You are on page 1of 37

Istilah-istilah dalam ilmu hadis

(Ilmu Mustalah Hadis)

Ilmu Mustalah Hadith


Ilmu mengenai kaedah atau usul
yang dapat dikenali dengannya hal
ehwal sanad dan matan dari segi
penerimaan atau penolakannya.

Hadith

Segala apa yang disandarkan kepada


Rasulullah saw sama ada percakapan,
perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda
sama ada sifat zahir atau batin.

Sunnah

Sama maksudnya dengan hadith.

Khabar

maksudnya lebih umum daripada hadith,


meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw
dan selainnya.

Athar

Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk


kepada kata-kata sahabat ra.

sana
d

Al-Sanad: ialah jalan yang


menghubungkan kepada Matan. Ia
juga bermaksud jalan yang
menyampaikan kepada hadis.
Bahasa: sesuatu yang kita bersandar
kepadanya, seperti tembok, dinding
dan sebagainya

mata
n

Istilah: jalan yang menyampaikan


kepada matan hadis.
Bahasa: pertengahan jalan
Istilah: lafaz-lafaz hadis yang membentuk
pengertian. Dengan kata lain, kata-kata
atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah
perawi bermula daripada akhir sanad.

Isnad
Isnad ialah menyandarkan sesuatu
hadis kpd org yg meriwayatkannya.
Kadang-kadang juga ianya digunakan
dengan makna al-sanad.
Erti kata lain, ia bermaksud
menyebutkan hadis itu kepada orang
yang menyatakannya.

Istilah Kitab
Sunan

musnad

kitab yang ditulis dengan mengikuti urutan bab


fiqh, seperti Iman, Thaharah, salat, zakat, dan
seterusnya

Musnad ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan


di dalamnya apa-apa yang diriwayatkan oleh seorang
sahabat atau lebih, seperti : musnad imam ahmad.
Ia juga kitab yang dikumpulkan hadis di dalamnya yang
diriwayatkan oleh seseorang sahabat atau lebih.

aL-MUSNID

Al-musnid ialah orang yang meriwayatkan


hadis dengan isnadnya sama ada ia mengetahui
ilmu hadis atau tidak.
Ia juga disebut musabbid, iaitu orang yang
meriwayatkan hadis.

Al-muhaddis
Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang
hadis, sama ada riwayat atau dirayah dan
kecacatannya.
Ianya juga mengetahui perawi-perawi hadis
daripada riwayat-riwayat yang ada pada
zamannya dan mengingati sejumlah besar matan
hadis daripada kitab-kitab yang sahih.

Muhafiz atau al-hafiz


Bahasa: muhafiz ialah orang yang menghafaz.
Istilah: para ulama salaf mengatakan ia sama
dengan muhaddis. Ada yang mengatakan mereka
ialah orang yang menghafaz sebanyak 100 buah
hadis yang bersanad.
Antara mereka ialah: ibn majah, muhammad ibn
hibban, abu bakr ibn shaybah.

Al-hujjah
Hujjah lebih tinggi daripada darjat hafiz,
disamping itu mereka memiliki sifat yang ada
pada hafiz.
Mereka menghafaz hadis yang bersanad
sebanyak 300 buah hadis dari segi matan, sanad,
jarh, tadil serta sejarahnya.
Antara mereka ialah: malik ibn ismail al-hindi,
al-hajjaj ibn minhal, mamar ibn rasyid.

Al-hakim
Hakim ialah martabat yang tertinggi bagi ahli hadis.
Iaitu orang yang mengetahui didalam segenap hal dalam
perkara yang bersangkutan denagn hadis dan menghafaz
hadis dengan bilangan yang lebih banyak.
Hakim juga ialah gelaran bagi mereka yang dapat
menguasai serta menghafaz lebih 700000 buah hadis
yang diriwayatkan dari segi sanad, matan, jarh, tadil
dan sejarahnya.
- Iman Malik Ibn Anas, imam al-Bukhori, imam
Muslim, iman Ahamad Ibn Hambal dan iman Attirmizi

Amirul Mukminin fil hadis


ini
darjat tertinggi bagi semua imam hadis.
adalah
.
Mereka menjadi sumber utama dalam dunia hadis.
Mereka berfungsi seperti khlaifah yang
menyampaikan sunnah.
Contoh amirul mukminin dalam hadis ialah Imam
Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Sufyan
ats-sauri, Imam Ishaq. Sesetengah buku
mencatatkan bahawa Ibnu Hajar al-Asqalany juga
termasuk golongan ini.

Istilah dalam pembahagian hadis

Mengikut perawi
Mengikut kesahihan
Mengikut sandaran

Istilah dalam pembahagian hadis


(mengikut perawi)

Hadis mutawatir

Hadis ahad

Istilah dalam pembahagian hadis


(mengikut kesahihan)
1) Hadis
sahih
2) hadis hasan
3) hadis dhaif

Hadis sahih
Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari
permulaan hingga akhirnya dan orang yang
menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifatsifat ini:
a) Adil
b) Dabid
c) Sejahtera dari keganjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang
memburukkan).

hadis hasan
Hadis yang dibawah peringkat sahih tetapi
masih boleh digunakan untuk berhujah serta
beramal dengannya

hadis dhaif
hadis yang kurang satu syarat atau lebih
daripada syarat-syarat Hadis Sahih atau
Hadis Hasan

Dhaif kerana Sanad


Hadis Muallaq
Hadis Mursal
Hadis Munqati
Hadis Muadhal/Musykil
Hadis Mudallas
Hadis Mursal Khafi

Hadis Muallaq
Hadis Muallaq ialah hadis yang digugurkan dari
awal sanadnya seorang perawi atau lebih hingga
akhir sanad.
Seperti : Imam Syafie meriwayatkan hadis
dengan mengatakan : Nafi berkata..
Atau Imam Malik meriwayatkan daripada Ibn
Umar

Hadis Mursal
Hadis Mursal ialah hadis yang diriwayatkan oleh
seorang tabiin daripada Nabi s.a.w dengan tidak
menyebut nama sahabat yang menjadi perantaraan
antara Tabiin dan Nabi s.a.w.

Hadis Munqati
Hadis Munqati ialah hadis yang digugurkan
daripada sanadnya seorang perawi yang bukan
sahabat ataupun seseorang yang Mubham (tidak
disebut namanya).
Itupun dengan syarat perawi yang gugurnya itu
seorang sahaja atau jika dua perawi, ia tidak
berturut-turut.

Hadis Muadhal/Musykil
Hadis Muadhal/Musykil ialah hadis yang
digugurkan dari sanadnya dua orang perawi
atau lebih secara berturut-turut.
Sama ada gugurnya itu di awal sanad atau di
tengah-tengah atau di akhir sanad.

Hadis Mudallas
Hadis Mudallas terbahagi kepada dua, iaitu :
a) Mudallas pada sanad
b) Mudallas pada syeikh atau guru
Mudallas pada sanad
Ialah seseorang itu meriwayatkan daripada
seorang perawi yang sezaman dengannya,
tetapi tidak pernah berjumpa dengannya atau
pernah berjumpa dengannya, tetapi tidak
pernah mendengar daripadanya sebarang
ucapan hadis. Kalau dengar pun, ia dalam
keadaan samar-samar dan ragu-ragu.

Mudallas pada syeikh atau guru


Ialah seseorang perawi itu tidak menamakan
nama gurunya yang diambil hadis itu,
sebaliknya menamakan guru itu dengan
nama yang tidak dikenali oleh orang ramai.
Tujuannya ialah untuk menyembunyikan
syeikhnya yang mungkin tidak kuat atau ingin
menunjukkan ia mempunyai ramai guru.
Antara lain, ada yang tidak mendengar
sendiri daripada guru itu tetapi menamakan
dengan nama yang sukar diketahui agar tiada
yang dapat mengesan kelamahannya.

Hadis Mursal Khaf


Ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
seorang perawi daripada seorang
syeikhnya yang semasa dengannya atau
bertemu dengannya, atau tidak
disebutkannya nama sahabat tersebut
yang dilakukan oleh tabi'in.
Tetapi ia tidak pernah menerima satu pun
hadis darinya, namun ia meriwayatkannya
dengan lafaz yang menunjukkan adanya
kemungkinan ia mendengar dari syeikh itu.

Dhaif kerana Kehilangan


Syarat

Hadis
Hadis
Hadis
Hadis
Hadis

Maudhu
Matruk
Munkar
Dhaif
Dhaif Jiddan

Hadis Maudhu
Iaitu Hadis Palsu, iaitu hadis yang dicipta dan
direka oleh seseorang dengan disandarkan
kepada Rasulullah s.a.w atau sahabat atau
tabiin, kerana ada muslihat tertentu.
Faktor-faktor mereka membuat hadis palsu
adalah kerana tiada pegangan agama, untuk
memihak kepada mazhab (aliran) mereka
untuk menutup kejahilan mereka agar
mereka dipuji oleh pemerintah.

Hadis Matruk
Ialah hadis yang diriwayatkan oleh
seseorang yang tertuduh sebagai
pendusta, samada dalam masalah
meriwayatkan hadis atau lainnya
seperti selalu lupa, sering
melakukan kesilapan, berdusta
dan fasiq.

Hadis Munkar
Ialah hadis yang diriwayatkan oleh
seorang yang daif dan menyalahi
pula riwayat perawi-perawi lain
yang lebih daif daripadanya.

Hadis Dhaif
Iaitu hadis yang kurang satu
syarat atau lebih daripada syaratsyarat Hadis Sahih atau Hadis
Hasan.

Dhaif kerana Hilang Syarat


Dhabit

Hadis
Hadis
Hadis
Hadis

Mudraj
Maqlub
Musahhaf
Mudtharib

Hadis Mudraj
Ialah hadis yang telah ditambah oleh
perawinya dengan perkataannya sendiri,
tidak kira pada mana-mana lafaz hadis
hinggakan mereka yang tidak tahu
hakikat hadis itu menyangka ia adalah
hadis lafaz Rasulullah s.a.w.
Hadis Mudraj terbahagi kepada dua
iaitu :
1) Mudraj Isnad
2) Mudraj pada Matan

Hadis Maqlub
Iaitu hadis yang diterbalikkan,
yang dahulu dikemudiankan dan
yang kemudian didahulukan.
Sama ada ia berlaku pada sanad
ataupun matan.

Hadis Musahhaf
Iaitu hadis yang telah diubah titik
pada huruf lafaznya sehingga
mengubah makna hadis.
Contohnya : Hadis Syubah daripada
Awwam Ibn Marajim, Yahya Ibn Muin
telah mengubahnya menjadi Awwam
Ibn Muzahim.

Hadis Musahhaf terbahagi kepada


enam jenis :
a) Lafaz dari segi pendengaran pada
sanad.
b) Lafaz dari segi pendengaran pada
matan.
c) Lafaz dari segi makna pada
sanad.
d) Lafaz dari segi makna pada
matan.
e) Makna pada matan.

Hadis Mudtharib
Iaitu hadis yang diriwayatkan
dengan berlainan bunyi atau lafaz
serta berlawanan antara satu sama
lain dan tidak dapat dikumpulkan
sama ada daripada seorang perawi
atau beberapa perawi yang lain.

Istilah dalam pembahagian hadis


(mengikut sandaran)

Hadis Qudsi
Hadis Marfu
Hadis Mauquf
Hadis Maqtu

You might also like