You are on page 1of 9

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

KERTAS KERJA
PAMERAN ARCA “DERITA DERA”

PENGANJUR
WARISAN IPR ART PRODUCTION (WIPRAP)

KERTAS KERJA PAMERAN ARCA “DERITA DERA”

1.0 Tema :
“Derita Dera”

2.0 Pengenalan
Pameran arca bertemakan ‘Derita Dera’ dianjurkan oleh Warisan IPR Art
Production dalam mencapai satu matlamat iaitu memberi penghargaan kepada
artis-artis yang cuba menyampaikan mesej penderitaan mangsa-mangsa dera
melalui arca-arca yang mereka hasilkan. Pameran ini juga disertai oleh pengarca-
pengarca dari dalam negara dan luar negara seperti Filipina, Thailand, Indonesia,
Singapura dan Brunei Darussalam. Pameran ini diadakan di Marriot Hotel Spa &
Resort pada 2 hingga 8 Disember 2006.
Pameran ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi-fungsi
arca dalam menyampaikan mesej iaitu peristiwa atau kejadian yang berlaku di
sekeliling kita melalui rupa dan bentuk arca yang dipamerkan. Ini menerapkan
dalam setiap individu bahawa arca mempunyai fungsi tersendiri dalam
menyampaikan mesej kepada orang ramai melalui cara seni.
Reka bentuk arca yang dipamerkan menyerupai penderitaan sebenar
mangsa-mangsa dera yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita dan kanak-
kanak. Pameran ini juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa
masih berleluasanya peristiwa dera dan setiap individu perlu lebih prihatin
terhadap mangsa-mangsa dera.

3.0 Tarikh
2 Disember 2008 (Sabtu) – 8 Disember 2008 (Jumaat)
4.0 Penganjur
Warisan IPR (Institut Perguruan Rajang) Art Production

5.0 Objektif
5.1 Meningkat dan meluaskan pengetahuan serta pengalaman para penganjur
dalam merancang dan melaksanakan projek khususnya projek pameran.
5.2 Memberi peluang kepada pengarca-pengarca untuk mempamerkan karya-
karya mereka dalam pameran ini.
5.3 Memperkenalkan fungsi-fungsi arca dalam menyampaikan mesej kepada
orang ramai melalui rupa dan bentuk arca yang dipamerkan.
5.4 Memberi kesedaran kepada masyarakat agar menyedari betapa deritanya
mangsa-mangsa yang didera.

6.0 Lokasi Pameran


Marriot Hall, Level 2,
Marriot Hotel Spa & Resort,
Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai,
Po. Box 1145, 98000 Miri,
Sarawak

7.0 Penaja
7.1 Marriot Hotel Spa & Resort
7.2 Boulevard Corporation (M)
7.3 OGP Technical Service Sdn Bhd
7.4 Columbia Asia Medical Centre
7.5 OSK Securities
7.6 Shell ServiceAsia Sdn Bhd

Dengan kerjasama :
Marriot Hotel Spa & Resort
Jabatan Residen Bahagian Miri
Majlis Bandaraya Miri
Polis Diraja Malaysia, Cawangan Miri
Radio Televisyen Malaysia, Miri
Miri Port
Miri International Airport (MAS)
MAS Kargo
Viking Cargo Ship Company
Hospital Umum Miri

8.0 Jawatankuasa

Pengerusi : Recarldo Gonzalez


Naib Pengerusi : Zulkarami Bahron
Setiausaha : Abraham Lincorn
Bendahari : Kiu Chai Yieng
AJK Sambutan & Protokol : Rosmawati Irshaad
AJK Publisiti : Ganesharan a/l Mhutusamy
AJK Peragaan : Arsraf Mohd. Noh
AJK Pengangkutan & Peralatan : Kamala Dewi a/p Krishnan
AJK Jamuan & Kebajikan : Alice Lu Mei Hua

9.0 Bidang Tugas Jawatankuasa

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas

1. Pengerusi  Bertindak sebagai ketua program.


 Memastikan ahli jawatankuasa yang lain
menjalankan tugas masing-masing.
 Mengemukakan surat kebenaran daripada pihak
yang berkenaan.

2. Naib Pengerusi  Membantu pengerusi menjalankan tugas yang


berkaitan.
 Membantu pengerusi untuk memastikan aturcara
program berjalan dengan lancar dan teratur.

3. AJK Jamuan & Kebajikan  Mendapatkan pembekal makanan.


 Menyediakan menu makanan.
 Mengurus keperluan makanan.
 Mengurus tempat jamuan.
 Menentukan belanjawan untuk jamuan.
 Memastikan kebajikan ahli jawatankuasa
terjamin.

4. Setiausaha  Membuat kertas kerja program.


 Mencatat minit mesyuarat setiap kali mesyuarat
diadakan.
 Menghantar surat jemputan kepada pihak yang
berkenaan.
 Memastikan surat jemputan sampai dan diterima
oleh pihak yang berkenaan.
 Menghubungi pihak yang terbabit untuk
mengesahkan kehadiran.
 Menghantar surat untuk mendapat sumbangtaja
daripada pihak yang terbabit.

5. Bendahari  Menentukan jumlah keseluruhan belanjawan


program.
 Memastikan belanjawan program mencukupi dan
teratur.

6. AJK Peragaan  Memastikan tempat untuk peragaan.


 Memastikan tempat yang sesuai untuk pameran.
 Menentukan belanjawan untuk bahagian
peragaan.
 Menghubungi dan menempah lokasi pameran.

7. AJK Publisiti  Menghubungi pihak media.


 Mengiklankan projek.
 Membuat katalog, kain rentang dan kad
jemputan majlis perasmian.

8. AJK Pengangkutan &  Menyediakan pengangkutan untuk membawa


Peralatan arca pameran ke lokasi pameran.
 Menyediakan peralatan seperti peralatan untuk
siaraya serta peralatan untuk pameran.
 Menghubungi pihak yang berkenaan untuk
mendapatkan khidmat pengangkutan.

9. AJK Sambutan & Protokol  Menjemput tetamu masuk ke lokasi pameran.


 Menjemput tetamu-tetamu kehormat.
 Menguruskan majlis perasmian.
 Bekerjasama dengan AJK Peragaan dalam galeri.

10.0 Perancangan
10.1 Mengadakan perbincangan dan mesyuarat dan membentuk jawatankuasa.
10.2 Menyediakan kertas kerja.
10.3 Mengemukakan kertas kerja kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar
untuk diluluskan terlebih dahulu.
10.4 Memohon kebenaran daripada Pengarah, Institut Perguruan Rajang.
10.5 Memohon kebenaran daripada Bahagian Pendidikan Guru dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.6 Memohon untuk mendapat sumbangtaja.
10.7 Menghantar surat jemputan kepada pihak yang berkenaan.
10.8 Membuat tempahan / mendapatkan cenderamata.
10.9 Menghubungi semua pihak yang berkenaan.
10.10 Taklimat kepada semua yang berkenaan.

11.0 Pelaksanaan

JADUAL PENGISIAN PROGRAM


TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN
8.00 pg Galeri dibuka Pengurus Projek
11.00 pg Majlis Perasmian oleh AJK Pengacara &
YB Dato’ Sri Shahrizat Abdul Pengurus Projek
Jalil
2 Disember 2008 Menteri Pembangunan Wanita,
(Selasa) Keluarga dan Masyarakat.

12.00 Makan tengahari. AJK Jamuan &


tghari Makanan

2.00ptg – Pameran arca AJK Peraga dan


5.00 ptg Pengurus Projek
3 Disember 2008 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK
(Rabu) 5.00 ptg yang berkaitan

4 Disember 2008 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK


(Khamis) 5.00 ptg yang berkaitan

5 Disember 2006 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK


(Jumaat) 5.00 ptg yang berkaitan

6 Disember 2006 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK


(Sabtu) 5.00 ptg yang berkaitan

7 Disember 2006 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK


(Ahad) 5.00 ptg yang berkaitan

8 Disember 2006 8.00 pg – Pameran arca AJK Peraga & AJK


(Isnin) 5.00 ptg yang berkaitan

12.0 Kewangan
12.1 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
PERKARA KOS
1. Jamuan dan makanan = RM 815.00
2. Publisiti = RM 25650.00
3. Pengangkutan & Peralatan = RM 39500.00
4. Peragaan = RM 8750.00
5. Kebajikan AJK = RM 5985.00
6. Kebajikan peserta = RM 14875.00
Jumlah RM 95 575.00

13.0 Sumber Kewangan


PERKARA KOS
1. Yuran penyertaan peserta RM2000.00 x 25 = RM 50000.00
2. Sumbangtaja dan derma = RM 30000.00
perseorangan
3. Peruntukan dari Institut / BPG = RM 20000.00
4. Akaun WIPRAP = RM 10000.00
Jumlah RM 110 000.00

14.0 Penutup
Program Pameran Arca “Derita Dera” ini adalah merupakan satu anjakkan
paradigma kepada “Dunia Luar” bagi semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dan ianya sungguh bermakna dalam kehidupan. Di samping itu,
program ini juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman pihak
penganjur dalam melaksanakan dan menguruskan suatu projek yang besar seperti
ini. Oleh yang demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan
sokongan penuh daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Rajang dan
Bahagian Pendidikan Guru.
Kejayaan program ini juga adalah diharapkan akan menjadi garis panduan
dan penandarasan (benchmark) kepada kumpulan-kumpulan / persatuan-persatuan
dan kelab-kelab.

Kertas Kerja disediakan oleh :

(ABRAHAM LINCORN) TARIKH : 1 Ogos 2006


Setiausaha

You might also like