You are on page 1of 7

Soalan: Terangkan ciri-ciri utama pembandaran Tamadun

Mesopotamia
Pendahuluan:

 Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun.


Perkembangan bandar dan tamadun tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa bandar-
bandar wujud di setiap tamadun awal. Bandar adalah satu unit politik, suatu petempatan yang
didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.
Proses pembandaran atau urbanisasi pula boleh didefinisikan sebagai proses migrasi penduduk
yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan keluasan
ruang.

 Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dan dikenal sebagai Tamadun Sumeria

 Tamadun Mesopotamia muncul di sekitar Sungai Tigris dan sungai Euphrates

 Asal kata nama Mesopotamia adalah daripada bahasa yunani yang bererti tanah di antara dua
sungai.

 Mesopotamia berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M

 Banyak kerajaan muncul, berkembang dan kemudiannya merosot.Kerajaan yang terawal ialah
kerajaan Sumeria dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea

 Tamadun mesopotamia boleh dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu

ZAMAN TEMPOH MASA


Kerajaan Sumeria 3500-2340 S.M
Kerajaan Akkad 2371-2006 S.M
Kerajaan Ur 2113-2006 S.M
Kerajaan Babylon awal dan lama 2000-1530 S.M
Kerajaan Kassites 1530-1100 S.M
Kerajaan Assyria 1100-626 S.M
Kerajaan Chaldea 626-539 S.M

 Apabila kerajaan Chaldea jatuh, Parsi menguasai Kawasan Mesopotamia

 Kerajaan yang menjadi penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia adalah Sumeria,
Akkad, Ur, Babylon utama dan Assyria
Isi Jawapan:

1) Ciri-ciri petempatan kekal dan perkembangan

 Bukti-bukti arkeologi menunjukkan muncul petempatan kekal di Karim Shahrir dan Qalat Jarmo.
 Menjelang tahun 5750 S.M, dua petempatan awal diasaskan di kawasan utara lembah
Mesopotama, iaitu Hassuna dan Tell Sawwan.
 Di Hassuna, sebuah bangunan yang mungkin sebuah rumah berhala kecil ditemui yang dikenali
sebgai toloi.
 Antara ciri-ciri penting pertempatan di Mesopotamia ialah
 Rumah dibina daripada tanah liat
 Rumah mengandungi beberapa bilik
 Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan perternakan
 Tembok dirikan di sekeliling petempatan

 Perkembangan petempatan di Mesopotamia melalui beberapa tahap tertentu:

TAHAP CIRI-CIRI PETEMPATAN

Eridu  Merupakan tahap awal dalam perkembangan petempatan di selatam Mesopotamia


(5500-4300 S.M)  Penduduk tinggal alam kelompok kecil dan bekerja sebagai petani dan nelayan
 Terdapat 18 lapisan pembinaan di Eridu dan mempunyai rumah berhala kecil pada lapisan
yang paling bawah

Ubaid(4300-3500  Penduduk tinggal dalam rumah yang dibina daripada reed


S.M)  Sebuah rumah berhala kecil yang dibina pada tahap Ubaid ditemui dalam runtuhan ziggurat
di Eridu
 Rumah- rumah berhala mempuntai tiga ciri utama iaitu sebuah mazbah, ruang untuk
meletakkan patung tuah dan meja pemujaan

Uruk(3500-3100  Kampung kampung berkembang menjadi Bandar


S.M)  Kompleks keagamaan besar seperti Ziggurat Anu dan Eanna precint dibina
 Kubur kubur yang mengandungi barang-barang pengebumian ditemui

Uruk IV Dan  Muncul Bandar Bandar di utara dan tengah Mesopotamia.


Uruk III  Wujud Stratifikasi sosial ekoran desakan terhadap penguasaan tanah yang subur
(3100-2900)  Rumah-rumah berhala lebih besar dan bertingkat dikenali sebagai ziggurat didirikan.

Dinasti Awal  Pada tahap ini bandar bandar berkembang pesat menjadi unit politik, ekonomi dan agama
(2900-2334 S.M)  Rumah-rumah berhala memiliki tanah-tanah pertanian,sistem pentadbiran dan
kakitangan masing masing.
 Bandar-bandar mempunyai sistem pentadbiran tersendiri yang dikawal oleh majlis
perhimpunan.
2) Pembentukan Bandar

 Kemunculan bandar dalam tamadun Mesopotamia dapat dikesan sejak pertengahan abad ke-4
S.M
 Menjelang zaman dinasti awal, terdapat 13 buah bandar di mesopotamia
 Antar bandar bandar penting di Mesopotamia ialah Babylon, Assur, Mari, Lagash, Uruk, Ur, Kish<
Hattusa dan Nippur

 Keluasan Bandar
Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai keluasan yang berbeza

BANDAR KELUASAN
Lagash 1800 ekar persegi
Babylon 2500 ekar persegi  Ciri-ciri bangunan
Antara bangunan yang dibina ialah
Uruk 1100 ekar persegi
Hattusa 450 ekar persegi
BANGUNAN CIRI-CIRI
Assur 150 ekar persegi
Istana  Didirikan mengguna batu berkualiti tinggi
 Dilengkapi dengan tangga besar, tiang besar dan ukiran
 Pada zaman Asyiria, Istana mempunyai deretan patung singa di
laluan masuk
Rumah berhala  Terdapat di Bandar- Bandar
 Didirikan bertingkat-tingkat seperti piramid
 Tempat pemujaan berada di bahagian puncak menara
 Contoh menara ziggurat: menara Babel
Rumah kediaman  Dilengkapi dengan perabot seperti meja dan kerusi
 Rumah-rumah kediaman di dirikan dalam satu deretan yang
mempunyai lorong-lorong panjang dan sempit
 Mempunyai saiz yang berbeza tetapi pelan yang sama
 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

3) Kemunculan sistem pentadbiran

Pentadbiran di Mesopotamia mempunyai 2 bahagian iaitu:


Pentadbiran pusat
• Negara kota di sumeria mempunyai struktur pentadbiran yang teratur dan diketuai oleh
raja.
• Raja dipilih oleh dewa Negara kota dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
• Raja memainkan peranan sebagai panglima, ketua pendeta, dan ketua hakim
• Raja dibantu oleh pesuruhjaya , ketua penyelia dan jurutulis.
• Pada zaman Ur ke-3 terdapat sistem pemerintahan pusat yang kuat.
• Raja-raja Ur melantik Ensi untuk melantik wilayah.
• Semasa pemerintahan Hammurabi, langkah-langkah diambil dari segi sosial,
pentadbiran dan keagamaan untuk mengukuhkan kerajaan pusat.
• Gabenor-gabenor di provinsi dikawal ketat dan segala tindakan mereka harus
dimaklumkan kepada kerajaan pusat
• Semasa pemerintah Assyiria, raja merupakan pemerintah mutlak dan bertanggungjawab
dalam bidang keagamaan dan pentadbiran
• Raja melantik gabenor provinsi, ketua pendeta dan panglima perang dalam golongan
bangsawan
• Pegawai-pegawai kerajaan seperti ketua komander, pengawas istana, pemegang mohor
diraja bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan pusat.

Pentadbiran wilayah
• Pada zaman Ur, empayar Ur dibahagikan kepada 4 wilayah yang di tadbir oleh Ensi yang
dilantik oleh raja.
• Wilayah-wilayah tidak mempunyai kuasa autonomi dalam bidang pemerintahan dan
tertakluk kepada arahan daripada kerajaan pusat
• Raja melantik sakkana di Bandar-bandar seperti Uruk,Mari dan Der.
• Setiap wilayah dikehendaki membayar ufti tahunan dan jumlah ufti ini ditetapkan
menerusi perundingan yang dilakukan oleh emissary .
• Ensi-ensi dari wilayah selatan dikehendaki membekalkan binatang ternakan untuk di
korbankan dalam upacara-upacara keagamaan.
• Semasa pemerintahan Hammurabi, gabenor-gebenor wilayah diawasi dan dikawal oleh
kerajaan pusat.
• Hammurabi memberi hak memungut cukai dan mengadili kes-kes kecil kepada assembly
of elders yang ditubuhkan di peringkat wilayah.

4) Pembangunan sistem ekonomi

Pembangunan ekonomi mesopotamia berpunca daripada aktiviti

i) Perniagaan
Pasar
• Senarai harga barang-barang yang dijual dipamerkan pasar
• Terdapat kedai-kedai menjual barang-barang mewah di Sippar yang dikenali sebagai Bit Mahirim
ii) Perdagangan
Gudang
 Di setiap pusat komersil atau Karu, terdapat gudang yang membolehkan pedagang
menyimpan barang dagangan mereka.

5) Pekembangan prasarana dan teknologi


Prasarana dan teknologi adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah tempat untuk
memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga penduduknya.

Pintu gerbang
• Terdapat monumen di pintu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat. Raja membina patung
mereka berhampiran pintu gerbang .Pintu gerbang juga sebagai pusat sivik, perhimpunan akan
diadakan berhampiran pintu gerbang.
• Procession street :  Perarakan diadakan di jalan besar yang melalui pintu gerbang
semasa perayaan tahun baru.
• Terdapat lapan pintu gerbang di Babylon, setiap pintu masuk dinamakan sempena nama tuhan,
pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama.

Pembinaan jalan
• Jalan-jalan menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain di dalam bandar.
• Jalan di bandar Ur mempunyai lebar yang standard dan bersilang pada sudut yang tepat.
• Terdapat jalan suci di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci digunakan  untuk perarakan
semasa perayaan tahun baru. Terdapat monumen yang indah di kedua-dua  belah jalan suci

Taman Bergantung Babylon


• Taman bergantung babylon merupakan suatu pekerkembangan prasarana kerana binaan ini
mempunyai taman rekreasi.

6) Perkembangan kebudayaan

Budaya ialah cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia.
Ia juga berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.

Terdapat beberapa faktor dan bukti yang menunjukkan terdapat pekembangan budaya pada tamadun
Mesopotamia

i) Agama
- Ziggurat
• Upacara pemujaan dan penyembahan dilakukan di dalam ziggurat (rumah ibadah)
• Ziggurat dibina untuk menempatkan rumah berhala tuhan utama
• Patung tuhan dibuat mengikut amalan ritual yang ditetapkan
• Upacara sembahyang diadakan setiap hari di ziggurat
• Semasa upacara sembahyang dijalankan, alat-alat muzik dibunyikan dan lagu-lagu suci
dinyanyikan
ii) Tulisan
• Sistem tulisan Mesopotamia dipanggil CUNEIFORM. Bermula dalam bentuk tulisan
bergambar
• Berkembang kepada tulisan berebntuk simbol yang ditulis pada tanah liat
iii) Kesusteraan
• Sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraanhasil kesusasteraan yg terkenal ialah
• Epik Gilgamesh- menceritakan tentang pemerintahan, percintaan kehidupan yg kekal abadi dan
kesaktian

7) Perkembangan sistem pertahanan

Sistem pertahanan diwujudkan untuk mempertahankan diri, masyarakat, agama dan


negara daripada serangan musuh
Tembok pertahanan :

• Fungsi : Menjadi sempadan antara bandar dan luar bandar,


barisan pertahanan semasa peperangan.
• Bentuk pertahanan yang berbeza : segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur,.
• Bandar Ur dan Uruk bentuk pertahanan berbentuk bujur, bandar Zenjirli,
tembok pertahanan berbentuk bulatan.
• Raja  bertanggungjawab untuk memelihara dan perbaiki tembok-tembok pertahanan.

Disesetengah bandar, terdapat dua tembok pertahanan iaitu :

TEMBOK KETERANGAN
Tembok pertama Dibina di sekeliling istana, rumah berhala, dan
tempat kediaman pegawai istana

Tembok kedua Dibina meliputi kawasan-kawasan pinggir


bandar

Kubu pertahanan

a) Tradisi membina kubu dalam Bandar bermula sejak tahun 3000 S.M
b)Bandar-bandar lama mempunyai kubu di bahagian tengah
c) Bandar-bandar baru seperti Calah, Nineveh dan Dur Sarukin yang
dibina oleh Raja Assyiria mempunyai kubu di luar Bandar

8) Organisasi sosial

Dari segi struktur sosial, masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapisan iaitu

Raja
• Raja berkuasa mutlak
• Raja berkuasa di dalam bahagian pemerintahan dan pentadbiran, ketenteraan, dan keagamaan.
Golongan bangsawan (Marbanuti)
• Tugas utama ialah membantu raja menjalankan pentadbiran
• Golongan bangsawan terdiri daripada pegawan kerajaan seperti panglima tentera,
ketuapendeta dan gabenor provinsi.
Golongan professional (Ummane)
• Terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doktor, jurutulis, dan golongan artisan.
• Golongan ini mempunyai persatuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi pekerjaan mereka
Rakyat biasa dan hamba (hupshi)
• Terdiri daripada golongan petani, askar dan hamba
• Golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang yang boleh dijual beli

Berdasarkan kedudukan ekonomi dan sosial , masyarakat Mesopotami dibahagikan kepada


a) golongan atasan
b) golongan menengah
c) golongan rendah

9) Pengkhususan pekerjaan
Pengkhususan pekerjaan dalam pemerintahan

Tugas raja adalah :


• Memberi arahan dan khidmat nasihat kepada pembesar
• Melantik pembesar
• Menerima aduan rakyat dan menyelesaikannya
• Menerima kunjungan diplomat luar
• Mengawasi kerja pembinaan rumah berhala dan membaiki yang lama
• Berkuasa melantik paderi.

Tugas Pendeta:
 menjaga rumah ibadat, kuil
 mengutip cukai
 penulis salasilah raja
 berperanan dalam perlantikan raja

Pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat

Pertanian
 cucuk tanam untuk dtukar dengan bahan mentah lain

Perdagangan
 berkembang di antara wilayah Mesopotamia hingga ke Lembah Indus

Artisan
 Pengusaha dan pembuatan tekstil, tembikar, alat keperluan harian dan sebagai tukang rumah

Tentera
 Mempertahankan negara kota daripada serangan musuh

Kesimpulan

Ciri-ciri yang telah diterangkan telah membawa kepada perkembangan pembandaran tamadun
Mesopotamia.Ciri-ciri ini juga membawa kepada kestabilan dalam pelbagai bidang dan terbukti bahawa
ia menjadikan tamadun Mesopotamia semakin maju.

You might also like