You are on page 1of 8

SYARAT-SYARAT

1
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
1. PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di SMK Seri
Bali dan berdaftar dengan badan induknya sahaja. Kategori yang
dipertandingkan ialah:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan
c. Kategori Campuran

1.2 Platun-platun yang bertanding hanya boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar


Yang berdaftar di SMK Seri Bali sahaja dan daripada unit pakaian seragam yang
sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan
tersebut akan dibatalkan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
sedang menuntut di SMK Seri Bali
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak
Kurang 16 orang dan tidak melebihi 31 orang termasuk seorang Ketua Platun

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan atau T-Shirt Kokurikulum SMK Seri Bali
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai
semasa pertandingan kawad dijalankan.
4. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

2
5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.
Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar
pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’
sebelum melapor kepada Ketua Hakim.
5.3 Persembahan hendaklah didahului kawad asas.
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
a. pada minit ke 12. (sekali)
b. masa tamat. (dua kali)

5. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit
beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
6.2 Bilangan Anggota:
a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh mimimum 16 orang dan maksimum
31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan
anggotanya kurang daripada 16 orang semasa memasuki litar atau semasa
pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas
apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan
kurang daripada 16 orang maka penalti akan dikenakan.
c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan
kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.
6.3 Pemeriksaan Pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk
ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar
pertandingan kawad.

6. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :


Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman
3
pasukan masing-masing.
7.1. Kawad Asas:
a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah
seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”.
“Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( Kadet Polis, PBSM dan lain-lain ) siap
untuk diuji, tuan”.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib
melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan,
belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
“menghadap ke belakang, kanan....pusing”
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke
hadapan, ke belakang pusing “.
g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa
hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila
4
membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah
platun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan
pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman
“menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan
perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,
kiri.....pusing” diberikan.
o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad
berada antara kon C dan kon D.
p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan
dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi
kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut
urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah,
maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima
sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
perlahan, perlahan.....jalan”.
5
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman:
“Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
cepat, cepat jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri,
belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke
belakang, kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke
hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan
lurus)
xi.Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii.Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap,
dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad
ketika mara mengadap)
q. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman
Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa;kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah
skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B.
Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan
dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan
kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau
B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan
mara mengadap bersama platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak
dibenarkan membawa alatan.
4. Melapor Keluar
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor
6
keluar ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM /
Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan “
5. PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :
a) Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit 10 sekali
b) Anggota jatuh ( pengsan / pitam ) 5 3 kali
c) Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
d) Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
e) Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 5 5 kali
f) Terlanggar kun 3 5 kali
g) Tidak mengikut urutan 5 5 kali
h) Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali
i) Bergerak bersama pasukan 15 sekali
j) Memberi hukuman kawad di luar litar 10 sekali
k) Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 10 sekali
l) Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
m) Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
n) Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
o) Tidak mengikut urutan 5 5 kali
p) Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali
q) Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad
pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar
mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di
kanan litar.
6. PENGHAKIMAN
a) Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan ) bagi
setiap pasukan tidak diambilkira.
b) Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang
bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih

7
sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih samajuga,
markah Ketua Platun akan diambil kira.
c) Keputusan hakim adalah muktamad.
d) Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad formasi 30% dan
iv. Ketua Platun 10 %
Jumlah Keseluruhan 100%
e) Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim
boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai
penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan
dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan
dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun
yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan
formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
f) Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan
pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.
Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.
7. BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui
pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam
aspek-aspek teknikal.

You might also like