You are on page 1of 1

Kadar pertukaran ringgit Msia berbanding Pound Sterling

Apabila kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan Pound Sterling berlaku, harga eksport
barang buatan Malaysia menjadi lebih murah. Seterusnya nilai dagangan eksport Malaysia akan meningkat
sementara nilai dagangan importnya akan berkurang. Sebagai kesannya, imbangan dagangan Malaysia menjadi
semakin baik.

Kadar pertukaran ringgit Msia berbanding Dollar Amerika

Apabila kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan Dollar Amerika berlaku, harga eksport
barang buatan Malaysia menjadi lebih mahal. Seterusnya nilai dagangan eksport Malaysia akan merosot sementara
nilai dagangan importnya akan meningkat. Sebagai kesannya, imbangan dagangan Malaysia menjadi semakin
buruk.

Pertambahan import

Pertambahan import Malaysia akan menyebabkan berlakunya pertambahan penawaran Ringgit Malaysia bagi membeli
pertukaran asmg. Pertambahan penawaran Ringgit Malaysia ini akan mewujudkan ketidakseirnbangan di pasaran
pertukaran asing. Apabila lebihan penawaran ini berlaku, kadar pertukaran Ringgit Malaysia cenderung untuk jatuh
sehingga lebihan penawaran tersebut tidak lagi wujud.

Pengurangan import

Pengurangan import Malaysia akan menyebabkan berlakunya pengurangan penawaran Ringgit Malaysia bagi membeli
pertukaran asing, Pengurangan penawaran Ringgit Malaysia ini akan mewujudkan ketidakseimbangan di pasaran
pertukaran asing. Apabila lebihan permintaan ini berlaku, kadar pertukaran Ringgit Malaysia cenderung untuk naik
sehingga lebihan permintaan tersebut tidak lagi wujud:

Kesimpulannya, pertarnbahan eksport atau pengurangan import Malaysia akan menyebabkan kadar
pertukaran Ringgit Malaysia naik.

Pengurangan eksport

Pengurangan eksport Malaysia akan menyebabkan pengurangan permintaan terhadap Ringgit Malaysia oleh negara
pengimpon. Hal ini dernikian kerana negara-negara asing kurang membeli Ringgit Malaysia. Oleh itu, pertukaran asing
negara pengimport kurang digunakan untuk membeli Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing. Pasaran pertukaran
asing mengalanu ketidakseimbangan kerana wujudnya lebihan penawaran Ringgit Malaysia akibar daripada jumlah
penawaran Ringgit Malaysia yang melebihi jumlah pennintaannya. Sebagai kesannya, kadar pertukaran Ringgit
Malaysia cenderung untuk jatuh sehingga lebihan penawaran tersebut tidak lagi wujud.
3. Pertambahan import

Pertambahan eksport

Pertambahan eksporr Malaysia akan menyebabkan pertambahan permintaan terhadap Ringgit Malaysia oleh negara
pengimport. Hal ini derrrikian kerana Iebih banyak pertukaran asing negara pengimport akan cligunakan untuk
membeli Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing. Oleh itu, pasaran pertukaran asing mengalami
ketidakseimbangan ekoran daripada lebihan permintaan terhadap Ringgit Malaysia. Hal ini demikian kerana jumlah
permintaan terhadap Ringglt Malaysia melebihi jumlah penawarannya, Lebihan permintaan terhadap Ringgit Malaysia
ini a.kan rnemaksa para pengimporr bersaing untuk rnendaparkan Ringgit Malaysia, Sebagai kesannya, kadar
pertukaran Ringgit Malaysia cenderung untuk naik sehingga lebihan perrmntaan terse but tidak lagi wujud.

Kesimpulan, pengurangan eksport atau pertambahan import Malaysia akan menyebabkan kadar pertukaran
Ringgit Malaysia jatuh

You might also like