You are on page 1of 18

SENARAI KANDUNGAN

M/s

1.Penghargaan 1

2.Pendahuluan 2

3.Objektif Kajian 3

4.Kawasan Kajian 4

5.Kaedah Kajian 5

6.Dapatan Kajian 6

6.1 Konsep Pencemaran 7


6.2 Jenis – Jenis Pencemaran 8
6.3 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar 9
6.4 Kesan – Kesan Pencemaran Alam Sekitar 10
6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan Pencemaran Alam Sekitar 11

7.Rumusan 12

8.Lampiran 13

9.Rujukan 14
PENGHARGAAN

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

juga saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya menyempurnakan

tugasan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak

memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak

memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi

tanpa bantuan dan galakan mereka.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutama kepada

Pengetua,Datin Hajjah Patimah binti Ali dan Cikgu Wilhelmina, guru Sejarah saya

yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus

membimbing saya melaksanakan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan

memberikankerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat

Kajian Sejarah Tempatan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.


PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam

Sekitar. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang

mempunyai Pencemaran Alam Sekitar.Setiap iaitu Kampung Contoh , Putatan , Sabah.Pelajar

perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  Pencemaran

Alam dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari

hingga bulan julai iaitu kira-kira 12 minggu.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah

khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan.

a)    Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar.

b)    Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Contoh , Putatan , Sabah

b)    Mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di Kampung Contoh , Putatan , Sabah

c)    Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Contoh , Putatan , Sabah

d)    Mencadangkan dan menghuraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah

pencemaran alam sekitar di Kampung Contoh , Putatan , Sabah.

 e)  Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kg.Contoh tentang

pencemaran alam sekitar.


KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, Saya telah menggunakan beberapa kaedah

iaitu:-

a) KAEDAH PEMERHATIAN-Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan

perniagaan di Kampung Contoh dengan melihat system perparitan serta system pembuangan

sampah.

b) KAEDAH SOAL SELIDIK –Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang

responden yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Contoh. Soalan yang kami berikan

adalah berdasarkan tajuk yang diberi oleh cikgu.

2) KAEDAH TEMU BUAL - Saya dan rakan- rakan telah menemubual 10 orang responden

yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang

pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) KAEDAH INTERNET - Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah melayari

beberapa laman web untuk mencari maklumat dengan lebih lanjut, antaranya ialah

www.Google.com dan www. Mister-map.com.


DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pencemaran

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan

hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi

mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan

buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu

keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan

awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan

Antara satu contoh pencemaran alam sekitar ialah Pencemaran Bunyi.Pencemaran

bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi

bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang

tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada

penghuni-penghuni rumah.
8.2 Jenis- Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk

pencemaran alam, antaranya Pencemaran Udara, Pencemaran Air, Pencemaran tanah,

Pencemaran Bunyi , Pencemaran laut dan sebagainya.

Antara satu contoh pencemaran yang berlaku di kampung Contoh, Putatan ialah

pencemaran air. Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan

perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis

binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam sungai.Pencemaran ini telah

menimbulkan pelbagai masalah antaranya ialah kehidupan air seperti ikan,udang dan ketam akan mati

dengan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan tumpahan minyak.


8.2.1 JENIS-JENIS PENCEMARAN DI KAMPUNG CONTOH PUTATAN

RESPONDAN AIR UDARA BAU TANIH BUNYI


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
JUMLAH 16 9 17 - 8
Jadual 1: jenis pencemaran yang berlaku di kampong contoh

Sumber : soal selidik pelajar pada bulan Mac 2011

JENIS PENCEMARAN JUMLAH PERATUS


Air 16 32%
Udara 9 18%
Bau 17 34%
Tanih - -
Bunyi 8 16%
JUMLAH 50 100%
Jadual 2: jenis pencemaran yang berlaku di kampung contoh

Sumber: soal selidik pelajar pada bulan Mac 2011


Jenis Jenis Pencemaran Udara di Kampung Contoh
Putatan

Pencemaran Air
Pencemaran Bunyi
Pencemaran bau
Pencemaran Udara

Carta Pai: Peratus Pencemaran yang berlaku di Kampung Contoh.

Sumber: Soal selidik pelajar pada bulan Mac 2011


6.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG CONTOH
Terdapat banyak punca pencemaran yang telah dikenal pasti di Kampung Contoh.

Antaranya ialah :

i) Sampah sarap

Melalui tinjauan yang telah dijalankan, terdapat banyak sampah di


kawasan kajian seperti botol plastik, tin-tin kosong dan pembungkus tin makanan ringan.

ii) Petempatan

Bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah
mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan
sungai yang berhampiran.

iii) Pembakaran terbuka

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada
juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan
semak samun.

iv) Perniagaan

Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika


kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang
teratur.

Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam
sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan
masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.
6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN OENCEMARAN ALAM SEKITAR
DI KAMPUNG CONTOH

Berdasarkan boring soal selidik, penduduk Kampung Contoh telah mencadangkan


cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.Antaranya ialah:

i) Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di


sekitar Kampung Contoh boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang
boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

ii) Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat


mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

iii) Gotong-royong

Aktiviti gotong-royong patut dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat


memastikan kawasan persekitaran bersih.

iv) Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam
sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
6.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG CONTOH

Pencemaran alam sekitar yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita.
Antara kesan-kesannya ialah:

i) Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, tanpa
penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

ii) Udara tercemar


Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh
mencemarkan udara dengan gas metona dan ini juga boleh mendatangkan kesan
yang buruk.

iii) Pembiakan lalat


Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pekedai ke tempat
pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran.

iv) Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya
penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan
dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan.Situasi ini sudah
tentu berbahaya kepada penduduk.
PENCEMARAN ALAM

SEKITAR

DI KAMPUNG CONTOH,

PUTATAN, SABAH
RUMUSAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-

langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah

tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna

memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak

ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan

usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan

sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi. Harapan saya ialah kesemua penduduk

perlulah mengambil berat tentang pencemaran alam sekitar ini agar menjadi contoh kepada

generasi muda yang akan datang.


KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Kampung

Contoh, Putatan, Sabah iaitu kira-kira 8km di selatan Bandar raya Kota Kinabalu. Kampung

Contoh merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah lama dibangunkan kira-kira 30 tahun

dahulu.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan hutan serta

bukit bukau . Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai

sebuah kawasan petempatan di Putatan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang rata

serta bersaliran baik.

Kawasan Kampung Contoh terletak di parlimen Putatan dan diselenggarakan oleh pihak Majlis

Daerah Putatan. Kawasan perumahan di Kampung Contoh ini berdekatan dengan Kampung

Petagas , Kampung Sri Pandan dan Taman Pasir putih. Di Kampung Contoh, pihak pemaju

perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman

ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang

RM5.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar

RM1.80 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit.


RUJUKAN
ORANG SUMBER

 En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab ,38 tahun


 En. Abdullah B Kadir ,42 tahun
 En Ali B Najib, 35 tahun

INTERNET

 www.googlemap.com
 www.wikimapia.com

SURAT KHABAR

 Utusan Malaysia, Arkib:22/07/2009

MAJALAH

 Majalah Budaya
Gambar peta Kampung Contoh, Daerah Putatan

Sumber: google map


LAMPIRAN

You might also like