You are on page 1of 9

- -

4650

2564






- - 1987


HUBUNGAN SESAMA ISLAM
Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan
janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan,
dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan
"jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara.
Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada
boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada
boleh menghinakannya.
Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup
banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang
Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya
dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.
SYARAHANNYA :
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Selain Muslim lagi hadishadis riwayat yang lain daripadanya yang di antara kandungannya ada
sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut.
NILAINYA :
1

Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di mana
ditegaskan secara perintah akan larangan-larangannya yang tiada boleh
dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudraan itu.

Perkara yang mengenal hubungan di antara orang Islam :


1.

Beberapa Perintah Larangan

Pada hadis tersebut Rasullah ada menerangkan perkara yang mengenai


hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan
beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi ; iaitu
janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan
dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.
Dengki ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada
seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain
atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu
perkara atau keadaan.
Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah, jiwanya tidak
tenteram , kerana ini dia berusaha untuk menghilangkan suatu kelebihan yang
ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan
berikhtiar untuk memindah sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain itu
kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk
menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyai
semata-mata kebencian yang melulu, kerana dia sendiri tidak berhajat kelebihan
itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut adalah tercela dan inilah
perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan oleh Iblis
terhadap nabi Allah Adam a.s sehingga baginda dikeluarkan dari tempat
kediamannya dalam syurga.
Sementara itu ada pula sejenis perasaan dengki atau hasad yang
terbunuh dalam jiwa seseorang, tetapi dia berdiam diri, tidak ada usahanya yang
jahat sama ada dengan perkataannya mahupun dengan perbuatannya untuk
menumpas suatu kelebihan orang lain. Hasad seperti ini diharap tiada
menyebabkan dosa, sebagaimana sabda Rasul yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam ada hasadnya, dan tiada mendatangkan
kemudaratan kepada orang hasad oleh hasadnya selama ia tiada pernah
bercakap lidah atau berbuat dengan tangan."
Seterusnya ada lagi sejenis perasaan hasad yang terbunuh dalam jiwa
tetapi segera dilenyapkan serta ditumbuhkan perasaan cinta kepada orang yang
mendapat kelebihan dan didoa supaya ia dalam selamat dan sejahtera. Inilah
satu-satunya perasaan yang membuktikan kesuburabn iman yang dipuji.
Setelah Rasullullah menerangkan larangan dengki atau hasad, maka
diterangkan pula larangan bertipu-tipuan dan berbencian dengan sabdanya yang
2

bermaksud : " Janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbencibencian di antara kamu."
Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga
barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan
orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala
perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.
Larangan benci-bencian ialah melarang seseorang membenci dengan
menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh
dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara
seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk
dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah
S.A.W bersabda yang bermaksud ; " Tidak akan kamu masuk syurga sehingga
kamu beriman. Dan tidak (dikata) buat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih ?
Iaitu syiarkanlah Islam di antara kamu."
Kemudian Rasullullah menerangkan larangannya dengan sabdanya ;
"Janganlah kamu berbelakang-belakangan atau berpaling-palingan ialah
melarang perbuatan ini dilakukan oleh seorang semata-mata oleh perkara dunia.
Pada hadis yang lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Bukhari dan
Muslim, Rasullullah S.A.W. menerangkan :
"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada
menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini
berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik
dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."
Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :
"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana
musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."
Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu
dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara
sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya
berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau
barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang
engkau beli itu. "
Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya
: seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan
penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih
tinggi. "
Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya
kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang
menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada
meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya."
Larangan tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh hadis adalah am
meliputi kepada orang Islam dan kepada orang kafir, demikian menurut
pendapat kebanyakan fuqaha kecuali Imam Ahmad dan orang ramai yang
3

mengatakan larangan itu adalah khas kepada orang Islam tidak kepada orang
kafir.
Setelah diterangkan segala larangan ini satu persatunya, maka
Rasullullah dijelaskan pula keadaan orang Islam dalam pergaulan dengan
sabdanya :
Sabdanya ini memberi suatu petunjuk jiwa. Jika mereka mematuhi sepenuhmya
segala larangan itu, maka terwujudlah kasih mesra sebagai saudara yang
senasib bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama sesuai dengan
pengajaran Islam.

2.

Orang Islam Saudara Orang Islam

Kemudian Rasullullah menerangkan selanjutnya keadaan sifat orang


Islam. Orang Islam adalah saudara orang Islam. Yang demikian, tiadalah boleh
dianiayainya, tiada boleh dibiarkannya, tiada boleh didustainya, juga tiada juga
dihinanya. Larangan ini wajib dihormati untuk memelihara perpaduan di antara
orang Islam yang di akui sebagai saudara.
Orang Islam tiada boleh menganiaya orang Islam, kerana penganiayan
bertentangan dengan keperibadiaanya sendiri. Tetapi orang Islam wajib
membantu menghindarkan penganiayaan itu serta menolong saudaranya yang
berbuat penganiayaan dan saudaranya yang dianiaya ; dan tiada boleh ia
membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan teradapnya tetapi
dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bagi melaksanakannya. Mengenai
hal ini Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tolonglah saudara engkau, yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia
berkata : Ya Rasullullah ! Aku pernah menolong orang yang dizalimi, maka
bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda :
Engkau tegah ia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti
engkau menolong akan dia"
Pada hadis yang lain Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa
barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan
orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah
di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang
menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia
dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat.
Juga orang Islam tiada boleh mendustakan saudaranya orang Islam
kerana pendustaan menyebabkan hilangnya perasaan kepercayaan. Lebih-lebih
lagi pendustaan itu dipercayai oleh saudaranya. Pendustaan seperti ini adalah
4

suatu perkara pengkhianatan, sebagaimana sabda Rasullullah : "Besarlah


pengkhianatan bahawa engkau menceritakan kepada saudara engkau suatu
cerita yang ia percaya kepada engkau, padahal yang sebenarnya engkau
berdusta kepadanya."
Demikian pula orang Islam tiada boleh menghinakan saudaranya orang
Islam sama ada dengan perkataan atau tingkah lakunya. Sebab penghinaan
bukanlah sikap yang baik dalam persaudaraan, malah sikap inilah yang
menimbulkan perbezaan pandangan seseorang dalam pergaulan, dan
tumbuhnya adalah dari perasaan sombong yang terselit di hati ; iaitu perasaan
memandang kepada diri dengan pandangan yang mulia dan sempurna tidak
sebanding dengan orang lain yang dianggap hina susah menderita.
Setelah itu Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini..sambil
menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau
petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara
berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah
dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia,
sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."
Akhirnya oleh Rasullullah S.A.W. dijelaskan pula bahawa sudah cukup banyak
kejahatan seseorang jika ia merendahkan atau menghinakan orang Islam dengan
cara merosakkan keselamatan badannya atau menjatuhkan maruah atau
kehormatan atau dengan apa sahaja yang dipandang tiada sopan di luar garisan
perikemanusiaan. Dan perbuatan seperti ini adalah haram di atas orang Islam
melakukannya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut.
Demikianlah beberapa larangan Rasullullah S.A.W kepada setiap orang Islam
untuk memelihara kemurnian hidup persaudaraan yang tiada dibatasi oleh
kekeluargaan, oleh warna kulit dan keturunan dan oleh kedudukan. Mereka
adalah sebagai satu kaum keluarga, satu jiwa, satu hati, satu akidah dan satu
ibadat, satu hala dan satu tujuan, satu tempat datang dan satu pula tempat
pergi, sakit sama merasa sakit dari senang sama merasa syukur. Benarlah apa
yang digambarkan Rasullullah S.A.W dalam sabdanya yang terkenal : "Bandingan
orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka
dan bertolong ,tolongan mereka seperti bandingan satu badan : Apabila sakit
satu anggota daripadanya tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur
dan demam."
Pada hadis yang lain dijelaskan bahawa "Seorang mukmin bagi seorang mukmin
itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu
seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit
kepalanya sakitlah sekaliannya."
PETUNJUKNYA :
Bahawa di antara yang ditunjuk oleh hadis yang ketiga puluh lima ini ialah :
1.
Hadis ini menunjukkan secara tegas bahawa Rasullullah S.A.W melarang
setiap orang melakukan sebarang perbuatan yang mencederakan atau merosak
kehormatan saudaranya dari orang Islam. Sebab orang Islam mempunyai
kemuliaan dan kehormatan peribadinya, harta miliknya dan maruahnya atau
nilai hidupnya, larangan yang ditegaskannya itu ada sebanyak sembilan perkara
dalam bidang pergaulan umum dan hubungan perniagaan yang kesemuanya
5

merupakan suatu petunjuk yang sangat berguna kepada orang Islam di segala
tempat dan zaman.
2.
Juga menunjukkan bahawa orang Islam dalam dunia ini adalah
bersaudara kerana ini mana diharamkan ke atas setiap orang Islam mengerjakan
suatu yang bertentangan dengan hak persaudaraan itu. Rasullullah dalam hadis
tersebut menegaskan perintahnya mengenai hal persaudaraan tersebut iaitu :
"Berkata Al-Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : "Hendaklah kamu menjadi
sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunana
yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-menasihati, bantu
membantu serta bertimbang rasa."
Inilah di antara petunjuk hadis yang sangat patut diambil perhatian oleh
setiap orang Islam untuk memelihara keteguhan dan keutuhan perpaduan dalam
hubungan persaudaraan kerana dengan pemeliharaan ini wujudlah perasaan
muhibbah diselubungi oleh suasana aman damai.
Dan inilah pula dasar persaudaraan Islam yang diasas di atas tuntutan
agama, serta dipelihara dengan semangat pengajarannya dalam mana perasaan
muhibbah yang sejati menjadi terasnya. Maka dengan semangat ini terdapatlah
saling hormat menghormati, bantu-membantu, berusaha untuk mewujudkan
kebaikan, menghindarkan kejahatan dan ini pula yang menjadi amalan hidup
seseorang dalam masyarakatnya. Andaikata, oleh suatu hal seorang itu tidak
dapat melaksanakan amalan ini, maka hendaklah dia hidup berdiam diri, tak
usahlah mengganggu atau menyusahkan orang lain. Ikutilah pengajaran ini :
"Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin
iaitu :
Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah
engkau menyusahkan dia.
Kedua, jika engkau tidak mahu menyukakan dia maka janganlah engkau
mendukakan dia dan ;
Ketiga, jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela
dia Wallahhualam.

- -
-

4552

- - 1829

- -


- 4621 - 1974
2548




- -


9914




- - -




467

























- -

- 48 - 27


- -

2557







- -






2310






- - 863



- -











2312


- - -
- 695 1682


You might also like