You are on page 1of 7

1.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Saya mengajar Tingkatan 1KRK 1 bagi mata pelajaran Matematik.


Walaupun kelas 1KRK 1 merupakan kelas rancangan khas yang pertama
di sekolah saya tetapi semasa saya mengajar Bab 1 – Whole Numbers di
bawah sub-topik 1.4 Prime Numbers, saya dapati pelajar-pelajar
menghadapi masalah untuk menyenaraikan nombor perdana walaupun
tajuk ini merupakan tajuk yang mudah. Hal ini dapat dibuktikan daripada
pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Apabila saya menyuruh mereka menyebutkan nombor perdana di antara 1
hingga 100, tiada seorang pun pelajar yang dapat memberikan jawapan
yang betul. Selepas itu saya memberikan latihan bertulis pula yang terdiri
daripada 5 soalan, hasilnya tetap sama iaitu kesemua 20 orang pelajar
gagal menjawab kesemua soalan dengan betul.

Berikut adalah antara contoh kesilapan yang dapat dikesan semasa


pelajar menjawab soalan latihan:

i- How many prime numbers are there between 30 and 40?


Jawapan Pelajar :5
Jawapan sebenar : 2

ii- List all the prime numbers between 16 and 32.


Jawapan Pelajar : 17, 19, 21, 23, 25, 27, 29 and 31
Jawapan sebenar : 17, 19, 23, 29 and 31

Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak dapat
membezakan di antara nombor ganjil dan nombor perdana. Mereka juga
menghadapi masalah untuk menghafal nombor-nombor perdana.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya melabelkan
pelajar-pelajar ini sebagai pelajar pandai, cepat menghafal dan mudah
memahami penerangan saya tanpa sebarang aktiviti untuk membuktikan
sesuatu nombor itu adalah nombor perdana. Apa yang saya lakukan
adalah dengan hanya menerangkan secara lisan bahawa nombor
perdana adalah satu nombor yang hanya boleh dibahagikan dengan
dirinya sendiri dan nombor satu sahaja. Saya hanya mengambil 2 nombor
sebagai contoh kemudian saya mengarahkan pelajar menjawab soalan
latihan.

2. Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, di dapati pelajar tidak dapat:


a) membezakan di antara nombor ganjil dan nombor perdana
b) menyenaraikan nombor perdana di dalam julat tertentu

1
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, pelajar akan
terus mengatakan bahawa nombor ganjil dan nombor perdana adalah
nombor yang sama. Mereka juga tidak akan tahu bagaimana untuk
menentukan bahawa satu nombor itu adalah nombor perdana. Selain itu,
pelajar juga akan terlepas peluang untuk memperoleh sekurang-
kurangnya 2 markah di dalam peperiksaan PMR kerana biasanya akan
terdapat satu soalan berkenaan nombor perdana dan satu soalan lagi
berkaitan faktor perdana yang juga menggunakan pengetahuan nombor
perdana.

Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan kaedah ‘ Cari Lagi Satu’.
Kemudian saya menjalankan sejenis permainan untuk menguatkan lagi
kefahaman mereka terhadap nombor perdana. Melalui kaedah ini pelajar
tidak perlu menghafal nombor-nombor perdana kerana jika mereka
menghafal mereka akan lupa pada satu masa kelak.

3. Objektif Kajian

i- Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran pelajar menyenaraikan nombor perdana melalui


kaedah ‘Cari Lagi Satu’.

ii- Objektif Khusus

Pada akhir kajian ini pelajar-pelajar akan dapat:

 menentukan sesuatu nombor itu adalah nombor perdana.


 menyenaraikan nombor perdana di antara 1 hingga 100.
 mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini dilaksanakan terhadap 20 orang pelajar tingkatan 1 KRK 1.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Untuk mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya


telah membuat tinjauan melalui pemerhatian dan ujian pra.

2
i- Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, didapati penerangan secara lisan yang saya
gunakan memang tidak membantu pelajar untuk menentukan
nombor perdana.

ii- Ujian Pra


Ujian ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Ujian ini
terdiri daripada 8 soalan. Soalan-soalan pula terdiri daripada
berbagai bentuk untuk memastikan agar pelajar memang betul-
betul memahami konsep nombor perdana. Jawapan bagi ujian
pra tidak dibincangkan tetapi saya terus menjalankan aktiviti P&P
dengan memperkenalkan kaedah ‘Cari Lagi Satu’.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

i- Analisis Pemerhatian
Melalui pemerhatian saya mendapati bahawa kumpulan pelajar ini
menganggap bahawa semua nombor ganjil adalah nombor
perdana. Walaupun ada pelajar yang cuba menghafal tetapi
mereka tetap tidak dapat menyenaraikan dengan lengkap apabila
mereka di minta menyenaraikan nombor perdana di dalam satu
julat yang tertentu.

ii- Analisis Ujian Pra

Jadual 1 : Analisis Ujian Pra

BIL KEPUTUSAN BILANGAN


PELAJAR
(%)
1 Salah Semua 20
(100%)

Jadual 1 menunjukkan kesemua 20 orang pelajar gagal menjawab


semua soalan yang diberikan dengan betul.

3
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

i- Aktiviti

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang terperinci adalah


seperti berikut:

 Guru memperkenalkan kaedah ‘Cari Lagi Satu’ dengan


mengarahkan pelajar membina jadual. (sila lihat lampiran)
 Pelajar akan menjalankan aktiviti dengan membahagikan setiap
nombor daripada 1 hingga 100 dengan 1, dirinya sendiri dan satu
nombor yang lain.
 Permainan carikan ku pasangan dijalankan untuk memperkuatkan
lagi kefahaman pelajar.

ii- Bahan

 Kad nombor yang terdiri daripada semua nombor ganjil dan


nombor 2.

5.4 Pelaksanaan Tindakan

i- Aktiviti 1 : Cari Lagi Satu

 Pelajar diarahkan membina jadual seperti di bawah:

Numbers Divide by Divide by Divide by Prime


1 itself other Number or
number Not
1
2
3

 Pelajar perlu menyelesaikan aktiviti ini daripada 1 hingga 100.


 Setiap nombor perlu dibahagikan dengan 1, dibahagikan dengan
dirinya sendiri dan kemudian pelajar perlu mencari satu nombor
lain yang boleh membahagilan nombor tersebut tanpa
meninggalkan sebarang baki.
 Jika mereka dapat mencari satu nombor yang boleh
membahagikan nombor tersebut tanpa sebarang baki bermakna
nombor itu bukanlah nombor perdana maka mereka perlu
menandakan pangkah ( X ) di petak yang terakhir.
 Jika mereka tidak dapat mencari apa-apa nombor yang lain yang
boleh membahagikan nombor tersebut tanpa sebarang baki

4
bermakna nombor tersebut adalah nombor perdana maka
mereka perlu menandakan betul ( √ ) di petak yang terakhir.
 Proses ini akan berulang sehingga nombor 100 dan pelajar
dibenarkan menggunakan kalkulator.

a- Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian dari aktiviti yang telah dijalankan didapati


pelajar berasa seronok dan tidak tertekan. Mereka mudah
memahami arahan dan oleh itu mereka dengan mudah dapat
melengkapkan jadual. Penggunaan kalkulator juga membantu
mempercepatkan proses.

b- Refleksi

Saya dapati mereka mula sedar bahawa tidak semua nombor ganjil
adalah nombor perdana. Selain itu nombor 2 didapati satu-satunya
nombor genap yang merupakan nombor perdana.

ii-Aktiviti 2 : Carikan Ku Pasangan

 Pelajar hendaklah bermain di dalam kumpulan yang terdiri


daripada 4 orang. Setiap 4 orang pelajar ini akan dibantu oleh
seorang pelajar yang lain untuk berbincang.
 Pelajar akan diberikan satu set kad nombor yang terdiri daripada
nombor 2 dan semua nombor ganjil.
 Setiap pelajar akan diberikan dengan 3 kad sebagai permulaan
dan mereka dikehendaki memasangkan satu kad nombor
perdana dengan satu lagi nombor perdana yang lain. Jika ada
mereka boleh meletakkan kedua-dua nombor itu di bawah
menandakan kad asal mereka telah berkurangan.
 Jika kad-kad yang mereka perolehi itu tiada satu pun nombor
perdana atau hanya satu sahaja, maka mereka perlu mengambil
kad yang lain daripada lebihan kad yang diagihkan di awal
permainan tadi yang diletakkan di tengah-tengah kumpulan.
 Sesiapa yang memegang kad nombor 2 tidak perlu
memasangkannya terus boleh diletakkan di bawah kerana
keistimewaannya.
 Proses ini akan berulang sehingga kad yang berada di tengah-
tengah kumpulan itu habis.
 Pelajar yang memegang kad yang paling sedikit dianggap
sebagai pemenang.

5
a- Pemerhatian

Pelajar dapat mengenal pasti nombor-nombor perdana dengan


cepat. Ada di antara pelajar yang terlupa mereka cepat-cepat
menggunakan kalkulator untuk mencari nombor yang boleh
membahagi tersebut tanpa sebarang baki. Selain itu, pelajar yang
dilantik sebagai pembantu juga membantu dengan berkesan dan
cepat. Mereka dilihat sungguh ceria dan dalam waktu yang sama
bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan.

b- Refleksi

Kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan menyedarkan saya


bahawa belajar bukan setakat guru menerang dan pelajar
mendengar. Pelajar juga boleh belajar melalui permianan jika ia
disusun dengan baik dan teratur. Selain itu, pelajar tidak perlu
menghafal urutan nombor perdana daripada 1 hingga 100 kerana
mereka telah tahu kaedah menentukan nombor perdana. Menghafal
adalah cara kurang berkesan kerana pelajar boleh terlupa pada bila-
bila masa sahaja.

5.5 Refleksi Kajian

Saya sebagai pengkaji amat berpusa hati kerana terdapat


perubahan dari segi pencapaian pelajar dalam menyenaraikan
nombor perdana di dalam julat yang diminta. Selain itu, keyakinan
diri pelajar juga dapat ditingkatkan kerana mereka tidak perlu lagi
meneka-neka adakah sesuatu nombor itu nombor perdana ataupun
tidak. Ini dapat dibuktikan daripada keputusan ujian pos yang saya
jalankan selepas aktiviti yang kedua. Soalan ujian pos adalah sama
dengan soalan ujian pra.

Jadual 2 : Analisis Ujian Pos

BIL KEPUTUSAN BILANGAN


PELAJAR
(%)
1 Betul Semua 17
(85%)
2 Betul 7 2
(10%)
3 Betul 6 1
(5%)

6
Jadual 2 menunjukkan terdapat 17 orang pelajar (85%) telah
memperoleh markah 100%. 2 orang pelajar (10%) telah salah
menjawab satu soalan kerana menganggap 51 adalah nombor
perdana sedangkan 51 boleh dibahagikan dengan 3 tanpa
sebarang baki. Seorang lagi pelajar pula merupakan pelajar yang
agak lambat berbanding rakan –rakan yang lain. Beliau tidak dapat
menyelesaikan 2 soalan yang terakhir.

Walau bagaimanapun, keputusan ujian pos di atas tetap


menunjukkan kejayaan yang amat memberangsangkan berbanding
ujian pra. Seorang pelajar itu akan diberikan bimbingan tambahan
agar beliau lebih berjaya.

6. Cadangan Kajian Seterusnya

Saya akan mencadangkan kepada rakan sepanitia kaedah ini dan


berharap mereka akan dapat menggunakannya semasa proses P&P
mereka. Selain itu, untuk tahun-tahun yang akan datang saya akan
menyediakan jadual khas agar pelajar tidak perlu melukis jadual seperti
yang saya lakukan tahun ini. Mereka hanya perlu melengkapkan jadual
tersebut dan ini akan menjimatkan masa.

You might also like