You are on page 1of 11

QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

MAHANI BT.HAMAT

D20111050043

NAMA TUTOR E-LEARNING: ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF


TARIKH SERAH : 3 MEI 2015

Program Pencegahan Obesiti di Sekolah

Kesihatan yang baik merupakan satu anugerah dari Allah SWT yang tidak dapat dijual
beli. Ketika badan sihat dan cergas, kita mampu melakukan pelbaai aktiviti seharian tanpa
kekangan kesakitan dan kehidupan juga lebih bermakna. Kesihatan dan penampilan merupakan
aspe yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Kesihatan yang baik serta penampilan
yang menarik merupakan satu pakej lengkap yang menjadi idaman setiap orang. Hal ini kerana
badan yang sihat dengan penampilan menarik secara tidak langsung melonjakkan keyakinan diri
seseorang apabila berhadapan dengan masyarakat. Menurut Kementerian esihatan pada 1998 di
dalam Modul Pencegahan Obesiti, kegemukan atau berat badan yang berlebihan dianggap
sebagai isu yang memberi impak ke atas kesihatan serta penampilan seseorang individu.

Senario terkini, kelebihan berat badan atau obesity dalam kalangan anak- kanak
merpakan masalah yang kian meningkat di Malaysia. Menurut statistic yang dikeluarkan oleh
Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 telah mencatatkan 27% atau setiap
satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan berlebihan dan
masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia. Malaysia telah menduduki tempat
pertama dalam kalangan Negara- Negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya
mengalami masalah obesity dan tempat keenam di Negara Asia Pasifik.

Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari university Kebangsaan Malaysia (UKM)
menerusi kajian bertajuk Prevalence of obesity among children (2008) menunjukkan
peningkatan kadar obesiti sehingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga 12
tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi dalam
Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat
daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus. Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di
negara ini dibimbangi akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020. Ia berdasarkan
trend peningkatan 1% kes obesiti pelajar setiap tahun. Satu kajian di Kuala Lumpur

membabitkan 5, 995 kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 10 tahun mendapati murid lelaki
mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid
perempuan. Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja
semakin meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong &
Safurah (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan.
Kajian di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah
berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada 13.7%,
masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009) Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 6-12 tahun prevalens
berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di kalangan remaja 13-17 tahun prevalens
berlebihan berat badan / obesity adalah 21.4%.

Atas sebab fakta- fakta yang menakutkan di atas, sekolah telah mengambil inisiatif untuk
menyediakan satu program kesihatan khas kepada obesiti. Sebuah tentatif berkenaan dengan
obesiti akan dilaksanakan berdasarkan panduan Modul Pencegahan Obesiti dari Kementerian
Kesihatan Malaysia. Berdasarkan Model Promosi Kesihatan Multilevel Approach to Community
Health (MATCH), sebuah perancangan berkenaan dengan tentatif perlaksanaan program
dijalankan.

Model MATCH adalah singkatan kepada Multilevel Approach To Community Health


(Pelbagai Pendekatan Kepada Kesihatan Komuniti). Perancangan model ini telah dibangunkan
lewat 1980-an oleh Simons-Morton et. al., (1988). MATCH dibahagikan kepada 5 fasa di mana
setiap fasa mempunyai beberapa langkah.Fasa 1 iaitu pemilihan matlamat. Di dalam fasa
MATCH ini, perancang memilih matlamat kesihatan berdasarkan kepada beberapa faktor yang
berbeza termasukmasalah yang lazim tentang kesihatan, hubungan signifikan kepada masalah
kesihatan,masalah kesihatan yang berubah-ubah dan sebagainya. Dalam fasa ini juga, perancang
perlu memilih keutamaan populasi, mengenal pasti kelakuan kesihatan yang berkaitan dengan
matlamat kesihatan dan mengenal pasti faktor-faktor persekitaran seperti akses,sumber sedia ada,
kesesuaian latihan dan halangan. Dalam Fasa 2 MATCH, perancangan intervensi, perancang

menggabungkan objektif intervensi dengan sasaran dan tindakan intervensi. Ia dimulakan dengan
mengenal pasti sasaran kepada tindakn intervensi (TIAs) TIAs terdiri daripada individuyang
menggunakan pengaruh atau mengawal keadaan seseorang atau persekitaran yang mana ia
mempunyai hubungan kepada kesihatan seseorang dan matlamat tingkahlaku. Selepas mengenal
pasti TIAs, mereka akan memadankan dengan tingkah laku kesihatan dan faktor persekitaran
yang

telah

dikenal

pasti

di dalam

Apabila padanan telah dilakukan, perancang akan memilih tindakan intervensi

fasa
yang

1.
mahu

digunakan. Tindakan intervensi biasanya digunakan oleh pendidik kesihatan termasuk mengajar,
melatih, memberi kaunseling, perundingan, organisasi masyarakat, pemasaran sosial, dan
tindakan sosial. Jika TIAs adalah seseorang individu, perancang perlu mempertimbangkan faktor
sebab dan akibat pengantara yang berkaitan dengan tingkah laku sasaran seperti pengetahuan,
sikap, kemahiran, pengalaman dan kekuatan mereka.

Di dalam Fasa 3 MATCH adalah pembangunan program. Ia dimulakan dengan mencipta


komponen dan unit program. Komponen akan kerap diuruskan berdasarakan kepada kumpulan
populasi yang utama (lelaki, wanita dan minoriti dalam kumpulan umur), objektif yang
dicadangkan (merokok, diet, aktiviti fizikal), sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan
struktur unit (bilik darjah, perkhidmatan makanan, perkhidmatan kesihatan) atau saluran
intervensi (interpersonal, media). Selepas mencipta komponenprogram, perancang boleh
memilih sama ada mengambil kurikulum yang telah wujud atau membangunkan rancangan
sendiri. Ia juga termasuk pembangunan ke atas individuatau rancangan pengajaran.

Dalam Fasa 4, persediaan perlaksanaan, perancang melakukan persediaan untuk


melaksanakan dan mengawal selia intervensi. Untuk mendapatkan perlaksanaan yang efektif,
perancang hendaklah melaksanakan cadangan tertentu untuk diterima pakai dalam sebarang
perubahan. Kedua, perancang juga perlu membina keperluan, kesediaan dan sokongan
persekitaran

untuk

sebarang

perubahan.

Ketiga,

perancang juga perlu menyediakan bukti di dalam perlaksanaan intervensi. Keempat, perancang
juga perlu mengenal pasti dan memilih agen perubahan, pemimpin pendapat dan

meyakinkan

mereka dalam keperluan untuk melakukan perubahan. Akhirnya sekali, perancang juga
hendaklah mewujudkan hubungan kerja yang baik dengan pembuat keputusan. Sebagai
tambahan, bergantung kepada yang akan melaksanakan program ini, mungkin ada keperluan
untuk memilih, menyokong dan memantau mereka yang menjalankan pelaksanaan ini.

Fasa 5 merupakan fasa penilaian. Seperti model PRECEDE-PROCEED, penilaian


MATCH terdiri daripada komponen proses, kesan dan hasil. Penilaian proses adalah berkenaan
dengan utiliti pelan dan prosedur pelaksanaan, tahap dan kualiti pelaksanaan,dan kesan-kesan
pelaksanaan kepada hasil pembelajaran serta-merta. Kesan penilaian adalah dengan mengukur
pengantara yang disasarkan (seperti pengetahuan, sikap dan amalan), tingkah laku kesihatan dan
faktor-faktor persekitaran.Hasil penilaian biasanya difokuskan kepada tingkah laku kesihatan
tetapi mungkin juga dengan memantau perubahan jangka panjang dalam tingkah laku atau faktor
persekitaran. Walaubagaimanapun, masa yang diambil dalam beberapa keputusan untuk
membangunkannya, maka kerap berlaku dalam perancangan program di mana tidak ada masa
atau sumber yang cukup untuk membuat penilaian hasil.

FASA 1 PENETAPAN MATLAMAT

Saban hari, semua pelajar sibuk bersaing bagi mendapatkan keputusan yang semua A atau
PNGK 4.0 tetapi mengabaikan kesihatan kehidupan diri sendiri. Lama-kelamaan, tabiat ini telah
mendatangkan obesiti terutamanya di kalangan warga pelajar terutamanya yang masih berada di
sekolah rendah dan menengah. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah merancang satu
program promosi kesihatan di sekolah- seolah. Objektif program ini dijalankan adalah untuk
mempromosikan cara hidup sihat di tempat belajar. Pada masa yang sama, kerajaan juga
berkeinginan untuk mewujudkan tempat kerja yang menyokong aktiviti-aktiviti kawalan obesiti.
Seterusnya, kerajaan berharap melalui progam kesihatan ini boleh menghasilkan pelajar yang
sihat & produktif serta mengukuhkan perkhidmatan kesihatan pelajar di sekolah.

Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah obesiti adalah disebabkan tabiat


pemakanan yang tidak seimbang dan tidak menentu masa. Hal ini disebabkan kerja-kerja sekolah
yang banyak dan berat dipikul oleh seseorang pelajar telah mengakibatkan pelajar asyik sibuk
menyelesaikan semua kerja yang ada sehingga terabai atau terlupa untuk makan. Jadi, biasanya,
mereka akan makan tengah hari pada pukul 3 petang ataupun memakan makanan segera seperti
McDonald, Pizza Hut dan sebagainya.

FASA 2 PERANCANGAN INTERVENSI

Setelah menetapkan matlamat dan mengetahui faktor penyebab kepada masalah kesihatan
obesiti di tempat belajar, maka intervensi kesihatan perlu dirancang berdasarkan matlamat dan
faktor yang ditetapkan. Intervensi kesihatan boleh dijalankan terhadap 4 kumpulan pelajar
mengikut status kesihatan mereka iaitu sama ada pelajar yang obes, pelajar yang berisiko tinggi,
pelajar yang normal dan pelajar dengan masalah sosial.

Pelajar yang obes dan mempunyai penyakit kronik seperti Hipertensi, Diabetes Melitus yang
sedang mendapat rawatan adalah dinasihati untuk menghadiri tindakan susulan dan mengambil
rawatan seperti dinasihati oleh doktor yang merawat. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah
kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan hendaklah dirujuk untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Pelajar tersebut juga diberi pendidikan kesihatan bersama-sama dengan pelajar yang
mempunyai faktor risiko tinggi. Pelajar yang mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kronik
perlu diberiintervensi mengikut pakej intervensi khusus untuk anggota berisiko tinggi. Pelajar
yang normal pula diberi intervensi mengikut pakej intervensi umum bagi mencegah kejadian
faktor risiko tinggi yang boleh menyebabkan penyakit tidak berjangkit. Akhir, pelajardengan
masalah

sosial

seperti

merokok

dan

stres

akan

dirujuk

kepada

Employees Assistance Programme (EAP) yang merupakan aktiviti khusus untuk menangani
masalah-masalah sosial di kalangan pelajar.

FASA 3 PEMBANGUNAN PROGRAM

Untuk membangunkan lagi program ini, setiap pelajar perlu mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang cukup mengenai makan secara sihat dan seterusnya mengamalkan makan
secara sihat demi mencapai kehidupan yang berkualiti. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah
atau tuisyen boleh mewujudkan satu pantry yang selesa di tempat belajar. Di dalam pantri juga
boleh menyediakan sedikit makanan atauminuman ringan yang berkhasiat dan kurang berlemak.
Pada

masa

yang

sama,

majikan juga menyediakan beberapa paduan untuk mengamalkan tabiat pemakanan di dalam
pantry tersebut. Selain itu, risalah-risalah kesihatan boleh diedarkan kepada setiap pelajar dan
mereka dididik dengan tabiat pemakanan yang sihat.

FASA 4 PERSEDIAAN PELAKSANAAN

Bagi melaksanakan program ini, seorang penyelaras program perlu dilantik dalam
organisasi. Penyelaras program perlulah seseorang yang berkaliber, berpengaruh dantidak
mengalami masalah kesihatan dalam organisasi tersebut. Penyelaras ini bertanggungjawab untuk
merancang, melaksanakan dan memantau program kesihatan bagi memastikan program
kesihatan dapat berjalan dengan lancar ke arah kejayaan.Seterusnya, penyelaras perlu
menubuhkan Jawatankuasa Intervensi NCD bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti program yang
dicadangkan di atas. Semua anggota yang menyertai program ini perlu didaftar ke aplikasi
Kementerian Kesihatan Malaysia.

FASA 5 PENILAIAN

Dalam fasa penilaian ini, pemantauan ke tempat kerja perlu dijalankan secara berkala.
Setiap kali pemantauan dijalankan, catatan mengenai perubahan yang berlaku dicatat dalam buku
catatan. Pada akhir program ini, amat berharap terdapat perubahan yang ketara di kalangan
pelajar di tempat kerja itu. Contohnya, tekanan darah, BMI dantahap gula dan kolesterol pelajar
yang obes dan pelajar berisiko tinggi telah jatuh keparas yang normal. Pada masa yang sama,
pengambilan cuti sakit oleh pelajar yang obes berjaya dikurangkan. Akhirnya, pengekalan BMI
bagi pelajar yang normal. Dengan ini,wujudnya sekolah atau tempat belajar yang sihat dan
berproduktif.

Modul Pencegahan Obesiti mengandungi 5 topik utama dan kesemua topik tersebut boleh
dikendalikan dalam Rancangan Pembelajaran seperti berikut:

Setiap Rancangan Pembelajaran akan dinilai pada awal dan akhir sesi (pre & post) oleh
penceramah. Walaubagaimanapun, keberesanan Rancangan Pembelajaran di bawah modul ini
juga dapat dinilai secara keseluruhannya melalui penyediaan dan pembentanga cadangan kertas
kerja projek pada akhir program latihan / bina upaya dengan menggunakan Modul Asas Program
Promosi Kesihatan.

CADANGAN
Penambahbaikan terhadap program kesihatan boleh dijalankan dari semasa kesemasa
demi mencapai matlamat program ini. Pada pendapat saya, selain intervensi pemakanan sahaja
dijalankan di tempat belajar, malah intervensi-intervensi yang lain seperti pertandingan kurus
badan, pertandingan permainan dan aktiviti rekreasi atau kesukanan yang menggalakkan semua
pelajar terlibat boleh dijalankan di tempat belajar. Pengetua atau pihak pengurusan tuisyen boleh
menawarkan bonus kepada pelajar yang tidak mengambil cuti sakit pada akhir bulan. Pada masa
yang sama, ganjaran yang lumayan juga boleh ditawarkan kepada pelajar yang Berjaya
mengurangkan berat badannya ke tahap yang optimum. Pada cuti umum atau hujung minggu,
aktiviti senaman seperti Hari Kekeluargaan dan pertandingan badminton atau pingpong boleh
dijalankan. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengambil kesempatan ini untuk berehat dan
meluangkan masa yang lebih bersama keluarga mereka.

PENUTUP
Secara kesimpulan, gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina
di mana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga,
institusi masyarakat dan negara. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting
dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti
makan makanan yang seimbang, aktiviti senaman kerap dijalankan, tidur atau rehat yang
mencukupi, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan sebagainya. Kesemua
amalan gaya hidup yang sihat ini akan membawa kepada kehidupan kita banyak manfaat
dan kebahagiaan.

You might also like