You are on page 1of 15

16

Cadangan Penyelidikan dalam Pendidikan

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA


SCHOOL OF LIFELONG LEARNING

 
HBEF2503
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Cadangan Penyelidikan

 
 
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang sesuai dalam menarik minat
murid-murid Pra Sekolah dalam mata pelajaran Sains

Disediakan Oleh:

Nama                            : AZLINDA ABDULLAH @ ROSITA SENGALANG

No. Matrik              : 71101135784002


No. K. P              : 711014-13-5784

No. Telefon              :  014-8824211

Alamat E-mel              :  huzz@oum.edu.my

             
             

Disediakan Untuk:

Nama Tutor:  ENCIK MUHAMMAD HJ TANGAH

Pusat Pembelajaran:  IPS MIRI

INTAKE :- SEPTEMBER 2006

PENGAJIAN :- Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Prasekolah) Dengan Kepujian


FACUTLY :_ FACULTY OF EDUCATION , ARTS & SOCIAL SCIENCES

 
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA


SURAT
 
 
i. PENYATAAN MASALAH PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN 3

( Research Problem )

 
1. OBJEKTIF PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN 5

( Research Objective )  

   
2. SOALAN PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN 6

( Research Questions)
3. KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN 7

( Research Methodology)

 
4. SAMPLE ( Sample ) 8

 
5 INSTRUMEN ( Instruments) 10

 
6 RUJUKAN  
7 LAMPIRAN  
 

1.PENYATAAN MASALAH PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

 
              Sekolah merupakan institusi kedua yang mustahak selepas institusi keluarga di mana ia
merupakan tempat untuk seorang kanak-kanak mendapat pendidikan secara formal dan bersistematik
bagi tujuan masa depannya. Kanak-kanak menghabiskan sebelas tahun di sekolah untuk membolehkan
guru membentuk tingkah laku mereka dan menerap nilai-nilai murni, mengajar dan juga mendisiplin
mereka.

              Pra sekolah merupakan alam persekolahan formal seorang kanak-kanak dalam pembentukan
diri melalui pengalaman pembelajaran dan pengajaran dari seorang guru serta pergaulan bersama
kanak-kanak lain. Ini merupakan hasil pembelajaran seperti yang termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Negara, di mana guru mempunyai peranan menghasilkan individu yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

              Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru untuk membentuk jati diri seorang
kanak-kanak  pada peringkat awal supaya menghasilkan seorang individu yang mempunyai
keseimbangan dari empat (4) aspek yang telah disebut, perlunya satu kaedah ataupun teknik pengajaran
yang menarik dalam merangsangkan seorang kanak-kanak untuk minat terlibat di dalam proses
pembelajaran.

              Di zaman era teknologi yang serba canggih ini, banyak kaedah ataupun alatan tekonologi yang
boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat pra sekolah seperti
penggunaan LCD, computer mahupun cakera padat multimedia. Alatan teknologi yang dicipta secara
tidak langsung telah memudahkan lagi proses pembelajaran seseorang kanak-kanak. Dalam waktu yang
sama juga, perkembangan era teknologi juga berhubung kait dengan jurusan sains. Justeru itu, kerajaan
Malaysia telah menitikberatkan mata pelajaran Sains menjadi satu asas mata pelajaran yang diajar di
setiap sekolah di Malaysia. Jika dibandingkan pada sebelum munculnya era kecanggihan teknologi,
mata pelajaran sains hanya diajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja. Tetapi
dalam membentuk generasi yang mempunyai jati diri serta berpengetahuan, mata pelajaran sains telah
diterapkan secara asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat Pra-Sekolah.

              Walau bagaiamanapun, penggunaan peralatan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sains di peringkat Pra-Sekolah tidak hanya tertakluk kepada penggunaan
ICT sahaja, tetapi digabungkan lagi dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain dan
tradisional seperti penerangan daripada guru dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul adalah adakah
benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang
bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit
menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Adakah ini benar bagi semua mata
pelajaran terutamanya mata pelajaran sains yang diajar di sekolah-sekolah rendah mahupun pra-
sekolah?

              Oleh yang demikian, ramai guru telah didedahkan kepada pelbagai kaedah mengajar yang
berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Kaedah
mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif; meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi; menambahkan keyakinan diri; memberi murid peluang membuat
penyampaian dan bercakap; menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat;
menggalakkan murid membina ilmu serta mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.

              Berdasarkan fakta ini, satu cadangan kajian akan dijalankan untuk memastikan keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid-murid pra-sekolah dengan persoalan:
“Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai dalam menarik minat murid-murid Pra-
Sekolah dalam mata pelajaran Sains.”

2.OBJEKTIF PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian
dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia
membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Semasa
menjalankan penyelidikan, penyelidik juga dipandu oleh objektifyang disenaraikan.

Oleh yang demikian, di akhir kajian atau penyelidikan ini, di harap ia dapat:

I. Mengenal pasti pendekatan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kaedah
serta teknik yang digunakan.
II. Mengenal pasti jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan selaras dengan minat
kanak-kanak di pra sekolah terutama dalam mata pelajaran sains.
III. Memberi penerangan berkaitan kaedah pengendalian yang berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai di dalam mata pelajaran sains peringkat pra-sekolah.
IV. Memperluaskan kefahaman kita berhubung perbezaan kemahiran penggunaan media dan
kemahiran pengajaran tanpa media yang memberi kesan terhadap minat kanak-kanak pra
sekolah dalam proses pembelajaran mata pelajaran sains.
V. Mengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menarik minat murid-murid pra-sekolah.
VI. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran
murid-murid dalam mata pelajaran sains.

3.SOALAN PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN


 

Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian yang mana jawapan kepada
soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian.

              Berikut merupakan beberapa soalan kajian yang membantu di dalam penyelidikan ini,
antaranya:

I. Apakah jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan minat kanak-kanak pra
sekolah di dalam mata pelajaran sains?
II. Adakah perlunya satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam mata
pelajaran sains untuk murid-murid pra-sekolah?
III. Adakah pengaruh keterampilan guru atau kemahiran pengajaran yang dapat mempertingkatkan
minat kanak-kanak pra sekolah dalam pembelajaran mata pelajaran sains?
IV. Adakah terdapat hubungkait di antara tahap pemikiran murid-muruid pra-sekolah dengan
pemilihan sesuatu jenis pengajaran dan pembelajaran?
V. Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian kefahaman serta minat murid-murid pra sekolah
dengan pengabungan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
sains?

4.Kaedah Penyelidikan ( reserarch methodlogy)

              Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-
kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah
data dan bagaimanakah data ini dikutip. Ia juga boleh difahami sebagai rancangan tentang tatacara
bagaimana penyelidik akan mengumpulkan data untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan atau
kajian. Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan
antara kedua-duanya.

              Bagi tujuan penyelidikan ini, kaedah atau reka bentuk penyelidikan adalah bersifat kajian
kualitatif di mana ia merupakan satu kaedah mengumpul maklumat kajian dan membuat rumusan dan
refleksi melalui pemerhatian, temu bual dan meneliti dokumen. Pilihan bentuk kajian kualitatif adalah
berupa bentuk kajian lapangan di mana pengkaji menjalankan kajian mereka dan pengutipan data
melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

Sehubungan dengan itu, kaedah pengutipan data dalam kajian kualitatif ini adalah menggunakan
strategi pengutipan data pemerhatian yang merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tingkah laku subjek kajian secara langsung. Setiap tabiat akan diperhati dan atribut tersebut akan
didokumenkan. Dalam teknik pengumpulan data melalui pemerhatian, penyelidik akan membuat
andaian bahawa sesuatu tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dan kepercayaan
tertentu. Strategi ini membantu penyelidik dalam memahami konteks; mendapat pengalaman terus; dan
melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan. Untuk mencapai tujuan ini, kajian kualitatif
mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kuantitatif seperti pandangan dan
keanihan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang.

              Tambahan lagi, kajian kualitatif juga menggunakan sampel kecil, mengutip data secara
terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif. Keputusan
yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen berikut:

3.1.1 jangka masa kajian;

3.1.2 jenis data yang hendak dikutip;

3.1.3 alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;

3.1.4 di mana kajian tersebut hendak dijalankan;

3.1.5 kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sample;

3.1.6 strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;

3.1.7 jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan

3.1.8 bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.

              Dalam pemilihan bentuk kajian, satu bentuk telah dipilih yang dianggap bersesuaian dengan
penyelidikan ini iaitu bentuk kajian kes di mana kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. Teknik
utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

5.SAMPLE ( SAMPLE)

              Persampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada
kajian kuantitatif. Dalam kajian kualitatif, terdapat empat strategi persampelan bukan-
berkebarangkalian (non-probability sampling) iaitu persampelan mudah, persampelan bertujuan,
persampelan snowball dan persampelan kuota.

              Bagi tujuan penyelidikan ini, sampel yang dipilih adalah daripada dua (2) buah kelas yang
terdiri daripada murid-murid pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri, Sarawak. Maka strategi
persampelan yang digunakan adalah strategi persampelan mudah (convineance sampling) yang
disifatkan juga sebagai sampel ‘accidental’ atau available. Sampel jenis ini berasaskan kepada subjek
kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu.

              Sehubungan dengan itu, penyelidik memilih sampel tersebut secara rawak dan mengikut kelas-
kelas yang sedia ada. Proses pemilihan sampel atau persampelan adalah persampelan rawak mudah
iaitu satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Justeru, persampelan rawak mudah merupakan
kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Penyelidik tidak akan mengagih
murid secara rawak kerana sampel yang sedia ada sudah memadai.

              Penyelidik telah memilih sampel yang terdiri daripada murid-murid pra-sekolah di Sekolah
Kebangsaan Anchi, Miri kerana sampel tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dalam proses
penyelidikan. Pertama, sampel merupakan kumpulan khusus atau sasaran iaitu murid-murid pra-
sekolah yang terdiri daripada lingkungan umur 6 tahun. Sampel tersebut juga terdiri daripada bilangan
murid lelaki dan murid perempuan yang secara rawak. Sukatan pelajaran yang berasaskan pra-sekolah
lebih memudahkan lagi pengumpulan daripada sampel tersebut. Selain itu, persekitaran yang kondusif
juga dapat mendorong kaedah penyelidikan bagi sampel tersebut.

              Dalam proses pemilihan sampel, beberapa langkah perlu diikuti. Pertama, penyelidik akan
memilih sampel yang khusus berasaskan dengan kertas kerja cadangan penyelidikan supaya matlamat
atau objektif penyelidikan tidak tersasar daripada tujuan asalnya. Secara teknikalnya, penyelidik akan
mengenal pasti populasi dan memberikan definisi. Dalam tujuan penyelidikan ini, adalah murid-murid
Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri. Penyelidik seterusnya akan menentukan bilangan ahli
populasi dan menyenaraikan nama mereka. Kemudiannya, penentuan saiz sampel dijalankan , dalam
penyelidikan ini saiz adalah dua buah kelas Pra-Sekolah SK Anchi, Miri.

Kedua, penyelidik perlu membuat surat permohonan kepada Guru Besar sekolah yang hendak dikaji
iaitu Haji Tersiden bin Haji Salleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri. Tujuannya supaya
guru besar dapat memberitahu lebih awal kepada guru-guru di pra-sekolah berkaitan penyelidikan yang
akan dijalankan. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi gambaran secara am kepada guru besar
berhubung dengan tujuan penyelidikan dan bagaimana penyelidikan tersebut dapat membantu sekolah
yang dikaji supaya secara tidak langsung akan memberi kebenaran untuk menjalankan penyelidikan.

Ketiga, surat permohonan perlu juga dihantar kepada guru-guru pra-sekolah yang hendak dikaji sebagai
pemberitahuan berkaitan dengan masa, objektif serta perkara yang akan dikaji supaya mudah bagi
mereka untuk membuat persiapan bagi murid-murid mereka serta penyediaan kemudahan yang
diperlukan oleh penyelidik.

6.INSTRUMEN ( INSTRUMENTS)
              Pengutipan data kajian dalam kajian berbentuk kualitatif memerlukan alat-alat kajian yang
sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data berbentuk kualitatif boleh dikutip melalui temubual,
pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen (seperti huraian sukatan pelajaran) dan sebagainya.

              Alat-alat kajian atau instrumen adalah perlu dibina terlebih dahulu bersesuaian dengan tujuan
dan objektif kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Sesuatu instrumen yang dibina dengan baik akan
memberi ukuran variable dengan tepat atau sah. Bagi kajian ini yang berbentuk kualitatif, penyelidik
perlu membina alat-alat kajian menurut definisi operasional perkara-perkara yang ingin dikaji. Maka,
instrumen pertama yang akan digunakan adalah penilaian dokumen akan dijalankan untuk dianalisis
bagi melihat bentuk dan trend yang berlaku di masa lampau. Dokumen juga diguna untuk menyediakan
bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti kaedah temuduga dan pemerhatian. Dokumen yang akan
digunakan bagi tujuan penyelidikan ini adalah kerja sekolah murid, buku kerja mahupun latihan secara
bertulis murid-murid.

              Sehubungan dengan itu, instrumen kedua yang akan digunakan adalah alat pemerhatian
sebagai alat untuk mengutip data yang akan mempunyai ciri-ciri berikut:

 Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa
yang ditetapkan.
 Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.
 Memilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.
 Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian
 Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

Alat pemerhatian (sila rujuk lampiran – Appendix 1)akan membantu pemerhati untuk melihat aspek
yang perlu dikaji. Dalam erti kata lain, instrument tersebut sebagai panduan dalam membuat
pemerhatian terhadap subjek yang dikaji.

              Selain itu, instrument ketiga yang akan digunakan adalah alat menemuduga. Temuduga
merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu dan disifatkan sebagai suatu proses pencarian
makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik tidak dapat dilihat secara langsung. Secara
khususnya, tujuan temuduga ini adalah untuk mengutip maklumat daripada subjek melalui soalan yang
dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal. Bagi tujuan
penyelidikan ini, jenis alat temuduga yang akan digunakan adalah temuduga separuh berstruktur atau
separuh piawai (sila rujuk lampiran- Appendix 2) di mana siri soalan pra-penentuan atau soalan
terbuka telah dibangunkan.

Prosedur Pengumpulan Data

              Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang akan digunakan bagi tujuan penyelidikan ini
untuk menghasilkan “data deskriptif” supaya mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang
proses yang berlaku dalam bilik darjah. Untuk tujuan tersebut, seperti yang telah dinyatakan
sebelumnya, terdapat TIGA teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan iaitu pemerhatian,
temu bual dan bukti dokumen (seperti hasil kerja murid- tulisan atau lukisan).
              Penggunaan beberapa teknik pengumpulan data bertujuan memberi pengukuhan data.
Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data juga memastikan pengkaji tidak hanya bergantung
kepada satu teknik. Hal ini akan memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan. Setiap data atau
maklumat yang diperolehi diperkuatkan dengan pemerolehan maklumat data atau maklumat dengan
teknik lain.

              Prosedur pengumpulan data boleh dijalankan dengan menggunakan teknik pemerhatian
(observation). Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku di dalam bilik darjah, pemerhatian
merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian,
penyelidik akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan kefahaman apa
yang berlaku dalam bilik darjah.

              Melalui pemerhatian, penyelidik dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati
dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, penyelidik dapat
menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja
dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.

              Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan yang realistik. Sesuatu yang
biasanya dianggap rutin dalam bilik darjah dianggap sebagai maklumat penting. Maka, data
pemerhatian dapat membantu penyelidik memahami konteks, mendapat pengalaman terus, dan melihat
benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.

              Sehubungan itu, catatan lapangan dan catatan journal memainkan peranan penting dalam
prosedur pemerhatian. Catatan lapangan merupakan cara penyelidik merekodkan pemerhatian tentang
apa yang dilihat dalam kelas. Dengan perkataan lain, penyelidik mencatatkan apa yang diperhatikan
secara langsung seperti pernyataan verbatim[1] dan fenomena yang berlaku.[2] Manakala catatan jurnal
berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran, pendapat,
pengalaman, dilema, perancangan, masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian
kelas. Catatan jurnal adalah seperti menulis sebuah diari dimana penyelidik peluang meluahkan
perasaan, memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan membuat komentari secara peribadi
terhadap data yang didapati.

              Selain itu, prosedur temu bual juga digunakan dalam pengumpulan data. Temubual merupakan
satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Temubual separuh
berstruktur digunakan untuk mengutip maklumat yang dikehendaki.

              Selain itu juga, prosedur ketiga yang digunakan adalah data yang didapati daripada dokumen
seperti hasil kerja murid yang berbentuk lukisan atau bertulis. Data tersebut adalah sebagai pengukuhan
kepada kedua-dua prosedur yang dijalankan. Penganalisaan data daripada hasil kerja murid yang
diberikan oleh guru dapat menggambarkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru mencapai objektif ataupun tidak.

Analisis Data

              Analisis melibatkan proses menyusun data. Penyelidik perlu menyusun data asal yang dikutip
dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Lima langkah akan digunakan dan dilalui dalam
penganalisisan data. Langkah pertama adalah tahap pra-analisis di mana semua nota lapangan dibaca,
disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut
urutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki serta salinan dua fotokopi semua nota termasuk
nota yang asal. Langkah ini juga melibatkan pengkodan dan mengkod semula respons terbuka dan data
yang didokumenkan. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder dan penyelidik mula mengambil
nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah diakses.

              Langkah kedua adalah tahap kemasan data di mana pada tahap ini, data ditranskripsikan dalam
“word processing” atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang telah
ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

              Langkah ketiga adalah tahap pamiran data yang melibatkan data dipamirkan dalam bentuk
jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau
tindakan tambahan yang perlu dibuat.

              Langkah keempat adalah tahap verifikasi data di mana triangulasi data digunakan untuk
verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang
membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan
dinyatakan dengan tepat.

              Dan yang terakhir sekali adalah langkah kelima iaitu tahap dapatan di mana penyemakan dan
interpretasi dapatan.

Rujukan

              Dr. David Lim Chong Lim et. al. (2007). Modul HBEF2503: Kaedah Penyelidikan dalam
Pendidikan. Malaysia: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur.

Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti
Putra Malaysia. Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah. (Kertas kerja yang dibentangkan
semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar bandar, Negeri
Sembilan Darul Khusus)

(2005). Kanak-kanak dan Kurikulum Prasekolah. Diperolehi 12 August 2005 daripada 


http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=411

              Prasekolah: Guru perlu rangsang fikiran kreatif. Diperolehi ehsan oleh Utusan Malaysia
daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/19sept03.htm

 
 

Lampiran

Appendix 1: Instrumen Pemerhatian Berstruktur

P&P KAEDAH P & P ITEMS CATATAN PEMERHATIAN


1. Guru bercakap  Memerhati tabiat mereka  
sebelum guru memasuki
    sepanjang  kelas.
 Memerhati tabiat mereka
    sesuatu semasa guru memasuki
kelas.
    pelajaran  Memerhati apa mereka buat
ketika guru mengajar.
Pengajaran    (15 minit)
Berpusatkan 2. Guru memberi  Memerhati bagaimana 
Guru mereka memberi reaksi
    penerangan apabila diminta menjawab
soalan.
    (10 minit)
3. Murid membuat  Memerhati reaksi mereka 
apabila diberi kerja rumah/
    latihan. latihan.
 Menyemak hasil kerja
    (10 minit) murid.
Pengajaran 1. Perbincangan  Memerhati penglibatan aktif 
Berpusatkan atau tidak aktif
Murid
 Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
2. Kumpulan Kecil  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
 Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
3. Simulasi  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
 Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
4. Sumbangsaran  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
 Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
5. Main Peranan  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
 Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
6. Penerangan dan  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
    membuat latihan  Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
7. Penerangan dan  Memerhati penglibatan aktif 
atau tidak aktif
    Praktikal  Memerhati peranan setiap
ahli kumpulan
 Memerhati tahap
kefahaman pembelajaran.
Appendix 2: Instrumen Temubual Separuh Berstruktur

Kaedah P & P Item Catatan Respons


1. Adakah anda tahu 
tajuk pelajaran pada
hari ini?

 
2. Adakah anda faham  

      tujuan tajuk pada hari


Pengajaran berpusatkan Guru
      ini?

 
3. Bolehkah anda terangkan  

    secara mudah apa yang di

    ajar oleh cikgu tadi?


Pengajaran Berpusatkan 1. Adakah anda tahu 
Murid tajuk pelajaran pada
hari ini?
 
2. Adakah anda faham  

     tujuan tajuk pada hari

     ini?

 
3. Bolehkah anda terangkan  

    secara mudah apa yang di

    ajar oleh cikgu tadi?


3. Boleh anda beritahu 
apa

      yang guru anda

     arahkan?
4. Boleh anda terangkan apa  

    yang perlu anda buat atau

    lakukan?
 

[1] Pernyataan verbatim adalah pernyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan
yang diberi dan sebagainya.

[2] Fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid, murid yang kerap bercakap, murid yang enggan bercampur
gaul, murid yang menunjukkan minat, murid yang tidak minat dan sebagainya.

You might also like