You are on page 1of 26

Selama saya menjalani Kajian Geografi Tempatan ini,beberapa pihak telah memberi bantuan kepada saya.

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Pengetua kita iaitu Tn. Hj Abdul Khany B. Mohd Yusof kerana telah mengadakan Kajian Geografi Tempatan ini di sekolah.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi kami iaitu Pn.Chew Siew Hooi kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Puvanesan Muthusamy dan Puvaneswary Kunnathsekaran kerana sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini.Selain itu,mereka membenarkan saya untuk menggunakan kamera mereka dan Stayback di sekolah untuk menjalankan temu bual dengan guru kami.

Tambahan pula,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan iaitu Chloe Choe Wei Ee,Nor Suhaida Jais,Ng May dan Kaashminee Gunasekaran kerana telah menolong saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Kinrara yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

Saya Kavin Kumar Puvanesan.Saya murid Tingkatan 3 Lambda di SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara.Saya telah menjalankan sesuatu kajian yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara,Puchong Selangor

Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana pencemaran-pencemaran di Bandar Kinrara semakin meningkat.Oleh itu,saya telah memilih tajuk ini untuk mendedahkan kepentingan alam sekitar kepada penduduk setempat sekali gus dapat mengurangkan kesan pencemaran.

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk Penilaian Menengah Rendah(PMR). Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan perumahan Bandar Kinrara memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah kira-kira 3 Bulan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencemaran yang berlaku di kawasan Bandar Kinrara .

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)

Mendefinisikan / memahami konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat

2)

Menyatakan / menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara.

3)

Mengkaji / menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara.

4)

Mengkaji / menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara

5)

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran di Bandar Kinrara

6)

Menerapkan nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan pencemaran pada diri saya dan penduduk di Bandar Kinrara.

Saya telah memilih kawasan Bandar Kinrara sebagai kawasan kajian saya.Rasionalnya,kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu kirakira dua kilometre dari rumah saya.Oleh itu,ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Bandar Kinrara ialah sebuah perbandaran terancang yang dilancarkan oleh pemaju Island & Peninsular Berhad pada tahun 1991. Terletak di antara Puchong dan Kuala Lumpur di daerah Petaling,Selangor, Malaysia, perbandaran ini mudah didatangi melalui Jalan-jalan Raya Ekspres Bukit Jalil dan LDP. Luasnya 1,904 ekar. Kawasan ini adalah dibawah pentadbiran MPSJ.

Ia juga merupakan perbandaran yang pertama di Malaysia untuk memiliki sebuah pic kriket antarabangsa. Perbandaran ini kini memiliki enam buah sekolah, sebuah masjid, sebuah barung petrol, kedai-kedai dan kawasan gerai makanan. Pembangunan masa hadapan merangkumi lebih banyak sekolah dan kedai, serta juga sebuah balai polis dan pusat kesihatan.

Dulu,Bandar Kinrara dibahagi kepada tiga sektor iaitu sektor 1,sektor 2 dan sektor 3.Kini, sektor 1 dan sektor 2 adalah kawasan perumahan.Sektor 3 pula ialah padang golf.Sektor 1 merupakan kawasan pertama yang dimajukan.Kawasan Kinrara dahulu mula digunakan pada 24 januari 1991.Puchong juga sebahagian daripada kawasan Kinrara.

Nama bandar ditambah kepada Kinrara kerana kawasannya yang luas iaitu 1904 ekar.Oleh itu,ia tidak boleh dinamakan taman.Bandar Kinrara dibahagikan kepada Bayu Utara,Suria Timur,Cendana Selatan,Samudera Barat,Seri Tenggara,Mutiara Timur dan Town Centre lebih dikenali sebagai Mega Kinrara.

Pada awalnya,Bandar Kinrara dikenali sebagai kawasan penanaman getah.Oleh itu,kawasan ini merupakan kawasan beralun.Jarak dari bandar yang terdekat seperti Puchong Jaya ialah 3km.

Selama saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) ini,saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpulkan maklumat bagi menyempurnakan kerja kursus ini.

Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temuramah.Merupakan salah satu kaedah tinjauan dalam penyelidikan.Ia melibatkan pertemuan-pertemuan pengkaji dengan responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat .Dalam mendapatkan maklumat,pengkaji mestilah menyediakan satu instrument ( alat kajian).Alat kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab secara lisan.Antara responden yang ditemuramah ialah beberapa orang penduduk di Bandar Kinrara.

Selain itu,saya telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian.Lawatan dan pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran ( P&P) yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung di luar kelas.Dalam menjalankan kerja kursus,pelajar boleh membuat lawatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tentang migrasi penduduk di Bandar Kinrara dan Perkembangannya..Dalam kaedah ini,saya telah mengambil beberapa gambar sepanjang menjalankan kaedah ini di Bandar Kinrara.

Seterusnya,saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen.Saya telah merujuk beberapa buku ilmiah untuk menambah maklumat dan pengetahuan saya tentang kerja kursus ini.Sebagai contoh,buku yang dirujuk ialah Buku Target Geografi PMR yang

diterbitkan pada tahun 2009 oleh Sasbadi Sdn,Bhd .Di samping itu,saya telah melayari internet untuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.Contoh laman web yang saya gunakan untuk mencari maklumat ialah www.scribd.com/doc2011.

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .Contohnya, di Bandar Kinrara pembuangan plastik makanan,botol minuman dan lain-lain lagi di premis perniagaan dan di tepi-tepi jalan raya telah menyumbang kepada pencemaran sampahsarap. Menurut kaedah internet,takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara

10

Terdapat pelbagai jenis pencemaran di Bandar Kinrara.Antaranya ialah pencemaran udara.Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan benda alam yang hidup seperti manusia,tumbuhtumbuhan,binatang dan lain-lain.Benda asing ini adalah dalam bentuk

habuk,kabus,asap,wap dan gas-gas seperti karbon dioksida,sulfur dioksida dan sebagainya.Di Bandar Kinrara, pelepasan asap kotor daripada kenderaan dan industri yang terletak di Bandar Kinrara 1 telah menyumbang kepada pencemaran udara yang semakin meningkat.

Pencemaran yang kedua ialah pencemaran bau.Pencemaran bau boleh didefinisikan sebagai satu pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia .Pencemaran ini adalah disebabkan oleh pembuangan sampah yang semakin berleluasa terutamanya di kawasan perniagaan Bandar Kinrara 2 iaitu di hadapan SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara.Oleh hal yang demikian,pencemaran bau semakin berleluasa di kawasan Bandar Kinrara.

Pencemaran yang terakhir ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Menurut kaedah internet, pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.Antara punca-punca pencemaran ini ialah bunyi kenderaan bermotor dan pembinaan di Bandar Kinrara 6.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca lain yang menyumbang kepada

11

pencemaran ini.Di Bandar Kinrara 6, pencemaran bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara.

12

Daripada pemerhatian saya,pencemaran-pencemaran ini disebabkan oleh beberapa punca.Antaranya, perkilangan. Kebanyakan kilang dibina sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai yang berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai di Bandar Kinrara 1 walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan penduduk sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contoh kilang di Bandar Kinrara ialah Mimos Smart Sdn.Bhd. Punca yang seterusnya ialah kenderaan.Fakta dalam borang soal selidik menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Menurut kaedah internet,dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.Daripada pemerhatian saya,hampir 50% penduduk di Bandar Kinrara mempunyai lebih daripada 2 kereta.Oleh hal yang demikian,pencemaran udara di sekitar kawasan Bandar Kinrara semakin meningkat disebabkan oleh punca tersebut.

13

Punca yang ketiga ialah sampah-sarap. Terdapat juga sebilangan penduduk yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di Bandar Kinrara 1.Sebagai contoh,mereka membuang sampah ke dalam sungai yang berdekatan dengan Kuil Hindu di Bandar Kinrara 1.Hal ini disebabkan oleh sikap penduduk itu sendiri yang tidak peka terhadap isu-isu alam sekitar.Oleh kerana pembuangan sampah yang semakin berleluasa,pencemaran air and bau telah meningkat di Bandar Kinrara sekali gus perkara tersebut akan memberi kesan yang impak kepada penduduk di sini.

Punca yang keempat ialah pembinaan. Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan dibuang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.Selain itu,bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori dengan alasan untuk membina kawasan petempatan yang baru di Bandar Kinrara 6 telah menyebabkan pencemaran bunyi.

Punca yang terakhir ialah perniagaan. Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur terutama sekali di Bandar Kinrara 2.Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Sebagai contoh,tapak perniagaan di Bandar Kinrara 2 iaitu di hadapan SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara sentiasa kotor and tidak diurus dengan lancar.(rujuk lampiran 1)

14

Saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara

15

Alam Sekitar sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana alam sekitar dapat menyediakan pelbagai sumber untuk semua makhluk.Namun,pada hari ini alam sekitar telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan rakus menodai alam sekitar semata-mata untuk mendapatkan wang untuk hidup di dunia yang serba mencabar ini.

Antara kesan yang pertama ialah hujan asid. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Contohnya,ekzos kenderaan yang membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Daripada pemerhatian saya,hujan asid menyebabkan warna bangunan,rumah dan kereta penduduk Bandar Kinrara menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan penduduk Bandar Kinrara terutama sekali mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma.

Kesan yang kedua ialah peningkatan suhu. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Melalui responden Encik Ng,pembangunan pesat di Bandar Kinrara telah menyebabkan suhu semakin meningkat.

16

Kesan yang ketiga ialah air tercemar. Hidupan air akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.Kesan pencemaran air yang berlaku di Bandar Kinrara 1 bukan sahaja akan dialami oleh penduduk setempat bahkan turut dialami oleh hidupan yang lain.(rujuk lampiran 1). Kesan kepada penduduk Bandar Kinrara adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut .

Kesan yang keempat ialah udara tercemar. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia terutamanya penduduk di Bandar Kinrara dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang berpunca daripada kenderaan,kilang-kilang serta pembinaan juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Daripada pemerhatian saya,terdapat dua orang penduduk Bandar Kinrara yang kini berada di hospital disebabkan oleh pencemaran udara.

Kesan yang terakhir ialah bau busuk.Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan

17

bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.Bau yang kurang menyenangkan penduduk di Bandar Kinrara juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah atau penternakan haiwan iaitu di Bandar Kinrara 1 berdekatan dengan tempat perkilangan.

Saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa peka terhadap isu-isu alam sekitar yang semakin meningkat.Oleh hal yang demikian,kami akan sentiasa bekerjasama untuk menjadikan alam sekitar sentiasa bersih dan terkawal.Sekiranya semua pihak bekerjasama ,maka matlamat kami pasti akan tercapai.Oleh itu,saya dan penduduk di Bandar Kinrara menyeru semua pihak untuk sentiasa memelihara keindahan alam yang sedia ada.

Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara.


18

Untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang terdapat di Bandar Kinrara,beberapa cadangan yang telah dinyatakan di bawah boleh direalisasikan. Cadangan yang pertama ialah pendidikan alam sekitar melalui kurikulum terutamanya di sekolah-sekolah sekitar Bandar Kinrara. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk penduduk Bandar Kinrara yang bertanggungjawab kepada alam sekitar,mereka perlulah mempunyai kesedaran. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Di sekolah,saya mendapat pendidkan alam sekitar dalam matapelajaran Pendidikan Moral,Geografi,Sains dan Pendidikan Sivik.Oleh itu,para penduduk di Bandar Kinrara perlu mendaftarkan anakanak mereka di sekolah untuk merealisasikan cadangan ini.

Cadangan yang kedua ialah kempen cintai alam sekitar. Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempenkempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Kempen mengajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan alam sekitar perlu dibuat untuk mendatangkan

19

pencemaran yang minimum kepada alam sekitar di Bandar Kinrara. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan penduduk Bandar Kinrara untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula.Sekolah-sekolah di Bandar Kinrara telah menganjurkan kempen kitar semula untuk menyedarkan penduduk Bandar Kinrara tentang kepentingan mengitar semula bahan.

Cadangan yang ketiga ialah penguatkuasaan undang-undang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPSJ diberi kuasa untuk mengawasi keselamatan dan keamanan Bandar Kinrara dan kawasan pegangan mereka. Oleh itu, mereka perlu menguatkuasakan undang-undang agar pencemaran-pencemaran yang berlaku di Bandar Kinrara berkurang.Dengan itu,penduduk di sini akan sentiasa mematuhi segala peraturan dan akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Cadangan yang terakhir ialah catalytic converter. Untuk mengurangkan pencemaran udara yang kian meningkat di Bandar Kinrara, juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Menurut kaedah internet,penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan nitrogen tertentu,tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau

menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.Cadangan ini akan berguna serta

20

berbaloi kerana lebih 50% penduduk Bandar Kinrara memiliki lebih daripada dua kereta.Oleh itu,sekiranya semua kenderaan di Bandar Kinrara mempunyai catalytic converter maka kualiti udara di sini akan sentiasa terkawal.

Saya dan penduduk di Bandar Kinrara harus sedar tentang kelebihan alam sekitar dalam kehidupan kami.Alam sekitar perlu dipelihara untuk menjamin keistimewaannya sentiasa terkawal.Oleh hal yang demikian,kami akan memelihara alam ini supaya tidak pupus ditelan zaman.Setiap penduduk Bandar Kinrara termasuk diri saya harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap alam sekitar untuk menjadikan Bandar Kinrara antara bandar yang termaju di dunia hijau ini.

JADUAL 1.1

21

FAKTOR UTAMA MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BANDAR KINRARA

FAKTOR FAKTOR 1. KENDERAAN 2. SAMPAH SARAP 3. PEMBINAAN 4. PERNIAGAAN 5. PERKILANGAN

BILANGAN 8 4 3 3 2 JUMLAH : 20

SUMBER : BORANG SOAL SELIDIK

22

23

Alam sekitar sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana alam sekitar dapat menyediakan pelbagai sumber untuk semua makhluk.Namun,pada hari ini alam sekitar telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan malas.Oleh itu,pencemaran alam sekitar semakin meningkat setiap tahun.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan alam sekitar.Di Bandar Kinrara sememangnya terdapat pelbagai jenis pencemaraan yang kian meningkat setiap tahun.Contohnya,pencemaran udara,air dan bau merupakan pencemaran yang utama berlaku di Bandar Kinrara.Daripada pemerhatian saya,pencemaran-pencemaran ini disebabkan oleh beberapa faktor.Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaranpencemaran ini ialah perkilangan,kenderaan,sampah sarap serta perniagaan. Selain daripada faktor,terdapat juga impak-impak negatif akibat pencemaran yang berlaku di Bandar Kinrara.Antaranya, hujan asid,peningkatan suhu,air tercemar,udara tercemar, serta bau busuk.Untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang terdapat di Bandar Kinrara,beberapa cadangan perlu dilakukan.Antaranya ialah, pendidikan alam sekitar,kempen alam sekitar,penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan catalytic converter.Sikap sentiasa berusaha dan bekerjasama sangat penting untuk merealisasikan cadangan-cadangan tersebut. Alam sekitar perlu dipelihara untuk menjamin keistimewaannya sentiasa terkawal.Oleh hal yang demikian,saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa bekerjasama untuk memelihara alam sekitar ini supaya tidak pupus ditelan zaman.

Lampiran 1

24

Gambar 1 : Sungai Di Bandar Kinrara 1

Gambar 2 : Longkang di hadapan kedai makanan Bandar Kinrara 2

Lampiran 2
25

26

You might also like