You are on page 1of 2

Keruntuhan akhlak remaja kini disebabkan guru-guru gagal menterjemahkan FPK.

Bincangkan.
Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) merupakan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Pertamanya ialah, guru gagal mengaplikasikan FPK di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar kerana guru hanya mementingkan
perkembangan akademik pelajar tanpa menitikberatkan pembangunan
sahsiah di dalam diri pelajar. Hal ini kerana, sesetengah sekolah yang hanya
mementingkan pencapaian akdemik tanpa perlu menyeimbangkan
pembangunan nilai rohani di dalam diri setiap pelajar. Kegagalan pihak
organisasi sekolah melaksanakan pembangunan sahsiah memberi natijah
kepada peningkatan kepincangan keruntuhan moral dalam kalangan belia
kini kerana kuranganya penerapan nilai moral di dalam diri mereka.
Selain itu, perubahan yang berlaku kepada emosional dan rohaniah setiap
pelajar di dalam kelas tidak dititikberatkan kerana menganggap tugas
mereka sebagai guru hanya mengajar sahaja dan masalah yang dihadapi
murid ditolak ketepi kerana guru menganggap masalah dalaman pelajar
bukanlah bidang mereka untuk menyelesaikan. Situasi ini, membawa kesan
kepada gangguan tumpuan pelajar di dalam kelas sehingga menyebabkan
hilangnya minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran
di sekolah. Keadaan ini meyebabkan pelajar terbabit kehilangan semangat
kesekolah kerana mereka menganggap masalah mereka semakin terbeban
jika menghadirkan diri kesekolah. Maka, budaya remaja ponteng ke sekolah
kian berlerluasa tanpa kawalan di sebabkan kelemahan guru gagal mengikuti
etika pembelajaran yang betul.
Seterusnya, sesetengah guru yang hanya mengajar tanpa menggunakan
pendekatan teknik pembelajaran yang berbeza di dalam kelas. Jika guru
gagal menggunakan teknik pengajaran yang seimbang maka menyebabkan
wujudnya jurang perbezaan di antara pelajar yang lemah dengan pelajar
yang bijak. Hal ini, kerana setiap pelajar mempunyai tahap penerimaan
kefahaman sesuatu perkara yang berbeza dan memerlukan teknik yang lebih
efisin agar pelajar lebih mudah untuk menerima. Kegagalan guru menangani
masalah ini maka wujudnya pelajar yang ketinggalan di dalam pelajaran dan
wujudnya jurang pemisah antara pelajar cemerlang dengan lemah. Malahan,

remaja lebih cenderung menghabiskan masa bersosial bersama rakan


mereka dengan melakukan aktiviti negatif berbanding menghadirkan diri ke
sekolah.
Kesimpulannya, kegagalan guru memahami FPK menyebabkan remaja tidak
berminat untuk meluangkan masa mereka dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, semua guru perlulah memahami dengan jelas
konsep FPK agar dapat dipraktikan dengan betul di sekolah.

You might also like