You are on page 1of 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TAJUK 25 ERA MASSYARAKAT JAHILIYYAH UstDi, NDr 011-11095423

1- JAHILIYYAH berasal daripada perkataan Arab iaitu JAHALA [‫ ]جهل‬yang bermaksud


TIDAK TAHU, BODOH atau JAHIL.
2- Kejahilan masyarakat Arab bukan kerana mereka tidak berilmu. Jahil yang
dimaksudkan di sini ialah mereka jahil dari segi Akidah dan Akhlak.
Jahil Dari Segi Akidah Jahil Dari Segi Akhlak
Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim Mereka melakukan perbuatan buruk
dan Nabi Ismail tetapi mencampur seperti meminum arak, berjudi, berzina,
adukkannya dengan penyembahan dan menindas golongan wanita dan
berhala, khurafat, perkara-perkara hamba.
tahyul dan amalan sihir.
3- Akidah masyarakat Arab sebelum kerasulan nabi Muhammad SAW ialah;
a. Agama Yahudi iaitu agama samawi yang diubah suai daripada ajaran nabi
Musa a.s mengikut keinginan pengikutnya;
b. Agama Nasrani iaitu agama samawi yang diubah suai daripada ajaran nabi
Isa a.s mengikut keinginan pengikutnya;
c. Kepercayaan Majusi iaitu kepercayaan yang dianuti oleh golongan
penyembah api;
d. Kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda mempunyai roh
dan semangat;
e. Agama Hanif iaitu agama samawi yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan
Nabi Ismail a.s.
f. Agama penyembah berhala atau paganisme.
4- Akhlak masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW ialah;
Akhklak Baik Akhlak Buruk
1- Menghormati tetamu. 1- Minum arak dan berjudi.
2- Menepati janji. 2- Berzina dan kegiatan pelacuran.
3- Berani dan pantang menyerah 3- Mengamalkan bigami.
kalah. 4- Membunuh anak perempuan.
4- Taat kepada pemimpin. 5- Mengamalkan tenung nasib.
5- Menghormati bulan Muharram. 6- Pewarisan harta hanya kepada
6- Menjaga kebersihan kuku dan mulut. lelaki.
7- Tidak mengahwini mereka yang ada 7- Berperang hanya kerana perkara
pertaliann darah. yang kecil.
5- Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Jahiliyyah atas beberapa sebab iaitu;
a. Mereka mempunyai akhlak negatif seperti suka berjudi, berzina dan
meminum arak.
b. Mereka suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan.
c. Masyarakat Arab Jahiliyyah buta huruf menjadikan mereka lebih mudah
dilentur.
d. Kedudukan Semenanjung Arab yang strategik menjadikan Islam mudah untuk
tersebar.

You might also like