You are on page 1of 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TAJUK 20 ISTINJAK SATU TUNTUTAN UstDi, NDr 011-10095423

1- Istinjak menurut bahasa ialah selamat daripada penyakit.


2- Istinjak menurut istilah ialah perbuatan menghilangkan najis yang keluar daripada
qubul atau dubur.
3- Hukum beristinjak adalah WAJIB.
4- Alat yang digunakan untuk ialah seperti mana berikut;
a. Air mutlak: air hujan, air sungai, air perigi, air laut, air mata air, air embun, air
paip, air salji.
b. Batu atau benda kesat : tisu, kertas, kain, kulit kayu, dan daun kering.
5- Terdapat bahan yang haram untuk beristinjak iaitu;
a. Kertas atau bahan yang ada tulisan ayat al-Quraan/ hadith, nama-nama
Allah/ Rasul.
b. Benda najis seperti tahi lembu yang kering
c. Benda yang bernilai seperti emas, perak, berlian, intan.
d. Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang.
e. Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh.
6- Antara kepentingan beristinjak ialah;
a. Tubuh badan menjadi sihat dan cergas.
b. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala.
c. Dapat menghindari dari penyakit/ penyakit berjangkit
d. Memastikan sesuatu ibadah itu SAH.
e. Dikasihi Allah dan RasulNya.
f. Masyarakat akan disayangi dan dihormati.
7- Terdapat tiga cara yang boleh dilakukan untuk beristinjak iaitu;
BIL CARA BERISTINJAK LANGKAH
Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji
Menggunakan Batu batu/ sebiji batu yang ada 3 permukaan.
1. dan Air [cara yang
Kemudian basuh dengan air mutlak sehingga
paling afdhal/ baik]
diyakini bersih [hilang bau, warna dan rasa]
Menggunakan air Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak
2.
sahaja sehingga diyakini bersih.
Bersihkan tempat keluar najis dengan 3 biji batu/ 1
Menggunakan batu/
3. biji batu ada 3 permukaan atau benda-benda
benda kesat.
kesat yang lain sehingga diyakini bersih.
8- Syarat-syarat beristinjak dengan menggunakan benda kesat ialah;
a. Alat mestilah suci, bersih dan kering.
b. Najis pada qubul/ dubur mestilah belum kering/ mengeras.
c. Najis tidak meleleh ke bahagian lain seperti ke betis/ paha.
d. Tiada najis lain melekat di tempat keluar najis.
9- Antara adab Qadak Hajat [buang air] dalam syariat Islam ialah;
a. Tidak membawa masuk sesuatu yang ada ayat al-Quraan/ Hadith/ Nama-
nama Allah Taala.
b. Menutup kepala dan memakai selipar/ sandal
c. Membaca doa masuk/ keluar tandas
d. Melangkah masuk ke tandas menggunakan kaki kiri
e. Melangkah keluar dari tandas dengan kaki kanan dan berdoa.

You might also like