You are on page 1of 16

SEKULARISME & NEO-MUATTILAH

Abdul Muizz Bin Muhammad

PENDAHULAN
Masalah pemikiran sekular yang menjajah umat Islam pada hari ini
merupakan ancaman yang cukup bahaya terhadap aqidah dan budaya
hidup mereka. Pendahuluannya, marilah kita mengamati 6 ayat dari
surah al-Nisa yang mengingatkan kita tentang ancaman sekularimse.

60. Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang


(munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada AlQuran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang
telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim
kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur
1

ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa


menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.

hendak

61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada


hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum
Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu
berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh
daripada menghampirimu.
62. Maka Bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu
kemalangan disebabkan (kesalahan) Yang telah dibuat oleh tangan
mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil
bersumpah: "Demi Allah, Kami tidak sekali-kali menghendaki
melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak Yang
berbalah)".
63. Mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang
ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka,
dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata
Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
64. Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya
ia ditaati Dengan izin Allah. dan kalaulah mereka ketika menganiaya
diri mereka sendiri datang kepadamu (Wahai Muhammad) lalu
memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun
untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.
65. Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan
beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam manamana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka
pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang
telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan
sepenuhnya.

LATAR BELAKANG
Sekularisme merupakan pemikiran yang memisahkan antara agama
dan negara ataupun dari kehidupan sekaligus. Ia bukanlah menafikan
agama secara total seperti yang dianggap oleh sesetangah pihak.
2

Jika menafikan agama ia terus difahami sebagai pemikiran ilhad


(atheis) yang terang-terangan kufur. Sebaliknya sekular membataskan
peranan gereja agar tidak boleh mencampuri urusan masyarakat dan
negara.
Atas dasar itu, ajaran sekular tidak menyekat syiar-syiar agama
dengan syarat agama sama sekali jangan diberi ruang berkuasa ke
atas masyarakat atau negara.1
Dr. Abdul Halim Mahmud di dalam muqaddimah kitabnya Dalail alNubuwwah menerangkan bahawa ilmaniyyah (sekularisme) jika
diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis maka akan dijumpai
perkataan laique yang bermaksud tiada agama yang layak
dinisbahkan untuk dunia.
Perkataan laique inilah yang disebarkan oleh yahudi ke Eropah seawal
kurun ke 13 hingga kurun ke 19 yang terkandung di dalamnya
peristiwa rampasan kuasa di Perancis.2
Penganut sekular sama sekali tidak dapat menerima konsep
Syumuliyyah al-Islam yang bermaksud kesempurnaan Islam. Agama
bagi mereka hanya layak diamalkan sekitar amalan menyambut
kelahiran, perkahwinan dan pengurusan kematian. Ia hanyalah anutan
kerohanian, bukan cara hidup.
Bagi mereka tiada agama termasuk Islam yang benar-benar sempurna
dan sesuai untuk semua zaman. Manusia perlu diberi kebebasan untuk
menentukan cara kehidupan masing-masing tanpa dibatasi agama.
Akibat dari pegangan tersebut, penganut-penganut sekular di kalangan
umat Islam mula hilang keyakinan terhadap Islam sendiri. Mereka tidak
menganggap Islam sebagai solusi. Kewujudan ruang vakum dalam
kehidupan beragama mereka diisi dengan kekaguman mereka
terhadap kemajuan Barat.
(Iaitu) orang-orang Yang mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman.
1 Dr. Ali Jarisyah, al-Ittijahat al-Fikriyyah al-Muasirah, m/s 73
2 Ibid 76
3

tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan


kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana Sesungguhnya kekuatan
dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya) Surah al-Nisa 139
Gejala menjuzuk-juzukkan Islam sememangnya telah diingatkan oleh
Allah;
Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab
Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah
balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain
dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak
mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah
tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan al-Baqarah 85
Bertitik tolak dari kewujudan kumpulan sekular dan kejatuhan Kerajaan
Islam Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka umat Islam mengambil
inistiatif menubuhkan gerakan-gerakan Islam. Front ini digunakan
antaranya untuk fokus bertempur menentang kumpulan sekular di
seluruh medan. Dari itu Imam Hasan al-Banna menyusun Usul 20 demi
memulihkan kefahaman umat Islam. Usul yang pertama berbunyi;
Islam merupakan sebuah sistem kehidupan yang lengkap mencakupi
seluruh aspek kehidupan. Islam merupakan negara dan tanah air, ia
juga merupakan kerajaan dan ummat. Islam merupakan sumber
akhlak dan kekuatan, ia juga sumber rahmat dan keadilan. Islam
merupakan asas budaya dan undang-undang, ia juga asas ilmu dan
kehakiman. Islam merupakan sumber material dan kekayaan, ia juga
pemangkin usaha dan kekayaan. Islam merupakan jihad dan dawah,
ia juga menumpukan sola ketenteraan dan pemikiran. Islamlah aqidah
yang paling benar, ibadat yang paling absah3
Al-Syahid Dr. Abdullah Azzam telah membuat penegasan dalam soal
pemikiran sekular. Beliau membawa topik tersebut di dalam ruang
aqidah dan meletakkan tajuk yang besar Menolak syariat Allah
merupakan perbuatan yang boleh mengeluarkan pelakunya dari Islam.

3 Muhammad Abdullah al-Khatib & Muhammad Abdul Halim Hamid, Risalah Taalim,
m/s 47
4

Beliau mengimbas ketegasan fatwa Imam Ibnu Kathir saat berhadapan


dengan perlembagaan Yasaq bikinan pemerintah Tatar yang terakam di
dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah;
Barang siapa yang meninggalkan syariat Allah yang telah diturunkan
ke atas Muhammad Bin Abdullah SAW penghulu bagi para Nabi, pada
masa yang sama rela berhukum dengan hukum lain maka
sesungguhnya dia telah kafir. Bagitu jugalah sesiapa yang berhukum
dengan Yasaq, maka tidak syak lagi dia telah kafir secara ijma 4

DARI EROPAH MEREBAK KE DUNIA ISLAM


Eropah yang dahulunya berada di zaman gelap melalui ledakan
kebangkitan Renaissance berjaya merubah landskap politik dan
budaya mereka. Bertitik tolak dari ketidak puasan hati mereka
terhadap
pemerintahan
gereja,
maka
mereka
membuang
pemerintahan teokrasi gereja.
William Gay Carr telah mendedahkan bahawa sebenarnya golongan
yahudi merupakan dalang sebenar di sebalik pemikiran sekular yang
memisahkan antara agama dan urusan negara 5. Ini disokong lagi
padanan
rangkap
huraian
Protokol
Zionis
ke
lima
yang
6
menggambarkan peranan mereka mencipta senario
penolakan
terhadap pemerintahan gereja di Eropah sekaligus sebagai simbol
penghapusan harapan terhadap agama;

4 Dr. Abdullah Azzam, al-Aqidah Wa Atharuha Fi Bina al-Jail, m/s 75-76


5 Dr. Ali Jarisyah, al-Ittijahat al-Fikriyyah al-Muasirah, m/s 62
6

Golongan Yahudi mengaut keuntungan terhadap tumbangnya kerajaan Teokrasi


Barat:Membersihkan sejarah Bani Israel yang membunuh jelmaan Nabi Isa dengan
menyebarkan doktrin konsep tersalibnya jelmaan Nabi Isa adalah untuk
pengampunan dosa umat.
2. Jatuhnya pemerintahan gereja bermakna terhapusnya kuasa gereja yang selama ini
menentang yahudi.
3. Mereka bebas menyebarkan Talmud atas nama kebebasan akademik hingga ketika
itu Talmud di angkat lebih tinggi dari Bible.

Citra raja sebagai utusan Tuhan telah terhapus dari benak rakyat dan
ketika itu juga kita berjaya menghapuskan keyakinan rakyat terhadap
Tuhan7
Secara luaran, yang terzahir masyarakat Eropah sudah serik dengan
kuasa gereja lantas mereka cuba mencari jalan keluar dengan
mencontohi sistem pemerintahan Islam bermodelkan Andalus yang
merupakan bumi Islam yang paling hampir dengan Eropah ketika itu.
Malangnya rahsia kejayaan mereka apabila mengambil sistem Islam
tidak dikongsi sesama masyarakat dunia.
Bahkan mereka hanya menghebahkan bahawa faktor sebenar Barat
Berjaya seperti hari ini adalah setelah mereka membuang agama
dalam urusan dunia mereka. Usaha tersebut demi melogikkan ajaran
sekular.
Jampi khayalan itu dimentera ke atas masyarakat Islam tanah-tanah
jajahan mereka. Jatuhnya Uhtmaniyyah, maka umat Islam beramairamai menjadikan sekularisme bawaan Kamal Attarturk sebagai anutan
negara, kononnya mahu maju seperti Barat.
Tanah Melayu turut menerima bahana sekular. Batu Bersurat
Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang sebagai bukti sejarah
bahawa asalnya Tanah Melayu merupakan Negara Islam yang
berdaulat.
(Di batu bersurat itu) tertulis tulisan Sanskrit Melayu dan tulisan Arab
yang menyatakan tentang perlaksanaan hukum hakam Islam dari
aspek muamalat seperti halalnya berjual beli, haramnya riba. Serta
tertulis hukum hakam jenayah Islam iaitu hudud dan qisas. Batu
tersebut bertarikh bulan Rejab 702 Hijrah. Ini bermakna Islam telah
datang dan terlaksana hukum hakamnya dalam tempoh yang lama ke
Tanah Melayu sebelum dari tarikh tersebut. 8
Nabi SAW telah berpesan;
7 Protocol Of Zion, m/s 85
8 Syeikh Abdul Hadi Awang, Syubuhat Wa Aqabat Haul Tatbiq al-Syariah Fi Malizya,
m/s 18-19
6




:

) :











Ambillah pemberian selagi ia adalah pemberian. Apabila pemberian
itu telah menjadi rasuah, maka janganlah ambil. Tidaklah apabila
kalian tidak mengambilnya menyebabkan kalian menjadi miskin atau
susah. Sesungguhnya roda Islam itu berputar, maka ikutlah putaran itu
bersama Kitab. Sesungguhnya antara Kitab dan pemerintahan akan
dipisahkan, maka janganlah kalian berpisah dengan Kitab.
Sesungguhnya aka ada pemerintah yang memerintah untuk laba
mereka bukan untuk kepentingan kamu. Sekiranya kalian sanggah
mereka, maka mereka bunuh kalian. Sekiranya kalian taat mereka,
maka kalian akan sesat Para bertanya Wahai Rasulullah, apa yang
perlu kami lakukan? Jawab Rasulullah Seperti yang dilakukan oleh
pengikut Nabi Isa. Mereka digergaji dengan gergaji, diseksa dengan
kayu. Mati dalam ketaatan Allah lebih baik dari hidup dalam maksiat
kepada Allah9
Wujudnya kediktatoran dan kekacauan, semuanya berpunca dari
manusia yang enggan mengiktiraf Islam sebagai sebuah agama yang
perlu dibumikan.
Al-Syahid Dr. Abdullah Azzam menyatakan bahawa punca utama
konflik kemanusiaan pada hari ini berpunca dari penyelewengan
9 Hadith Riwayat Tabarani dalam Awsat.
7

aqidah mereka10. Selari dengan apa yang telah diingatkan oleh hadith
di atas.

KEJATUHAN KHILAFAH & KEMUNCULAN ULAMA SEKULAR


Seolah-olah telah dirancang rapi setelah jatuhnya Khilafah
Uthmaniyyah, muncul sebuah buku agama yang ditulis oleh
agamawan yang terang-terangan menaja ajaran sekular. Buku yang
berjudul al-Islam Wa Usul al-Hukmi (Islam & Asas Hukum) telah ditulis
oleh Syeikh Ali Abdul Raziq yang merupakan antara tenaga pengajar di
al-Azhar Kaherah.
Beliau memulakan karier politik kepartian dengan menjadi Naib Ketua
Parti Ummah di Mesir seawal tahun 1907 dibawah seliaan Lord Cromer
yang merupakan pegawai besar British ke Mesir 1877-1907. Dari situ
terlihat jelas hubungan Ali Abdul Raziq dengan British. 11 Dr. Yusuf alQaradhawi membidas Ali Abdul Raziq dengan ungkapannya;
Penulis buku tersebut telah mendakwa satu dakwaan yang tidak
pernah diungkap oleh sesiapa sepanjang sejarah Islam. Kononnya
Islam merupakan agama, bukan negara. Islam hanyalah risalah
kerohanian semata-mata. Bahkan Muhammad SAW tidak diutuskan
untuk membina negara12

10 Al-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam kitabnya al-Aqidah Wa Atharuha Fi Bina al-Jail,
m/s 29 telah menekankan 5 kefahaman tentang Islam apabila berhadapan dengan
perbahasan pemikiran luar:Aqidah Islam diambil dari Allah. Ia merupakan manhaj
mutlak untuk seluruh kehidupan manusia di dunia hingga akhirat.
2. Aqidah ini menawarkan syariat yang merupakan satu-satunya jalan menuju
kebahagian dunia dan akhirat.
3. Islam satu-satunya ajaran yang menggabungkan antara kepentingan ruh dan jasad.
Ia juga sebuah cara hidup yang menggabungkan antara kepentingan beribadat dan
karier seperti yang telah dijelaskan oleh Said Qutb di dalam kitabnya al-Adalah alIjtimaiyyah.
4. Semua amalan dan usaha dibina di atas kepercayaan aqidah.
5. Semua amalan yang tidak diikat dengan aqidah, maka ia tiada nilai.

11 Ustaz Ismail Kailani, Fasl al-Din An al-Daulah, m/s 147


12 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah al-Syariyyah, m/s 20
8

Buku tersebut disanggah oleh Syeikh Muhammad Bakhit al-Mutiiy


deengan kitabnya berjudul Haqiqat al-Islam wa Usul al-Hukmi
(Hakikat Islam & Asas Hukum).
Selepas dari itu muncul pula Khalid Muhammad Khalid menulis buku
Min Huna Nabda (Dari Sini Kita Bermula) yang turut melampirkan
konten berpemikiran sekular. Usaha tersebut ditentang keras oleh
Syeikh Muhammad al-Ghazali dengan kitabnya Min Huna Nalam(Dari
Sini Kita Tahu).
Akhirnya Khalid Muhammad Khalid mengisytiharkan taubatnya di
dalam akhbar al-Akhbar al-Qahiriyyah Mesir;
Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya dahulunya terkesan dengan
gambaran pemerintahan gereja Eropah di zaman gelap. Saya terlupa
bahawa ketika zaman kegelapan Barat, Islam berada di posisi kontra.
Islam telah mempunyai segala fasiliti bagi sebuah negara lengkap.
Ajaran Islam sama sekali tidak mungkin memisahkan agama dari
urusan negara melainkan di sana boleh diwujudkan satu kemungkinan
mengasingkan agama dari agama 13
Jika dilihat sejarah pengukuhan pemikiran sekular di kalangan
masyarakat Islam, antara watak awal yang muncul adalah dikalangan
ilmuan-ilmuan Islam yang naf dan menjadi alat musuh.
Maka tidak pelik pada hari ini terkadang didapati kalangan ilmuan
berlatar belakang pendidikan Islam boleh menerima konsep sekular
sebagai satu logik beragama. Kitaran pertarungan itu akan terus
berterusan.

LEMBARAN BARU
Atas desakan zaman yang menyaksikan gerakan Islam semakin
mendapat tempat manakala gerakan sekular semakin dipandang jijik
terutamanya oleh masyarakat muslim, Barat melalui anak-anak
muridnya mula menjenemakan semula ajaran sekular.
Usaha ini demi memastikan ajaran terlaknat tersebut kekal relevan di
sisi masyarakat muslim. Bahkan proksi sekular di medan politik pun
dilihat turut mengalami perubahan dan penstrukturan semula
13 Op. cit, m/s 146-147
9

terutamanya sejak akhir-akhir 90an dan menjelma meraih perhatian


ramai di pertengahan 2000.
Antara tulisan popular kritikan Barat terhadap Islam adalah The Failure
Of Political Islam tulisan Olivier Roy. Buku tersebut sekaligus menjadi
signal arahan polisi perubahan Islam tajaan Barat yang disambut oleh
agen-agen mereka. Roy membidas golongan Islamis yang beliau
labelkan sebagai neo-fundamentalis yang dilihat konsisten membawa
agenda perlaksanaan undang-undang Islam.
Secara berterus terang Olivier Roy mengungkapkan tentang golongan
Islamis yang diwujudkan untuk menentang golongan neofundamentalis. Islamis yang Barat maksudkan perlu mengamalkan
Islamisasi bermodelkan Barat;
Yang lain, mereka boleh berkompromi mereka kemodenan Barat.
Membawa ulama menerima kemodenan di mana pada asalnya Islam
menolaknya, termasuklah menerima konsep pemisahan agama dan
politik, yang semestinya membawa kepada sekularisasi 14
Kini ancaman umat Islam berhadapan dengan proksi-proksi Barat di
kalangan umat Islam sendiri. Mereka menjalankan tugas Barat
menentang agenda perlaksanaan Islam secara syumul. Pada masa
yang sama mendabik dada kononnya menjadi pejuang kepada nilainilai baik Islam yang dakwa mereka mempunyai titik temu antara
anutan-anutan lain. Akhirnya dinobatkan perjuangan nilai, ditinggalkan
perjuangan perlaksanaan Islam.

SEKULAR YANG BAIK?


Pemuka Liberal Indonseia, Nurcholis Madjid telah memperkenalkan
bahawa sememangnya ajaran sekular merupakan akar kepada ajaran
Islam. Di dalam ucapannya pada 2hb Januari 1970 yang bertajuk
Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi
Umat, begitu juga dalam artikelnya yang lain bertajuk Sekali Lagi
Tentang
Sekularisasi,
beliau
telah
memperkenalkan
istilah
sekularisasi kepada masyarakat Islam Indonseia dengan mendakwa
bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme.
14 Olivier Roy, The Failure Of Political Islam, m/s 37
10

Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami


seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha..) itu
sendiri15. Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa;
Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses
sekularisasi lebih dahulu. Justeru ajaran tauhid itu pangkal tolak proses
sekularisasi besar-besaran16
Apa yang telah berlaku di Indonesia pada era 70an, kini melanda
Malaysia. Jika diamati kebelakangan ini, sudah ada ucapan-ucapan
yang bersahaja mengatakan bahawa sekular merupakan ajaran yang
baik bahkan ada perkaitan dengan konsep syahadah.

NEO-MUATTILAH
Dalam menyentuh soal sekular generasi baharu, penulis suka
melampirkan beberapa pendedahan dan ingatan dari Syeikh Yusuf alQaradhawi di dalam kitab-kitabnya.
Walaupun beliau tidak menggunakan istilah sekular generasi baharu,
penerangan beliau jelas menyingkap pemikiran bahaya yang semakin
menular di kalangan umat Islam yang dibahasakannya sebagai
golongan al-Muattilah al-Judud17.
Mereka menyangka bahawa mereka berpegang dengan Maqasid alSyariah dan ruh (nilai) agama. Sehingga melupakan nas al-Quran dan
Hadith Sahih. Mereka mendakwa bahawa agama itu hanyalah pada
nilai isinya bukan pada luarannya. Apabila kamu berhadapan dengan
mereka berbekalkan nas-nas yang muhkamat, pasti mereka berdolak15 Hakikatnya doktrin ini diciplak dari Harvey Cox yang merupakan pemikir Kristian.
Beliau antara yang awal mendakwa bahawa sekularisasi itu sudah ada dalam
ajaran-ajaran Bible.
16 Dr. Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, m/s 7-8
17 Golongan Muattilah terdahulu membuang aspek-aspek aqidah. Adapun
Muattilah moden pada hari ini membuang aspek-aspek syariat Dr. yusuf alQaradhawi, Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 85
11

dalih dan menyeleweng dari konteks sebenar. Mereka gemar


berpegang dengan perkara mutasyabihat dan menolak perkara yang
muhkamat. Mereka mendakwa diri mereka sebagai agen perubahan,
realitinya mereka adalah agen pembaratan18
Dalam tulisan yang lain, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mendedahkan
asal usul mereka;
Antara pemuka pemikiran ini adalah Muhammad Arkun yang berasal
dari Algeria. Dia mengemukakan pemikiran yang kononnya fokus
kepada maqasid syariah 19
Mereka mengalami masalah pemahaman terhadap syariat Islam.
Namun ghairah mengungkapkan istilah-istilah syariat serta konsepnya
walaupun apa yang disebutkan itu sama sekali bercanggah dengan
konteks sebenar. Rasional mengatasi autoriti nas.
Lebih menghairankan mereka cukup mengagungkan konsep-konsep
dan nilai Barat. Bagi mereka nas bukanlah rujukan yang absah untuk
zaman ini, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyindir pemikiran
mereka;
Apa yang dilihat oleh Barat sebagai baik, maka bagi mereka ia baik di
sisi Allah

SEMUA YANG DIRASAKAN MASLAHAT ADALAH ISLAM?


Golongan al-Muattilah al-Judud cuba membawa kefahaman baru
bahawa konsep syariat perlu didefinisikan semula.
Mereka mula
memperkenalkan doktrin;


Di mana didapati kebaikan, maka itu adalah syariat Allah
Usaha mereka demi merubah cara berfikir umat Islam bahawa unsurunsur yang baik tidak semestinya datang dari Islam secara tetap.
18 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah a-Syariyyah, m/s 228
19 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 87
12

Bahkan bagi mereka, mana-mana perkara yang dirasakan baik maka ia


adalah Islam walaupun dilihat bercanggah dengan Islam.
Konflik pemikiran ini bermula seawal cara mereka mengiktiraf kebaikan
yang semata-mata berdasarkan rasional. Ini sama sekali bercanggah
dengan pendirian Ahli Sunnah yang meletakkan penilaian baik dan
buruk adalah berdasarkan syara.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi membidas, sewajibnya perlu diungkapkan
konsep;

Di mana didapati
manusia20

syariat

Allah,

maka

itulah

kebaikan

untuk

Keberanian mereka bermain-main dengan autoriti nas turut dibahas


panjang oleh Ustaz Ismail al-Kailani yang turut melabelkan mereka
sebagai Muattilah. Mereka berpegang dengan kaedah songsang;
Sesungguhnya jika nas al-Quran tidak berpotensi menhasilkan
maslahat maka kami akan tinggalkannya. Sebaliknya kami akan
menerokai kebijaksanaan idea pemikiran manusia21
Golongan tersebut berhujah bahawa hukum berubah seiring dengan
perubahan zaman. Apa yang perlu ditekankan, konsep tersebut tidak
terpakai pada hukum syariat yang telah digazetkan secara jelas oleh
al-Quran dan Hadith.
Konsep tersebut diguna pakai dalam hukum hakam bersifat zanni yang
sememangnya memerlukan qias.22

MASLAHAT YANG HAKIKATNYA MUSLIHAT

20 Ibid m/s 116


21 Ustaz Ismail al-Kailani, Faslu al-Adin Wa al-Daulah, m/s 206
22 Ibid, m/s 206-207
13

Jika sekular terdahulu, mereka vokal menolak Islam secara terangterangan kerana ianya Islam. Mereka beranggapan Islam adalah
symbol kegagalan dan kemunduran.
Kelicikan sekular generasi baharu, mereka bijak memanipulasi istilahistilah syara dan dipadankan dengan nafsu mereka. Antara istilah
yang sering dimanipulasi adalah maslahat yang bermaksud kebaikan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi meletakkan beberapa tumpuan isu Islam yang
ditentang oleh mereka. Golongan al-Muattilah al-Judud menyambung
lidah sekular terdahulu yang bermati-matian menentang perlaksanaan
undang-undang Islam.
Bezanya dahulu mereka menolak keras tanpa alasan-alasan yang
kelihatan syarie. Kini mereka menolak perlaksanaan undang-undang
Islam dengan alasan-alasan yang dilihat seolah-olah syarie.
Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa mereka beserta sanggahan
serba ringkas:
Mereka kononya mahukan keadilan Islam tanpa undangundang Islam. Ibarat mahu kenyang tanpa makan.
Mereka meminta untuk menunggu hingga keadaan kondusif
baru boleh laksanakan undang-undang Islam. Ibarat tunggu
sembuh baru berubat.
Mereka beralasan perlu pastikan rakyat semua faham Islam
terlebih dahulu baru boleh laksanakan undang-undang Islam.
Bagaimana dapat dipenuhi tuntutan tersebut sedangkan orang
jahil lahir setiap minit.
Mereka mendakwa bahawa hudud, qisas dan ta'zir bukan satusatunya fokus Islam. Ya, itu semua bukan semata-mata fokus
Islam. Bahkan ia merupakan mekanisma yang diperintahkan
oleh Allah untuk memperbaiki negara dan rakyat. Maka ia
adalah tuntutan agama dan isu nasional.
Mereka melaungkan yang penting kita laksanakan maqasid.
Hakikatnya maqasid bukanlah perlaksanaan. Sebaliknya ia
adalah kesan yang terhasil setelah melaksanakan syariat. Oleh
kerana itu ia dinamakan Maqasid al-Syariah.
14

Menolak dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan


kanun jenayah syariah adalah antara ciri masyarakat yang rosak.
Masing-masing menolak seolah-olah mereka semua pernah terlibat
dengan kesalahan-kesalahan tersebut.
Sepatutnya logik kita memikirkan, semakin rosaknya masyarakat
bermakna semakin mereka memerlukan Islam. Ibarat pesakit yang
sedang tenat amat memerlukan ubat dengan kadar segera.
Bukan setakat menolak perlaksanaan undang-undang islam, bahkan
sampai ke satu tahap mereka sanggup menolak rukun Islam atas nama
masalahat.
Kami telah menyaksikan mereka yang menolak nas atas nama
maslahat sehinggakan mereka menolak rukun Islam, solat, puasa,
zakat dan haji. Mereka mendakwa bahawa kononnya solat akan
mengganggu kualiti masa bekerja, zakat akan menggalakkan
kemalasan bekerja, puasa akan merosotkan produktiviti dan haji
adalah amalan yang sengaja mencari susah sedangkan kita dicipta
untuk mencari susah23
Usaha-usaha mereka hanya membenarkan amanat Nabi SAW;


,


,

,
,
,
"Akan terungkai ikatan islam satu persatu, setiap kali terungkai satu
ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Ikatan
pertama yang terungkai adalah perundangan dan akhirnya adalah
solat"24

23 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah al-Syariyyah, m/s 248


24 Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim.
15

PENUTUP
Kita selaku umat Islam perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan
perkembangan musuh. Mereka tidak akan berputus asa memastikan
kita tetap jauh dari berpegang teguh dengan ajaran islam.
Aku wajib beriman dengan penuh yakin bahawa masa depan pasti
milik Islam. Ia datang dari Allah, sudah pastilah ia merupakan satusatunya ajaran yang paling berkesan dan mampu menguruskan
seluruh urusan dan memimpin manusia25
Kita jangan sesekali berputus asa dari menghadapi musuh Islam yang
ramai. Sememangnya menjadi idaman mereka melihat umat Islam
sudah tidak optimis dengan masa depan Islam. Dr. Imaduddin Khalil
dalam tulisannya Lubah al-Yamin Wa al-Yasar menyatakan;
Oleh itu menjadi tugas mereka memburuk-burukkan cara hidup ini
(Islam) dan mengugurkannya dari jiwa pendukung-pendukungnya.
Sehingga mereka berjaya mencipta satu jenis perasaan mengalah
dalam jiwa orang-orang Islam agar mereka tidak ada keinginan lagi
untuk kembali kepada agama mereka26

25 Fathi Yakan, Maza Yani IntimaI Li al-Islam, m/s 63


26 Dr. Saaduddin Sayyid Saleh, Strategi Musuh Menentang Islam, m/s 73
16

You might also like