You are on page 1of 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TAJUK 19 SUCI DARIPADA NAJIS UstDi, NDr 011-10095423

1. Najis menurut bahasa ialah semua benda yang kotor.


2. Najis menurut istilah ialah benda kotor yang menyebabkan solat menjadi tidak sah.
3. Najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu;
BIL JENIS MAKSUD DAN CONTOH CARA MENYUCIKAN NAJIS
Najis ringan iaitu air kencing Lapkan tempat terkena najis,
kanak-kanak lelaki yang Renjiskan air mutlak ke atas
Najis
1. umurnya di bawah dua tahun tempat terkena najis.
Mukhaffafah
yang minum susu ibunya Lap tempat terkena najis
sahaja. sehingga kering.
Najis pertengahan iaitu semua Buang najis.
jenis najis selain najis Basuh dengan air mutlak di
Najis
2. mukhaffafah/ mughallazah tempat yang terkena najis.
Mutawassitah
seperti nanah, darah, tahi dan Bersihkan hingga hilang bau,
bangkai. rasa dan warna.
Buang najis.
Basuh tempat terkena najis
Najis berat 66 iaitu anjing, babi dengan 1 kali air basuhan
Najis
3. serta keturunan kedua- tanah.
Mughallazah
duanya. Diikuti 6 kali air mutlak
sehingga hilang bau, rasa
dan warna.
4. Samak ialah proses menghilangkan lendir dan daging yang melekat pada kulit.
5. Cara menyucikan kulit haiwan ialah sebagaimana berikut;
a. Sediakan bahan yang bersifat menghakis seperti buah manjakani, kulit delima,
tawas atau bahan kimia.
b. Darah, lendir dan lemak yang melekat pada kulit binatang hendaklah dibuang
terlebih dahulu.
c. Gosok kulit dengan alat menyamak supaya benda-benda yang masih melekat
dapat dihilangkan
d. Bilas kulit dengan air mutlak
e. Jemurkan kulit binatang berkenaan sehingga kering

You might also like