adapun suku tahun. Dan ada juga tiap
bulan tetapi jarang. Tetapi saya, kemaskini harian. Itu yang membuat saya berbeza dengan orang lain. Saya berikan
kepada pekerja saya yang di bawah jabatan Customer For Life untuk kemaskini mereka. Sistem banyak membantu
saya.
Seperti ada pelanggan saya, beliau
dapatkan Ferrari secara percuma. Apabila mereka bertemu rakan yang lain,
mereka akan tertanya bagaimana beliau
dapatkan secara percuma. Dan pelanggan tersebut, akan menyarankan saya.
Pembelian Ferrari boleh jadi percuma
dengan hasil keuntungan pelaburan
mereka. Daripada hasil itu, mereka menyarankan kepada orang lain dan mereka juga kembali sebagai pelanggan
untuk melabur.
Jadi perkara magik di sini adalah kemaskini pelanggan anda pada tiap hari.

7 Majalah Niaga Edisi 30

Penting untuk berbeza, luar biasa, maju,


agresif.

Adakah tuan menerima pelabur-pelabur kecil?


Ya. Pada peringkat awal, saya bermula
dengan semua peringkat pelabur, sama
ada kecil atau korporat. Seperti dulu,
saya pergi ke cubicle-cubicle kecil,
ketuk pejabat. Pada peringkat kini, saya
lebih fokus berurusan dengan korporat
dan jaringan golongan elit.
Korporat bermaksud menggunakan
duit syarikat untuk melabur. Andai ada
pelabur-pelabur peringat kelas menengah dan rendah, saya akan perkenalkan mereka dengan ahli kumpulan saya
yang saya percayai dan komited dalam
bidang amanah saham.

Tiga nasihat utama untuk


mereka yang menceburkan diri
dalam bidang amanah saham.
Pertama, mudah diajar. Dalam kalangan
perunding kewangan amanah saham,
kebanyakan berasal daripada pelbagai
latar belakang. Ada yang jurutera, arkitek. Jadi penting bagi mereka menjadi
seseorang yang mudah untuk diajar.
Mudah diajar oleh syarikat, ketua agensi, orang-orang berjaya.
Kedua yang penting adalah mempunyai
mentor. Kita perlu ada mentor, atau idola
yang kita nak jejaki. Tiap orang yang berjaya ada mentor dan idola mereka.
Apabila saya bertemu dengan pelanggan bertaraf Tan Sri, saya akan tanya
kepada mereka, siapakah idola mereka.
Antara individu yang menjadi idola mereka adalah Tun Dr. Mahathir, Donald
Trump.
Ketiga, kemahuan untuk belajar. Ramai
orang yang saya jumpa apabila sudah
capai satu tahap, mereka berasa diri
mereka bagus dan sudah pandai. Saya
sudah berpengalaman dalam bidang ini
selama 10 tahun.
Jadi, saya banyak kali menemui individu
yang pendapatan mereka serendah
RM10,000, sudah ada sikap tidak mahu

belajar. Walau pelaburan kursus itu


serendah RM500, mereka merasakan
mereka tidak perlu hadir ke kursus itu
walau mereka mampu.
Apabila mereka bersikap begitu, hakikatnya mereka tidak akan belajar kemahiran baru, dapat idea baru dan
pengetahuan baru.
Jadi, bagaimana mereka akan mampu
berurusan dengan pelanggan. Tak rugi
tetapi tidak dapat lebih. Lebih kemahiran, lebih idea, dan lebih pengetahuan.

Berapakah agen di bawah


naungan syarikat tuan dan
bagaimana tuan mengetuai
mereka?
Dari masa ke semasa jumlah agen
saya semakin ramai, sehingga kini
capai 300 orang. Antaranya di Pulau
Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu
dan Melaka. Kebanyakannya di Pulau
Pinang kerana di situ adalah kampung
saya. Saya bermula di sana.
Cara saya mengetuai mereka, tiap kali
coaching, kursus, saya akan kongsi
dengan tepat apa yang saya buat,
daripada A hingga Z. Kongsi cara
bagaimana saya berjumpa pelanggan
sehingga mendapatkan jualan.
Saya juga mempunyai pen berkamera
yang saya rakam perbualan dengan
pelanggan, kemudian, saya kongsi
kepada agen saya. Saya kongsi bulatbulat kepada mereka apa yang saya
buat ketika berkomunikasi dengan
pelanggan.
Walau saya ada lebih 300 agen, tidak ramai yang berjaya seperti saya.
Pertama, kerana mereka tidak berani
seperti saya. Contoh, pergi redah masuk ke cubic-cubic kecil, ketuk pejabat berhampiran pejabat saya di awal
pagi.
Saya boleh buat penyampaian dengan
mudah di hadapan pengerusi, menteri, hatta Datuk. Tetapi ramai orang
takut, gementar apabila berhadapan
dengan mereka.

Mereka juga manusia biasa. Jadi mengapa ingin takut? Yang penting, perlu
ada kemahiran berkomunikasi dengan
jaringan golongan atasan seperti mereka.

iaitu jujur, amanah dan bijaksana. Andai


kita bijaksana tanpa jujur, amanah, kita
akan jadi pengelola yang anjurkan skimskim cepat kaya. Tak seimbang mengikut ajaran Rasulullah S. A.W.

Mereka tidak sedar tentang kepentingan amanah saham. Jadi, untuk


5 tahun hatta untuk 10 tahun akan
datang, saya boleh katakan, bidang
ini sentiasa ada pasaran baru.

Itulah yang membuat mereka terhenti


daripada meningkat dalam kerjaya mereka. Ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam amanah saham juga,
keyakinan saya bukan seperti sekarang.

Kesedaran rakyat Malaysia sangat


rendah. Walau saya berjumpa ramai
pelanggan, berkongsi tentang CIMB,
dengan pulangan purata setinggi 15%,
ramai orang yang tidak tahu.

10 Tahun lalu, saya tertanya adakah


orang yang mahu melabur. Apatah lagi
apabila saya lihat ketua saya, sudah
banyak menerima pelabur-pelabur.

Ia adalah sesuatu kemahiran yang dilatih berulang kali. Oleh sebab itu, sikap
yang bersahaja adalah penting. Seperti
yang saya katakan, saya ada impian harian.

Hatta kebanyakan orang kaya yang saya


kenal, tidak tahu tentang pelaburan.
Mereka tidak menguruskan kekayaan
mereka dengan baik. Sebaliknya, mereka serahkan kepada orang lain untuk
menguruskan kekayaan mereka.

Contoh, perlu ada satu jualan pada hari


itu. Saya takkan balik rumah selagi tidak
capai satu jualan. Ada juga ketika dulu
saya pergi ke cubicle-cubicle kecil yang
staff mereka tidak sibuk, dan apabila
mereka suka mendengar presentation
saya, mereka akan ajak kawan-kawan
mereka yang lain.
Jadi, pasti saya perlu teruskan penyampaian saya. Daripada situ, saya tingkatkan keyakinan saya.
Antara kursus Train The Trainer yang
saya hadiri adalah daripada Dr. Lawrence 9 tahun lalu. Dengan menyertai
kursus itu, ia banyak mengubah cara
saya bercakap, berdiri di depan pentas dan berkomunikasi dengan jaringan
golongan atasan.

Apa pendapat tuan tentang


tahap pemikiran rakat Malaysia
tentang kewangan dan pelaburan?
Rakyat Malaysia suka pada skim cepat
kaya. Andai masuk di awal pagi, seboleh- bolehnya mahu dapat duit di petang
hari. Andai kita jadi pengelola program
begitu, pasti kita buat duit yang banyak.
Walau banyak skim-skim yang sudah
dibanteras oleh Bank Negara, skim seperti ini pasti akan berterusan. Kerana
mereka tahu, siapa sasaran dan orang
yang suka pada skim cepat kaya. Yang
kebanyakannya orang-orang Melayu.
Oleh sebab itu, saya tekankan 3 sifat

8 Majalah Niaga Edisi 30

Mereka tiada masa untuk menguruskan


pelaburan mereka seperti beli dan jual
saham di Bursa Saham. Saranan saya,
penting untuk anjurkan kempen untuk
meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang pelaburan.

Apa pandangan tuan tentang


bisnes amanah saham untuk 5
tahun akan datang?
Di Malaysia, saya boleh katakan, mereka
yang ada amanah saham adalah kurang
10%. Apatah lagi bagi mereka yang tinggal di luar Bandar.

Namun, sehingga 2014, masih ada


antara pelanggan saya tidak sedar
tentang keuntungan pelaburan amanah saham.
Yang bermaksud, mereka tidak pernah
dengar tentangnya. Jadi, saya melihat
ini sebagai peluang yang sangat luas
yang masih belum ramai yang terokai.
Dulu sekitar 6 hingga 7%. Sekarang
masih kurang 10%. Di United State
(US), sudah hampir 40 hingga 50%
rakyatnya yang menyedari kepentingan pelaburan amanah saham.
Jepun, sekitar 30%. Ia bermakna
dalam 10 orang, 3 orang yang melabur. Tetapi di Malaysia, antara 10
orang, hanya 1 orang yang melabur.
Pendapat saya, ia adalah industri yang
akan semakin berkembang.

Ada sesetengah pemilik bisnes, apabila mereka ada satu bisnes, saat mereka sangka mereka
sudah stabil, mereka mahu membuka bisnes
kedua. Tetapi mengapa tuan masih dengan
bisnes ini?
Dalam bisnes, penting untuk kita fokus. Fokus pada saya
adalah Forget Other Company Until Success. Success pada
saya adalah apabila kita sudah capai semua impian kita.

Bukan setengah atau tiga suku tetapi semua matlamat beliau.


Jadi, penting untuk focus forget other company until success.
Apabila kita sudah lama dalam sesuatu bisnes, mengapa perlu
bertukar kepada bisnes lain? Oleh sebab itu, penting untuk kita
fokus dalam sesuatu bisnes.

Apa komen tuan tentang inflasi?

Contoh sekarang, ramai orang promosi untuk beli emas. Dan


pelbagai peluang perniagaan yang datang kepada saya. Tetapi
saya tetapkan prinsip, fokus.

Pada masa sekarang, ada orang akan cakap emas kalis inflasi,
nilai emas takkan turun. Tetapi penting untuk kita fikir, siapa
yang menetapkan harga emas? Barat. Ia masih negara luar.
Jadi kita tidak boleh mengawal nilai emas.

Agen yang pernah sertai saya dan apabila mereka buat bisnes
lain, mereka tidak lagi fokus dengan bidang ini.

Inflasi wujud kerana terdapat kenaikan harga barang. Ini sekaligus menurunkan kuasa membeli para pengguna.

Sebelum ini, saya ada seorang agen yang sertai saya pada tahun 2006. Sehingga 2008, dia lakukan dengan sangat baik
dan buat banyak duit. Tukar kereta dan ada duit yang banyak.

Contoh seperti dulu 20 sen apabila diberikan kepada kanakkanak, mereka dapat beli banyak makanan di kantin seperti
gula-gula, mee. Tetapi sekarang hanya mampu beli sebiji gulagua dengan harga 20 sen.

Seperti biasa, sudah ada duit banyak, karakter mula berubah.


Beliau mula buat bisnes lain. Beliau buka restoran yang besar
tanpa ada ilmu (kebijaksanaan). Berbalik kepada 2 sikap tadi,
jujur, amanah dan bijaksana.
Oleh sebab beliau tiada bijaksana, hanya ada jujur dan amanah, dia ditipu. Pada tahun 2011, beliau datang semula dengan tiada apa-apa untuk belajar dengan saya.
Saya tetap terima dengan syarat beliau fokus dalam bisnes itu
sehingga capai semua matlamat beliau.

9 Majalah Niaga Edisi 30

Pada masa kini, nilai inflasi meningkat sehingga 5 hingga 6%.


Dan kadar inflasi akan meningkat sehingga 7 hingga 8 % untuk 2 tahun pertama apabila Goods and Services Tax (GST)
mula dipraktikkan.
Antara cara menyelesaikan isu inflasi, kita melabur pada sesuatu pelaburan yang memberi keuntungan sehingga lebih
daripada kadar inflasi semasa. Contoh, minima keuntungan
adalah 9%.

TIp pengurusan KEWANGAN


Rosli Baharuddin Motivator Kakitangan Jualan

KETAHUI TIP MUDAH


ELAK PEMBELIAN
YANG TIDAK PERLU
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, setiap orang sudah pasti akan
memikirkan tentang apa yang perlu dibelanjakan. Semuanya bergantung
kepada kos yang diperuntukan. Sedikit sebanyak apabila memikirkan
tentang kos kehidupan, harga merupakan aspek utama . Tidak ada gunanya
jika berbelanja besar tapi hendak makan dan menjalani kehidupan sehariharian amat perit dan menyukarkan kehidupan pula.

Bagi kita yang melakukan jualan, kehidupan sehari-harian prospek atau


pelanggan perlu di ambil tahu agar kita sentiasa sensitif dengan apa yang
berlaku. Segala perubahan diri, kadar inflasi, perubahan gaya hidup
kena ambil tahu. Kerana itu sebelum melakukan jualan dan penawaran
boleh di lakukan kena ketahui ragam prospek/pelanggan terlebih dahulu.
Mungkin perkara- perkara sebegini akan diambil kira oleh mereka si pembeli sebelum apa-apa juga tawaran dan penawaran boleh diterima iaitu:

BERHATI-HATI DAN BERWASPADA

Tindakan berhati-hati pembeli sememangnya perlu diambil kira. Waspada dalam


segala tindakan terutama dalam pengurusan wang. Melayan keinginan sudah
pasti sesak nafas pula untuk perbelanjaan sepatutnya. Sememangnya kedudukan
kewangan pembeli perlu turut sama kita ambil berat dan ketahui sebaik mungkin akan
berapa banyak bajet mereka.

UTAMAKAN KEPERLUAN ASAS

Setiap manusia pasti akan mengutamakan keperluan asas mereka seperti makan,
minum, tempat tidur dan menjalani kehidupan sehari-hari. Ada lebihan baru boleh
difikirkan sama ada boleh ataupun tidak untuk membeli produk lain pula.
Itu pun mengikut keperluan. Bagi yang berkeluarga pendidikan anak-anak menjadi
syarat utama untuk dijaga dan memastikan apa juga anak-anak mahukan di tunaikan dengan segera. Kalau kita meniaga produk-produk keperluan asas mungkin tidak
mengapa tapi bagaimana kalau kita hendak menjual barangan yang bukan keperluan
asas. Semuanya perlu difikirkan bagaimana untuk menarik perhatian mereka.

ELAKKAN DARIPADA MENANGGUNG KERUGIAN


Pembeli pasti tidak mahu leka dan mudah terpedaya. Walaupun terdapat pelbagai
promosi yang diadakan langsung tidak diambil peduli. Semuanya kerana keperluan
harian yang pasti menghalangi untuk mudah terpikat dengan segala macam promosi
dan tawaran yang timbul.
Tiada seorang pun yang sanggup untuk dijual beli melainkan diri sendiri yang
sanggup untuk membeli apa yang diperlukannya sahaja. Carilah kaedah dan caranya
menawarkan apa juga produk yang dijual agak kerugian tidak dialami oleh mereka
sebagai pelanggan kita nanti.

10 Majalah Niaga Edisi 30

MENYELESAIKAN ATAU
PENAMBAH MASALAH
Berilah dan wujudkan kefahaman
kepada pembeli bagaimana produk
yang ditawarkan boleh menyelesaikan
masalah yang mereka tanggung selama
ini.
Tunjukkan secara berfakta dan logik
akal agar apa juga yang ditawarkan nanti mempunyai nilai kepada
mereka sebelum tawaran diterima.
Selagi penerangan yang betul tidak diberikan selagi itulah prospek/pelanggan
akan meragui dan waswas akan apa
yang kita tawarkan.
Kita yang menjual kena fikirkan seperti
mereka dan bukan fikirkan kemahuan
kita. Berada dalam situasi mereka
agar boleh kita ketahui apa masalah
mereka. Kerana itu banyakkan bertanya
dari banyakkan bercakap. Kenal pasti
dahulu apa yang mereka mahukan
agar kita tahu apa yang sepatutnya kita
lakukan.
Tak guna produk kita paling baik,
terhebat dan mendapat pujian ramai
tapi sayangnya kehendak pasaran
langsung tidak kita ambil tahu dan
peka. Seimbangkan agar jualan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

TIp PEMASARAN
Hasbul Ariff Penasihat Majalah Niaga dan Komik Niaga

5 SEBAB FACEBOOK
SYURGA PARA USAHAWAN

Kita tidak akan bercerita tentang potensi pemasaran Facebook. Kerana kebanyakan usahawan sudah sedia
maklum, ketika ini Facebook adalah medium galian pelanggan terhangat di Internet. Medium ini tidak mengenal
pengalaman peniaga. Topik kali ini menjurus kepada sebab Facebook menjadi pilihan para usahawan. Bukan sahaja untuk usahawan yang baru bertapak, malah bisnes bertaraf global seperti AirAsia, Starbucks, McDonald, Pizza
Hut dan pelbagai lagi juga menaruh harapan menerusi laman sosial ini. Ada yang baru sahaja menceburi bidang
perniagaan dalam masa kurang 2 bulan, sudah berjaya menjual 4 angka dengan hanya menjual sabun.

1. RM800 JUTA RINGGIT DALAM TANGAN


Ini adalah satu kiraan mudah. Jangan terlalu teruja. Mengikut data
yang dibekalkan oleh Social Bakers, Facebook kini mempunyai jumlah
anggaran pengguna sekitar 800 juta orang. Ini bermakna, jika kita
boleh menjual produk berharga RM1 kepada semua 800 juta pengguna,
untung kita adalah RM800 juta. Bunyinya seperti mustahil. Namun mesej
yang ingin ditekankan di sini adalah potensi laman web Facebook yang
tiada sempadan. Kita boleh luaskan empayar perniagaan dengan hanya
menggunakan Facebook.

2. MUDAH DIURUSKAN
Bagi pengguna Facebook tegar, ini adalah kelebihan bagi mereka. Pengurusan perniagaan di Facebook adalah mudah. Antara tugasan peniaga Facebook
setiap hari adalah:
Login Facebook.
Berkongsi maklumat produk atau servis.
Semak jika ada sebarang tempahan.
Uruskan tempahan pelanggan.
Senyum sebab duit masuk, kemudian hantar barang.
Sistem yang dibekalkan oleh pihak Facebook kepada usahawan tidak kompleks.
Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan di laman sosial ini. Bahkan, ia
tidak memerlukan sebarang pengetahuan berbentuk teknikal yang mendalam
untuk mengendalikannya.

3. IKLAN BERKOS RENDAH


Pengiklanan di Facebook adalah medium pengiklanan berkos rendah dan
memberikan pulangan yang tinggi. Social Media Examiner. Bajet minimum
untuk pengiklanan konvensional adalah sekitar RM5,000. Berita buruknya,
tiada sebarang jaminan pulangannya adalah cukup-cukup makan atau lebih.
Buruk padahnya jika tersilap langkah. Dengan pengiklanan Facebook, semua
trauma untuk beriklan boleh letak ke tepi. Kos pengiklanan di Facebook hanya
memerlukan bajet serendah RM5. Ia bergantung pada strategi kempen kita.
Untuk bajet serendah RM5, kita sudah boleh menwar-warkan perniagaan kita
kepada 800 juta orang pengguna.

12 Majalah Niaga Edisi 30

4. SENANG MAHU TIRU


KEMPEN BERJAYA

Untuk cepat berjaya, belajar daripada


orang yang sudah berjaya melakukannya.
Anthony Robbins.
Jangan takut untuk memikirkan jenis-jenis
strategi yang dapat memberikan kesan
maksimum terhadap kempen pemasaran
Facebook. Kerana kita boleh tiru kempenkempen pemasaran yang dilakukan oleh
syarikat lain. Lebih menarik, terdapat puluhan
idea kempen pemasaran yang boleh disedut
berdasarkan kajian secara kasar. Contohnya
mengadakan pertandingan, berkongsi video
tentang cara menggunakan produk serta
elakukan kempen viral seperti Siapa komen
dia layak menang.

5. CEPAT DAPAT MASUK


MINDA PELANGGAN

Dengan Facebook, kita berkeupayaan


untuk menjimatkan kos penyelidikan yang
berkaitan dengan memenuhi permintaan
pelanggan. Daripada membayar golongan
individu untuk mengedarkan borang
survey di pusat membeli belah, ada baiknya
menggunakan Facebook bagi menggantikan
aktiviti itu.
Apa yang perlu kita lakukan adalah:
Guna Facebook Pages bisnes.
Ajukan soalan yang dapat mendorong
pengguna Facebook lain untuk
berkomunikasi.
Beri insentif untuk menghargai mereka.
Jadikan setiap jawapan itu sebagai bahan
penyeledikan untuk memenuhi keperluan
pelanggan di masa akan datang.

DEKORASI BISNES
Hazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

JENIS SUSUN
ATUR PERABOT
RUANGAN
MENUNGGU

Memilih perabot dan menyusun atur


bagi ruang menunggu atau lobi perlu
mengikut tema rekaan dan keluasan
pejabat anda. Jika perniagaan anda
jenis formal korporat, perabot sofa
klasik jenis kemasan kulit amat sesuai.
Bagi perniagaan yang kreatif dan kurang
formal, perabot desainer dan kemasan
warna ceria amat padan sekali.

Susun Atur Berkumpulan


Perabot yang menjadi pilihan pejabat-pejabat profesional atau koporat adalah perabot kerusi berlengan
LC 2 ciptaan Le Corbusier, yang merupa kan seorang
arkitek Perancis kelahiran Swiss. Juga seorang pereka,
penulis dan pelukis. Idea susun atur berkumpulan ini
sesuai bagi lobi ruang sederhana luas dan besar.

Susun atur gabungan perabot pereka


Memilih gabungan perabot-perabot desainer yang
popular bagi memberikan keunikan dan mewujudkan
suasana kurang formal. Konsep ini bertemakan Eklektik iaitu gabungan idea,citarasa dan stail dari pelbagai
sumber atau era yang berlainan. Saya memilih kerusi
kulit Barcelona chair ciptaan arkitek Jerman, Ludwig
Mies van der Rohe.

Susun atur ruang tengah


Susun atur perabot di ruang tengah sesuai untuk
pejabat yang mempunyai ruang tengah yang luas.
Kerusi pada gambar ini disusun secara 90 darjah.
Tetapi disebabkan saya menggunakan meja kopi berbentuk oval, kerusi ini boleh disudutkan 30 hingga 45
darjah bagi memberikan kesan santai pada ruang lobi.

Susun atur 3+1+1


Susunan biasa dan normal bagi pejabat iaitu susunan
3+1+1. Bagi memberikan nafas baru pada susunan
ini, dengan memberikan kemasan segar seperti warna
hijau zaitun. Iaitu lari daripada warna kebiasaan hitam
arang dan coklat koko. Idea susun atur ini sesuai bagi
lobi ruang sederhana kecil dan ruang koridor yang luas.

Susun atur 2+1


Jika terdapat bahagian sudut yang kecil di ruang lobi
pejabat anda, idea menempatkan sofa 2+1 amat
sesuai diaplikasikan. Indoor plant digunakan bagi mengantikan meja sisi, kerana untuk mewujudkan tarikan,
perbezaan dan kesegaran pada sudut ruang menunggu tersebut. Dipadankan bersama dengan meja kopi
warna kayu natural, nampak sofisikated.

13 Majalah Niaga Edisi 30

Tip Sebelum
Membeli Perabot
Ambil gambar ruang
yang ingin menempatkan
perabot dan cetak.
Ukur keluasan ruang
tersebut.Contengkan
ukuran tersebut pada
gambar.
Bawa gambar tersebut
ketika membeli-belah
perabot dan ukur pula
perabot yang ingin dibeli,
untuk melihat muat atau
tidak.

MOTIVASI BISNES
Aqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

USAHAWAN SUKSES
SEMAKIN TAKUT,
SEMAKIN LINGKUP

3 RESEPI GHAIBKAN
RASA TAKUT
Berjabat Tangan
Tip yang pertama adalah berkawan
dengan golongan usahawan. Rakan-rakan
usahawan ini dapat membantu kita dari
segi perkongsian ilmu perniagaan yang
dapat melenyapkan satu demi satu kekeliruan dan ketakutan untuk memulakan
perniagaan. Menurut pakar psikologi,
manusia mempunyai perasaan takut
kerana mereka memperoleh jawapan bagi
masalah yang dihadapi. Justeru itu, apabila berjumpa dengan golongan usahawan,
sediakan soalan-soalan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita.

Terima Kasih Kerana Berkongsi


Ini adalah teknik untuk menjinakkan
minda apabila diselebungi oleh perasaan
takut. Dalam seminar anjuran T. Harv
Eker, beliau menggunakan pendekatan
tame the cobra. Tekniknya adalah seperti
berikut Apabila minda kita berkata, Saya
tidak boleh, terus beritahu kepada minda,
Terima kasih kerana berkongsi.Kemudian
terus bertindak. Kita akan perasan minda
negatif ghaib serta merta.

14 Majalah Niaga Edisi 30

Saya minat untuk berniaga,


tetapi saya takut kepada risiko.
Dialog ini biasa disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan
yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan.
Risiko adalah satu daripada tekanan yang dapat membuatkan bakal usahawan mengangkat bendera putih sebelum
bermula. Kenyataan ini ada kebenarannya. Setiap manusia
dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan,
termasuk perasaan takut untuk melaku
Setiap
kan sesuatu. Namun begitu, terdapat
individu kaya dan
teknik yang dapat mendorong kita
berjaya mempunyai
untuk bertindak dan memusnah
ketakutan. Namun apa
kan perasaan takut.
yang membezakan diri
mereka dengan orang lain
adalah, mereka tidak
membiarkan perasaan takut
itu menguasai diri
mereka.
T. Harv Eker
Penulis Buku Secrets of
Millionaire Mind

Sumbat Diri Ke Dalam Majlis Ilmu


Semakin banyak kita belajar ilmu perniagaan, semakin besar potensi kita untuk
menjadi usahawan berjaya. Azizan
Osman. Ilmu adalah jalan penyelesaian
berkesan untuk memusnahkan perasaan
takut melakukan perniagaan.

Untuk menuntut ilmu, terdapat beberapa


prinsip penting supaya kita dapat serap
ilmu yang berkualiti sahaja iaitu:
Kenali pakar dalam bidang
perniagaan Pakar bermaksud
mereka yang sudah berjaya
membangunkan perniagaan.
Bayar, bukan percuma
Menyertainya majlis ilmu secara
percuma merendahkan momentum
kita untuk belajar selepas menuntut
ilmu.
Catat dan buat Catat segala
maklumat penting berkaitan dengan
ilmu yang dikongsikan. Nota catatan
itu dapat membunuh ketakutan
dalam minda kita untuk memulakan
perniagaan.

TIp BLOGGING
Tim Majalah Niaga

LANGKAH PENTING
MEMBINA KREDIBILITI
MELALUI BLOG
Antara faktor blogger yang terhenti sekerat jalan

dalam dunia blogging adalah disebabkan tidak


membina kredibiliti terlebih dahulu melalui blog.
Ramai blogger masih mengemaskini blog sematamata untuk mendapatkan trafik tanpa mengambil kira
kualiti artikel yang dihasilkan. Jelasnya,
perkara ini akan memberi kesan negatif kepada
mereka sendiri apabila pengunjung blog sedar
artikel yang disiarkan tidak memenuhi
kehendak & keperluan mereka.
-PAT FLYNN SmartPassiveIncome.com

Salah satu contoh blog adalah ViperChill.com, yang telah dibina oleh pemiliknya Glen Allsop sejak 2006. Katanya,
langkah pertama yang diambil beliau ketika peringkat awal adalah dengan membina kredibiliti terlebih dahulu, iaitu
dengan menghasilkan artikel yang berkualiti. Kesannya, kini beliau berjaya membina jenama dengan baik, buktinya,
jumlah subscriber blognya telah mencecah lebih 10,000 & jumlah pengunjung bulanan mencecah sehingga 70,000.
Bagi membina kredibiliti melalui blog, 3 langkah penting yang telah dinyatakan oleh Glen Allsopp dalam blognya
iaitu ViperChill.com. Apa yang dinyatakan adalah perkara yang telah & sedang praktikkan bagi memastikan blognya kekal dengan autoritinya tersendiri.

16 Majalah Niaga Edisi 30

#1 - Sediakan Kandungan
Yang Berkualiti

Menurut artikel yang ditulis oleh Aditya Mahes di Problogger.


net, beliau menyatakan antara cara beliau membina kredibiliti
dengan cepat melalui blog adalah dengan menyediakan artikel
yang cukup berkualiti.
Katanya, secara tidak langsung pelawat akan sentiasa
berkunjung ke blog & ternanti-nanti artikel yang akan disiarkan. Dengan wujudnya sosial media seperti Facebook &
Twitter, pemasaran viral juga akan cepat berlaku apabila
pengunjung kongsikan artikel kepada rakan-rakan yang lain.
Dengan menyediakan kandungan artikel yang berkualiti
secara konsisten, pelawat akan menghargai & meletak kepercayaan yang tinggi kepada pemilik blog.

#3 - Pengstrukturan & Desain Themes


Yang Profesional

Meskipun ramai yang menganggap kandungan artikel di blog


adalah perkara penting, namun ia tidak bermakna perkara lain
boleh dipandang sebelah mata, termasuklah penstrukturan &
desain theme.
Desain theme yang profesional memudahkan pembaca
untuk mengenalpasti brand yang kita ketengahkan,sekaligus
meningkatkan kredibiliti kita.

#2 - Mewujudkan Kerjasama Antara


Blogger-blogger

Kerjasama antara blogger adalah cara cepat & mudah untuk


membina kredibiliti dengan blog. Cara ini boleh dilaksanakan
dengan menjemput blogger-blogger tersebut, untuk turut
serta membuat perkongsian di blog ataupun menemuramah
mereka.
Sebagai contoh, jika kita selidik blog JonathanVolk.com,
kita akan dapati beliau seringkali menemuramah blogger/
usahawan lain, dan siarkan di blog dalam bentuk artikel
temuramah & podcast.
Cara ini juga digunakan oleh Pat Flynn di blog SmartPassive
Income.com. Pat Flynn juga seringkali menjemput bloggerblogger lain seperti Chris Guthrie, Tyrone Shum untuk turut
serta menulis artikel di blog.
Namun, mungkin sesetengah blogger baru menghadapi
kesukaran untuk menjemput blogger terkenal disebabkan
faktor autoriti yang masih lemah. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menunjukkan skil blogging
yang betul. Antaranya adalah menghasilkan artikel yang unik
& berkualiti. Oleh itu, blogger blogger akan mempercayai
kesungguhan kita membina blog.

17 Majalah Niaga Edisi 30

Kebanyakan blog-blog terkenal seperti Copyblogger.com


& Problogger.net, mereka menggunakan desain theme
profesional & ringkas yang nyata berbeza berbanding blog-blog
yang lain supaya mereka dapat membina autoriti blog tersebut.
Sebagai contohnya, Smartpassiveincome.com iaitu blog
kepunyaan Pat Flynn, menggunakan ciri-ciri unik dalam
penstrukturan & desain theme blognya termasuk :

1
2
3
4
5
5

Kombinasi warna theme yang digunakan


iaitu merah gelap & hijau muda.
Logo Smart Passive Income di
bahagian atas kiri.
Statistik follower di Twitter & jumlah
subsriber di Feedburner meyakinkan
pembaca untuk terus serta bertindak.
Jumlah komen terpapar di setiap artikel
juga membawa pembaca yang lain untuk
turut serta tinggalkan komen.
Penggunaan font yang senang
untuk dibaca.
Page Archives, Podcast, Getting
Started & Resources bagi memudahkan
pembaca.

TIP PENJENAMAAN
Zahrul Azua Copywritter dan Pemasar Informasi

COPYWRITING
ITU ADALAH
COPYRIGHT?

KEBENARAN DISEBALIK
COPYWRITING
Sebenarnya Copywriting tidak sama dengan Copyright.
Dua perkara ini sememangnya tidak sama maknanya dan perbezaan kedua-duanya seumpama langit
dengan bumi.
Copywriting adalah gabungan perkatan Inggeris COPY
dan WRITING dimana COPY bermaksud apa sahaja
penghasilan hasil samada yang dicetak ataupun dalam
bentuk digital yang bertujuan untuk memasar atau
menjual sesuatu manakala WRITING bermaksud apa
sahaja penulisan yang ditulis ke atas COPY tersebut.
Jadi bolehlah kita katakan bahawa Copywriting
adalah apa sahaja penulisan ke atas apa sahaja hasil
cetakan fizikal mahupun digital yang bertujuan untuk
memasar atau menjual sesuatau produk mahupun
perkhidmatan.

HASIL COPYWRITING
Tidak kira walau di mana kita berada, setiap hari
kita akan berhadapan dengan pelbagai IKLAN.
Apabila kita bangun tidur, sama ada kita akan membuka
radio mahupun televisyen, kita akan dihidangkan dengan
iklan. Pendek kata, daripada celik mata di awal pagi sehingga
kita menutup mata untuk tidur, semuanya iklan!
Ketika kita keluar memandu untuk pergi kerja, kita akan
melihat pelbagai iklan besar dan kecil di sepanjang lebuhraya mahupun jalan yang kita lalui. Walaupun ada ketikanya kita
tidak melihat iklan-iklan tersebut ketika memandu, jika anda
buka radio maka akan ada banyak iklan yang akan didengari.
Jika kita buka internet atau mungkin melayari facebook, kita
akan turut mendapati bahawa terdapat banyak promosi iklan
di dalamnya!
Iklan mempunyai kuasa yang sangat kuat dalam menanam
jenama di pemikiran pengguna serta mempunyai kuasa
untuk menarik limpahan pelanggan kepada perniagaan.
Penggunaan iklan yang betul, tepat disasarkan kepada prospek yang betul serta medium iklan yang betul akan menjadikan sesuatu perniagaan berkembang maju dengan bertambahnya jumlah pelanggan.
Jadi anda boleh bayangkan sendiri betapa banyaknya iklan
dihidangkan kepada kita dalam masa hanya 24 jam. Tahukah anda bahawa iklan adalah satu perkara yang kecil yang
berada di bawah payung COPYWRITING yang besar. Ya
iklan merupakan salah satu produk dibawah copywriting.

19 Majalah Niaga Edisi 30

Surat jualan
Iklan
Flyer
Brosur
Banner & Bunting
Billboard
Advertorial
Artikel
Dan sebagainya

DUNIA INTERNET
BANYAK TERDAPAT
COPYWRITING
Laman Web Jualan
atau Laman Web
E-mel jualan
Pengiklanan
(Google Ads,
facebook ads,
Mudah.my, Blog,
Forum )
Sosial media
Ebay
Banner
Dan sebagainya

Malah penggunaan
iklan dan penyampaian
mesej jualan seperti di
televisyen mahupun di
radio juga merupakan
hasil copywriting.
Jadi ternyata Copywriting dan Copyright
adalah berBEZA sama
sekali. Jika kita bijak
menggunakan hasilhasil copywriting maka
kita bakal memiliki
segerombolan tenteratentera pemasaran
yang bukan sahaja
mampu menghasilkan
jualan malah yang
paling penting
mengembangkan
perniagaan kita untuk
pergi lebih jauh lagi.

KISAH BISNES
Aqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

BILIONAIR YANG
MEREMPAT

Nicolas Berggruen adalah orang kaya pelik. Walaupun firma ekuiti beliau menjana keuntungan USD5 bilion setahun,
insan ini memilih untuk tidak mempunyai kereta dan rumah sendiri.
Sebaliknya, beliau hanya tidur dari hotel lain ke hotel lain setiap hari. Namun begitu, beliau bukan kedekut atau
mahu hidup rendah diri. Kerana laporan menjelaskan beliau cuma tidak suka untuk mempunyai item material seperti kereta dan rumah.
Walaupun hidup seperti bilionair merempat, Nicolas Berggruen mempunyai jet peribadi dan hanya tinggal di
hotel bertaraf 5 bintang. Kenyataan yang direkod oleh The Wall Street Journal, berkaitan dengan sifat beliau yang
tidak ingin memiliki kereta dan rumah mewah adalah seperti berikut:

Pertama, saya rasa saya tidak perlukannya. Kedua,


saya tidak selesa dengan material-material seperti itu.
Dalam masa sama, insan bergelar bilioanair ini turut menyalurkan wangnya untuk membantu krisis kewangan di
Amerika Syarikat dan memberi sumbangan dana kepada badan kebajikan.

20 Majalah Niaga Edisi 30

Boleh

nampak
saya ke?

Bagus!

Bermakna iklan di sini berkesan!


Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,
Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari
www.MajalahNiaga.com

IA

J
A

RA
N
KE M G S HA
CU EM AM K
AL PE A CIP
NA I DE RGU SEK TA
M N N A TE
M UN GA AKA LI M RP
E
EN B N
YE EG KE N E- ENE LIHA
B I B
M R
TE AR TU A ENA AJ BIT RA
TA E- N RA AL S OL
PI MA DA N AH EM EH
H J D B
I U M
TA ARU ALA IBE ERT NI U LA AJA
NP SL H NA UL NT DA LA
A IN R I
A
U L
SA H D I U KA S DA K T AM HNI
BA IK NT N, RI UJ LA AG
RA EKA UK BA PI UA IN- A.C
NG LK TU HK HA N K LA OM
UB AN JUA AN K M EU IN B .
AH SI N DIG AJ NT EN
AN FA KE AL AL UN TU
TN BA A AH GA K
.
YA IK KK N N AT
AN AN IA
AU
GA
,
.

A
IK J
AN A
PE L
RC A
UM H

ER

GA

DI
LA

ID

M
IB

E
IN -

i
s
i
d
E

L
A

H
A

0
3
4
1
0
2

You might also like