You are on page 1of 4

Temubual Bersama Pemilik Collector Garage 360:

En. Mohd Haffis bin Ishak


Pada 20/9/2016, kami telah menemubual pemilik kedai Collector
Garage 360 yang merupakan sebuah kedai hobby collector. Beliau mula
mengumpul koleksi die cast, action figure dsb sejak dari bangku sekolah
lagi dan mula berniaga secara online semasa di IPT. Kini, beliau mempunyai
sebuah kedai di Bandar Tasek Mutiara yang telah beroperasi sejak 5 tahun lalu.
S Boleh tuan ceritakan serba ringkas biodata peribadi tuan?
J Nama saya Mohd Haffis bin Ishak, berumur 33 tahun. Saya menerima
pendidikan di SM Vokasional Kulim dalam bidang automotif. Seterusnya
saya melanjutkan pelajaran di Politeknik Kulim dalam bidang
mekanikal.
S Boleh kami tahu kenapa tuan memilih bidang keusahawanan
ini?
J Saya sempat kerja di sebuah kilang dan saya berhenti akibat kilang
yang saya bekerja itu terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara
yang teruk waktu itu. Dari situ saya mula mencari jalan untuk
menampung hidup dan keluarga dengan membuat perkhidmatan tshirt printing. Hal ini kerana, kos untuk perniagaan ini rendah tetapi
mendapat pulangan yang agak bagus.Titik tolak dari hasil kejayaan
perniagaan
t-shirt
printing,
minat
saya
terhadap
bidang
keusahawanan mula timbul. Saya berhenti dari bidang t-shirt printing
dan mula fokus untuk berniaga secara online dengan menjual koleksi
yang saya kumpul kerana saya ingin
Buat bisnes dengan minat saya.
S Boleh tuan terangkan apakah cabaran bidang yang diceburi
ini?
J Saya mula berniaga dalam bidang ini secara online. Tidak dinafikan
bahawa perniagaan online ini lebih menguntungkan kerana tidak perlu
keluarkan bayaran bagi sewaan premis dan kos yang lainnya. Malahan,
lebih ramai peniaga hobby collector seperti saya juga yang berniaga
secara online. Saya mengambil langkah drastik setelah nama
Collector Garage 360 mula dikenali dalam kelompok hobby collector
dengan membuka kedai ini supaya menjadi satu hub untuk para hobby
collector berkumpul, membeli bagi menambah koleksi, berkongsi minat
dsb. Berbalik kepada soalan tadi, cabaran yang paling ketara dapat
saya rasakan ialah saingan harga antara pemilik kedai dengan peniaga
online yang sama-sama menjual barangan koleksi ini. Hal ini kerana
peniaga online tidak perlu mengeluarkan kos sewaan premis, utiliti dsb.

S Apakah persediaan yang perlu diambil sekiranya kami


berminat untuk menceburi bidang ini?
J Pertama sekali, yang paling penting sebelum menceburi bidang ini
ialah minat yang sungguh-sungguh. Seandainya kita diuji, kita boleh
bangun semula kerana minat yang mendalam. Selain itu knowledge
yang mendalam mengenai hal yang berkaitan dengan koleksi hobi juga
amat penting supaya tidak tertipu dengan pembekal. Contohnya
mendapatkan pembekal barang koleksi yang berkualiti dan boleh
dipercayai. Jika anda mahu mula menceburi bidang ini dari zero,
mungkin anda memerlukan perbelanjaan yang besar. Biasanya amat
jarang sekali bagi seseorang yang bukan collector untuk terus buka
hobby shop. Akan tetapi, saya bermula sebagai pengumpul yang
sememangnya sudah mempunyai koleksi, seterusnya saya sudah boleh
laburkan bagi memulakan perniagaan ini.
Jangan sesekali cuba menceburi sesuatu bidang hanya disebabkan
oleh trend semasa.

S Sekiranya ada, apakah kegagalan yang paling meninggalkan


kesan kepada tuan semasa menceburi bidang ini?
J Pada bulan Mei yang lalu, saya menyertai CTFKL(Collector Toys Festival
Kuala Lumpur) yang dibuat secara besar-besaran yang disertai oleh
peserta dari seluruh asia. Malang tak berbau, saya mendapat
panggilan telefon bahawa kedai saya terbakar. Hampir 80 peratus
barangan koleksi dalam kedai itu hangus dijilat api. Saya mengambil
masa sehingga 4 bulan untuk membaik pulih premis dan mengganti
semula stok koleksi. Walaubagaimanapun, hal ini saya anggap sebagai
ujian dari Allah SWT dan mempunyai hikmah disebaliknya.
Alhamdulillah, kejadian tersebut menjadi viral dalam kalangan collector
yang seterusnya menubuhkan satu kumpulan untuk melakukan
RAOK(Random Act Of Kindness) yang membantu saya membersihkan
dan membaik pulih kesan-kesan kebakaran. Hal ini, menyebabkan
nama Collector Garage 360 terus meniti dari bibir ke bibir para
collector lantas, lebih ramai yang mengunjungi ke kedai saya ini.
Saya tidak anggap kejadian ini suatu kegagalan yang terus
menjatuhkan saya. Akan tetapi, ianya menjadi satu batu loncatan
kepada perniagaan saya.
Gagal dengan usaha kita sendiri lebih berbaloi berbanding MLM.

S Apakah pendapat tuan dalam bidang ini pada masa hadapan?


J Pada masa sekarang pun, saya boleh nampak kelab-kelab collector ini
makin berkembang. Dalam televisyen, surat khabar pun anda boleh
lihat ada artikel dan slot bagi memperkenalkan hobi mengumpul

koleksi hotwheels, tomica, Tamiya, action figures, radio control(RC).


Pada pendapat saya, perniagaan ini akan terus berkembang kerana
hari demi hari ada saja collector baru yang muncul bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Disamping itu, collector senior pun masih lagi
memburu bagi menambah koleksi masing-masing.

You might also like