You are on page 1of 11

Perakaunan-Dari Wikipedia bahasa Melayu

Perakaunan

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian
mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan
bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber.

Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-
proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus,
ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada
perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-
mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan -
yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan
ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP),
sejauh mana yang dianggap mustahak (material).

Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh
dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti Chartered Accountant (di UK, New Zealand, Kanada,
India, Australia, Pakistan), Certified Public Accountant (AS, Hong Kong), Certified Management
Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada), Certified Practicing Accountant
(Australia). Beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan
perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public"
accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General
Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja
audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun 2005.

Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus,
penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti
pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan
rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga dikenali sebagai
bookkeeping.

Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi
perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua catatan
bagi setiap pertukaran yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam satu akaun,
serta satu catatan kredit yang serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun yang lain. Jumlah
kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini
memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem ini julung kali digunakan di
Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah pihak mengakui bahawa sistem ini
direka di Greece zaman kuno.

Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit


perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah
diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan
kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah
prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:

Rujukan
Bil. Konsep/Prinsip Keterangan Langsung dari
wikipedia
Pemilik dan perniagaan
1 Entiti berasingan merupakan dua pihak  
berasingan.
Perniagaan dianggap
mempunyai hayat yang
2 Badan berterusan going concern
berterusan dan tidak dibubarkan
dalam jangka pendek.
Hanya item yang boleh
Wang sebagai
3 dinilaikan dalam wang  
ukuran
direkodkan dalam buku akaun.
Urus niaga direkod berasaskan
kos belian pada tarikh belian
4 Kos sejarah historical cost
tersebut walaupun nilai semasa
boleh berubah.
Hayat perniagaan dibahagikan
Tempoh
5 kepada tempoh yang sama dan  
perakaunan
tetap.
Semua hasil mesti dipadanka
dengan belanja dalam sesuatu
Matching
6 Konsep pemadanan tempoh perakaunan untuk
Principles
mencari keuntungan bagi
tempoh berkenaan.
Setiap urus niaga direkod dalam
Prinsip catatan dua akaun yang berasingan di
7 Double-entry
bergu sebelah yang bertentangan
dengan amaun yang sama.
Item perakaunan yang serupa
dikendalikan dengan cara yang
8 Ketekalan  
sama, konsisten, pada setiap
tempoh perakaunan.
9 Materialiti Item perakaunan yang penting Materiality
sahaja diambil kira dalam
penyediaan laporan kewangan.

Perakaunan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Kewangan

Fail:Banknotes.jpg

Pasaran kewangan
Pasaran bon
Pasaran saham (Ekuiti)
Pasaran pertukaran asing
Pasaran terbitan
Pasaran barangan
Pasaran spot (tunai)
Pasaran OTC
Pasaran harta tanah
Penyerta Pasaran
Pelabur
Spekulator
Pelabur institusi
Kewangan korporat
Kewangan berstruktur
Modal pembelanjaan
Pengurusan risiko kewangan
Penggabungan dan pemerolehan
Perakaunan
Penjelasan kewangan
Perauditan
Agensi kadar kredit
Kewangan peribadi
Kredit dan Hutang
Kontrak pekerjaan
Persaraan
Perancangan kewangan
Kewangan awam
Cukai
Bank dan Perbankan
Perbankan simpanan-berperingkat
Bank pusat
Senarai bank
Simpanan
Pinjaman
Bekalan wang
Pengawalan kewangan
Pelantikan kewangan
Skandal perakuanan
Sejarah kewangan
Gelembung pasaran saham
Kemelesetan
Kajatuhan pasaran saham
Kotak ini: papar • bincang • sunting

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan


kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat
keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan
kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses
yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus,
ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada
perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi
mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi
pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak -
mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan
yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material).

Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi
boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti Chartered Accountant (di UK, New
Zealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), Certified Public Accountant (AS, Hong Kong),
Certified Management Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada),
Certified Practicing Accountant (Australia). Beberapa negara Komanwel seperti Australia
dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil
(certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan
Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh
undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah
Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun 2005.

Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk


pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang
lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan.
Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga
dikenali sebagai bookkeeping.

Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi
perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua
catatan bagi setiap pertukaran yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam
satu akaun, serta satu catatan kredit yang serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun
yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua
catatan kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem
ini julung kali digunakan di Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah
pihak mengakui bahawa sistem ini direka di Greece zaman kuno.

Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit


perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu
telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku
sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini
tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung
kepada keadaan ekonomi.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Sejarah
 2 Kelayakan dan peraturan profesional
o 2.1 Negara-negara Komanwel
 3 Firma perakaunan utama di dunia
 4 Topik perakaunan
o 4.1 Audit
o 4.2 Jenis perakaunan
o 4.3 Prinsip-prinsip akaun
 5 Konsep perakaunan
 6 Konvensyen perakaunan
o 6.1 Penggunaan komputer dalam perakaunan
o 6.2 Piawaian perakaunan
o 6.3 Agensi
o 6.4 Accounting standard-setting bodies
o 6.5 Badan penetapan piawaian audit
 7 Lihat juga
 8 Pautan luar

Sejarah

Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun manusia (orang
Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan
catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian.

Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik (sistem catatan bergu) barangkali
telah difahami orang di Itali sebelum tahun 1495, sewaktu Luca Pacioli (1445 - 1517), juga
dikenali sebagai Friar Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di Venice.

Buku ilmu perakaunan bahasa Inggeris yang tertua pernah diketahui diterbit di London oleh
John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku ini dikenali sebagai A Profitable Treatyce
called the Instrument or Boke to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse
reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor and Creditor
(Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku untuk belajar mengetahui susunan
baik penyimpanan pihak yang dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang).

Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh John Mellis dari
Southwark, di mana beliau berkata, "Akulah yang memperbaharui dan membangkitkan
semula sesuatu catatan lama yang dicetak di sini di London pada 14 Ogos 1543: dikumpul,
diterbit, dibuat dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle, Scholemaster,
yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik, maka adanya buku ini di Lorong
Marko, mukim Santo Ollaves." John Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan
yang dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk "selepas bentuk
Venice".

Buku yang digelar The Merchants Mirrour, or directions for the perfect ordering and
keeping of his accounts formed by way of Debitor and Creditor (Cermin Saudagar, atau
panduan bagi penyusunan dan penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah
Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali, oleh Richard
Dafforne, seorang akauntan, diterbitkan pada tahun 1635, mengandungi banyak rujukan
kepada karya-karya yang lebih terdahulu mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku
ini, bertajuk "Opinion of Book-keeping's Antiquity" (Pandangan Antikuiti Penyimpanan
Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang penulis yang lain, bahawa
sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku ini ketika itu telah dipakai di Itali
selama dua ratus tahun, namun kaedah yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu
zaman Julius Caesar di Rom purba ("but that the same, or one in many parts very like this,
was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.")

Seorang pengarang Belanda tampil untuk mencadangkan bahawa sistem catatan bergu wujud
ketika zaman Yunani purba, merujuk kepada perakaunan saintifik yang sudah lebih lama
dicipta daripada yang disangkakan.

Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak—edisi kedua pernah diterbit
pada tahun 1636, edisi ketiga pada tahun 1656, dan keempat pada tahun 1684. Buku ini
merupakan karangan yang paling lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan
terperincinya; edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini banyak
dihargai pada abad ke-17. Sejak itu terdapat bekalan yang berterusan bagi hasil sastera dalam
subjek ini, kebanyakan pengarangnya menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru
jurusan ini, maka terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah.

Pada awal abad ke-18, perkhidmatan akauntan di kota London digunakan dalam penyiasatan
urus niaga seorang pengarah South Sea Company, yang telah lama berurusan dengan saham
syarikat. Ketika penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak
catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya dikenali sebagai
Observations (Pemerhatian) dihasilkan dengan penyemakan catatan Sawbridge and
Company, oleh Charles Snell, Writing Master and Accountant di Foster Lane, London.
England mereka konsep Akauntan Berpiagam (Chartered Accountant) pada abad ke-19, yang
kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran Akautan Awam Sah (Certified
Public Accountant).

[sunting] Kelayakan dan peraturan profesional

Syarat-syarat kemasukan dalam profesion perakaunan berbeza mengikut negara.

[sunting] Negara-negara Komanwel

Di United Kingdom, Kanada, Australia, Malaysia dan beberapa Negara-negara Komonwel


lain, persamaan Certified Public Accountant (CPA) termasuk Chartered Accountant (CA - di
UK, negara Komanwel dan bekas tanah jajahan British), Chartered Certified Accountant
(ACCA - United Kingdom), International Accountant (AIA - United Kingdom), Certified
Public Accountant (CPA - Ireland and CPA - Hong Kong), Certified General Accountant
(CGA - Canada), dan Certified Practising Accountant (CPA - Australia).
Sila rujukkan pada statut terkini mengudit hak-hak perbadanan perakaunan di atas dalam
individual jurisdictions and distinction from non-audit bodies for various consumers. Di UK,
hanya 3 akauntan chartered (England & Wales, Scotland dan Ireland) dan persamaan mereka
(AIA and ACCA) adalah "Auditors Berdaftar" di bawah Akta Syarikat.

ACCA juga sangat dikenali dan kualifikasi yang sangat diketahui di UK, sama dengan sebuah
CA tetapi dipegang oleh papan lain ICAEW.

[sunting] Firma perakaunan utama di dunia

"Empat juruaudit besar" adalah firma perakaunan terbesar pelbagai negara.

 PricewaterhouseCoopers
 Deloitte Touche Tohmatsu
 Ernst & Young
 KPMG

4 firma perakaunan Besar semua boleh melatar belakang sejarah mereka pada firma di
Eropah, dari mana mereka telah menurun melalui sebaris penggabung. Kebanyakan firma itu
berasal dari United Kingdom. Apabila keminatan perdagangan British mengembang, firma
berkerosponden telah didirikan di merata dunia oleh pertubuhan itu. Firma-firma adalah
persatuan perkongsian dalam setiap negara daripada mengadakan struktur klasik pada
pemegang syarikat dan subsidiari, tetapi setiap mempunyai sebuath persatuan 'payung'
antarabangsa untuk ko-ordinasi. Meskipun, oleh kerana saiz paling berpengaruh ekonomi
Amerika Syarikat, pejabat-pejabat 4 firma perakaunan Besar berasaskan di Amerika Syarikat
telah mewujudkan lebih jualan dari 4 pejabat firma perakaunan Besar yang lain di dunia
bergabung.

Sebelu Enron dan skandal perakaunan lain, ada lima firma besar lain dan dipanggil Lima
Besar. Sejak amalan assurance Arthur Andersen berpisah, dengan suatu kejamakan
menggabungkan KPMG di AS dan Deloitte & Touche di luar AS, Arthur Andersen berpisah
dari kumpulan tersebut. Sebelum ini adalah juga pengumpulan yang dirujuk sebagai "Enam
Besar" dan "Lapan Besar".

Enron rupa-rupanya suatu siri skandal perakaunan pertama satu-satunya yang menyelubung
industri perakaunan pada 2002.

Ini lebih-lebihnya mendapatkan akibat yang far-reaching untuk industri perakaunan A.S.
Application of International Accounting Standards berasal di Papan Piawai Perakaunan
Antarabangsa beribupejabat di London dan bearing more resemblance to UK daripada US
practices kini sering disokong oleh mereka yang menyatakan kaitan penstabilan sistem
perakaunan U.K. (yang mempebaharui dirinya sendiri selepas skandal pada lewat 1980an dan
awal 1990an). Pembaharuan perakaunan pada jenis lebih komprehensif disokong oleh mereka
yang melihat isu dengan kapitalisme atau ekonomi, dan mencari kebertanggungjawapan
ekologi atau masyarakat.

[sunting] Topik perakaunan

Lihat pula senarai topik perakaunan untuk senarai lengkap.


[sunting] Audit

 Assurance services
 Audit
 Audit teknologi maklumat

[sunting] Jenis perakaunan

 Perakaunan kos
 Asas-tunai dan asas-akrual
 Financial accountancy
 Perakaunan dalam dan luar
 Perakaunan pengurusan
 Perakaunan projek
 Perakaunan positif
 Perakaunan persekitaran
 Perakaunan tanggung jawab masyarakat

[sunting] Prinsip-prinsip akaun

Prinsip-prinsip perakaunan, peraturan dalaman dan tindakan dikenalpasti melalui pelbagai


istilah seperti konsep, konvensyen, tenet, anggapan, aksiom, dan postulat.

[sunting] Konsep perakaunan

 Konsep entiti {Entity concept)


 Konsep aspek duaan (Dual aspect concept)
 Konsep usaha berterusan (Going concern concept)
 Konsep tempoh perakaunan (Accounting period concept)
 Konsep ukuran wang (Money measurement concept)
 Konsep kos sejarah (Historical cost concept)
 Konsep penyesuaian kos dan hasil mengikut masa (Periodic matching of cost and revenue
concept)
 Konsep bukti objektif boleh dikenalpasti (Verifiable objective evidence concept)
 Konsep realisasi (Realisation concept)
 Konsep tertunggak (Accrual concept)

[sunting] Konvensyen perakaunan

 konvensyen disclosure
 konvensyen materiality
 konvensyen consistency
 konvensyen conservatism

Penggunaan komputer dalam perakaunan

 Perisian perakaunan
 Pangkalan data
 Program spreadsheet
Piawaian perakaunan

 Amerika Syarikat generally accepted accounting principles

 United Kingdom generally accepted accounting principles

 International Financial Reporting Standards

Konsep Perakaunan
Tinggalkan komen Go to comments

1. Berterusan
2. Pemadanan
3. Ketekalan
4. Materialiti
5. Entiti Berasingan
6. Wang Sebagai Ukuran
7. Tempoh Perakaunan
8. Kos Sejarah
9. Prinsip Catatan Bergu

1. BERTERUSAN

· Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu tempoh yang
sangat lama
· Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.

2. PEMADANAN

* Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah belanja bagi
tempoh itu ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
* Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari
untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kerana ia merupakan
urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
* Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga tempoh perakaunan akan dating
(walaupun wang sudah dibayar atau diterima) tidak dianggap sebagai belanja atau pendapatan
bagi tempoh perakaunan semasa.

3. KETEKALAN

* Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam


akaun-akaun secara konsisten.
* Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentang aktiviti
perniagaan.

4. MATERIALITI
* Dalam perakaunan, perbelanjaan perniagaan boleh bersifat kebendaan atau bukan
kebendaan.
* Soal butiran yang manakah berbentuk kebendaan dan bukan kebendaan bergantung kepada
kebijaksanaan membuat pertimbangan dan keadaan-keadaan yang tertentu.
* Tidak ada undang-undang yang menetapkan perkara ini.

5. ENTITI BERASINGAN
* Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unit yang berasingan daripada
pemiliknya.
* Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi pemiliknya
tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
* Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan
urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.

6. WANG SEBAGAI UKURAN

* Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang.
* Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan dapat dibuat.

7. TEMPOH PERAKAUNAN
* Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah
ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
* Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu boleh terdiri
daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.

8. KOS SEJARAH

* Ia bermaksud urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasaskan kos
belian pada tarikh belian dilakukan.
* Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tidak
mempengaruhi rekod yang telah dibuat.

9. PRINSIP CATATAN BERGU


* Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun
dikreditkan.
* Jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah yang dikreditkan.

C. POLISI KEWANGAN
12. Kawalan dan pengurusan kewangan diuruskan dengan baik
dan teratur, penyediaan bajet dan kawalan peruntukan
diselaraskan berdasarkan permohonan dari bahagianbahagian.
12.1 Bajet
Penyediaan bajet dibuat 2 tahun sekali apabila Kementerian
Kewangan mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan
menghendaki setiap Jabatan mengemukakan cadangan
bajet untuk 2 tahun. Setiap bahagian hendaklah
mengemukakan cadangan bajet bahagian masing-masing
dan mengemukakannya kepada Bahagian Pembangunan
33
Perakaunan & Pengurusan (BPPP) untuk disatukan dan
dihantar ke Perbendaharaan.
Cadangan bajet tersebut akan dibuat pemeriksaan oleh
Pihak Perbendaharaan bagi tujuan kelulusan.
12.2 Permohonan Pindah/Tambah Peruntukan
Setiap bahagian hendaklah mengemukakan permohonan
pindah/tambah peruntukan kepada Unit Kewangan, Seksyen
Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia untuk
dikemukakan kepada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam
dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan bagi
mendapatkan kelulusan.

You might also like