You are on page 1of 2

Urus niaga secara dalam talian

Oleh HASANI HASSAN

SEMAKIN hari semakin ramai rakyat Malaysia yang membiasakan diri dengan aplikasi
perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks dan yang lain-lain. Membuat dan
menerima bayaran, serta pemindahan wang boleh dikatakan tidak lagi menjadi kerisauan
kepada pengguna apabila melakukan transaksi melalui dalam talian.Bagaimanapun ini
mungkin masih terbatas kepada urusniaga yang berlaku di dalam negara. Bagi urusniaga
runcit yang melibatkan transaksi antarabangsa, ramai yang masih tidak yakin atau tidak pasti
bagaimanakah cara yang senang dan selamat.Salah satu kaedah yang paling lazim digunakan
untuk membuat bayaran bagi pembelian sesuatu produk dari penjual di luar negara menerusi
Internet ialah kad kredit dan kad debit.Kebanyakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank-
bank di negara ini memang boleh terus digunakan untuk membuat pembelian secara dalam
talian, manakala selebihnya ada yang memerlukan anda mengaktifkannya terlebih
dahulu.Ada juga bank yang akan menelefon anda sesudah anda membuat apa-apa transaksi
kad di Internet, bagi memastikan bahawa memang anda yang benar-benar melakukannya dan
bukan orang lain.Bank juga biasanya bersedia untuk membantu anda menyelesaikan apa-apa
isu sekiranya anda dapati terdapat transaksi yang tidak sepatutnya berlaku.Apa yang penting
anda menjaga maklumat kad kredit atau debit anda dengan baik dan tidak menggunakannya
di laman web yang tidak diyakini serta meragukan, ini termasuklah laman web perjudian,
pornografi, skim pelaburan haram dan lain-lain yang sejenisnya.Bagi peniaga pula yang ingin
menjual barangan dan mahu memberi pilihan kepada pelanggan mereka untuk membuat
bayaran menggunakan kad kredit atau debit, perlulah ada akaun pedagang (merchant
account) sama ada terus dengan pihak bank atau pembekal perkhidmatan yang dilantik.
Mereka juga perlukan sistem laluan pembayaran (payment gateway).Penyelesaian yang lebih
mudah ialah dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak-pihak yang
diiktiraf. Contohnya di Malaysia, ramai usahawan menggunakan khidmat iPay88. Anda juga
boleh menggunakan khidmat antarabangsa seperti 2Checkout, WorldPay dan banyak
lagi.Kebanyakannya mengenakan caj bulanan atau tahunan tertentu, serta juga caj bagi setiap
transaksi sekitar dua hingga lima peratus.Satu lagi kaedah yang popular bagi transaksi dalam
talian ialah dengan menggunakan PayPal. Ia merupakan satu aplikasi dompet elektronik yang
boleh anda gunakan untuk berurusniaga di Internet.Sesiapapun boleh mendapatkan akaun
PayPal secara percuma dan mudah. Berbanding dengan kad kredit yang hanya boleh
digunakan untuk membuat pembelian, akaun PayPal boleh digunakan untuk kedua-dua
tujuan, sama ada pembayaran atau penerimaan wang.Menggunakan PayPal, anda boleh
melakukan transaksi dengan lebih selamat kerana anda tidak perlu lagi mendedahkan
maklumat kad kredit atau akaun bank. Sebaliknya anda hanya perlu hubungkan kad kredit,
kad debit atau akaun bank anda terus ke akaun PayPal untuk tujuan pembiayaan sewaktu
transaksi.Apabila anda membuat pembelian melalui Internet menggunakan PayPal, pertama
sekali PayPal akan lihat baki wang di dalam dompet elektronik (akaun) anda. Sekiranya baki
yang ada adalah mencukupi maka bayaran tersebut akan ditolak daripada baki yang ada,
manakala jika baki itu tidak memadai, maka PayPal akan mengecaj kad kredit anda bagi
jumlah selebihnya yang diperlukan.Satu kelebihan PayPal ialah anda boleh gunakannya
untuk transaksi dengan seluruh dunia dan tidak terhad kepada pasaran tempatan sahaja.
PayPal sudah pun menjadi jenama yang dipercayai dan dengan memberi pilihan kepada para
pelanggan untuk membuat bayaran menggunakannya, akan memberi imej positif serta
peluang perniagaan yang lebih meluas.Menggunakan akaun yang sama, anda boleh menerima
bayaran daripada orang lain, contohnya jika anda menjual sesuatu melalui laman eBay, anda
boleh gunakan PayPal untuk menerima bayaran tersebut.
PayPal juga sering digunakan untuk menjual sebarang produk atau perkhidmatan menerusi
laman web, blog, laman iklan, forum dan lain-lain medium. Ia juga menjimatkan masa kerana
anda tidak perlu mengisi maklumat transaksi dan alamat penghantaran berulang-ulang
kali.Selain transaksi perniagaan, PayPal juga boleh digunakan untuk mengirimkan wang
kepada kepada orang lain, contohnya kepada ahli keluarga yang berada di luar negara. Untuk
mengirim wang atau membuat bayaran wang kepada pengguna lain, anda hanya perlu tahu
emel ataupun nombor telefon pengguna tersebut.Anda juga boleh gunakan PayPal untuk
menuntut bayaran dan mengirimkan invois untuk produk atau perkhidmatan yang anda
tawarkan.Sekiranya anda mempunyai kedai dalam talian, PayPal menyediakan kemudahan
untuk menghubungkan terus shopping cart anda untuk mewujudkan integrasi yang lebih
lancar dan memberi pengalaman membeli-belah yang selesa dan meyakinkan kepada
pengguna.Banyak juga sistem kedai online dan aplikasi shopping cart yang sedia menyokong
sistem penerimaan bayaran PayPal tanpa memerlukan konfigurasi yang rumit, hanya perlu
masukkan emel anda sahaja.Wang yang anda terima dan tersimpan di dalam akaun PayPal
boleh digunakan untuk apa-apa transaksi lain pula ataupun dipindahkan keluar ke akaun bank
atau ke kad Visa (sama ada kad kredit, debit atau pra bayar). Pindahan wang ke kad Visa
akan mengambil masa sekitar lima hingga tujuh hari dan dikenakan yuran sebanyak
RM20.Manakala pindahan wang ke mana-mana bank dalam rangkaian MEPS di Malaysia
akan mengambil masa tiga hingga empat hari, tiada yuran dikenakan jika jumlah pindahan
adalah melebihi RM400, dan jika kurang dari jumlah itu, hanya caj RM3 dikenakan.PayPal
tidak mengenakan sebarang caj untuk anda membuka akaun, memindahkan wang dari akaun
bank dan juga membuat sebarang belian, sebaliknya PayPal hanya mengenakan caj apabila
anda menerima bayaran dari jualan produk atau perkhidmatan, menerima bayaran atau
pindahan wang dari kawan atau ahli keluarga yang menggunakan kad kredit atau debit, atau
menerima bayaran daripada pengguna lain di luar negara

SUMBER:
UTUSAN MALAYSIA

You might also like