You are on page 1of 1

Arahan : Jawab semua soalan

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ( 30 MARKAH )


Soalan 1 hingga 30
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

1.Tuhan mengamanahkan kepada manusia tugas menguruskan alam. Antara yang


berikut, manakah yang menunjukkan kegagalan manusia melaksanakan tugasnya?

I Pembakaran terbuka
II Pembebasan asap hitam
III Penanaman semula flora
IV Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

2. Alam merupakan anugerah Tuhan. Kita perlu


A menebang pokok untuk mencari keuntungan yang maksimum
B membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai
C melindungi keaslian alam
D membangunkan kawasan hutan dengan
sewenang-wenangnya

3. Seseorang yang mempunyai harga diri akan melakukan perkara-perkara yang berikut
kecuali
A merosakkan diri dan menjejaskan masa depan diri
B sentiasa menjalani kehidupan yang sihat
C melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada diri
D menjaga maruah

4. Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawabkecuali


A seorang pengurus syarikat menyediakan laporan projek yang lengkap dan tanpa
sebarang kesalahan
B para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber
C juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan
D cikgu memeriksa buku kerja pelajardengan teliti

You might also like