You are on page 1of 3

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal
oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan
suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk
mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti
dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta
ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
1995.

[sunting] Mengongkong pelajar


Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan
Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di
dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk
to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University
Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak
peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan
pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan
lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat
utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah
menghalang:

 penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan


 penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar
(merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan
tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini
digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang
diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia
serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:

 Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di


negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa
berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib
Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
(HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak
Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah
Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi
kuasa
o menyiasat,
o menjalankan pendakwaan,
o mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
o membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang
dipertuduh itu didapati bersalah.

Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias
yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang
menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau
pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa
Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi
Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala
kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan
Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-
undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.

 Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam
Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan
Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan
Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan
universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib,
mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah
bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak
untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5
Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan
yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia
dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

 Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar
yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar
terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas
berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit
telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati
bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak
bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua
maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk
diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya
dimansuhkan serta merta.

 Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati


bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau
lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
o amaran;
o denda;
o dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu
Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
o digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang
ditetapkan;
o dipecat dari universiti.

Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan
hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan
kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh
sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa
kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati
bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang
besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.

You might also like