You are on page 1of 5

Cara Bayar U Mobile Secara Online

18
BY FAIZALIAS ON AUGUST 8, 2014TUTORIAL

Cara Bayar U Mobile Secara Online | Bagi saya U Mobile merupakan


salah satu perkhidmatan penyedia internet yang terbaik. Ini kerana plan
yang ditawarkannya juga cukup murah berbanding dengan plan-plan internet
yang lain. Antara yang saya gunakan sekarang ini adalah pakej 10GB untuk
RM56 sahaja sebulan.
Baiklah. Pada kali ini saya nak tunjukkan satu tutorial bagaimana nak buat
bayaran bil U Mobile secara online memandangkan masih ramai lagi yang
tidak tahu bagaimana nak buat bil U Mobile secara online.

Cara Bayar U Mobile Secara Online


Tutorial pembayaran bil U Mobile ini saya gunakan Maybank2u. Jadi, untuk
ikuti tutorial ini, anda mesti mempunyai perbankkan online Maybank2u.

Langkah 1: Login ke Maybank

Seperti biasa, sila login terlebih dahulu ke dalam akaun Maybank2u


anda. Klik Sini untuk login.

Langkah 2: Pilih option Bill Payment

Dari dashboard Maybank2u anda, anda akan dapat lihat seperti gambar di
bawah dan pilih option Bill Payment

Langkah 3: Pilih One Off Payment


Kemudian anda klik pula pada One Off Payment. Klik saja dengan penuh
keyakinan.

Langkah 4: Pilih Option All Payees


Kemudian, anda pilih option All Payees dan klik pada butang continue.

Langkah 5: Pilih Option Untuk Payees U Mobile


Kemudian, anda pilih untuk option All Payee adalah U mobile. Klik continue.

Langkah 6: Masukkan Maklumat U Mobile Anda


Pada bahagian ini, anda mestilah tahu maklumat U mobile anda seperti
Account U Mbile anda dan juga Nombor Telefon untuk sim kad U Mobile
anda.
Biasanya maklumat ini anda boleh dapati di dalam email anda jika pada
pertama kali anda daftar anda ada berikan mereka alamat email anda. Sila
semak dalam email bil pembayaran untuk U Mobile anda.
Kemudian, Klik pada butang Continue

Langkah 7: Permintaan TAC


Pada bahagian ini, anda mesti klik pada Request a TC number. Ini adalah
bertujuan untuk keselamatan akaun anda.
Selepas anda klik pada Request a TC number, anda akan menerima satu
nombor siri khas di dalam telefon anda dan masukkan nomor tersebut ke
dalam kotak TAC yang telah disediakan.
Kemudian, klik Confirm

Maka selesailah sudah anda membayar bill U Mobile anda tanpa perlu pergi
ke cawangan mereka lagi untuk tunjuan pembayaran.

You might also like