You are on page 1of 16

Menjaga Kebersihan

Badan Dan Rambut


Mandi
• Membersihkan badan daripada peluh, kotoran dan
kuman.
• Menggunakan air bersih dan sabun.
• Menggosok setiap bahagian badan untuk
menanggalkan kotoran dan daki.
• Keringkan badan dengan tuala yang bersih.
• Pakailah pakaian yang bersih.
• Elakkan berkongsi tuala – mencegah jangkitan kulit.
• Basuh tuala sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Membasuh Rambut
• Rambut kotor menjadi tempat pembiakan kuman dan
kutu.
• Perlu dicuci dengan syampu rambut dan bilaskan
dengan air yang bersih.
• Keringkan rambut.
• Elakkan berkongsi sikat rambut untuk mencegah
jangkitan kutu.
Menukar Pakaian
• Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan
dan imej diri.
• Pakaian yang kotor dan berbau busuk – pembiakan
pelbagai jenis kuman yang menyebabkan penyakit
kulit.
• Tukarlah pakaian sekiranya kotor.
Penyakit- Penyakit
1. Jangkitan Kutu

1.Perkongsian tuala, sikat rambut.


2.Berdekatan dengan orang yang mempunyai kutu
rambut.
2. Kudis Buta
• Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh
gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
• Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
• Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
• Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan
telur dan mati.
• Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
• Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan.
Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat
tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.
• Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya
lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air
panas.
• tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
• Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan
kedua-dua tapak tangan dan kaki.
• Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat
korekkan kutu).
3. Panau
• Jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh
kulat jenis malassezia.
• Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak
penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan,
muka dan kulit kepala.
• Kulat jenis malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit
yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan
yang tertentu.
• bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher.
• Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu)
atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus.
• Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala
bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas.
• Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.
4. Kurap
• Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan
sejenis kulat (fungi).
• Kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut.
• Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia
atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang
mempunyai kulat di atasnya (fomites).
• Ia juga boleh berjangkit  secara daripada kawasan lain pada tubuh
individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau
badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.
• Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang
diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang
lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.

You might also like