You are on page 1of 5

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam 7

1. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


1.1 Matlamat peperiksaan untuk menilai sejauh mana
penguasaan pencapaian objektif mata pelajaran dan
mentafsir pengetahuan serta kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
1.2 Penilaian Tasawwur Islam di peringkat sekolah dilaksanakan
mengikut format Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)
manakala peperiksaan awam mengikut format Sijil
Pelajaran Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Antara lain PKSM mempunyai ciri-ciri
seperti berikut:
a. Bersifat formatif.
b. Pengesanan perkembangan individu secara
komprehensif ( jasmani, emosi, rohani dan intelek)
c. Berterusan dan bersistem.
d. Pelbagai kaedah
e. Berasaskan rujukan kriteria.
f. Dikendalikan oleh guru.
g. Membuat tindakan susulan.
1.3 Format Pentaksiran Mata Pelajaran Tasawwur Islam
6.4.1. Pengenalan
Tasawwur Islam merupakan salah satu mata
pelajaran elektif Pengajian Islam yang ditawarkan
kepada semua pelajar sekolah menengah peringkat
SPM samada Islam atau bukan Islam.Penyemakan
semula sukatan pelajaran bagi mata pelajatran
Tasawwur Islam sekolah menengah tersebut telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada
tahun 2002 dan akan dilaksanakan pada tahun
2003. Perekaan instrumen pentaksiran berdasarkan
Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam 8
Sukatan Pelajaran yang disemak semula telah
diadakan oleh Lembaga Peperiksaan mulai mei
2002.Pembinaan instrumen tersebut berdasarkan
piawaian jadual spesifikasi ujian yang bertujuan
menjamin mutu,kesetaraan,kesahan dan
kebolehpercayaan skor ujian.

6.4.2. Asas-Asas Pertimbangan


Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam
proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah:
6.4.3. Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara
iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk
instrumen pentaksiran ini telah memastikan
semua konstruk (perkara yang ditaksir)
direalisasikan berdasarkan objektif mata
pelajaran Tasawwur Islam 2002. Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum dan spesifikasi ujian serta
mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan
sasaran,aras kesukaran,konteks dan situasi.
Kandungan instrumen pentaksiran
mencakupi semua aspek pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi dalam mata
pelajaran berkenaan seperti yang
dihasratkan oleh kurikulum.
6.4.4. Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua
perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu
spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap
Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam 9
instrumen pentaksiran untuk dijadikan
piawaian yang diikuti dalam pembinaan
instrumen. Ini bertujuan supaya instrumen
pentaksiran yang dihasilkan itu tepat,setara
dan tekal.
6.4.5. Kebolehlaksanaan
Format pentaksiran ini telah mengambil kira
aspek-aspek yang memastikan pentadbiran
pentaksiran boleh dilaksanakan.
6.4.6. Penjaminan kualiti
Beberapa keperluan pentaksiran diambilkira
dalam perekaan format pentaksiran bagi
menepati tahap kualitiyang dihasratkan
6.4.7. Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran dan jenis item yang
dicadangkan berpaksi kepada
pengetahuan dan kemahiran yang ingin
diperkembangkan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Tasawwur
Islam.
6.4.8. Kelulusan
Lembaga Peperiksaan, Kementerian pendidikan
Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi
mata pelajaran Tasawwur Islam mulai februari 2003.
Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat
Kurikulum Pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia,.
6.4.9. OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM
OP 1: Pengetahuan dan kefahaman tentang
pandangan hidup Islam.
Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam 10
OP 2: Pengetahuan dan kefahaman tentang
perundangan Islam.
OP 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang
kaedah penyelesaian masalah dalam Islam.
OP 4: Pengetahuan dan kefahaman tentang cara
hidup Islam.
OP 5: Penghayatan tentang cara hidup Islam.
OP 6: Mempunyai sikap bertanggungjawab
kepada agama,bangsa dan negara.
OP 7: Mempunyai sikap sedia berkorban untuk
agama,bangsa dan negara.
6.4.10. ARAS KESUKARAN ITEM
Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras
iaitu:
a. Aras R: Item yang mempunyai aras kesukaran
rendah.
b. Aras S: Item yang mempunyai aras kesukaran
sederhana.
c. Aras T: Item yang mempunyai aras kesukaran
yang tinggi.
6.4.11. FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran Tasawwur Islam SPM 2004 menggunakan
dua instrumen
a. Kertas 1 (5226/1)
Kertas satu berbentuk ujian objektif
b. Kertas 2 (5226/2)
Kertas 2 berbentuk ujuan subjektif
Perincian Format Instrumen Pentaksiran sila lihat
Lampiran 1
6.4.12. KERTAS SOALAN CONTOH
Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam 11
Kertas soalan contoh bagi 5226/1 dan 5226/2
disertakan.
Penerangan di akhir setiap item adalah merujuk
kepada perkara-perkara berikut:
i Konstruk - Perkara yang ditaksir
ii Konteks - Kandungan/Topik di dalam
sukatan pelajaran
iii Aras - Aras kesukaran Item iaitu R (Aras
Rendah), S (Aras Sederhana),
atau T(Aras Tinggi)
Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman
dan tidak akan diterakan dalam kertas soalan
sebenar.
i. Contoh yang dibekalkan bertujuan memberi idea
kepada pengguna tentang kepelbagaian
konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian
spesifikasi ujian.
ii. Pembinaan instrumen setiap tahun adalah
mengikut satu dokumen spesifikasi ujian piawai.
Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah
mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh
diukur pada konteks yang berbeza.
iii. Kertas Soalan Contoh bagi 5226/1 adalah seperti
dalam Lampiran 2
iv. Kertas Soalan Contoh bagi 5226/2 adalah seperti
dalam Lampiran 2

You might also like