You are on page 1of 3

LAPORAN FESTIVAL PERMAINAN KECIL (BOCCIA)

ANJURAN PISMP BM/PJ/KS

Tarikh : 29 SEPTEMBER 2010 (Rabu)


Masa : 7.45 pagi – 10.45 pagi
Tempat : PADANG IPG KAMPUS KOTA BHARU
Penglibatan 1. Guru Pelatih PISMP semester 2
: PISMP MT/BI/BM 1 - 21 orang
: PISMP MT/BI/BM 2 - 21 orang
: PISMP BM/PJ/MU - 19 orang
: PISMP BM/PJ/PSV - 17 orang
: PISMP BM/PJ/KS - 22 orang
:PISMP PK(BM)/PJ/KS -
2. Para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pada tanggal 29 September 2010, seramai 100 orang pelajar telah melibatkan diri dalam
Festival Permainan Kecil (BOCCIA) yang dianjurkan oleh PISMP BM/PJ/KS. Penganjuran festival
permainan kecil ini merupakan salah satu komponen wajib kerja kursus bagi subjek Pergerakan
Asas yang kami pelajari.

Melalui penganjuran festival ini, hampir keseluruhan objektif pertandingan telah


dicapai. Kami berjaya menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan peserta yang terdiri
daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta berbeza keturunan. Selain itu,
sebagai warga belia, pemeliharaan permainan tradisional yang merupakan khazanah yang
tidak ternilai ini, menjadi keprihatinan kami untuk memikul tanggungjawab tersebut untuk
merealisasikannya. Memandangkan permainan konda-kondi merupakan antara permainan
yang hampir dilupakan banyak orang, penganjuran festival ini berjaya mencapai standardnya
tersendiri , sesuai dalam zaman moden ini disamping melalui aktiviti yang menguji kekuatan
fizikal dan mental, semangat kerjasama dan toleransi dapat dipupuk dalam kalangan peserta.

Saya sebagai bendahari Festival Permainan Kecil ( BOCCIA ) telah mengutip kepada
setiap ahli kelas kami sebanyak Rm 2.00 untuk membeli alatan-alatan yang digunakan dan air
minuman untuk disediakan pada hari pertandingan.Jumlah yang terkumpul hasil dari
kumpulan kami sebanyak Rm 24.00 . Kami membeli alatan seperti tepung gandum untuk di
buat garisan dalam permaianan. Harga yang kami peruntukkan untuk membeli tepung
sebanyak Rm 6.00.
Selain itu , minuman yang disediakan sebanyak Rm 15.00.Kos gula yang dibeli sebanyak
empat kampit yang berharga Rm 7.20 dan kos membeli kordial sebanyak Rm 7.00. Saya rasa
sebagai seorang bendahari, duit yang dikutip sebanyak Rm 2.00 cukup untuk dibelanjakan
semasa festival permaianan kecil ini.

Sekalung penghargaan dan sejuta apresiasi kami tujukan kepada rakan-rakan sekelas
yang telah sudi menyubangkan duit bagi menjayakan program kita hari ini. Ribuan terima kasih
juga kepada individu-individu yang telah banyak menyumbang tenaga, wang ringgit serta idea-
idea yang bernas lagi boleh diguna pakai untuk melancarkan lagi majlis ini.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

....................................................................... .......................................................................
(AMIRUL NA’AIM BIN AZIZAN) (NORHANITA BT OTHMAN)
Bendahari Naib Setiausaha
Penganjuran Festival Permainan Kecil Penganjuran Festival Permainan Kecil
(Boccia) anjuran PISMP BM/PJ/KS. (Boccia) anjuran PISMP BM/PJ/KS.

You might also like