You are on page 1of 5

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 22

HADITH SOHIH, HADITH HASAN DAN HADITH DHOIF.

HADITH SOHIH.
1. Hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadith yang adil dan dhobit [ ],
bersambung sanad, tidak ada syaz [ ] dan tidak ada ‘Illah [ ].
2. Contoh Hadith Sohih ialah:

Daripada Muhammad bin Jubair r.a, daripada bapanya r.a, telah berkata: Aku telah
mendengar alNabiyyu SAW membaca dalam solat maghrib Baginda surah al-Thur, itu
ialah surah pertama yang menetapkan iman dalam hatiku.

Pembahagian Hadith Sohih.

SOHIH LIZAATIHI [ ] SOHIH LIGHOIRIHI [ ]


1. Hadith yang diriwayatkan oleh 1. Hadith Hasan yang disokong oleh
rangkaian perawi hadith yang adil riwayat lain yang setaraf dengannya
dan dhobit [ ], bersambung atau lebih kuat.
sanad, tidak ada syaz dan tidak 2. Hadith ini asalnya ialah Hasan
ada ‘Illah. Lizaatihi tetapi telah diangkat ke
2. Takrif/ maksud sama dengan takrif martabat hadith sohih.
Hadith Sohih. 3. Kerana; wujud rangkaian sanad yang
ramai menampung kekurangan
hafazan dan Dhobit perawinya.

SYARAT-SYARAT HADITH SOHIH


[jika tidak mencukup 5 syarat ini, hadith tidak dikira SOHIH]

Bil Perkara Keterangan


1. Adil Seorang perawi mestilah memenuhi 5 Kriteria; Islam, Baligh,
Berakal, Tidak Fasik dan Tidak melakukan perkara yang
menjatuhkan maruah / menjejaskan akhlaknya.
2. Dhobit [‫]ضابط‬ Suatu ketetapan pada seseorang perawi iaitu tiada
perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan dan tiada
perubahan tulisan jika melalui penulisan.
Sifat Dhobit terbahagi kepada dua bahagian:
1- Dhobit Kitabi: perawi mampu menjaga tulisan dan
catatan hadith yang diterima dengan baik tanpa
berlaku kerosakan pada tulisannya.
2- Dhobit Hifzi: perawi mampu meriwayatkan hadith
kepada sesiapa dan bila-bila masa yang diperlukan

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 22

Bil Perkara Keterangan


serta mengingati daripada siapa setiap hadith yang
diterima.
3. Sanad yang Setiap perawi mestilah menerima hadith dari orang
bersambung sebelumnya secara langsung daripada awal sanad hingga
akhirnya.
Sekiranya sanad terputus mana-mana tabaqat [ ], maka
hadith tadi tidak dikira sohih.
4. Tidak ada ‘Illah Tidak ada kecacatan yang menjejaskan kesahihan hadith
[ ] berkenaan.
5. Tidak ada Syaz Tidak ada sebarang percanggahan antara perawi thiqah [ ]
[ ]
dengan perawi yang lebih thiqah [ ]

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH SOHIH PENGHUJAHAN HADITH SOHIH


 WAJIB beramal secara Ijmak.  Dijadikan hujah dan dalil syarak.
 Ia merupakan salah satu hujah dan  Sesiapa yang mengengkari hadith
sumber syariat yang SAH. sohih dikira berdosa.
 TIDAK BOLEH bagi umat Islam  Kerana menepati semua syarat dan
MENINGGALKANNYA atau TIDAK ciri utama penerimaan sesebuah
BERHUJAH dengannya. hadith.

HADITH HASAN [ ]

MAKSUD: hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil, bersambung
sanad, tidak ada syaz [ ], tidak ada ‘Illah [ ] tetapi kurang sempurna dari segi Dhobit
[ ].
Contoh Hadith Hasan ialah:

Daripada Abu Bakar bin Abi Musa al-Ash’ari r.a telah berkata: aku mendengar
bapaku berkata di hadapan musuh dengan berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya pintu syurga berada di bawah bayangan pedang…….

PEMBAHAGIAN HADITH HASAN


BIL PERKARA KETERANGAN
1. Hasan Lizaatihi 1. Hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil,
bersambung sanad, tidak ada syaz [ ], tidak ada ‘Illah [ ]
tetapi kurang sempurna dari segi Dhobit [ ].
2. Sama makna dengan takrif hadith hasan.

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 22

BIL PERKARA KETERANGAN


2. Hasan Lighoirihi 1. Hadith yang asalnya adalah DHOIF.
2. Tetapi apabila ia diriwayatkan melalui jalan periwayatan
yang banyak seumpamanya atau disokong oleh riwayat
yang lebih kuat daripadanya, samada dengan lafaz atau
makna, maka ia akan naik ke taraf Hasan Lighoirihi dengan
syarat kedhoifannya bersifat sederhana.

SYARAT-SYARAT HADITH HASAN.


1- Perbezaan antara Hadith Sohih dengan Hadith Hasan ialah PERAWI HADITH
dihukum kurang Dhobit [kurang ketepatan dan lemah ingatan] sahaja yang
mengurangkan nilai dan martabat sesuatu hadith.
2- Hadith Hasan mesti diriwayatkan oleh perawi yang adil.
3- Hadith Hasan perlu menepati syarat-syarat pada sanadnya iaitu; bersambung,
tiada kecacatan dan tidak bercanggah dengan hadith yang diriwayatkan oleh
perawi lain yang lebih thiqah [ ].

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH


PENGHUJAHAN HADITH HASAN
HASAN
 BOLEH beramal dengannya.  Hukum penghujahannya sama dengan
 Para Fuqaha’ Hadith Sohih, sekalipun darjatnya lebih
menggunakannya sebagai rendah.
hujah.  Dijadikan dalil/ hujah dalam dalil Syarak.
 Para Fuqaha’ juga beramal  Namun, hujah Hadith Hasan tidak sekuat
dengannya. Hadith Sohih.

HADITH DHOIF [ ]

MAKSUD
1- Hadith Dhoif ialah hadith yang tidak memenuhi satu atau lebih daripada
syarat-syarat hadith maqbul [diterima] iaitu Hadith Sohih dan Hadith Hasan.
2- Mempunyai martabat yang berbeza iaitu; tersangat lemah dan sederhana
lemah mengikut keadaan Sanad dan Matan hadith.
3- Contoh hadith Dhoif ialah:

Daripada salman bin ‘Amir al-Dhibbi berkata; Rasulullah SAW bersabda: Orang yang berpuasa
itu tetap dalam keadaan beribadat sekalipun dia tidur di atas hamparannya [katil/ tilamnya]

Info Hadith:
Sanad hadith ini dhoif kerana di dalamnya ada Yahya bin Abdullah al-Zijaj [

],dan Muhammad bin Harun bin Muhammad bin Bakar bin Hilal [

3
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 22

], kedua-dua orang ini tidak diketahui latar belakangnya [majhul] berdasarkan ilmu al -

Jarh wa al-Ta’dil [ ]

PEMBAHAGIAN HADITH DHOIF.


1. DHOIF PADA MATAN. 2 1
1- Berdasarkan kepada
sebab wujudnya ‘Illah. Diriwayat melalui banyak Ada pertukaran pada
2- Yang menyebabkan riwayat yang sama kuat perkataan pada sanad
terjejasnya sesuatu hadith. tetapi bercanggah antara atau matan hadith.
3- Spt Hadith Maqlub, Hadith satu sama lain.
Muttarib, Hadith Mudraj 4 3
dan Hadith Mu’alal.
Berlaku pertambahan nama Ada pertambahan unsur
perawi di pertengahan luar pada sanad dan
sanad yang sememangnya matan
bersambung.
6 5

Hadith yang mengandungi Pertukaran kalimah


‘illah [cacat] tetapi tidak kerana silap membaca,
zahir. menulis, mendengar dan
sebagainya.

2. DHOIF PADA SANAD. 2 1


Terputus sanad samada
sedikit atau banyak, sengaja Gugur pada rangkaian Sanad terputus di
atau tidak pada awal sanad, sanad dua orang perawi peringkat permulaan
pertengahan atau akhir berturut-turut atau lebih disebabkan gugurnya
sanad atau wujudnya ‘illah secara berturut-turut. seorang perawi atau
yang menjejaskan hadith. lebih.
4 3

Terputus sanad sahabat Terputus sanad sahabat


Nabi SAW. atau terputus sanad
pada mana-mana
bahagian.
5

Terdapat jenayah Tadlis [pemalsuan] dalam periwayatan


hadith berkenaan.

INFO TAMBAHAN:
Apabila menyampaikan hadith dhoif tanpa menjelaskan sanadnya, maka berhati-hatilah menggunakan
perkataan seperti Baginda SAW bersabda…. Sebaliknya hendaklah menggunakan “telah diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW” atau “telah sampai kepada kami daripada Rasulullah SAW”.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DHOIF.


1- Kebanyakan ulamak berpendapat boleh beramal dengan hadith dhoif dalam perkara berkaitan
Fadhoilul A’mal sahaja dengan tiga syarat iaitu:
a. Kedhoifan hadith bersifat sederhana.
b. Hadith berkenaan sesuai dengan dasar dan prinsip syariat yang dipegang.
c. Hadith diamalkan tanpa meyakini bahawa ia sebuah hadith yang disandarkan kepada
Baginda Nabi SAW.
2- Ulamak bersepakat untuk menetapkan bahawa TIDAK BOLEH BERHUJJAH dengan hadith dhoif dalam
sesuatu hukum halal dan haram.

4
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 22

You might also like