You are on page 1of 1

SINOPSIS NVEL MERDEKA MERDEKA

Novel ini mengisahkan Kudin yang tinggal di Kampung Teras Jernang yang memiliki
semangat cinta akan negara yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama dengan penduduk
kampung yang lain untuk menentang ancaman pihak pengganas komunis. Beliau juga
turut menentang penubuhan Malayan Union oleh penjajah Inggeris.
Kudin menyertai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di kampungnya. Kudin dan rakan-
rakannya membina kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada
ancaman komunis. Dalam pada itu, dalam majlis perhimpunan persatuan-persatuan
seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.
Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin
berazam untuk menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris
supaya tidak terus bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak
Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.
Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang
menggalakkan. Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu.
Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan semangat orang Melayu. datuk Onn
berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang penubuhan Malayan
Union. Sehubungan dengan itu, raja-raja Melayu tidak menghadiri perasmian penubuhan
Malayan Union sebagai tanda bantahan. oleh yang demikian, majlis tersebut telah gagal

You might also like