You are on page 1of 2

FAEDAH PERSARAAN SKIM PENCEN UNTUK GURU

1.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Faedah-faedah persaraan hanyalah diberi kepada anggota berpencen yang bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang pencen. Apabila bersara faedah-faedah berikut layak diberi kepada pesara: 1) Ganjaran Perkhidmatan 2) Pencen Perkhidmatan dan 3) Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat. (Bukan untuk Guru)

2.

JENIS-JENIS FAEDAH PERSARAAN


1) Ganjaran Perkhidmatan merupakan bayaran yang dibuat setelah mengambilkira :-

a) Tempoh perkhidmatan anggota dalam perkhidmatan Kerajaan yang boleh dimasukira; dan b) Gaji yang akhir diterima oleh anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan; dan diberikan secara sekaligus kepada anggota berpencen yang telah bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan. Formula Ganjaran 7.5% X Jumlah Genap Bulan Perkhidmatan Yang Di masukira X Gaji Akhir

2) Pencen Perkhidmatan merupakan bayaran bulanan yang diberikan seumur hidup kepada anggota berpencen yang telah bersra atau

dikehendaki bersara dari Perkhidmatan Kerajaan. Penghitungannya adalah berdasarkan kepada gaji yang akhir diterima oleh anggota tersebut dan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira semasa anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan. Formula Pencen 1/600 X Jumlah Genap Bulan X Perkhidmatan Yang Dimasukira Gaji Akhir

Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir.

You might also like